Syarif minum Mealshakes sejak umurnya 2 tahun hingga
sekarang umurnya 4 tahun lebih masih minum susu + Mealshakes. Masa kecil minum
Mealshakes campur dalam susu botol. Sekarang dah sekolah botol dah buang
hihi..bye bye botol.. Syarif minum Mealshakes + koko setiap hari.
Kesannya, Syarif yang dahulunya hampir
terkena asma sekaranag hampir sembuh sepenuhnya. Tiada lagi nafas berbunyi yang
merisaukan saya. Saya juga beri Nutriferon untuk meningkatkan daya imun (daya
tahan tubuh melawan penyakit)
Syarif yang dulu selalu menangis
setiap kali buang air besar di tandas, najisnya keras dan terpaksa berdiri
kerana terlalu lama di dalam tandas, sekarang tidak lagi. Kalau dulu, setiap
kali nak buang air besar Syarif akan cuba tahan, sampai dah dah tahan sangat
baru masuk tandas. Dah masuk tandas, lambat pula keluar. Buang air dalam
keadaan berdiri menangis-nangis. Saya yang tengok ni pun menangis sama. Nak
marah tak jadi marah. Dah buang air besar jalan terkengkang-kengkang sebab
sakit pada lubang dubur akibat najis yang keras. Tapi tu dulu, sekarang dah ok.
Syarif dulu ada masalah kulit
berkudis. Sebab kanak-kanak yang ada asma, lazimnya akan ada masalah ekzema iaitu
penyakit kulit. Setiap hari akan ada kudis baru yang timbul. Kudisnya besar dan
bernanah. Selalu menggaru sehangga sukar
tidur nyenyak dan terganggu dalam sesi pembelajaran di sekolah. Saya bagi
Chewable Vita C & Nutriferon. Setiap hari 1 biji, pagi dan malam selepas
makan. Yang Nutriferon pula 1 sachet , dua hari sekali. Sekarang kudisnya semua
tiada lagi, tinggal kenangan. Yang tinggal cuma bekas kudis. Tidak lagi
menggaru, malah semakin ceria dan petah di dalam kelas kerana bebas dari
masalah kulit dan tidur yang cukup (kadang-kadang sampai terlebih-lebih hihi )
Selera makannya juga bertambah. Dahulu
Syarif seorang yang “picky eater” . Asik memilih makanan untuk dimakan
lebih-lebih lagi sayur. Sayur yang dimakan Cuma kentang. Itupun sekali sekala.
Sekarang, semua sayur boleh makan, walaupun sayur berdaun hijau & batang
sawi hehe..
Kesan makan suplemen bukannya sehari dua…seperti anak
membesar, tidak membesar sekelip mata. Kesan selepas konsisten makan makanan
tambahan dapat dilihat selepas 3-4 bulan atau 1-2 tahun. Cuba lihat apa yang
berubah pada diri kita sendiri atau insan-insan kesayangan kita yang memakan
suplemen.
Rahsia dalam pengambilan makanan tambahan ni ialah kita kena
disiplin, konsisten, istiqamah dan sabar. Sesungguhnya yang baik itu dating dari
Allah SWT. Kita Cuma perlu berusaha dan berdoa. Jangan putus harap.
Fakta yang anda perlu
tahu:
- Mealshakes kaya dgn protien yang membentuk dan memulih sel-sel
kulit
- Mealshakes mengandungi vitamin penting seperti A, C, E, Selenium,
Zinc
- Mealshakes lengkap dengan Vitamn B, zat besi, Copper utk
membina sel darah merah yg sihat seterusnya menjadikan kulit glowing
- Mealshakes tinggi kandungan serat untuk kesihatan usus
seterusnya memudahkan penyerapan nutrient-nutrien
penting
Sekian sharing untuk hari ini. Semoga bermanfaat &
membantu.
Syarif masa kena asma. Saya siap beli mesin gas (nebulizer) yang portable supaya mudah digunakan di mana-mana.
No comments:
Post a Comment