Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Sunday, November 15, 2015

Rahsia Turun Berat Dengan Air

AIR...Rahsia Turun Berat Badan.


♡ bantu meningkatkan tenaga
 bantu kurangkan keinginan terhadap makanan
♡ Kurangkan "water retention"
 kurangkan selera makan
♡ tingkatkan metabolisma (pembakaran lemak menjadi tenaga)
 mengandungi 0 kalori ( air kosong).
.
Masa saya dalam program LDL 1060, saya ambil air 3L lebih sehari air kosong. Keinginan terhadap makanan memang sangat berkurang dan kulit jadi lembab.


Saturday, November 14, 2015

3.6 juta Merana Diabetis

3.6 juta sedang merana.
.
Diabetis juga salah satu dari komplikasi Obesiti.
.
Adakah kita sudi menyampaikan?
.
Jom perangi Obesiti habis-habisan



Friday, November 13, 2015

Air Bantu Turun Berat

Air suatu keperluan yang sangat penting.
.
20% dari Badan kita terdiri dari air. Air juga sangat penting dalam memastikan sistem badan berjalan lancar. Air juga membantu mengekalkan suhu badan. Yang best..air membantu kita rasa lebih kenyang seterusnya membantu kita mendapatkan berat yang ideal.
.
Penting untuk kita minum air yang bertapis. Air yang bertapis bebas dari bahan cemar merbahaya yang memudaratkan badan.
.
Penapis air Get Clean membantu membekalkan air yang bersih di mana saja kita berada. Cuma perlu tadah air "direct" dari paip dan ia sedia diminum.
- Rasa sangat sedap
- segar
- jimat elektrik dan gas
- tak perlu 3-5 jenis penapis
- jimat wang. Tak perlu beli air mineral.
- boleh dapat air bersih walau tidak berada di rumah


Starter set Get Clean Water Pitcher



Saturday, October 24, 2015

Tips Diet: Sup Herba Ayam

Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Koleksi Peribadi

Alhamdulillah. Syukur dapat meneruskan sebagai ibu kepada 3 hero .. Hari ni tak masak nasi dari pagi. Buat jemput-jemput banyak. Biasanya,saya akan guna tepung cucur adabi, udang atau ikan bilis. Lepas tu campurkan dengan tepung gandum biasa. Kalau ada telur, masukkan sebiji. Lepas tu goreng macam biasa. Saya tak berapa suka perasa tepung yang terlalu kuat kalau tak dicampurkan dengan tepung gandum biasa.

Tengahari, sambung buat jemput lagi. Adunan jemput pagi tadi masih berbaki. Lepas tu, sambung makan kuih sagu dengan susu cair pula. Sagu masak macam biasa campur pewarna ros sikit bagi nampak cantik. Susu cair setin, masukkan gula kerek sekeping. Kalau agak tak cukup manis, boleh tambah dengan gula merah atay gula pasir sikit. Tambah garam secubit unutk tambah lemak. Makan tengahari sejuk-sejuk memang nyaman kat tekak..hewhewhew...

Dah pukul 3 baru tanak nasi 2 pot. Masak sup herba ayam. Tengok peti ais..yang ada leher je..jadi laa... herba sup ni beli dari kedai sensei . Sekali beli memang RM10, untuk seekor ayam. Saya buat 3 hingga 4 kali masak sebab setiap kali masak guna suku bahagian ayam je. Hari ni bahagian herba terakhir. Alhamdulillah. Yang bagusnya, kuah ayam dan ayam rasa manis guna rempah herba ni. Mungkin sebab kayu-kayu herga yang digunakan. Saya cuma tambah hirisan halia je.

Caranya, basuh ayam dan toskan. Basuh herba dan toskan. Masukkan air dalam periuk kecil, masukkan potongan ayam dan herba. Didihkan atas api yang perlahan sehingga ayam empuk. Tutup api. Perasakan dengan garam. Siap.



Sup ni sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet kerana tak menggunakan minyak walau setitis pun. 

Kalau ada sesiapa yang berminat nak menurunkan berat badan mendaftar di Akademi Latih Diri Langsing, LDL 10:60. Boleh juga Whatsapp saya di no 017 700 1749

Wednesday, September 30, 2015

Lega...

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

Alhamdulillah. Benarlah ...rezeki Allah tu tak pernah tersalah alamat. Di kala buntu..serahkan bulat-bulat pada Yang Maha Esa, sebaik-baik perancang. Hari ni, anak-anak masih di rumah. Sudah 2 hari bercuti disebabkan kejadian jerebu. Ibu kat rumah fening-fening lalat..hihi..bila hero-hero berkumpul..

Harini, hari berjalan seperti biasa. Lepas sarapan, ayah pergi kerja. Anak-anak tengok televisyen sekejap, lepas tu mula sesi belajar. Syaha dah hampir lancar sifir 8. Alhamdulillah. Syarif masih membaca suku kata. Takpe. Biar lambat asal selamat. Latihan memang kena buat setiap hari walaupun dalam sejam dua.

Pagi tadi terima berita gembira. Permohonan bantuan persekolahan Syaha diluluskan...Alhamduillah. Permohonan awa tahun, dah hujung tahun baru tahu lulus. Apapun syukur. Dapat juga tampung untuk persekolahan Syaha dan Syarif tahun hadapan.

Syaha dah nak masuk tahun 1. Syarif masuk pra. Pagi sekolah kebangsaan. Petang sekolah agama. Jenuh la belajar anak-anak..tinggal ibu dan Syaraf je kat rumah.

