Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Sunday, October 18, 2015

Jerebu dan Batuk

Jerebu nampak teruk semalam. Sampai depan rumah pun berasap, bau pun tak sedap. Tengah hari semalam keluar pergi jemput Syaha dari sekolah Tadika Bukit Kempas, bawa baby Syaraf sekali. Petang tu tidur macam biasa.. Tengah malamnya...ya Allah..batuk-batuk lama...dalam 11 lebih sampai 2 pagi. Dipegang tak nak, bagi susu badan tak nak (biasanya, bagi susu badan tak pernah tolak), dukung tak nak, bancuh susu pun tak nak minum, diusap kepala tak nak..menangis berguling-guling. Saya sampai  buntu tak tahu nak buat apa. Baca ayat kursi, Al Fatihah, banyak ali, hembus kat ubun-ubun Syaraf. Sampai dekat pukul 3 pagi baru Syaraf terlelap sendiri.

Esoknya, sebelah siang, saya bagi Nutriferon dan Chew Vita C pada Syaraf. Alhamdulillah..vitamin tu sebagai asbab sahaja, juga ikhtiar saya untuk menyembuhkannya. Nutriferon dan Vitamin C tu dapat meningkatkan daya imunnya melawan penyakit. Ikhtiar sembuhkan penyakit melalui penggunaan vitamin, bukan ubat-ubatan. Ubat-ubatan mengandungi kandungan dadah walaupun dalam kadar yang dibenarkan. Alhamdulillah, esoknya, Syaraf dah batuk lagi dan kembali ceria berbanding hari sebelumnya. Ibu pula yang mengantuk sebab kurang tidur malam semalam. Mujur tak kerja.

Saturday, September 5, 2015

Baju Goal II

Teks : Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Koleksi Peribadi

Ok kisah aku bersemangat nak pakai dress tu diteruskan. Dress tu memang best. Kain denim, sejuk. Ada zip kat depan baju boleh mudah menyusukan Syaraf. Bukan apa,..mak mak pun nak melawa gak kan..di samping hak anak tidak terabai. Kainnya pun tak jarang..pendek kata memang best la..so, bila tak boleh pakai, sangkut sana sini..memang ku kuchiwa la... Bila naik timbang..Ting!..opsss...patutlah..dah 70kg .. Ya Allah..patutlah banyak baju dalam gobok ..takkanlah semua nak simpan.. nak kena kumpul duit beli baju baru pulak..membazir...

No No No.. jangan membazir . Jadi bulat tekadku untuk diet. Jadi aku pun susun step. Aku join program langsing, LDL 10:60 . Turun 10kg dalam masa 60 hari! Wow! ..in shaa Allah boleh. Aku boleh ! go go go...ale ale ale..

Mula-mula aku buat shopping list selama seminggu. Apa nak beli untuk menjayakan program dietku selama 2 bulan ni. Tak susah. Banyakkan protein je. Ayam, ikan, telur, sayur dan buah. Lain-lain cuma rencah...ikan bilis. Ulam-ulam memang dah tanam dalam pasu depan rumah. Serai pun ada. So dah lengkap.

Next! rancang menu apa nak masak selama seminggu tu. Contoh :
1) Sarapan - Minum shake
2) Lunch - Masak singgang atau pindang ikan
3) Dinner-  Ayam panggang..

Jadi seminggu tu shopping:
- Ayam dalam 2 ekor.
- Ikan 1kg.
- Telur 1 papang (hik hik speaking ganu pulok!)
- Sayur mayur

Set jadual makan:
- Breakfast - Protein shake + telur 2 biji
- Lunch - Ikan singgang + rebus bayam
- Dinner - Ayam panggang + rebus sayur campur
- Air 3Liter.

Tu je makanan dalam seminggu. Dinner paling lewat pukul 8 malam. Senaman buat pagi atau petang.

Oh ya! Lagi satu kena shopping penimbang digital. Bukannya apa, kalau beki penimbang bisa, turun gram-gram memang tak nampak. Bila nak nampak, kita mudah rasa down. Jadi, kita takkan ada semangat untuk nak teruskan jihad untuk sihat.

Ok, sekian dulu untuk entri kali ni. Saya sambung lagi di entri lain pula.

Friday, September 4, 2015

Baju Goal!

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.
Gambar: Koleksi Peribadi

Nak tahu satu rahsia tak? Salah satu rahsia untuk nak turun badan cepat ialah dengan meletakkan matlamat nak pakai baju yang kecil yang kita pernah pakai suatu masa dahulu. Contohnya :

- Baju kurung moden yang ada dart di bahagian belakang
- Baju kurung sekolah menengah
- Baju nikah
- Baju super favourite kita 


Baju ini sebaiknya kita gantung berdekatan dengan cermin meja solek, tempat yang kita mesti lihat setiap hari. Jangan kita sorok dalam gobok pula! Memang jadi pekasam la jawabnya. Sampai ke sudah tak boleh nak sarung ke badan.

Baju ni untuk mengingatkan kita supaya sentiasa meneruskan azam dan memastikan kita sentiasa on track! tak tersasar ke laut hihihi... So, bila nak makan nasi tengah malam, terliur nak makan aiskrim, mengidam siput sedut masak lemak cili api, zzaassss....terus tak jadi. Terus jadi masak bening, atau grill ayam hiihi...fuhhh selamaaaaatt. Lega! 



Dress kat atas ni dress preloved. Nak beli baru takut membazir. Nak dijadikan cerita ... baju ni beli 2 bulan sebelum syawal tahun ni. Tapi malangnya... saya sedih sangat sebab baju ni ketat kat punggung dan peyut hew hew hew... lantas dirorokkan dari pandangan suami terchenta... menangislah daku di bawah pohon ketapang... dari situ mulalah azam saya untuk menguruskan 2 bahagian kritikal itu kui kui kui. Tapi  bab nak kempiskan tu serius la beb! 

Sunday, May 31, 2015

Tips Suri: Sedia bubur Pantas, Lazat, Berkhasiat

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

 Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya saya menjadi suri sepenuh masa. Saya juga dikurniakan ilham dan idea untuk menjalankan tugas di rumah dengan lebih pantas dan sempurna. Ya la..suri rumah sepenuh masa bukannya hanya duduk goyang kaki. Malah kerja-kerja rumah tidak pernah habis dari terjaga di waktu pagi hingga ke malam.

Tempat yang paling lama dan kerap suri berada ialah di dapur. Tambah lagi sepanjang cuti persekolahan. Anak-anak berkumpul di rumah. Singki tak pernah kosong. Pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garfu memang ada sahaja yang perlu dibasuh.

Tambahan bagi suri yang mempunyai bayi kecil terutama yang berusia di bawah satu tahun seperti saya, kita mesti menyediakan bubur nasi. Bubur nasi elok dikisar bersama sejenis sayuran dan sejenis protein bagi melengkapkan pemakanan mereka seterusnya membantu tumbesaran mereka. Dengan ini mereka akan lebih kenyang dan suri rumah lebih mudah menumpukan perhatian dalam melakukan kerja rumah.

Tips yang ingin saya kongsikan di sini ialah cara penyediaan bubur nasi untuk bayi bawah satu tahun dengan cepat, lazat lagi berkhasiat.

