Monday, July 14, 2014

Rahsia Panjang Umur

Siapa yang tidak ingin umur yang panjang?

Hampir semua orang ingin hidup sihat sampai usia lanjut, bahkan melebihi 100 tahun. Hal yang cukup mustahil, mengingat angka harapan hidup penduduk dunia cuma 68 tahun. Namun bagi orang-orang Okinawa (Jepun), Sardinia (Itali) serta Loma Linda (California), hal tersebut tidak mustahil.

Buktinya, usia penduduknya boleh mencapai sehingga 90 tahun, bahkan lebih dari 100 tahun! Apa rahsianya?

Kali ini saya akan berkongsi akan rahsia hidup sihat penduduk Okinawa.

Pemakanan Cara Okinawa Penduduk Okinawa merupakan orang yang paling panjang umur di Jepun (mungkin di dunia). Usia orang Okinawa dapat mencecah sehingga 100 tahun, bahkan lebih. Penyakit seperti kencing manis, strok, kanser dan penyakit jantung pun paling jarang dijumpai di sini. Apa agaknya rahsia panjang umur orang Okinawa?

a) “Super Soy” 
Kacang soya kaya antioksidan flavonoid, isoflavon, serat, vitamin serta rendah lemak tepu. Tidak hairanlah kanser payudara dan prostat sangat jarang terjadi di Okinawa. Penyebabnya, penduduk Okinawa rajin mengambil kacang soya yang kaya isoflavon (sekitar 3 auns sehari).

Kacang soya juga memiliki indeks glisemik yang rendah yang membantu menstabilkan gula dalam darah.

b) Pemakanan Indeks Glisemik (GI)
Rendah Sumber karbohidrat utama orang Okinawa adalah ubi ungu yang kaya serat. Ubi ini mempunyai nilai indeks glikemik (Nilai IG) yang rendah. Hasilnya, ubi ini tidak menaikkan gula darah dengan cepat. Ia juga baik untuk penghidap kencing manis.

Antara manfaat lainnya, ubi ini kaya kandungan vitamin A, C dan E yang melawan radikal bebas. Ubi ini juga kaya dengan Thiamin, Riboflavin dan Vitamin B6 yang menurunkan risiko penyakit jantung.

c) Aktif & Teh Hijau
Tidak hanya itu, orang Okinawa panjang umur kerana aktif bergerak dan rajin mengamalkan meminum teh hijau yang kaya dengan antioksidan.

d) Buah-buahan, Sayur-sayuran dan Rempah-ratus. 
Penduduk Okinawa banyak memakan tomato dan tembikai yang sememangnya kaya dengan likopen. Likopen merupakan antioksidan yang menangkis radikal bebas, penyebab awal kanser.

e) Diet Kurang Garam. Pada umumnya , pengambilan garam orang Okinawa paling sedikit berbanding orang Jepun. Hasilnya, risiko tekanan darah tinggi dan strok pun berkurang. Tidak hairan peningkatan risiko strok sangat rendah di Okinawa.

f) 80% Kenyang Hara hachi-bu atau makan sehingga 80% kenyang. Budaya ini mengajar untuk menghadkan kalori yang diambil di samping mengurangkan makanan yang tinggi kandungan gula, lemak tepu dan makanan terproses seperti makanan sejuk beku. Tidak hairanlah, orang Okinawa memiliki berat normal dan terhindar dari kegemukan atau obesiti.


"Cegah Sebelum Singgah"

Salam Sayang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...