Tengahari tadi pergi ambil gambar kat kedai gambar. Gambar untuk sekolah agama, nak yang bersongkok. Bawa baju seragam sekolah, ada name tag Syaha. Kata tukang gambar, separuh je, ingatkan name tag tu tak nampak..bila dapat gambar...hehe...dua-dua ada nama Syaha.

Syaha "chinese look". Bila disuruh senyum hilang biji mata. Yang Syarif kaki senyum, tapi kepala rajin senget..jenuh tukang gambar tu suruh tegak kepala. hahaha... macam-macam ragam anak-anak.


Wednesday, September 23, 2015

Hari ke-4 Cuti Sekolah

Teks: Nor Razfizah Abd Razak


Alhamduillah..

Hari ni dah masuk hari keempat anak-anak bercuti sekolah. Pejam celik, pejam celik..sekejap je seminggu tu..Ahad depan dah mula sekolah semula. Musim cuti sekolah ni, Syaha dan Syarif saya atur jadual diorang supaya masa cuti tak berlalu begitu sahaja..cewaahhh! heheh..

Tak la atur teratur sangatt..tapi ada masa-masa..
- masa bermain
- masa belajar
- masa solat
- masa makan, mandi

Masa bermain pagi selepas saparan dan sebelah petang lepas solat Asar. Menjelang tengahari, lepas mandi, badan dah fresh, masa belajar. Syaha kena hafal sifir 2-12. Syarif kena belajar mengeja. Alhamdulillah, Syaha dah boleh hafal hingga sifir 6. Ibu pun tebuk-tebuk soal :

"6 x 6 berapa?"
"4 x 7, berapa?"
"5 x 12, berapa?"

..Hihi..bukan apa, untuk kesenangannya juga..sebagai persediaan sebelum masuk ke tahun 1 tahun hadapan. Memang sekarang nampak Syaha stress sikit. Tapi kena tekan sikit. Sesi hafal sifir tak lama, dalam 1/2 jam hingga 1 jam je.

Untuk Syarif pula, saya ajar mengeja. Syarif dah boleh mengeja sukukata. Tapi yang hairan, kalau dia sendiri yang eja, tak ada bunyi. Kalau kita yang ejakan, pandai pula dia bunyikan, walaupun 4 huruf.

Contoh:
"B.u = bu , k.u = ku, bunyinya? "...diam seribu bahasa...
"y.a.n.g ? " ibu tanya. "yang" , jawab Syarif..haha...mana ibu tak hangin campur pelik.

Tapi hari ni semakin baik, nampak improve. Ibu berharap sangat supaya Syarif boleh membaca seperti abang Syaha sebelum melangkah ke tahun 1, dua tahun dari sekarang.

Kalau pergi jalan keluar naik kereta, ibu dan ayah uji kecekapan syaha dan Syarif untuk baca signboard di jalanan. Baca nombor-nombor kat paan tanda, nombor plat kereta, motor...sebab diorang memang sukakan kenderaan...namapun HERO..hihihihi... jadi, sambil selam, sambil minum air. Sambil tarik minat  mereka, sambil belajar..2 in 1 :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap hari saya berikan Omega Guard dan Vitalea for Kids pada mereka. Mereka dah biasa, Omega tu telan macam gula-gula je. Vitalea tu rasa anggur, jadi takde masalah, hisap je sampai habis.




Untuk susu, saya beri Mealshakes. Mealshakes ni ibarat vitamin dalam bentuk serbuk. Bukan Syaha dan Syarif je yang suka, ibu dah ayah pun koin sekali! Rasa vanila sedaappp sangat.. rasa nak ratah je




Sekian perkongsian saya untuk kali ini. Jumpa lagi di entri yang lain. Jika ada ibu-ibu yng berminat dengan suplement di atas, boleh Whatsapp saya di no 017 7001749



Wednesday, September 16, 2015

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.


Alhamdulillah. Syukur diberi pinjaman nikmat sehari lagi oleh yang Maha Pencipta. Sesungguhnya tiada bergerak sesuatu pun (walau mengangkat kening sekalipun) tanpa izinNya.

Syukur. Walaupun cuaca jerebu melanda negara, tetapi kita masih boleh meneruskan kehidupan dengan lancar. Hari ni hari terakhir Syaha dan Syarif ke sekolah sebelum bercuti selama seminggu mulai esok. Alamatnya...rumah macam tongkang pecah a jawabya hahaha!! Takpe. Tu pun salah satu terapi untuk ibu, menyatakan anaknya masih sihat dan aktif. Ibu tak per perlu risau. Malah boleh bakar kalori lagi sebab kena mengemas 50 kali sehari hihi.. :)

Minggu dah 2 hari hujan berturut-turut. Cuaca pun sejuk. Nak bangun dari katil pun sayangg...rasa masa tidur tu sekejap je dah pagi.. Appun, rutin harian mesti diteruskan juga.

Pagi ni bersenam indoor je..memandangkan jerebu kat luar. Lepas Syaha dan Syarif dah ke sekolah, ayah dah pergi kerja, Syaraf nap sekejap.. ibu pun siapkan rutin.

Kemas rumah, tempat tidur, rendam pakaian, clearkan sinki..lepas tu..apa lagi..bersenam la sekejap. Pagi ni cadang nak buat lompat bintang, lunges, kick, wall sit..






ok. mula dengan jumping jack dulu. Masa pendidikan jasmani kat sekolah dulu cikgu panggil lompat bintang. Selalunya buat ompat bintang ni tak boleh lama..dalam 20 - 30 dah mula pancit..rasa nak terkucil pun ada. Asik berulang ke tandas 2, 3 kali... Mula-mula buat tadi, ingat nak target nak lompat 50 kali je dulu.. Tapi tah macam mana..masa lompat dalam 40 tu, (kira dalam hati) rasa boleh nak lebih 50.. takde rasa mengah, tak rasa nak terkucil.. rasa seronok pula . oo,..lagi satu rasa pelik pun ada..kenapa hari ni stamina lain macam?