Bahan-Bah
annya:
============
2 ketul isi ayam (bahagian dada)
2 batang lobak merah  atau 2 genggam bayam yang telah siap disiang
Garam secukupnya
3 mangkuk air
Nasi yang baru dimasak
Air masak secukupnya

Caranya:
======

Bahagian isi ayam dan sayur yang telah dihiris direbus pada api yang kecil.
Perasakan dengan garam.
Tutup api apabila sudah masak.

Sediakan blender.
Masukkan separuh isi ayam dan sayur yang telas direbus tadi di dalam pengisar bersama separuh air rebusan. Tambahkan air masak secawan.
Masukkan nasi yang baru dimasak sebanyak 3 senduk
Kisar.
Tambah air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang dikehendaki.
Sediakan bekas-bekas kecil.
Tuangkan bubur yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk-mangkuk kecil.
Simpan ke dalam peti sejuk di bahagian beku (frozen)

Perhatian:
Kisar ikut kekasaran mengikut umur anak Seperti anak saya yang sudah berumur 8 bulan, buburnya ada tekstur sedikit (berbiji nasi dan ayam, tidak terlalu halus)
Jika bayi berumur 6 bulan, teksturnya lebih halus kerana baru diperkenalkan dengan makanan pejal.

Untuk Penyediaan, 
Gunakan bekas yang standard supaya memudahkan penyimpanan dan lebih kemas. Bekas yang sama memudahkan dan susunan yang lebih kemas dan teratur. jadi lebih banyak bekas dapat dimuatkan.
1 bekas kecil untuk satu hidangan. Jika ingin menyediakan untuk 6 hari, jadi jumlah bekas yang diperlukan ialah 2 x 6 = 12 bekas kecil.

Penyediaan Mengukus.
Keluarkan satu bekas dari dalam peti sejuk beku sebaik sahaja bangun dari tidur di waktu pagi. Tujuannya untuk menyahbeku, mempercepatkan proses mengukus dan menjimatkan gas. Jadi sambil kita menyediakan sarapan pagi, bubur tadi sempat dinyahbeku. Pindahkan bubur yang telah dinyahbeku tadi ke dalam bekas kaca yang tahan panas. Kukus lebih kurang 3 hingga 4 minit. Bubur sudah siap untuk disuapkan. Jika terlebih pekat, boleh ditambah sedikit air untuk mencairkannya.

Selamat mencuba


Coretan Suri Di Dapur


Thursday, May 28, 2015

Hadiah Hadi Lahir Undang Pahala

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Alhamdulillah Syukur.

Terima kasih Ya Allah kerana kurniaan rezeki dan nikmat untuk bersama dengan anak-anak dalam masa yang lebih lama. Dari menyediakan sarapan, menyiapkan untuk ke sekolah sehinggalah menyediakan makan malam dan tidur bersama mereka.

Maha suci Allah yang mengatur segala yang terbaik untuk hambaNya.

Hari ni, bersamaan 29 May 2015 bersamaan hari Jumaat cuti sekolah sudah bermula. Dua hari lepas, saya pergi menjemput anak dari sekolah seperti biasa. Hari itu ada sambutan hari lahir sahabatnya di sekolah. Semua murid diberi "goodie bag" dan makan kek coklat bersama-sama. Bekalan nasi berlaukkan telur yang dibawa tidak habis kerana semua murid-murid makan kek dan makanan ringan sempena hari jadi kawannya.

Yang saya seronok ialah "goodie bag" yang diberikan pada semua kanak-kanak termasuk anak saya. Di dalamnya cuma ada sekotak air Milo, pensel 2B sebatang, pemadam, sebuah buku nota kecil dan kertas jadual waktu. Hadiah sebegini memang patut diteladani. Ini merupakan hadiah yang sangat bermakna. Jadi kanak-kanak tidak disogokkan dengan makanan ringan dan makanan manis seperti gula-gula, lolipop, jajan yang sememangnya tidak bagus untuk kesihatan mereka. Peralatan alat tulis tadi boleh menambah koleksi mereka dan boleh terus digunakan. Si pemberi tadi pula akan mendapat ganjaran pahala berterusan selagi pemberian mereka tadi digunakan.

Saya tak sempat nak ambil gambar...hihi...Syaha dah buka "goodie bag" tersebut di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke rumah. Alat tulis tadi pun sudah disimpan di dalam bekal pensel. Ibu bapa pun boleh berjimat. Alhamdulillah.


Coretan Ibu

Saturday, May 16, 2015

Syarif Dah Sedia, Ibu

Ya Allah...syukur..syukur..syukur
Hari yang ditunggu sudah tiba
Dan..
Inilah harinya. 23 April 2015.
Air mata ibu gugur kegembiraan. Menitis kesyukuran.


Alhamdulillah, Syarid sudah boleh membaca . 



Mealshakes kegemaran Syarif 


2 hari lepas abang Syaha bawa balik buku Fermleaf Calciyum. Buku tu nipis je. tak sampai 20 muka surat. Ada diselitkan beberapa kartun mengisahkan watak lembu "Ka-ra-Cow" mengalahkan beberapa watak. Ka-ra-cow menang kerana minum susu coklat yang mengandungi kalsium. Di bahagan tengah buku diselitkan pelbagai stiker yang boleh ditampal pada mukasurat tertentu yang gambarnya dipudarkan. Gambarnya memang comel dah menarik minat kanak-kanak untuk membacanya.

Dah beberapa hari membelek buku tu. Tiba-tiba pagi tadi Syarif cuba baca sendiri..Syarif cuma sebut huruf yang ada satu per satu. 

S.O.T.O.N.G 
G.E.R.G.A.S.I.

Aku pun mencelah...
Ibu: S.O.?
Syarif: So
Ibu: "T.O.N.G?" 
Syarif: Tong
Ibu: bunyinya?
Syarif: Sotong

Ibu: G.E.R?
Syarif: Ger
Ibu: G.A? 
Syarif: Ga
Ibu: S.I?
Syarif: Si
Ibu: bunyinya?
Syarif: Gergasi

Syarif berjaya membaca sukukata 4 huruf!

Selama ni ibu ayah risau dengan progress Syarif.
Hampir setahun ibu dan ayah mendidik Syarif mengenal huruf dan masuk suku kata 2 huruf.

Cikgu sekolah baik hati print & laminate suku kata "ba-bi-bu-be-bo... sampai za-zi-zu-ze-zo"
Dari tahun lepas Syarif bawa balik, sampai tahun ni..

Inilah hasilnya
Jenuh Syarif dipukul & dihukum.

Bukan untuk menyakitkan. Matlamat ibu dan ayah tidak lain dan tidak bukan cuma untuk mahu Syarif tahu membaca. Maafkan kami Syarif.
.
.
Akhirnya..hari ini dah berhasil.
Dah keluar kepompong.

Tahun ni dah 5 thn (12 sept nanti).  Tahun depan dah masuk pra
In syaa Allah , Syarif sudah bersedia.

Syarif membuktikan
Usaha, penat lelah ibu ayah mendidik kalian berhasil.

Terima kasih Ya Allah.
Semua terjadi dengan izinMu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mealshakes memang lazat
Boleh diambil dari usia 1 tahun ke atas
Perisa vanilla
Bukan sahaja kanak-kanak, malah saya sebagai ibu pun suka. Saya mencampurkannya dengan ESP :)





Inilah masalah Syarif sebelum mengambil Mealshakes:
- Kurang selera
- Sembelit
- Asma
- Tidak fokus
- Sering selsema
- Kurang berat

Alhamdulillah..semua masalah tersebut hampir 95% selesai. 



