1. Teh
Minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.
2. Anggur
Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh seseorang.
3. Minyak Zaitun
Penggunaan minyak zaitun dalam masakan amat digalakkan kerana ia mempunyai campuran antioksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik.
Ia lebih sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat kimia.
4. Oat
Oat mengandungi serat larut yang mampu melawan kolestrol jahat dalam darah. Ia juga dapat menurunkan jumlah penyerapan kolestrol dalam sistem pencernaan anda. Iklan di televisyen kerap menyarankan kebaikan oat untuk kesihatan jantung.
5. Ikan
Ikan kaya dengan asid lemak tidak tepu atau Omega 3. Asid lemak ini mencegah pengumpulan darah yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Mengikut saranan pakar, amalan memakan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Kaedah panggang, kukus atau bakar lebih menyihatkan.
6. Epal
Epal kaya dengan bahan antioksida dan serat. Ia turut mengandungi vitamin C yang baik untuk kesihatan. Epal harus dimakan dengan kulitnya sekali bagi mendapatkan khasiat pektin iaitu sejenis serat larut yang berguna untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah.
Cegah Sebelum Singgah
Salam Sayang
No comments:
Post a Comment