Mungkin sebab dah selalu buat..hari-hari buat..kalau tak pagi, time petang masa teman anak tengok tv.

Sunday, September 13, 2015

Sembang Langsing

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

Alhamdulillah. Semalam hari Ahad. Takde aktiviti tak rumah. Cadang nak pergi rumah mak mertua. Lagipun keuarga Mak Usu ada kat sana. Boleh bertukar-tukar cerita. Lagipun berkumpul cuma setiap hari minggu je. So, packing baju baby Syaraf dengan abang Syaha je. Baju sendiri tak packing sebab ingat nak balik mandi kat rumah je malam nanti. Lagipun cuaca panas..kadang-kadang, bila nak tidur malam tu mandi lagi.

Sampai kat rumah mak, keluarga mak usu ada dengan Syarif. Mak takde. Pergi mengaji. Huhuhu..macam rumah sendiri pulak.. borak-borak, minum-minum..dah petang, berkelah dengan mak teh pula kat pelantar rumah. Nak keluar selalu tak boleh. Jerebu teruk. Nampak kelabu je walaupun dalam jarak dekat.

Dah petang tu, makin seronok diorang bermain sesama sepupu kat rumah Pak Itam. Dah ramai memang meriah. Sekali sekala jumpa. Aku pun pergi beramah mesra kat rumah Pak Itam. kebetulan Janah dengan Gee ada..meriah kat dapur. Dah start buat cookies untuk raya haji. :) Semerbak bau coklat kat dapur. Sempat juga test sekeping dua. Sedap.

Janah tengah potong pelam, nak buat jeruk pelam asam boi yang orang dok sibuk jual kat fb suatu masa dulu. La ni dah senyap sikit. Tiba-tiba Janah bersuara.."Akak nampak kurus sekarang" Mak Itam pun angguk. "Aa ..Fiza nampak kurus" Alhamdulillah..kembang setaman. Hati mana yang tak rasa bersyukur bila dipuji.

"Tak berapa kurus lagi ni Janah. Nak pecah angka 5..belum dapat-dapat. Ni baru 61-62kg. Sebelum ni 72-71kg.. Akak target nak turun lagi 5kg..nak dapat berat dalam 55. Sekarang BMI 25.15. Nak dapat BMI 22..hihihi.."

"Akak diet macam mana sampai boleh turun banyak tu?"
"Akak join program LDL 10:60 dengan Dr Malinda. Dr Malinda tu pakar obesiti. Program dia seronok. Tak menyeksakan. Siap dengan menu sihat dan langsing, senaman langsing. Jadi memang tak stress nak turunkan berat"




Thursday, September 10, 2015

Senaman Sambil Layan Drama Korea

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.
Gambar: Google


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Ha….hari ni topic best. Senaman depan tv. Mesti korang ada cerita kesukaan kan? Macam drama bersiri, rancangan memasak seperti Dapur Panas atau 5 Rencah 5 Rasa…haha..chef tu memang hensem. Tapi kenapa chef yang hensem dan terkenal di dunia ni kebanyakannya lelaki, tak ramai chef perempuan?  Agaknya chef lelaki ni masak mudah..tak remeh macam chef pompuan..tak payah sukat betul-betul ..masak pun main campak-campak, kacau-kacau lebih kurang hihii….hasilnya memang Nampak cantik dan sedap. Tapi rasanya belum tahu selagi kita belum cuba sendiri resepi yang diorang bagi tu.

Ok. Berbalik pada perkongsian hari ni, senaman depan tv.

Apa senaman yang boleh buat depan TV?

Tak payah gerak ke mana-mana. Tak perlu tempat yang terlalu luas pun. Buat sahaja bila iklan keluar. Iklan pun 5 minit jugak. Kadang tu, cerita 2 jam, iklan je lebih setengah jam kikiki…. Hakikatnya cerita tu taklah lama , iklan je lebih. Ok, apa senaman yang boleh buat masa tu?

Di bawah ini saya senaraikan 5 senaman yang boleh korang buat.

1. Leg Raise


Flat Bench Lying Leg Raise




Side Lying Leg Raise
  



Angkat Kaki. Biarkannya tergantung. Cuba buat selama mana yang boleh. Senaman ni melatih kaki terutama sekali di bahagian bawah peha. Buat cukup lama, cabar diri.  Korang akan rasa seperti bahagian bawah peha (dan peha) seperti membakar. That’s good. Senaman ni juga boleh mengecilkan perut di bahagian bawah pusat.

Boleh juga buat dari sisi. Mengiring berbantalkan lengan. Lepas tu angkat kaki. Buat seberapa banyak yang boleh untuk kaki kiri dan kanan.

Buat sebanyak mana yang anda boleh. Sampai iklan habis ke. J



2.  Crunches

Bicycle Crunch





Yang ini korang boleh buat perlahan-lahan. Buat kiraan 10, rehat kiraan 8. kiraan 10, rehat kiraan 8. Buat berkali-kali. Jangan buat sampai dah tak boleh buat. Buat maksima sehingga korang rasa macam dah capai 80% kemampuan diri. Ini akan melatih bahagian perut (abdomen) . Senaman ini patut dibuat paling akhir sekali kalau anda ingin membuat lain-lain senaman. Variasi senaman ini ialah “side crunch”.