Mealshakes sarapan Syarif setiap hari sekarang. :)


  
Abang Syaha tahun ni 6 tahun. Sifir 2 dan 3 dalam kepala. Sekarang nak latih untuk sifir 4 pula. Ada satu malam tu saya mengajar tusyen pada pelajar tahun 6, sifir 2, 2x5? Pelajar tu diam, sambil kira di tangannya.. Syaha pula, dengan pantas menjawab 10. Terdiam pelajar tu. 

Minyak Ikan Omega Guard juga saya beri pada anak-anak saya. Minyak ikan mengandungi DHA membantu sel-sel otak berhubung macam iklan susu tu :). Minyak ikan juga baik untuk jantung. Baik juga bagi yang menghidapi batuk.



Alhamdulillah. Semoga perkongsian saya pada kali ini sedikit sebanyak membantu para ibu di luar sana, in shaa Allah. Kita hanya boleh berikhtiar. Allah menentukan segalanya :)

Izzah Razak
017 700 1749 (PM/ Whatsapp)









Monday, April 20, 2015

Tumit Merekah, Tersangkut Kain

Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Imej Google


Alhamdulillah.

Sebelum ni saya memang ada masalah tumit kaki merekah dan pecah. Pernah mencuba memakai selipar dalam rumah tapi tak istiqamah. Lemas. Lagipun kalau menyapu, susah nak pastikan lantai benar-benar dah tak berpasir atau tak. Terpaksa buka selipar dan jalan-jalan untuk merasa lantai benar-benar sudah bersih.

Saya pula jenis yang suka bersimpuh kalau duduk, lebih-lebih lagi jika bertandang ke rumah orang. Kalau bersimpuh, tumit kaki tegak menghala ke atas. Jenuh tutup dengan kain atau seluar. Malu

Sudah banyak krim saya cuba. Saya pernah cuba krim Nivea . Berkesan sekejap. Lepas tu kasar semula. Saya juga amalkan menggosok tumit dengan "pumice stone" ketika mandi.

Pernah juga ikhtiar cara alami dengan menyapu kulit pisang. Hasilnya tak begitu memuaskan. Ini kerana cara alami ni memerlukan kerajinan & tahap kesabaran yang tinggi. Saya pula jarang beli pisang.


Kolagen - cuma perlu koyakkan dan campurkan ke dalam minuman dan boleh terus diminum. Saya campurkan ke dalam ESP


Antara kebaikan ESP




 Sudah setahun lebih saya mengenali suplemen Shaklee, saya konisten makan seberapa banyak vitamin yang ada. Tapi vitamin untuk kulit saya tak tinggal seperti Energy Soy Protein (ESP), Ostematrix, Vitamin C, Kolagen , Zinc, Vitalea termasuk menyapu krim serbaguna Herbal Blend.

                                                                 
Tumit merekah mengundang kesakitan dan menyukarkan kerja seharian.









    

Alhamdulillah. Hasil gabungan vitamin-vitamin ini saya memperoleh kesihatan yang baik, susu badan banyak dan pekat, bebas dari masalah kulit, tiada masalah sembelit atau susah membuang air besar. 

Lagi satu, saya perasan masalah tumit kasar yang saya hadapi sekian lama sudah hilang. Tiada lagi masalah kulit kasar pada tumit sangkut pada kain. Kalau tidak, sebelum ni, kulit tumit tu merekah, kasar dan bila berjalan sakit pada rekahan tu. Alhamdulillah, sekarang tidak lagi.


Antara Faktor Penyebab:

  • BMI yang tidak ideal menyebabkan tumit pecah akibat tidak dapat menampung berat badan yang berlebihan
  • Kurang air dalam badan akan menyebabkan kulit menjadi bersisik, kering, keras dan merekah.
  • Penggunakan kasut yang kurang sesuai juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Elakkan pemakaian kasut bertumit tinggi dan ketat.

Penyelesaian:
  • Minum air secukupnya bagi mengelakkan tubuh dari terhidrat. Tingkatkan pengambilan air kosong dan sebaiknya air yang bertapis.
  • Mengurutkan kaki menggunakan losen atau krim khas seperti "Herbal Blend". Ia membantu melembutkan dan melembabkan kulit serta melancarkan perjalanan darah setelah seharian berjalan.
  • Menggunakan stokin jika memakai kasut sukan. Pemilihan saiz dan rekaan yang sesuai juga membantu kaki "bernafas" dengan selesa.

JIka ada di antara anda di luar sana mengalami masalah yang sama, boleh menghubungi saya untuk keterangan lanjut. In shaa Allah saya akan kongsikan pengalaman saya bersama anda.

Saya juga mencari rakan-rakan yang ingin menambahkan pendapatan atau ingin menjana pendapatan pasif 4-5 angka 3 tahun dari sekarang. Hubungi saya, Whatsapp atau SMS di nombor 017 7001749. Juga di facebook Izzah razak


Semoga membantu.







Wednesday, April 15, 2015

Masa Kian Suntuk

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmatNya yang tidak terhingga, tak mampu saya ungkapkan, tak terbalas rasanya. Sekadar menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya. In shaa Allah.

Alhamdulillah. Saya bersyukur dapat membesarkan dan melihat anak-anak membesar di hadapan mata. Membesar dan mendidik mereka dengan kedua tanganku, kudratku Ya Allah. Melihat mereka sejurus bangun dari tidur, menyiapkan sarapan, makanan dan minuman pertama yang masuk ke dalam perut mereka.

Peluang sebegini mungkin tidak dinikmati oleh ramai orang. Ramai ibu bapa yang bekerja untuk menyara kehidupan dan mencari rezeki. Tetapi bagi ibu bapa yang bekerja, anak-anak terpaksa dserahkan di bawah jagaan pusat asuhan atau nurseri. Tidak kira mahal atau murah. Tanpa kita sedari, masa kita bersama mereka semakin berkurang.

Saya juga begitu. Bekerja 5 hari seminggu. 10 jam sehari. Setiap hari terpaksa bangun seawal 6 pagi untuk menyiapkan diri dan anak-anak. Kadang-kadang tidak sempat siapakn sarapan pun hatta diri sendiri pun terpaksa bersarapan lewat pagi di tempat kerja.

Kadang-kadang anak belum sempat buka mata, sudah diangkat ke dalam kereta untuk dihantar ke tempat asuhan. Tu belum cerita lagi, belum sempat mandi, belum sempat makan sarapan. Sampai di tempat asuhan, kanak-kanak ramai. Tenaga pengajar belum tentu mencukupi untuk melayani karenah mereka. Entah jam berapa baru disuapkan makan.

Melepaskan Batuk Di Tangga 

Pengalaman saya dulu, menghantar anak di nurseri, memang serba serbi belum. Belum mandi, belum sarapan (minum susu pun tak sempat lagi) . Kat nurseri nanti ramai. Anak kita tah bila dimandikan. Dipedulikan ke tak? Entah jam berapa baru nak suap makan? Mandi macam mana, ramai-ramai atau ada yang perhatikan? Hari ibu gundah. Pelbagai persoalan bermain di kepala. Sampai ke tempat kerja masih berfikir.

