Sunday, July 6, 2014

Fitosterol- Sahabat Baik Jantung

Mari berkenalan dengan cik Fitosterol :) 

Fitosterol merupakan sterol yang hanya terdapat pada tumbuh-tumbuhan. Secara semulajadi, fitosterol ditemui dalam gandum, sayur-sayuran, kekacang dan buah buahan. Kandungan fitosterol dalam Phytocol-ST Shaklee diperoleh dari sumber semulajadi Minyak Tall.

Tubuh seorang dewasa memerlukan 2000mg sehari fitosterol bagi menghalang penyerapan kolestrol ke dalam salur darah.


Bagaimana Mendapatkan Fitosterol?

Mampukah anda makan? Jika anda mampu makan seperti dalam carta di atas, anda mampu mendapatkan keperluan sehari fitosterol anda. Semua ini dapat dilakukan dengan mudah dengan pengambilan Phytocol-ST 2 biji 2 kali sehari, semasa atau sebelum makan mampu menyediakan fitosterol yg mencukupi untuk badan anda. Mudahkan? :)

Bagaimana Tindakan Fitosterol?

Struktur molekul fitosterol adalah hampir sama dengan struktur molekul kolesterol. Oleh yang demikian, fitosterol adalah sterol terbaik untuk berfungsi seperti kolesterol. Ia mampu menembusi dinding salur darah walaupun saiznya agak besar sedikit berbanding molekul kolestrol.

Perbezaan saiz molekul ini yang menyebabkan ia menjadi penghalang kepada penyerapan kolesterol terus ke dalam salur darah. Sila rujuk gambar di bawah;

Sebelum mengambil fitosterol, kolestrol merentasi dinding salur darah dengan mudah. Sementara selepas pengambilan fitosterol yang terdapat dalam kapsul Phytosterol-ST, diambil sebelum atau bersama-sama makanan, fitosterol bertindak menghalang kolesterol dari terus menembus dinding salur darah.

Penyekatan yang dibuat dianggarkan 80% dari penyerapan biasa. Selain menghalang penyerapan kolestrol, fitosterol juga membantu untuk keseimbangan tindakbalas imun bagi mengurangkan jangkitan viral dan bakteria serta mengurangkan simptom alahan, keradangan dan penyakit auto imun seperti rheumatoid arthritis (radang sendi).

Sangat sesuai untuk persediaan di Hari Lebaran yang bakal menjelang tiba. Bermacam-macam juadah tersedia dan aneka kuih-muih terhidang. Mungkin kita tidak dapat tidak kena menjamah hidangan tersebut,. Jadi, pengambilan Phytocol-ST ini dapat membantu kolestrol jahat dari menembusi salur darah kita yang seterusnya mengakibatkan pengenapan plak.   


Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...