3. Floor Scissor Abs



Senaman ni memang kena buat atas lantai. Sambil tengok Mok Cun pun boleh buat. Tak susah. Ini juga senaman yang akan melatih bahagian perut. Buat sehingga kiraan 10. Boleh letakkan tangan di lantai untuk menyokong badan . Cara buatnya;
a) Pertama, baring di lantai.
b) Kemudian, angkat kaki kanan anda sehingga betul-betul 90 darjah.
c) Kemudian turunkan sedikit demi sedikit sehingga kaki anda berada di lantai.
d) Kemudian angkat kaki sebelah kiri pula.



4. Wall Squats



Sambil layan Melodi kat TV3 pun boleh buat ni. Korang sandar ke dinding. Kemudian,  perlahan-lahan turunkan badan sehinggakan berada dalam posisi seperti duduk di atas kerusi. Ala…yang macam cerita Allahyarham P Ramlee tu..duduk atas kerusi angin kikiki…Haa…dah dapat bayangkan kan kan kan…

Cuba kekalkan posisi ni selama 10 saat kemudiannya rehat selama 1 minit. Kemudian ulang dan ulang lagi. Sehingga 10 kali.


5. Berpusing-pusing Semasa Duduk

Ni lagi best. Macam alat senaman yang jual kat tv tu. Sambil duduk, pusing badan kanan kiri. Letak tangan di pinggang,  kemudian pusing ke kiri perlahan-lahan. Kemudiannya pusing ke kanan perlahan-lahan. Ini sangat mudah. Boleh buat berkali-kali . Kalau rasa senaman pusing-pusing ni ringan sangat, boleh letakkan beban untuk membakar lebih kalori. Contohnya  dumbbell atau susunan kamus dewan ke…baru la ada timbul otot-otot kat lengan..sado gitu




Banyakkan senaman yang boleh buat depan TV? Tak payah keluar rumah pun boleh bersenam. Maksimumkan penggunaan masa. Jangan membazir J  Senaman sebenarnya adalah untuk memastikan setiap otot kita bekerja. Walaupun ada senaman di atas adalah sangat mudah, ia memastikan anda tidaklah hidup secara pasif.


Tuesday, September 8, 2015

Mencari Bahagia : Senaman

TUbuh dan fikiran kita sering berhubung antara satu sama lain. Menjadi tubuh dalam keadaan aktif merupakan salah satu kaedah untuk memelihara kesihatan kita secara fizikal. Bersenam secara tidak langsung membuatkan kita lebih gembira dan membebaskan kita dari situasi tekanan. Menurut Teori Olahraga, setelah dua jam berolahraga, tubuh kita akan mengeluarkan sejenis hormon gembira yang dikenali sebagai serotonin, di mana kesannya sama seperti pengambilan ubat penenang. Bahkan boleh meningkatkan tenaga dan menjadikan kita lebih bersemangat! Gi! Go! Go! :)




Yang bagusnya, kita mendapat ni semua secara PERCUMA! Tak perlu mendaftar yuran gym yang mahal.  Kita tak payah bayar sesen pun ..kan seronok macam tu. Sekadar melakukan aktiviti mudah , santai di rumah je.. sambil tengok tv pun boleh. Boleh juga jalan-jalan di setikar rumah atau taman tempat kita tinggal setiap pagi.

Tips bagi korang yang ingin mencari bahagia dengan melakukan senaman, pilih senaman yang paling korang suka buat. Sebab, bila kita buat perkara yang kita suka, kita akan bertahan lebih lama bukan sekadar "hot, hot, chicken shit" hahahah




Bagi yang masih dalam keadaan pantang atau beranak kecil..susah nak keluar rumah..memadai dengan menolak stroler baby sambil berjalan-jalan mengelilingi taman. Boleh juga buat senaman dengan baby .  Dunia sekarang dah moden. Boleh search kat Youtube cara bersenam dengan baby.



Bagi yang suka dengan alam persekiran, sukan outdoor paling sesuai. Korang boleh cuba sukan hiking.




Bagi korang yang tak suka terlalu aktif, yoga atau pilates merupakan sukan yang sesuai. Boleh beli banyak cd di pasaran, pilih je. Pasang kat rumah..dah boleh bersenam kat ruang tamu rumah.




Untuk korang yang suka bergaul pula, boleh join mana-mana kelab gym atau sertai senamrobik beramai-ramai secara percuma di dataran atau dewan.



Untuk yang cintakan hijau, boleh berkebun di rumah. Beli pasu, tanah dan baja yang sesuai mengikut kawasan. Tanam pokok bunga satu atau dua jenis, yang selebihnya tanam pokok yang boleh makan seperti pokok-pokok ulam, serai, pokok-pokok buah. Di samping boleh sihat dengan mengeluarkan peluh boleh juga menghijaukan alam sekitar. Al maklumlah...sekarang ni udara kotor, jerebu. Jadi aktiviti tanam pokok ni sikit sebanyak boleh membersihkan udara di rumah kita. Barulah lebih sihat dan ceria. Manfaat 2 in 1..macam minuman segera pulak..kita dapat udara bersih, berpeluh di samping dapat makan sayuran yang kita tanam sendiri.



Monday, September 7, 2015

Nak Kurus! Makan Protein Je


Tak kira sama ada nak kurus atau gemuk, protein merupakan diet yang paling penting untuk badan. Konsep pengambilan protein kepada tubuh badan kita merupakan salah satu kunci gaya hidup sihat. Di entri ini saya nak kongsikan tentang protein sepadat mungkin J


Keperluan setiap badan
Protein disimpan  dalam otot dan organ badan manusia untuk bina dan baiki tisu sel badan manusia. Protein merupakan komponen terpenting untuk sel  badan. Ia terdiri daripada 22 asid amino atau kata lain dipanggil struktur asas kehidupan. Dalam badan, protein berbentuk seperti rantaian asid-asid amino (ala-ala rantai mutiara sabah tu ..hihi ) Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim. 