Sampai di rumah dah maghrib. Letak beg, tanak nasi. Anak menangis minta nasi kelaparan (masa tu anak saya dah pandai cakap). "Ibu, nak nasi, lapar"

Ya Allah..tak makan ke di nurseri tadi? Ibu nak ambil wudhu pun tak menyempat. Waktu maghrib dah la pendek. Kalau maghrib dulu nanti, terdengar tangisan anak, jadi tak sampai hati. Solat pun tak kusyu'. Nak tak nak terpaksa masu masak lauk seringkas mungkin. sayur tumis , telur goreng atau ikan masak pindang selalu jadi menu pilihan sebab mudah dan ringkas. 10-15 minit dah siap hidang. Lepas tu hidang siap2 dalam pinggan anak. Kalau lauk ikan, buangkan tulang siap-siap dan gaul rata. Nasib anak pandai suap sendiri. Lepas tu baru boleh solat dengan tenang.

Sebab pernah berlaku anak saya tak dimandikan. Masa dijemput pulang masih memakai pakaian pagi. Dua pasang baju yang dibekalkan tak berusik. Selang beberapa hari selepas tu, anak saya kena jangkitan kuman pada kulit. Bila dibawa  ke klinik, doktor mengesahkan terkena jangkitan dan kurang penjagaan kebersihan. Anak saya juga tidak dibenarkan di hantar ke nurseri kerana dikhuatiri menjangkiti kanak-kanak lain. Saya terpaksa mengambil cuti selama seminggu menjaga anak saya di rumah. Pihak nurseri menuduh kami yang cuai. Kami redha. Saya rasa pihak nurseri yang tidak menjalankan kerja mereka dengan betul. Mereka mengabaikan penjagaan kesihatan anak-anak di bawah jagaan mereka. Selang beberapa hari, saya dapat tahu yang ada kanak-kanak lain juga menghidapi masalah yang sama seperti anak saya juga. Tidak dimandikan. Jadi memang betul sangkaan kami, pihak nurseri yang lalai. Cuma melepaskan batuk di tangga sahaja.

Jika mandi pun mereka tidak boleh nak pantau, apa lagi bab makanan? Masa tu anak saya agak memilih makanan. Kalau tidak kena dengan selera, maka dia tidak akan makan. Jadual makan pihak nurseri pula sudah ditentukan. Semua kanak-kanak akan disuapkan dalam satu masa yang sama. Mereka duduk dalam satu bulatan dan disuap seorang demi seorang. Takkan dek kerana seorang kanak-kanak yang tak mahu makan, yang lain pun kelaparan? Pasti yang tidak mahu makan tadi tidak akan dilayan. Lalu terbiar kelaparan. Tiba masa dah rasa lapar, masa makan pun dah habis. Permintaan anak kecil tadi takkan dilayan

Kesuntukan Masa

Masa di rumah bersama mereka juga amat suntuk. Pulang dari kerja jam 6 petang. Balik dalam keadaan jalan "jem". Semua berpusu-pusu mahu pulang cepat ke rumah. Balik sudah maghrib. masak dan solat..sekejap je dah Isya'. Kadang-kala anak kepenatan dalam saya mengharung kesesakan lalu lintas. Pulang ke rumah, saya terus mengangkat mereka masuk ke dalam bilik. Terus tak menguit. Lena hingga ke pagi. Malam tu saya menangis kerana langsung "tidak erjumpa" anak-anak seharian. Bayangkan masa diangkat ke dalam kereta, mereka masih belum celik mata. Bila nak pulang, mereka terlena pula dalam kereta.

Masa begitu pantas berlalu. 4 tahun bukan suatu sama yang singkat. Masa berkualiti dengan aanak adalah dalam tempoh umur mereka dari lahir hingga 5 tahun. Pada usia mereka menjejakkan kaki ke alam tadika, suku hari sudah habis di sekolah. Kitika mereka melangkah ke sekolah rendah pula, separuh hari sudah lenyap. Yang tinggal cuma waktu malam yang hanya berbaki 2 hingga  jam sebelum mereka melelapkan mata.

Sampai bila?

Sampai bila ibu akan membiarkan permata hati ibu dijaga oleh orang lain?
Sampai bila ibu sampai hati membiarkan nyawa ibu dibesarkan dari lebar kaki dua jari tiba-tiba hampir sebesar telapak tangan ibu?








Wednesday, March 25, 2015

Kisah Magis 2 : Deng! Awning renyuk Kembali Licin

Alkisah..satu pagi yang damai..bangun ..solat subuh ...lepas tu terus masuk dapur seperti biasa. Mengemas . Memasak sarapan ala kadar je..menu sarapan ahri ni, nasi goreng tom yam.

Tumis bawang merah, bawang putih, masukkan 1 1/2 sudu perasa tom yam segera, perasakan dengan garam..tumis..kacau rata. Kemudian masukkan nasi lebihan malam tadi...kacau-kacau siap!

Lepas sarapan, rendam kain baju sebakul.. tekan macam biasa..Rendam dalam sejam guna detergen Fresh Laundry lepas tu basuh seperti biasa. Kotaknya kecil. Pakai cuma sikit je. Mesin basuh kat rumah muatan 8.5kg, cuma masukkan 1 sudu besar sahaja untuk satu muatan penuh. Jimat sungguh. Organik pula tu. Aku guna serbuk ni untuk basuh basuh baju-baju kat rumah. Lebih-lebih lagi baju si kecil..al maklumlah dah mula makan..memang agak comot :) .



Bila mesin dan menyayi, menandakan basuhan dah selesai. Boleh keluarkan dan sidai...Alangkah terkejutnya....tudung awning yang sepatutnya handwash dah tersilap masuk dalam mesin basuh sekali...apa lagi..renyuk seribu la bahagian awning tu...hancussssnya hatiku..huhuhu...

Nak kata apa, nasi dah jadi bubur. Bila kering..aku pun angkat dari ampaian dan gosok seperti biasa guna air Basic H. Lagi sekali terkejut...tapi memang sungguh tak sangka..awning yang renyk seribu kembali licin. Ya Allah, syukur Alhamdulillah. Selamat tudung aku :)



Makro kedut dah hilang weweeee...syukur ..syukur. Dah boleh pakai semula..kalau tak, tak tahu nak buat apa dengan tudung kesayangan ni.


Dengan magis yang kedua ni...membuatkan aku jatuh cinta kedua kali dengan Basic H. Terkenal dengan kelebihannya sebagai pencuci lantai, tak sangka boleh menlicinkan kedutan pada pakaian kesayangan kita. Molekul Basic H ni jauh lebih kecil dari molekul air hingga boleh meresap jauh ke dalam benang pakaian hingga boleh melicinkan gosokan.

Ada yang ingin cuba?
Boleh call atau Whatsapp di nombor 017 7001749.

Semoga membantu.



Saturday, March 7, 2015

Makan 15 Cawan Sehari? Boleh ke Boleh ?

"Yen Ching - Mata "

Alhamdulillah..Sejak abang Syaha bersekolah di tadika cina ni, ibu pun masuk tadika sama, bezanya ibu tak payah bayar yuran, 2 in 1. Belajar dari rumah..dalam keadaan yang santai sahaja.

Diam tak diam banyak juga vocab yang ibu dan Abang Syaha belajar bersama. Sambil-sambil je..tak boleh dipaksa, nanti stress hihi...terus hilang minat nak belajar.

Bila nak suruh mandi.." Abang Syaha...chong liang..khuai tien"
Terdengar Abang Syaha sahut " Mandi ye ibu..nanti ye..."

Bila nak suruh menulis pula" Syaha, kkhuai tien sieh "
"Cepat tulis kan ibu" pantas Syaha men"translate"

Alhamdulilah.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Walaupun bermula lambat sebulan disebabkan pembedahan apendiks di awal tahun tempoh hari, "pick up" Syaha pantas.

