Thursday, May 15, 2014

7 Checklist Soya Berkualiti

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

ANDA PENGGEMAR SUSU SOYA?

Di bawah ini merupakan tips-tips untuk mengetahui kualiti soya yang kita ambil.

7 SENARAI PERLU SEMAK UNTUK MENGETAHUI KUALITI PRODUK SOYA.

1) ADAKAH KACANG SOYA DITANAM SECARA ORGANIK?

Kajian menunjukkan kadar zat menurun dan kadar nitrat meningkat pada hasil tanaman yang diberikan baja kimia, berbanding dengan tanaman organik. Kehadiran nitrat dalam badan mempunyai kaitan dengan kanser.
Maka, adalah penting untuk kita mengetahui racun serangga dan racun rumpai tidak digunakan langsung sepanjang proses penanaman. Memadangkan kacang soya adalah tumbuhan yang kuat, maka jenis racun rumpai yang biasa digunakan ialah racun berbahaya yang boleh membunuh yang dikenali sebagai Round Up.

Sebagai langkah keselamatan, anda perlu tahu produk soya yang dimakan, ditanaman secara organik.

2) ADAKAH TEPUNG SOYA ANDA MENGANDUNGI KESEMUA 9 ASID AMINO PERLU?

Satu daripada nilai paling berharga pada kacang soya ialah ia adalah sumber protein lengkap dan membekalkan kesemua 9 asid amino perlu. Badan manusia memerlukan asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi dan enzim.

Namun begitu, tidak semua kacang soya dihasilkan sama. Kualiti dan kandungan asid amino akan berbeza mengikut keadaan tanah, dan persekitaran tumbesaran serta penuaian. Jika satu sahaja asid amino perlu ini tiada, sistem imun badan manusia boleh menurun sehingga 30%, dan banyak fungsi utama badan boleh menjadi lambat atau berhenti berfungsi.

Maka, adalah penting untuk setiap kelompok kacang soya yang dituai, diuji untuk kandungan asid amino sekiranya kita ingin mendapatkan bekalan soya yang terjamin kandungan sembilan asid amino perlunya.

3) ADAKAH KACANG SOYA DIUBAH SECARA GENETIK?

Soya yang telah diubah secara genetik adalah lebih murah dan kebanyakan syarikat pengeluar produk soya mencari jalan untuk menjimatkan perbelanjaan.

4) ADAKAH UNSUR ANTI-TIROID DAN ANTI-PERTUMBUHAN DI DALAM SOYA MENTAH DIBUANG?

Orang asia yang banyak mengambil soya sejak dahulu, mengetahui tentang kehadiran unsur anti-pertumbuhan, anti-tyrosine dalam soya mentah. Kekurangan tyrosine boleh mengakibatkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah dan sindrom kaki resah.

Oleh sebab itu, rakyat asia selalu memasak makanan berasaskan soya dalam tempoh yang singkat untuk menyahaktifkan unsur anti-tyrosine/anti-pertumbuhan. Shaklee telah mereka satu proses pengekstrakkan yang membuang unsur ini, tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan tahap mentah soya bagi menjamin kadar kandungan tertinggi untuk asid amino dan isoflavones yang sangat sensitif kepada haba.

5) ADAKAH KACANG SOYA ANDA MASIH MENTAH ATAU TELAH DIPANASKAN? Asid amino sangat sensitif kepada haba. Dalam beberapa kajian, tindakan memasak protein menunjukkan kandungan asid amino musnah sehingga 50%. Jika seseorang individu mengamalkan diet berterusan yang kurang mengandungi asid amino,boleh mengakibatkan perkembangan yang tidak mencukupi bagi otak, hormon dan tisu badan yang lain.

6) ADAKAH EMPINGAN SOYA DIBASUH DENGAN ALKOHOL ATAU AIR?

Membasuh menggunakan alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavones sehingga 88%. Isoflavones adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser payudara, prostat, paru-paru dan usus. Isoflavones juga bermanfaat meningkatkan jisim tulang dan menyeimbangkan hormon.

7) ADAKAH KALSIUM DI TAMBAH KEPADA TEPUNG SOYA ANDA?

Terdapat sesetengah laporan yang menyatakan bahawa tepung soya bersifat sangat berasid dan boleh mengakibatkan kehilangan tulang kerana ia menyebabkan kalsium dikeluarkan daripada tulang. Kacang soya mentah adalah makanan neutral yang bukan bersifat asid atau alkali.

Walaubagaimanapun, tindakan mengeluarkan minyak kacang soya menyebabkan tepung soya menjadi berasid. Maka, kalsium yang mencukupi (kalsium bersifat alkali) mesti ditambah kepada tepung soya agar ia menjadi neutral atau ia akan mengakibatkan masalah yang dinyatakan di atas.

Terdapat banyak pengeluar tepung protein tida menambah kalsium dalam kadar yang mencukupi. Kemaskini protein soya – Dr Richard Brouse Banyak kajian berkenaan protein soya sepanjang empat dekad telah membuat kesimpulan tentang kebaikan tahap kesihatan bagi keadaan seperti menopaus, kolesterol tinggi, mengurangkan risiko kanser, vaginitis dan osteoporosis.




Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...