Antara kepentingan lain :
  • Meningkankan sistem imunisasi badan
  • Membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota
  • Menyihatkan jantung supaya kekal aktif




Bentuk-Bentuk Protein dan Fungsinya



Untuk pengambilan protein yang berkesan, Institut perubatan dan sains kebangsaan USA sarankan sebanyak 10% hingga 35% jumlah pengambilan kalori adalah dari sumber protein.  Lelaki digalakkan untuk mengambil lebih dari perempuan.

Kalau di Malaysia, kita suka ambil ‘lemak’ dari protein…betul ke betul?? Hihihihi


Bagaimana Protein Pengaruhi Berat Badan?

Kesan paling popular protein terhadap kesihatan adalan kebolehan protein untuk KAWAL RASA LAPAR. Haaa…. Seronok bila dengar kan? Kan? J Ceritanya macam ni, apabila protein diserap, ia menghantar signal kepada otak untuk menurunkan kadar rasa lapar.

Kepentingan lain protein adalah ia akan meninggakatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot. Protein juga bantu dalam pengawalan kenaikan kadar gula dan insulin dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gla dalam badan


Ok, itu sahaja sedikit perkongsian untuk harini. Jadi pesanan penaja, makanlah lebih protein untuk lebih LANGSING.  


Friday, September 4, 2015

Teks: Nor Razfizah

Alhamdulillah.
Cepat sungguh masa berlalu. Setahun 5 bulan emak tersayang pergi meninggalkan ..termasuk tempat cari makan.
Misi saya cuma ingin kembali kepada fitrah seorang wanita untuk meneruskan kerjaya di rumah. Tempat suami dan anak-anak berehat, makan dan minum sepenuh hati.
Dapur menjadi bilik kedua selepas bilik tidur. Sangat suka memasak untuk mengisi perut suami dan anak2 walaupun ringkas. Masak sekadar apa adanya.
Siap siaga semua keperluan pakai keluarga. Pakaian sentiasa ada di tempat dan harum berbasuh. Kemas terlipat atau tersangkut.

Sedikit tentang anak-anak ibu..

1) Muhammad Syahabuddin
Anak sulung yang sering menjadi bahan eksperimen kepada ayah dan ibu. Menyusu dengan ibu sekadar hingga 3 bulan sahaja. Mungkin kesilapan ibu masa itu yang terlalu awal memiliki cahaya mata sulung sebagai penyeri keluarga kita. Ibu tak berapa banyak ilmu untuk menyusu dan menambah susu badan. Ibu pula masih bekerja makan gaji. 
Semasa kecil ramai yang memanggil "Muhammad". Tetapi bila sudah bersekolah, nama berukar kepada Syaha atau Budin. Banyak kasih yang sayang tercurah padanya. Banyak pakaian baru dibelikan termasuk pakaian terpakai yang diberikan oleh ramai orang. Syaha tidak pelat dari kecil. Ayah dan  ibu kagum. Umur 5 tahun dimasukkan ke tadika PASTI. Alhamdulillah segala ilmu diserap dan dihadam cepat. Banyak doa dan ayat Al Quran meniti dibibir. 
Umur 6 tahun Syaha melangkah masuk ke sekolah tadika cina pula. Ibu dan ayah ingin kukuhkan daya ingatan Syaha seteruskan mendapat bahasa ketiga iaitu bahasa cina yang semain dikuasai umum. Kelak moga anakanda dapat menggunakan kelebihan yang ada untuk memandaikan anak bangsa.
Semakin bear, abang semakin suka "memancing perhatian" ibu dan ayah dengan pelbagai tingkah laku yang tidak terduga. mungkin kerana Syaha berasa sedikit terpingggir kerana sudah mempunyai 2 orang adik. Tetapi percayalah, ibu tidak pernah lupa makanan kegemaran dan mendoakan kejerahteraan anak-anak ibu.


2) Muhammad Syarifuddin
Sekali lagi ayah memilih nama yang sama maksudnya dengan abang. Gerak laku lincah, tak duduk diam melainkan waktu tidur. Masa kecil, abang tak pandai sebut Syarif, jadi lekat nama Ayip sampai umur 3 tahun lebih. umur 4 tahun satu family panggil Ayip. Bila masuk PASTI, cikgu panggil Syarif. Abang pun dah besar..dah pandai sebut. 

Syarif masih pelat sikit sampai sekarang. kalau cakap laju-laju mesti terdengar pelatnya. kalau cakap satu persatu baru betul. "pokok = kokok" :) Tapi, Syarif untung dari banyak segi. Sejak Syarif lahir ke dunia, ibu tak lagi kerja malam. Malam ibu temani. Masa abang dulu ibu kerja syif..kasihan abang Syaha. Ilmu penyusuan ibu makin banyak. Syarif menyusu dengan ibu sampai umur 8 bulan walapun ada campur sikit masa tinggal dengan nenek. Ibu banyak habiskan masa untuk memerah susu di tempat kerja. Alhamdulillah. 

Syarif untung. Masuk tadika umur 4 dan 5 tahun. Tahun depan masuk pra di sekolah cina sama dengan abang Syaha. Boleh belajar dengan abang kalau tak tahu. Sekolah sama, dekat pula dengan rumah. Jalan kaki dalam 30 langkah dah sampai.