Sekilas pandang, cepat Syaha tangkap. Sejak lancar membaca, Syaha menunjukkan minat yang sangat tinggi terhadap apa-apa sahaja yang boleh dieja.

Hatta dalam kereta sekalipun, Syaha suka membaca no plat kenderaan. Kebetulan Syaha memang sangat minat kereta. Sambil menyelam, sambil minum air. Aku dan En Hasben suruh Syaha -membaca no plat kenderaan di hadapan. Kadang-kadang di depan kereta kami, kadang-kala pada kereta yang agak jauh. Kami juga berlumba membaca no plat tersebut, "chalange" siapa yang lebih pantas.

Dari situ boleh melihat dari pelbagai sudut.
- Ketajaman pengelihatan.
- Kepantasan bertutur
- Daya ingatan

Di samping bermain, dapat belajar dalam suasana yang seronok sambil bergelak ketawa sambil menghilangkan ngantuk jika berjalan jauh. Kalau dulu, masa Syaha umur 4 tahun, Syaha suka menyebut pelbagai kenderaan yang dilihatnya di sepanjang perjalanan.

"Bajak, cekadak, kereta, keretapi, motor, kapal terbang, kren" ..hihi...macam-macam. Syaha  tidak pelat dari kecil kerana aku dan En Hasben tidak pernah bercakap pelat dengannya. Lama kelamaan, Syaha sendiri bertutur yang sama.

Kami juga tidak membeli makanan dan minuman ringan kepadanya. Melainkan ia memperolehi dari sekolah semasa majlis hari jadi kawan-kawannya. Kalau kami sendiri, kalau ke kedai memang Syaha dan Syarif tengok dan belek-belek je mainan kat kedai. "Ibu, ni jajan kan? Tak elok makan kan ibu? Ibu nak ni la..(sambil tunjuk roti atau biskut) " Ibu angguk je. Kalau mainan atau buku-buku kami "tapis" sikit. Ye la..semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak mereka kan?

Umur 0 - 6 tahun , umur yang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. Daya ingatan diorang sangat kuat. Menyerap apa sahaja, macam span. Baik buruk, hitam putih..semua sedut macam vacum. Kita sebagai ibu bapa yang kena tegas. Tapi bukan garang, keras atau bengis,. Sebut memang senang, melakukannya belum tentu mudah.

Tetapi, ini proses pembelajaran untuk kita. Menajamkan skil kita dalam mendidik anak-anak di samping belajar untuk faham dan memahamkan mereka apa yang betul dan sebaliknya.

Kalau rancangan kartun atau animasi, kami cuma beri dan belikan cd Upin Ipin. Syaha , Syarif minat sangat Upin Ipin. Rasanya, tidak ada kanak-kanak yang tak minat dengan ikon besar ni. Kalau tengok kartun sambil makan, jawabnya sejuk la makanan terbiar hihi..

Kartun lain yang kami beri tengok; Big Hero 6, Finding Nemo, Seafood, Ratatauille, Shrek, Ice Age.. but no Ultraman, Batman, lebih-lebih lagi kartun-kartun yang ganas, bertumbuk, menjolok mata..No No No..pu yao..pu yao..pu yao. Kalau tengok cerita yang ada aksi berlawan, tembak-tembak diorang akan kata " Ni cerita ayah. Tak boleh tengok cerita ni" Hahaha..

Kami juga bantu dari segi suplemen. Saya beri multivitamin. Satu hari makan satu. Jadikan rutin ..Alhamdulillah ..sudah menjadi kebiasaan. Bila tak ingat makan waktu pagi, petang nanti mesti ingat. "macam aaaadaa yang tak kena" kalau tak makan.




Vita Lea for kids..memang sedap dikunyah. Rasa anggur. Tapi saya tak bagi gigit..kunyah je :)



Boleh ke kita beri anak kita makan semua ni dalam sehari utnuk memenuhi keperluan vitamin mereka seharian? Tak mungkin kan.. Muntah hijau nak makan semua ni dalam sehari huhu...


3 gelas susu, 10 sudu besar peanut butter , 180ml jus oren mungkin boleh ...
Tapi mungkinkah ....15 cawan bayam, 4 cawan brokoli, 65 cawan tauge, 15 cawan cantaloupe? ..rasanya susah juga. Mau terduduk nak telan semua tu..

Apapun, saya start dengan kesihatan mata terlebih dahulu...kata orang, dari mata turun ke hati gitewww..hehehww..

In Sya Allah saya akan kongsikan di entri yang lain pula nanti ya.

Semoga perkongsian kecil dari saya hari ini membantu ibu bapa di luar sana dalam menjayakan pendidikan anak-anak kita. Sama-sama kita berkongsi ilmu yang kita ada. Ilmu di dada sekadar pinjaman. Sementara ada umur, dan ianya mendatangkan manfaat pada semua why not kita sama-sama berkongsi. 

Kecil pada kita, mungkin memberi impak besar dan membuka mata untuk melihat ruang dan peluang untuk anak-anak diluar sana untuk berjaya.


Semoga Membantu



















Tuesday, February 10, 2015

Penutup 2014 di Hospital

Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Koleksi Peribadi

Demam 3 hari tak mhu kebah. Jalanku terhuyung hayang. Kadangkala seakan berjalan di atas angin..terawang-awang..terhuyung-hayang. Namun aku gagah juga memasak untuk anak-anakku yang masih bercuti sekolah. Suasana hingar di rumah membuatkanku semakin pening.

Bila malam tubuhku menjadi seram sejuk. Menggigil kesejukan. Walaupun sudah menarik toto, kesejukan masih terasa. Aku masih menyusukan anakku yang berusia 4 bulan. jadi, aku tidak berani pengambil pil penahan sakit banyak. Aku cuma mengambilnya sekali di waktu pagi. Selebihnya aku cuma mengambil multivitamin. Ternyata kuman yang menyebabkan aku menjadi demam amat kuat. Suhu badanku tidak berkurang, malah semakin meningkat.

Akhirnya, masuk hari ketiga, aku menjadi semakin lemah. Kerja-kerja rumah terbengkalai. Aku cuma terbaring di dalam bilik. Lantas aku mengambil keputusan untuk ke hospital yang berdekatan. Setibanya di bahagian kecemasan, jururawat terus memeriksa dan mengambil darah untuk diuji.

Belakang tanganku dimasukkan "drip" untuk dimasukkan air dan ubat. Nasib baik aku mempunyai insuran. Jadi semua urusan siap dalam masa setengan jam sebelum aku dimasukkan ke wad. Inilah pengalaman pertamaku dimasukkan ke wad selain dari masa bersalin.



Keesokan paginya aku diberitahu keputusan ujian darah yang aku disahkn menghidap demam denggi. Paras platlet dalam darah jatuh kepada 77 sahaja (paras normal 150 ke atas). 

3 hari ditahan di wad, aku dikehendari merekodkan kuantiti air yang diminum, dibuang melalui air kencing dan najis. Rekod ini dipantau oleh jururawat dan doktor untuk mengetahui samada air yang diminum mencukupi.

Memang kerjaku di wad tu minum ..minum...minum.. Dalam sejam aku akan ke tandas sebanyak 3 hingga 4 kali. Cuma waktu malam aku kurang minum sebab tidur. Aku ada juga minum minuman isotonik 100 Plus. Selain itu aku minum air masak, dan kuah-kuah masakan seperti sayuran dan bubur. Aku juga mengambil Shaklee Sustained Release Vitamin C dan Performance Drink.

