1- Beri Tindak Balas
Sekiranya anak anda berbicara dengan anda, beri tindak balas dengan mendengar apa sahaja yang ingin diucapkannya. Pinjamkan telinga anda, biarkan anak anda meluahkan apa yang mereka rasa dan ingin berkongsi dengan anda, ibu bapanya.
2- Hormati Hak Kanak-Kanak
Memang benar karenah kanak-kank acap kali membuatkan anda hilang sabar dengan kenakalannya. Akan tetapi dengan cara layanan umpama tidak menghargai kehadirannya membuatkan mereka berasa rendah diri.
3- Beri Perhatian Dengan Penuh Kasih Sayang
Ini berkaitan dengan emosi kanak-kanak. Mereka yang merasa diri mereka dikasihi oleh ibu-bapanya akan menanam tahap keyakinan yang tinggi dalam diri mereka.
4- Jangan Tabur Janji Manis
Tunaikan apa yang anda pernah ucapkan kepada anak anda. Sekiranya janji tersebut diabaikan, mereka akan berasa diri mereka tidak dihargai dan dihormati. Kanak-kanak seorang yang berpegang pada janji.
5- Cintai Diri Sendiri
Galakkan anak anda supaya mengasihi diri mereka sendiri. Jangan sesekali membiarkan anak anda memandang rendah kepada diri sendiri.
6- Memberi Pujian Kepada Kanak-Kanak
Setelah anak-anak anda melakukan sesuatu kerja dengan sempurna walaupun agak perlahan, anda tetap memberikan pujian kepada mereka.
No comments:
Post a Comment