3) Syarafuddin
Syaraf anak merdeka. Lahir jam 9.15 pagi merdeka tahun lepas. Tiada sambutan istimewa di hospital seperti yang kita biasa dengar sebelum ni. Rata-rata orang bertanya. Cuma tarikh tu tarikh keramat. Mudah nak ingat. 1 Malaysia sambut. Dari segi penyusuan syaraf memang win. Tahun Syaraf dilahirkan, ibu sudahpun meletakkan jawatan setelah 8 tahun bekerja. Ibu jadi suri sepenuh masa.

Tangan ibu membelai syaraf sejak dari lahir hingga ke hari ini. Pantang pun sendiri. Berdikari. 4 tahun jarak dengan abang-abang. Suka bermain kejar-kejar dengan abang-abang. Tak sedar masih merangkak walau sudah laju. Tapi awak berlari kaki 4. abang kaki 2 ,..hihihi...sapa lagi pantas?

Nampak sasa, berketak-ketak, pipi labuh..seperti sado la katakan! Hihihi..perasan ekk. Masa keluar 3.07kg. 1 tahun 8.5kg. Makan pun dah tak nak bubur lembik-lembik..walau gigi baru tumbuh 4 batang. Manja terlebih !


Thursday, August 27, 2015

Coretan Petang

Memang benar kata orang.. Syurga di telapak kaki ibu.

Bukan kita bawah tapak kaki ibu kita nampak syurga. Tapi mengenangkan jasa dan pengorbanan seorang wanita bergelar IBU memang tak tergalas jika tidak betul-betul bersedia. Tapi, jika fikir bersedia baru nak ada anak..memang sampai bila takkan ada la. smile emoticon
Being a mother, kita kena selalu belajar. Anak-anak akan beri kita pelajaran setiap hari. Melihat mereka membesar depan mata, walaupun setiap hari, setiap jam, memang ada je "peel" yang kadang2 menukarkan seorang ibu kepada yang lain. (tak mau sebut, bahaya) hihi...
Memang kena banyak sabar. Carti ayat-ayat, surah-surah, baca/ google tips yang boleh melembutkan hati mereka. BIar mereka lembut hati. Mudah mengikut apa yang kita ajar, terutama bab mengaji dan belajar. Syaitan memang kuat mengganggu. Jadi kalau kita rajin bacakan ayat atau pasang cd ayat Al Quran di dalam kereta atau di smar phone memang sangat2 membantu.
Kadang2 susah juga mendidik anak "ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak selerak" ni..hihi.. Memang tabik kat mak-mak yang ada anak ramai. Ni baru 3 dah tak tahan dugaan. Penuh pancaroba. Ewahh!

Tuesday, August 25, 2015

Apa itu Obesiti?

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu mengnalasti apa masalah, mengapa dan bagaimana cara terbaik untuk menanganinya. Sama juga untuk proses menyelesaikan masalah obesiti yang kita hadapi. Oleh itu, lebih mudah untuk kita tangani jika kita faham dan jelas dengan masalah kita.




Tak kenal maka tak cinta :)

Tak ada ilmu, maka tak tahu. Sesungguhnya, ilmu itu pembuka hidayah.

Obesiti merupakan kenomena abad ke-21. Masalah kesihatan dunia moden yang meningkat mendadak di seluruh dunia.

Perangkaan WHO juga menunjukkan statistik statistik obesiti akan mennjadi lebih buruk pada tahun 2020 dan 2030. Tiada tanda ia akan reda.

Obesiti berkait rapat dengan pelbagai penyakit kronik seperti Diabetis, Penyakit Jantung, Hipertensi san juga kanser. Pada tahun 2011, American Association of Clinical Endocrinologist telah mengistiharkan bahawa obesiti itu sendiri merupakan sejenis penyakit.

Obesiti merupakan pembunuh ke-5 kematian di dunia dengan 2.8juta orang dewasa meninggal setiap tahun akibat komplikasi masalah berkaitan obesiti.

Sunday, May 31, 2015

Tips Suri: Sedia bubur Pantas, Lazat, Berkhasiat

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

 Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya saya menjadi suri sepenuh masa. Saya juga dikurniakan ilham dan idea untuk menjalankan tugas di rumah dengan lebih pantas dan sempurna. Ya la..suri rumah sepenuh masa bukannya hanya duduk goyang kaki. Malah kerja-kerja rumah tidak pernah habis dari terjaga di waktu pagi hingga ke malam.

Tempat yang paling lama dan kerap suri berada ialah di dapur. Tambah lagi sepanjang cuti persekolahan. Anak-anak berkumpul di rumah. Singki tak pernah kosong. Pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garfu memang ada sahaja yang perlu dibasuh.

Tambahan bagi suri yang mempunyai bayi kecil terutama yang berusia di bawah satu tahun seperti saya, kita mesti menyediakan bubur nasi. Bubur nasi elok dikisar bersama sejenis sayuran dan sejenis protein bagi melengkapkan pemakanan mereka seterusnya membantu tumbesaran mereka. Dengan ini mereka akan lebih kenyang dan suri rumah lebih mudah menumpukan perhatian dalam melakukan kerja rumah.

Tips yang ingin saya kongsikan di sini ialah cara penyediaan bubur nasi untuk bayi bawah satu tahun dengan cepat, lazat lagi berkhasiat.

Bahan-Bah
annya:
============
2 ketul isi ayam (bahagian dada)
2 batang lobak merah  atau 2 genggam bayam yang telah siap disiang
Garam secukupnya
3 mangkuk air
Nasi yang baru dimasak
Air masak secukupnya

Caranya:
======

Bahagian isi ayam dan sayur yang telah dihiris direbus pada api yang kecil.
Perasakan dengan garam.
Tutup api apabila sudah masak.