Kedua-dua suplement ni memang membantu. Ini kerana aku kerap membuang air menyebabkan tubuh kekurangan air. Vitamin C juga terbuang kerana Vitamin C sejenis Vitamin yang larut air. Aku ambil 4 biji Vitamin C setiap hari

Alhamdulillah. Bacaan platlet meningkat naik dalam sehari setengah , dari 77 naik ke 110. Aku dibenarkan pulang setelah 4 hari "berkampung" di hospital.





Friday, December 12, 2014

My Turning Point

Assalamualaikum wbt

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang amat bahagia di samping suami tersayang dan 3 orang cahaya mata lelaki yang sihat dan cerdik yang menjadi pengikat tali kasih antara kami suami isteri. Memiliki segulung ijazah dalam bidang perindustrian dan berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Kawalan Mutu & Peralatan merupakan kejayaan saya yang membanggakan keluarga saya. Pernah bekerja di beberapa buah syarikat perindustrian di selatan tanah air dan menjawat jawatan sebagai seorang jurutera. Sekarang saya seorang suri sepenuh masa yang menjalankan perniagaan hanya dari rumah. Syukur di atas segala limpah kurnia Allah SWT.

Akan tetapi, kehidupan saya sebelum ini tidak sama. Keadaan keluarga saya mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Ibu saya yang cuma seorang suri rumah menghidapi penyakit sendi, Rheumatoid Arthritis seawal usia 30an. Bayangkan, dalam usia yang begitu muda beliau tidak dapat menjalani kehidupan yang sihat seperti wanita lain yang seusia dengannya. Rutin hidupnya penuh dengan kesakitan. Beliau perlu menelan sejumlah ubat-ubatan saban hari. Ke mana sahaja beliau pergi ubat-ubatan itu menjadi teman setia. Ruti harian menjadi sukar walaupun untuk menguruskan diri sendiri seperti mandi, memakai baju, memotong kuku, berjalan, menyuap makanan ...apalagi untuk membereskan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menyidai pakaian. 

Setiap pagi ayah akan bangun untuk menyediakan sarapan ringkas seperti roti dan segelas air untuk disuapkan ke mulut mak yang terbaring kaku di atas katil. Selepas menyuap sarapan, ayah akan memberikan ubat pula baru ayah akan ke ke kebun untuk menoreh. Beberapa jam selepas itu, baru ibu boleh bergerak untuk menguruskan diri dan kerja-kerja rumah yang lain. Mandi, menyikat rambut hatta menyuap makanan adalah sukar baginya. Setiap saat dirasakan sakit sehingga tak terucap. 

Kadangkala mak cuba bangun dan sarapan sendiri. Jika sarapan biskut di dalam telap, memang sukar untuk dibuka. Mak akan memanggil sesiapa di dalam rumah untuk membukanya. Nak menyuapkan ke mulut pun sukar. Biskut yang dicicah jatuh sebelum sampai ke dalam mulut.

Jika saya ada, mak akan menyuruh saya memicit kaki dan tangannya yang sakit perlahan-lahan. Pernah mak berkata, "Tak tahu nak letak mana lagi tangan dan kaki ni, asik lenguh je. Letak atas salah, letak bawah salah. Rasa nak cabut nak letak atas almari" Kedengaran lucu, tapi itulah hakikatnya. Saya yang memicit kaki mak masa tu rasa nak menitik air mata, tapi saya tahan kerana saya tahu, sebagai anak sulung, saya kena kuat. Saya kena naikkan semangat mak. Walaupun saya akan melepaskan rasa sebak saya di belakang mak. Kulit mak banyak bintik hitam, akibat kesan ubat yang ditelan bertahun-tahun. Raut wajahnya jauh kelihatan tua meninggalkan usianya yang masih muda. Mata mak juga kering, pedih dan sukar untuk melihat dalam waktu yang lama, mak lebih suka memejamkan mata. 

Jika ke kenduri kendara, orang yang tidak kenal mak, akan kata "mengada-ngada" . Apa tidaknya, mak tak boleh duduk di bawah kerana sukar untuk bangun. Terpaksa mengesot dan berpaut pada mana-mana tiang atau dinding atau bahu orang untuk bangun. Bangun pun dalam keadaan merintih sakit. Makan pun cuma lauk yang dekat je, yang jauh sukar untuk dicapai.

Keadaan bertambah parah jika mak demam. Selimut toto lima enam helai pun masih tidak dapat meredakannya. Mak menggigil kesejukan seperti dimandikan ais. Pernah satu ketika, demam mak amat teruk, ayah bawa mak ke hospital. Dipapah ke kereta pun sakit, kata mak, "Air menitik di atas kulit pun sakit, inikan pula tangan yang pegang". Sampai di perkarangan hosital, mak tak boleh bangun dari tepat duduk kereta. Doktor terpaksa keluar untuk memberi suntikan.

Teringat saya di hari lebaran, baju kurung paling mak sukar untuk sarungkan. Saya selalu membelikan kain yang sedondon kerana kami sahaja wanita dalam rumah tu. Walaupun baju kurung mak menjadi pakaian harian mak sejak muda. tetapi kesukaran untuk menyarungkannya membataskan minat. Mak cuma pakai baju kurung di hari raya pertama sahaja. Mak lebih suka mengenakan baju blaus yang berbutang di hadapan.

Jika berjalan jauh, mak mesti membawa bekalan ubatnya, seperti gula-gula. Tekak mak sudah kembang untuk menelannya. Pernah suatu ketika mak tidak memakan ubat, hasilnya dapur tak berasap satu hari. Mak pun sukar untuk bangun dan bergerak jika masa makan ubat tidak ditepati.

Banyak jenis ubat mak makan, dari hospital kerajaan hingga ke hospital swasta. Sampai satu peringkat, mak muntah-muntah walaupun hanya minum air kosong. Rupanya apabila dibuat pemeriksaan rapi, perut mak mengalami luka yang teruk dan banyak. Banyak pemeriksaan dilakukan ke atas ibu sehingga pada suatu hari, ibu mengalami hypo dan pengsan. Saya mendapat panggilan daripada keluarga bergegas pulang ke kampung seorang diri. Ibu ditahan di wad. Saya menjaga ibu selama 5 hari yang pertama. Saya mengambil tugas jururawat, membersih dan menjaga ibu. 3 hari yang pertama ibu tidak sedarkan diri. Hari keempat, ibu sudah sedar, tetapi tidak mengenali saya. Ramai kawan ibu yang datang melawat, bersedekah bacaan yasin. Hari kelima ibu sudah mengenali saya, syukur. Hari keenam, ibu sudah boleh menyuap makanan sendiri walaupun banyak makanan yang jatuh sebelum sempat sampai ke mulut. Petang itu ibu minta untuk dimandikan di bilik air. Saya rasa sungguh gembira, ibu sudah semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Tidak disangka-sangka, itulah hari terakhir saya melihat dan menjaga ibu saya. Malam itu, saya kembali semula ke Johor kerana cuti sudah tamat. 
Tiga hari selepas itu,  18 Mac 2014 saya mendapat panggilan sekali lagi dari ayah menyatakan yang ibu sudah tiada. Sungguh pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat yang harus diterima oleh kami sekeluarga. kali ini, saya pulang sekeluarga. Saya sempat memandikan arwah sehingga dikuburkan di liang lahad. Tidak dapat digambarkan perasaan terkilan saya pada masa itu, cuma tiga hari selepas saya pulang, arwah meninggalkan kami. Subhanallah..tapi saya bersyukur dapat menjaganya 5 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Masih kekal di ingatan saya senyuman arwah pada malam terakhir sebelum saya pulang ke Johor. Senyuman yang pasti untuk menyenangkan hati saya sahaja. 
Arwah meninggalkan kami pada usia 53 tahun (saya pula berusia 35 tahun) Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Beliaulah yang menjadi kekuatan pada diri saya untuk berkongsi dengan anda di luar sana.

