Teks : Izzah Razak
Assalammualaikum,
Assalammualaikum,
Alhamdulillah bersyukur saya dengan nikmat kurnia Illahi
yang memberikan kesihatan dan kecerdasan akal dan jasad yang sekaligus
memberikan semangat di sanubari untuk mewujudkan blog ini bagi berkongsi ilmu
yang dipelajari dan info yang diperolehi.
Tiada yang istimewa tentang diri saya selaku penulis blog
ini. Di sini ingin saya kongsikan sedikit sebanyak tentang latar belakang saya
untuk tatapan para pembaca sekalian.
Saya dilahirkan di sebuah Bandaraya Bersejarah iaitu Melaka.
Namun di sini saya sekadar dilahirkan dan mendapat nombor kad pengenalan “01”
pada kad pengenalan saya. Selepas itu kami sekeluarga berhijrah ke utara
tanahair yang terkenal ulam tempoyak iaitu di Ulu Kinta, Perak. Ibu saya tidak
pernah bekerja sedari umur remaja hingga ke hari ini. Manakala bapa saya
merupakan seorang pesara polis komando.
Saya membesar dan mendapat pendidikan awal di Tadika
Kindergarten, Ipoh, Perak selama 2 tahun. Kemudian bersekolah rendah di Sekolah
Rendah Convent, Ipoh. Keputusan 4A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah
melayakkan saya untuk mendapat tempat di Maktab Rendah Sains MARA Polis Di Raja
Malaysia (MRSM PDRM) Kulim, Kedah. Dek kerana keputusan Cuma 3A dalam
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) saya tidak dapat lagi meneruskan pengajian di
situ. Seterusnya saya ditawarkan untuk meneruskan Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah
Menengah Tok Muda Abdul Aziz (STMAA), Sungai Siput (U), Perak. Di sana saya
meangkul pelbagai anugerah pelajar cemerlang dalam elbagai subjek.
Selepas tamat peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM),
saya sempat masuk ke kolej matrikulasi PTPL, Ampang selama 2 tahun. Kemudianna
saya mendapat tawaran dan melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM)
Pulau Pinang dalam bidang Teknologi Industri. Di sini saya merangkul anugerah
Sarjana Muda Teknologi Industri dalam bidang Kawalan Mutu dan Peralatan.
Setelah tamat belajar di Universiti saya ditawarkan bekerja
di Selatan tanahair iaitu di Kota Tinggi, Johor. Dengan gaji permulaan RM1000
selaku jurutera dan ditugaskan untuk memeriksa barangan mengikiut spesifikasi
yang ditetapkan pada lukisan yang diberi. Pendedahan awal bekerja di syarikat
ini meninggalkan 1001 satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan sampai
bila-bila.
Bayangkan, dengan jawatan jurutera yang digalas, saya juga
bekerja ibarat seorang kerani. Setiap kali anak buah saya tidak hadir kerja,
saya akan dipersoalkan. Saya juga ditugaskan untuk menguruskan bahagian alat tulis,
uniform dan kedatangan harian. Saya juga menguruskan kemasukan pekerja baru;
dari saat menemubual hingga menunjukkan tempat-tempat seperti surau, tandas
tempat rehat. Saya juga terlibat untuk
mencuci tandas. Kelakar betul. Bahagian saya iaitu QC diminta mencuci tandas
pada setiap hari Rabu. Namun, hari itu merupakan hari yang paling seronok.
Alhamdulillah banyak pengalaman dan ilmu yg sangat bernilai
yang saya perolehi sepanjang bekerja di tempat lama. Keakraban yang terjalin
amat rapat. Saya dengan orang bawahan sudah seperti adik beradik.
Genap 2 tahun saya meletakkan jawatan di tempat lama dan
saya mendapat tawaran yang lebih baik di sebuah syarikat swasta di Johor Bahru.
Namun setiap manusia di uji dan diberikan amanat oleh Allah s.w.t. Di sini saya
telah menjumpai suami saya. Kami Cuma mengambil masa 3 bulan untuk berkenalan
dan mengikat tali pertunangan. Pelbagai persiapan rapi dibuat ala kadar. Segala
apa yg boleh ditukarkan kepada wang kami tukarkan.
Setelah memperolehi 2 orang anak sepanjang tempoh
perkhidmatan, pelbagai rintangan dan kesukaran yang ditempuhi di alam
rumahtangga dan dalam isu penjagaan serta kesihatan anak-anak tersayang.
Terdetik di hati saya dan suami untuk mengubah kehidupan kami bagi memastikan
kehidupan kami di dalam tangan kami sendiri bukan dalam genggaman orang lain
(majikan). Lalu suami saya berhenti bekerja dengan majikan dan membuka
perniagaan sendiri.
Alhamdulillah, kami dikurniakan anak lelaki pertama pada
tahun 2009 sihat walafiat. Anak yang kedua pula dilahirkan setahun setengah
selepas itu dengan komplikasi pernafasan sehingga ditahan wad. Hati ibu mana
yang tidak tersentuh. Mana dengan kerja, mana dengan karenah orang atasan yang
sering memanggil saya untuk bertanya tentang hal saya yang sering mengambil cuti.
Kadang-kadang terdetik untuk saya berhenti kerja kerana ingin menjaga anak saya
dengan tangan sendiri.
Allah itu Maha Mendengar. Dia mengatur segalanya dengan baik
dan teratur. Suatu hari saya bertemu dengan seorang rakan yang berkongsi
tentang kebaikan kebaikan Nutriferon. Alhamdulillah dari sehari ke sehari anak
saya menunjukkan kesan perubahan yang positif.
Setelah melalui pelbagai detik ini, saya terpanggil untuk
berkongsi ilmu saya seadanya dengan semua pembaca-pembaca blog agar ilmu dan
pengalaman yang ada dapat dikongsikan demi kebahagiaan semua. Di sini saya
fokuskan tentang Panduan Kesihatan dan Pencegahan Penyakit.
Sudilah membacanya
Sekian, wassalam
Penulis : NOR RAZFIZAH ABD RAZAK