Gambar: Google
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Ha….hari ni topic best.
Senaman depan tv. Mesti korang ada cerita kesukaan kan? Macam drama bersiri,
rancangan memasak seperti Dapur Panas atau 5 Rencah 5 Rasa…haha..chef tu memang
hensem. Tapi kenapa chef yang hensem dan terkenal di dunia ni kebanyakannya
lelaki, tak ramai chef perempuan? Agaknya chef lelaki ni masak mudah..tak remeh
macam chef pompuan..tak payah sukat betul-betul ..masak pun main campak-campak,
kacau-kacau lebih kurang hihii….hasilnya memang Nampak cantik dan sedap. Tapi rasanya
belum tahu selagi kita belum cuba sendiri resepi yang diorang bagi tu.
Ok. Berbalik pada perkongsian hari ni, senaman depan tv.
Apa senaman yang boleh buat depan TV?
Tak payah gerak ke mana-mana. Tak perlu tempat yang terlalu
luas pun. Buat sahaja bila iklan keluar. Iklan pun 5 minit jugak. Kadang tu,
cerita 2 jam, iklan je lebih setengah jam kikiki…. Hakikatnya cerita tu taklah
lama , iklan je lebih. Ok, apa senaman yang boleh buat masa tu?
Di bawah ini saya senaraikan 5 senaman yang boleh korang
buat.
1. Leg Raise
Flat Bench Lying Leg Raise
Side Lying Leg Raise
Angkat Kaki. Biarkannya tergantung. Cuba buat selama mana
yang boleh. Senaman ni melatih kaki terutama sekali di bahagian bawah peha.
Buat cukup lama, cabar diri. Korang akan
rasa seperti bahagian bawah peha (dan peha) seperti membakar. That’s good.
Senaman ni juga boleh mengecilkan perut di bahagian bawah pusat.
Boleh juga buat dari sisi. Mengiring berbantalkan lengan. Lepas tu angkat kaki. Buat seberapa banyak yang boleh untuk kaki kiri dan kanan.
Buat sebanyak mana yang anda boleh. Sampai iklan habis ke. J
2. Crunches
Bicycle Crunch
Yang ini korang boleh buat perlahan-lahan. Buat kiraan 10, rehat
kiraan 8. kiraan 10, rehat kiraan 8. Buat berkali-kali. Jangan buat sampai dah
tak boleh buat. Buat maksima sehingga korang rasa macam dah capai 80% kemampuan
diri. Ini akan melatih bahagian perut (abdomen) . Senaman ini patut dibuat paling akhir sekali kalau anda ingin
membuat lain-lain senaman. Variasi senaman ini ialah “side crunch”.
3. Floor Scissor Abs
Senaman ni memang kena buat atas lantai. Sambil tengok Mok Cun pun boleh buat. Tak susah. Ini juga senaman
yang akan melatih bahagian perut. Buat sehingga kiraan 10. Boleh letakkan
tangan di lantai untuk menyokong badan . Cara buatnya;
a) Pertama, baring di
lantai.
b) Kemudian, angkat kaki kanan anda sehingga betul-betul 90 darjah.
c) Kemudian turunkan sedikit demi sedikit sehingga kaki anda
berada di lantai.
d) Kemudian angkat kaki sebelah kiri pula.
4. Wall Squats
Sambil layan Melodi kat TV3 pun boleh buat ni. Korang sandar
ke dinding. Kemudian, perlahan-lahan
turunkan badan sehinggakan berada dalam posisi seperti duduk di atas kerusi.
Ala…yang macam cerita Allahyarham P Ramlee tu..duduk atas kerusi angin kikiki…Haa…dah
dapat bayangkan kan kan kan…
Cuba kekalkan posisi ni selama 10 saat kemudiannya rehat selama
1 minit. Kemudian ulang dan ulang lagi. Sehingga 10 kali.
5. Berpusing-pusing Semasa Duduk
Ni lagi best. Macam alat senaman yang jual kat tv tu. Sambil
duduk, pusing badan kanan kiri. Letak tangan di pinggang, kemudian pusing ke kiri perlahan-lahan.
Kemudiannya pusing ke kanan perlahan-lahan. Ini sangat mudah. Boleh buat
berkali-kali . Kalau rasa senaman pusing-pusing ni ringan sangat, boleh
letakkan beban untuk membakar lebih kalori. Contohnya dumbbell atau susunan kamus dewan ke…baru la
ada timbul otot-otot kat lengan..sado gitu
Banyakkan senaman yang boleh buat depan TV? Tak payah keluar
rumah pun boleh bersenam. Maksimumkan penggunaan masa. Jangan membazir J Senaman sebenarnya adalah untuk memastikan
setiap otot kita bekerja. Walaupun ada senaman di atas adalah sangat mudah, ia
memastikan anda tidaklah hidup secara pasif.
No comments:
Post a Comment