Sediakan blender.
Masukkan separuh isi ayam dan sayur yang telas direbus tadi di dalam pengisar bersama separuh air rebusan. Tambahkan air masak secawan.
Masukkan nasi yang baru dimasak sebanyak 3 senduk
Kisar.
Tambah air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang dikehendaki.
Sediakan bekas-bekas kecil.
Tuangkan bubur yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk-mangkuk kecil.
Simpan ke dalam peti sejuk di bahagian beku (frozen)

Perhatian:
Kisar ikut kekasaran mengikut umur anak Seperti anak saya yang sudah berumur 8 bulan, buburnya ada tekstur sedikit (berbiji nasi dan ayam, tidak terlalu halus)
Jika bayi berumur 6 bulan, teksturnya lebih halus kerana baru diperkenalkan dengan makanan pejal.

Untuk Penyediaan, 
Gunakan bekas yang standard supaya memudahkan penyimpanan dan lebih kemas. Bekas yang sama memudahkan dan susunan yang lebih kemas dan teratur. jadi lebih banyak bekas dapat dimuatkan.
1 bekas kecil untuk satu hidangan. Jika ingin menyediakan untuk 6 hari, jadi jumlah bekas yang diperlukan ialah 2 x 6 = 12 bekas kecil.

Penyediaan Mengukus.
Keluarkan satu bekas dari dalam peti sejuk beku sebaik sahaja bangun dari tidur di waktu pagi. Tujuannya untuk menyahbeku, mempercepatkan proses mengukus dan menjimatkan gas. Jadi sambil kita menyediakan sarapan pagi, bubur tadi sempat dinyahbeku. Pindahkan bubur yang telah dinyahbeku tadi ke dalam bekas kaca yang tahan panas. Kukus lebih kurang 3 hingga 4 minit. Bubur sudah siap untuk disuapkan. Jika terlebih pekat, boleh ditambah sedikit air untuk mencairkannya.

Selamat mencuba


Coretan Suri Di Dapur


Monday, May 18, 2015

Kids Rewards- Waterpark Yeayy!!

Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Google


Alhamdulillah..

Sperti yang dijanjikan oleh ayah dan ibu, kalau Abang Syaha berjaya hafal sifir 5 ayah akan bawa abang dan kita sekeluarga jalan-jalan..Akhirnya masanya telah tiba..cuti Hari Pekerja 1 Mei kami ke Tiram Indoor Waterpark, Ulu Tiram. Ia bertempat dalam Todays Mall , Ulu Tiram, Johor.

Dah tahu nak min air, mesti akan berasa lapar, jadi aku bawa bekalan dari rumah:

- Roti sapu kaya
- Nasi lauk sayur + udang
- Air masak

Sampai di stesen minyak, aku beli lagi roti dan air kotak besar.

Kami bertolak selepas solat Jumaat. Perjalanan dari Kempas ambil masa dalam 45 minit. Setibanya di sana.


Ni harga dah termasuk gst. Kanak-kanak RM14.70, dewasa RM20  
Kanak-kanak bawah 80cm percuma :)
So, untuk keluarga saya, 2 dewasa, 2 kaak-kanak.
Boleh keluar masuk dalam satu hari, dengan syarat gelang masih boleh di"scan".



Lepas bayar, kami pun beratur untuk masuk. Untuk masuk kena scan gelang tangan macam kita scan kad kat LRT. Cuma yang ni, kita scan  kod bar yang ada di gelang tangan masing-masing. Pada saya kadar harganya memang berpatutan. Tambahan pula, ada 2 kawasan, basah dan kering. Harga tiket tu untuk satu hari. Boleh main sampai semua kecut huhuhu.... 

Ada pelbagai permainan dalam kolam renang. Ada bot kayuh tangan, ada pelampung gergasi bentuk pisang macam "banana boat", ada pelampung bulat gergasi, ada pelampung rata (yang warna oren tu).


Ni pool untuk kanak-kanak. Kalau dewasa berdiri lebih kurang paras lutut. Macam Syaha dan Syarif umur 5 dan 6 tahun paras pinggang. Jadi tak risau


Sebelum masuk kolam, boleh simpan dulu barang berharga dalam loker. 1 token cuma RM1. lepas dah simpan barang, baru tenang nak mandi.




Nampak tak kat sudut kiri atas tu?? tu permainan yang disediakan di sini. Macam padel boat, tapi kita kayuh guna tangan. Memang seronok. Syaha dan Syarif siap tunggu takde orang sebab nak main. bila dah start kayuh..susah nak lepaskan pula hihi...


Ni bot gergasi bentuk bulat. Satu bot boleh muat dalam 20 orang kot..Haritu tak sempat naik..



Slide ni yang best..Syarif, Syaha dan ayah diorang slide berkali-kali tak jemu-jemu.. 
Luas. Sekali slide boleh dalam 10-12 orang

Airnya sejuk. Di sebelah atas (mural warna purple) dari paras slide tu ada kolam renang untuk  dewasa. Kat situ, Syaha dan syarif pun cuba juga. Saya yang mula-mula risau tengok juga diorang dari tepi kolam. Bukan apa, malang tak berbau. Kalau berbau senang hihihi... 

Kat kolam tu Syarif berdiri paras leher. Syaha pula paras bahu. Kolamnya besar sikit dari tilam saiz King. Kolam tu kosong. Tiada apa-apa permainan.

 Dekat 3 jam juga berendam ..terketar-ketar tapi sayang nank keluar dari kolam hih..:)  Lepas mandi kolam, boleh bilas kat bilik mandi. "Shower" ada air panas dan air sejuk. Bilik mandi dan toilet luas. 