Saya bermastautin di selatan. Saya berkahwin dan bekerja selama lebih kurang 10 tahun. Menjawat jawatan sebagai seorang jurutera membuatkan saya sibuk. Setiap hari dikelilingi dengan pelbagai masalah tekanan kerja. Bekerja lima setengah hari seminggu membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan masa bersama keluarga tersayang. Masa cuti di hujung minggu cuma dipenuhi untuk membereskan kerja-kerja rumah dan berbelanja barang dapur. Tiada masa untuk membawa anak-anak bercuti. Jika ada kelapngan, kami cuma boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan berhampiran. Itu sahaja tempat rekreasi yang tidak memerlukan modal. 

Selepas berkahwin, saya dikurniakan 3 orang cahaya mata. Anak kedua saya, Muhammad Syarif mengalami masalah pernafasan. Hampir terkena asma yang teruk. Merata klinik dan hospital saya dan suami ikhtiar. Akhirnya Allah menghantar seorang hamba Allah kepada saya. Melihat keadaan anak saya, dia mencadangkan agar saya mencuba 2 produk Shaklee; iaitu Nutriferon dan Chewable Vitamin C. Hampir habis sekotak Nutriferon, kesihatan anak semakin baik. Jadi saya mendaftar keahlian cuma serendah RM65 sahaja.

Saya mula menghadiri kelas-kelas bisnes yang mengajar tentang kebaikan dan keberkesanan produk. Ilmu dari kelas itu, saya kongsikan di fanpage saya, Sunnah Superstore . Harapan saya, saya ingin kongsikan kebaikan produk-produk Shaklee kepada insan-insan di sekeliling saya.

Pengalaman melihat penderitaan yang ditanggung oleh arwah ibu membuatkan saya terpanggil untuk berbuat sesuatu untuk mencegah. Saya sering tertanya-tanya, perlulah saya mengambil ubat darah tinggi sebagai pencegahan? Ayah saya sendiri mengalami beberapa penyakit kronik seperti jantung tersumbat 50%, Hepatitis B, darah tinggi dan kencing manis. Saya tidak mahu ahli keluarga yang lain juga turut mengalami nasib yang sama. Keluarga di kedua-dua belah ibu dan ayah saya mempunyai kesemua risiko penyakit, darah tinggi, penyakit jantung, strok, kanser ..dan banyak lagi. 20% - 30% penyakit ini boleh diwarisi dari keturunan. Perlukah kita cuma berserah dan menunggu perkara tersebut berlaku? 

Saya tidak mahu melihat lebih ramai insan di luar sana menjadi "mangsa" kepada pelbagai masalah kesihatan yang berpunca dari tiada ilmu atau informasi sebenar tentang bagaimana untuk menjadi sihat dalam erti kata yang sebenar.

Saya ingin membantu sesiap sahaja yang serius ingin memperbaiki tahap kesihatan mereka, ingin langsing secara sihat, ingin kembali menjadi "muda", bertenaga dan ingin membina lebih banyak kejayaan di dalam hidup. Saya ingin mencari 10 orang yang mahukan perundingan 100% Percuma dari saya.

Hubungi 017 700 1749

atau Like FB saya www.facebook.com/SunnahSuperstore 

Sekian perkongsian dari saya. Semoga ianya dapat membuka minda kita semua untuk membuat pilihan yang tepat. Tidak perlu modal yang tinggi, cuma kegigihan, semangat dan daya usaha yang tidak mengenal jemu. Mohon petunjuk dari Allah.  Rajin bersedekah walaupun sedikit cuma, In shaa Allah perniagaan kita diberkati olehNya.

Salam Sayang.
Cegah Sebelum Singgah

Friday, November 14, 2014

Batuk 1 Hari Je

Cuaca tak menentu sekarang. Ada masa hujan lebat, kilat sabung menyabung, petir berdentam-dentum. Esoknya matahari menyinari penuh gah. Adakalanya cuaca mendung, tapi rasa panas membahang.

Ditakdirkan minggu lepas suami saya mengalami batuk. dua tiga hari sebelumnya dah panas tekak, berkahak banyak. "Esok mesti demam ni, tekak abang dah rasa lain je ni". Saya diam je. Stok Nutriferon pun dah lama habis. Nak beli pun, satu Malaysia "out of stock" , bukan di rumah saya sahaja.

Keesokan malamnya selepas suami saya pulang dari kerja, beliau asik batuk-batuk dan asik pergi meludah. Oh ya ..malam tu JDT lawan Pahang hihi...dalam kata badan tak sedap tu..sempat lagi bersengkang mata melayan perlawanan bola di televisyen. Saya sekadar peneman setia di sisi.

Saya pun keluarkan Vitamin C, Omega Guard & B Complex. Pahang menang bergaya. Seraya melihat 3 botol vitamin di atas meja, suami saya bersuara, "Banyaknya nak kena makan. badan saya tak boleh terima lagi". Saya sudahpun tuang 2 jenis vitamin tu; sebiji setiap jenis. Segelas air masak di tepi. "Makan je la..bukannya banyak pun. Saya makan dekat segenggam sehari", balas saya.

Belajar dari pengalaman yang lepas, suami saya mengalami batuk hampir sebulan lamanya. Penat saya mendengar. Kasihan pun ada. Tapi, apa nak buat, dah bagi vitamin tak mahu makan. Akhirnya hampir seotol ubat batuk "paling power" yang dibeli di farmasi diteguk, batuknya baru pulih. Tapi tekak sakit amat.

Kali ini batuk menyerang lagi. Tapi kali ini cuba makan vitamin. keesokan harinya batuk beransur pulih. Suami saya cuma berkata "Selalunya batuk kalau tak dekat sebulan, tak sah. Tapi kali ni, sehari je". Saya tak kata apa-apa. Senyum :)

Alhamdulillah. Semua penyakit ada ubatnya. Cuma kita kena cari yang serasi dengan kita sahaja.








Sepanjang bulan November ni, Omega Guard ada promosi berganda :) Boleh pilih yang mana satu. 

1) Beli  6 dapat 7 




2) Beli 2 botol . Diskaun 5%. 



Boleh sms/ Whatsapp/ Telegram saya di 017 700 1749
Izzah Razak (SID : 881907)






Monday, November 10, 2014

Syaraf Tak Jadi Demam

Teks : Nor Razfizah Abd Razak

Alhamdulillah, adik Syaraf sudahpun masuk usia 2 bulan lebih. Sudah pandai senyum, ketawa kalau diagah. Sepanjang 2 bulan ni, ada beberapa perkembangannya yang ingin saya kongsikan di sini;

Jika sewaktu mula lahir, suara Syaraf sangat perlahan , sekarang sudah semakin kuat. lebih kuat daripada alarm telefon bimbit saya :) Sekarang, saya tak perlu memasang penggera untuk saya bangun di waktu pagi hihi..

