Lecithin juga dipercayai membantu mengurangkan risiko senility (nyanyuk) atau lebih dikenali sebagai Alzheimer Disease. Saranan sesetenah pakar menyarankan pengambilan sebanyak 7000mg sehari bagi memulihkan sistem ingatan.
- Mempengaruhi perkembangan otak
- Kesihatan kardiovaskular (jantung)
- Pertumbuhan semula dan fungsi hati
Secara umumnya, setiap golongan manusia, dari bayi, kanak-kanak, ibu hamil sehinggalah ibu yang sedang menyusu memerlukan pengambilan kolina yang mencukupi bagi mengekalkan kesihatan yang optimum. Kolina banyak terdapat dalam protein seperti susu, telur, kekacang, soya, taufu dan roti gandum.
Bayi (0 hingga 6 bulan) - 125mg
Bayi (7 hingga 12 bulan) - 150mg
Kanak-kanak (1 hinggan 3 tahun) - 200mg
Kanak-kanak (4 hingga 8 tahun) - 250mg
Wanita (lebih 19 tahun) - 425mg
Lelaki Dewasa - 550mg
Wanita Dewasa - 400mg
Wanita Hamil - 450mg
Wanita sedang menyusu - 550mg
Lecithin juga membantu dari pelbagai segi seperti di bawah;
- Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan peparu kerana kebolehannya mencegah iritasi dan mencairkan mukus. Maka, ia amat membantu bagi yg ada menghidapi alergi, demam panas, asma dan bronkitis.
- Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi-sendi dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang serta sistem penghadaman.
- Lecithin dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur yang nyenyak. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
- Lecithin adalah zat utk kecantikan. Ia perlu dalam penghasilan rambut yang sihat,kulit yang lembut dan pencegahan eczema.
Sebarang pertanyaan & tempahan boleh hubungi 017 700 1749
"Cegah Sebelum Singgah"
No comments:
Post a Comment