Lepas mandi, barulah rasa bersih dan segar..lepas tu mula lapar hihi..nasib baik dah singgah beli roti dan minuman kotak besar. Masing-masing kebulur. Saya pun sempat bawa nasi dan lauk lebihan dari rumah. Semua habis licin. Alhamdulillah.  Tak membazir. Beli ngam-ngam je.


Ni tempat letak barang-barang seperti beg pakaian dan makanan. Jadi sebelum mandi boleh letak barang-barang di sini. Selepas mandi pula, boleh gunakan tempat ini untuk makan dan berehat.



Ni pun tempat letak barang. Cuma ini di luar bilik di atas dan lebih dekat dengan kolam. 



Di sebelah water park ni ada permainan macam kat taman permainan. Ada macam-macam. Memang seronok. Bayarannya dah sekali dengan water park. Mulanya Syaha dan Syarif nak pergi main. Sekali tak boleh. Rupanya kena pakai stokin. Stokin tu yang agak tak berapa kena dengan harga. Sepasang sampai RM3.20. Rasa macam tak berbaloi. Kalau setakat RM2 sepasang, boleh beli lagi. Takpe, lain kali, kalau nak pergi main water park, atau pergi berjalan-jalan, bekal stokin sorang sepasang. 

Pada saya, memang berbaloi harga tiket water park ni dengan perkhidmatan yang ditawarkan. 2 park dalam satu harga. 














Saturday, May 16, 2015

Syarif Dah Sedia, Ibu

Ya Allah...syukur..syukur..syukur
Hari yang ditunggu sudah tiba
Dan..
Inilah harinya. 23 April 2015.
Air mata ibu gugur kegembiraan. Menitis kesyukuran.


Alhamdulillah, Syarid sudah boleh membaca . 



Mealshakes kegemaran Syarif 


2 hari lepas abang Syaha bawa balik buku Fermleaf Calciyum. Buku tu nipis je. tak sampai 20 muka surat. Ada diselitkan beberapa kartun mengisahkan watak lembu "Ka-ra-Cow" mengalahkan beberapa watak. Ka-ra-cow menang kerana minum susu coklat yang mengandungi kalsium. Di bahagan tengah buku diselitkan pelbagai stiker yang boleh ditampal pada mukasurat tertentu yang gambarnya dipudarkan. Gambarnya memang comel dah menarik minat kanak-kanak untuk membacanya.

Dah beberapa hari membelek buku tu. Tiba-tiba pagi tadi Syarif cuba baca sendiri..Syarif cuma sebut huruf yang ada satu per satu. 

S.O.T.O.N.G 
G.E.R.G.A.S.I.

Aku pun mencelah...
Ibu: S.O.?
Syarif: So
Ibu: "T.O.N.G?" 
Syarif: Tong
Ibu: bunyinya?
Syarif: Sotong

Ibu: G.E.R?
Syarif: Ger
Ibu: G.A? 
Syarif: Ga
Ibu: S.I?
Syarif: Si
Ibu: bunyinya?
Syarif: Gergasi

Syarif berjaya membaca sukukata 4 huruf!

Selama ni ibu ayah risau dengan progress Syarif.
Hampir setahun ibu dan ayah mendidik Syarif mengenal huruf dan masuk suku kata 2 huruf.

Cikgu sekolah baik hati print & laminate suku kata "ba-bi-bu-be-bo... sampai za-zi-zu-ze-zo"
Dari tahun lepas Syarif bawa balik, sampai tahun ni..

Inilah hasilnya
Jenuh Syarif dipukul & dihukum.

Bukan untuk menyakitkan. Matlamat ibu dan ayah tidak lain dan tidak bukan cuma untuk mahu Syarif tahu membaca. Maafkan kami Syarif.
.
.
Akhirnya..hari ini dah berhasil.
Dah keluar kepompong.

Tahun ni dah 5 thn (12 sept nanti).  Tahun depan dah masuk pra
In syaa Allah , Syarif sudah bersedia.

Syarif membuktikan
Usaha, penat lelah ibu ayah mendidik kalian berhasil.

Terima kasih Ya Allah.
Semua terjadi dengan izinMu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mealshakes memang lazat
Boleh diambil dari usia 1 tahun ke atas
Perisa vanilla
Bukan sahaja kanak-kanak, malah saya sebagai ibu pun suka. Saya mencampurkannya dengan ESP :)





Inilah masalah Syarif sebelum mengambil Mealshakes:
- Kurang selera
- Sembelit
- Asma
- Tidak fokus
- Sering selsema
- Kurang berat

Alhamdulillah..semua masalah tersebut hampir 95% selesai. 



Mealshakes sarapan Syarif setiap hari sekarang. :)


  
Abang Syaha tahun ni 6 tahun. Sifir 2 dan 3 dalam kepala. Sekarang nak latih untuk sifir 4 pula. Ada satu malam tu saya mengajar tusyen pada pelajar tahun 6, sifir 2, 2x5? Pelajar tu diam, sambil kira di tangannya.. Syaha pula, dengan pantas menjawab 10. Terdiam pelajar tu. 

Minyak Ikan Omega Guard juga saya beri pada anak-anak saya. Minyak ikan mengandungi DHA membantu sel-sel otak berhubung macam iklan susu tu :). Minyak ikan juga baik untuk jantung. Baik juga bagi yang menghidapi batuk.



Alhamdulillah. Semoga perkongsian saya pada kali ini sedikit sebanyak membantu para ibu di luar sana, in shaa Allah. Kita hanya boleh berikhtiar. Allah menentukan segalanya :)

Izzah Razak
017 700 1749 (PM/ Whatsapp)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...