Jika dahulu menyusu 2oz satu-satu sesi, sekarang 5oz hingga 6 oz setiap sesi.

Jika dahulu menyusu sampai saya ibunya mengalami luka pada puting payudara, sekarang tidak lagi , walaupun hisapannya bertambah kuat.

Jika dahulu berat Syaraf semasa lahir cuma 3.07kg. Tubuhnya sedikit kecil dari abang-abangnya. Muhammad Syahabuddin 3.53kg dan Muhammad Syarifuddin 3.43kg :) . Selepas sebulan, beratnya meningkat kepada 3.4kg. Seterusnya setelah berusia 2 bulan sudah mencapai 4.7kg . Subhanallah...meningkat 1.3kg selama sebulan . Walaupun peningkatan yang banyak, tetapi masih dalam julat yang normal dan sihat,; tidak obes dan tidak pula kurang berat.

Kalau semasa lahir, Syaraf elok sahaja berbaring dalam tilam berkelambu ini Senyap je kaki dan tangannya di dalam tu. Melainkan masa menyusu, suaranya je kedengaran. Tapi sekarang, bila dahaga semua bergerak kaki, tangan . Kakinya juga sudah menendang-nendang kelambu. Kalau lambat sikit, mau koyak kelambu tu hihi... suaranya keluar dulu sebelum matanya terbuka :)

tilam kelambu (gambar: google)

Yang paling seronok, masa suntikan imunisasi. Semasa cucuk sebulan, jururawat kata "Puan jangan risau ye. Cucuk ni takkan buat anak puan demam. Balik biarkan saja. Jangan sapu dengan apa-apa ye" Syaraf cuma menangis masa dicucuk sahaja. Baru-baru ini, masa cucuk 2 bulan, saya lihat ada sebotol kecil ubat demam atas meja. Jururawat kata, "Puan, cucuk kali ini utk penyakit yg banyak sikit. Anak puan boleh demam ye. Kalau demam, bagi ubat demam tu ye. Tapi ada juga bayi yang antibodinya kuat, tak demam. Jadi tak perlu bagi ubat demam". 

Alhamdulillah, Syaraf tak demam. Saya menyusukannya seperti biasa. Tetapi satu hari tu tak boleh berenggang sangat. Asik nak "mengempeng" . Mungkin itu sahaja terapi untuk mengurangkan rasa sakit. 

Semua yang baik itu datang dari Allah, kita makhluk yang lemah cuma boleh berikhtiar. Saya mengambil suplemen Set Ibu Pantang Shaklee sepanjang berpantang hingga sekarang. Dengan vitamin yang cukup disalurkan melalui susu badan kepada Syaraf, menjadikan antibodinya bertambah kuat dan tidak mudah sakit.

Jadi sebagai ibu, saya bertambah yakin. Susu ibu mengandungi nutrien yang mencukupi untuk ibu dan anak. Nutrien diperolehi dari pemakanan yang cukup kandungan zatnya.



ESP dan Alfalfa tu yang menjadi penggalak susu badan. Saya tambah dengan b Complex, Vitamin C, Vita Lea dan Vivix. Memang seronok masa menyusu, terapi yang cukup menenangkan. "Bonding" antara saya dan syaraf juga bertambat erat.

Ini set selepas pantang yang saya amalkan sehingga sekarang. Jika ibu-ibu ingin mengambil set yang sama, bolehlah menghubungi saya ya :)

Sekian perkongsian dari saya buat masa ini.

Salam Sayang
Cegah Sebelum Singgah
Izzah Razak
SMS/ Whatsapp : 017 700 1749






Wednesday, November 5, 2014

Pengalaman Bisnes Modal Rendah

Assalamualaikum wbt

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Minat saya berniaga lahir dari kedua ibu bapa saya. Ayah cuma pencen polis. Ibu saya cuma suri rumah sepenuh masa. Gaji ayah yang amat  kecil pada masa itu memaksa ayah dan ibu saya menjalankan perniagaan pelbagai barangan; dari kelengkapan rumah, barangan elektrik hingga ke Jualan Langsung. Cakap sahaja semua ada. semuanya dilakukan dengan sistem kredit. Cukup buan kutip hutang. Rata ceruk kampung ayah dan ibu pergi. Saya turut sama dibawa pada hari cuti di hujung minggu.

Dari situ minat niaga saya mula timbul. Pengalaman "berniaga" saya mula sejak dari bangku sekolah. Kad raya , kuih siput saya jual pada kawan-kawan sekelas. Kad raya laku keras kerana saya jual murah. Modal 10 sen, jual 5 sen :) hihi.. lebih murah, lebih laku.

Semasa saya bekerja di Johor, saya bekerja di sebuah kilang sebagai seorang jurutera. Kerja tiga shift; pagi, petang dan malam. Modal pertama saya cuma Rm40. Semasa itu, sementara saya menunggu kereta saya untuk diservis, saya berjalan kaki di kaki lima kedai. Akhirnya saya terhenti di sebuah kedai jajan yang menjual secara borong. Akhirnya saya membawa pulang jajan dan asam untuk dipek buat jualan di kilang.

Selepas berkahwin, saya dikurniakan 3 orang cahaya mata. Anak kedua saya, Muhammad Syarif mengalami masalah pernafasan. Hampir terkena asma yang teruk. Merata klinik dan hospital saya dan suami ikhtiar. Akhirnya Allah menghantar seorang hamba Allah kepada saya.

Melihat keadaan anak saya, dia mencadangkan agar saya mencuba 2 produk Shaklee; iaitu Nutriferon dan Chewable Vitamin C. Hampir habis sekotak Nutriferon, kesihatan anak semakin baik. Jadi saya mendaftar keahlian cuma serendah RM65 sahaja.

Saya mula menghadiri kelas-kelas bisnes yang mengajar tentang kebaikan dan keberkesanan produk. Ilmu dari kelas itu, saya kongsikan di fanpage saya, Sunnah Superstore . Harapan saya, saya ingin kongsikan kebaikan produk-produk Shaklee kepada insan-insan di sekeliling saya.

Saya ingin melihat mereka semua sihat. Mencegah lebih baik dari merawat. Jadi, saya kongsikan di fanpage saya tentang kepentingan pengambilan makanan kesihatan sebelum penyakit singgah. Semua dilakukan di hujung jari. Dari pesanan produk hingga ke proses penghantaran semuanya dilakukan di hadapan sebuah komputer atau telefon pintar.

Semoga perkongsian dari saya ini dapat membuka minda kita semua untuk berniaga. Keluar dari kepompong Comfort Zone (Zon Selesa). Mereka yang berada dalam zon ini berada di zon sebelah kiri.
Merasa selamat, cukup bulan ada gaji. Tamat perkhidmatan ada pencen atau KWSP. Tapi sampai bila?
Yang kita mahu adalah anjakan ke sebelah kanan. Bina rangkaian perniagaan, jana pendapatan.



Sekian perkongsian dari saya. Semoga ianya dapat membuka minda kita semua untuk membuat pilihan yang tepat. Tidak perlu modal yang tinggi, cuma kegigihan, semangat dan daya usaha yang tidak mengenal jemu. Mohon petunjuk dari Allah.  Rajin bersedekah walaupun sedikit cuma, In shaa Allah perniagaan kita diberkati olehNya.

Salam Sayang.
Cegah Sebelum Singgah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...