Adakah anda merasa sukar mengawal kadar gula darah anda?
Mungkin ini disebabkan kekurangan pengambilan Vitamin D.
Kajian menunjukkan bahawa hampir seluruh penghidap diabetis Jenis- 2 mengalami kekurangan Vitamin D. Kekurangan vitamin D terjadi akibat kurangnya pendedahan terhadap sinar matahari dan kurangnya pengambilan Vitamin D daripada pemakanan atau supplemen.
Tanda seseorang mengalami kekurangan vitamin D adalah apabila kadar serum vitamin D dalam darah kurang dari 31 nanogram per desiliter.
Mereka yang mengalami kekurangan Vitamin D dalam darah cenderung memiliki kadar hemoglobin A1c yang tinggi.
Kadar hemoglobin A1c merupakan salah satu indicator (penunjuk) risiko diabetes. Kadar hemoglobin A1c dalam darah menunjukkan kawalan gula .
Pemakanan tambahan Vitamin D membantu memperbaiki metabolisme glukosa dan menstabilkan aktiviti insulin.
Selain itu, suplement Vitamin D dapat mencegah penyakit autoimun seperti diabetes Jenis-1, terutamanya pada bayi dan kanak-kanak.
Pengambilan Vitamin D lebih efektif jika diambil bersama kalsium. Ini disebabkan Vitamin D dan kalsium bekerja bersama dalam penjanaan dalam memperbaiki metabolisme glukosa.
Vitamin D dapat membantu anda menstabilkan kadar gula dalam darah.
Oleh itu, penuhilah pengambilan Vitamin D anda. Berjalan kaki di pagi hari merupakan aktiviti yang sihat. Sinar matahari dapat membantu meningkatkan sistesis vitamin D dalam tubuh.
Tidak lupa juga pengambilan susu yang kaya dengan kalsium dan Vitamin D bagi membantu memenuhi keperluan Vitamin D harian anda.
No comments:
Post a Comment