Showing posts with label Tips Ibu Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Tips Ibu Mengandung. Show all posts

Friday, November 13, 2015

Air Bantu Turun Berat

Air suatu keperluan yang sangat penting.
.
20% dari Badan kita terdiri dari air. Air juga sangat penting dalam memastikan sistem badan berjalan lancar. Air juga membantu mengekalkan suhu badan. Yang best..air membantu kita rasa lebih kenyang seterusnya membantu kita mendapatkan berat yang ideal.
.
Penting untuk kita minum air yang bertapis. Air yang bertapis bebas dari bahan cemar merbahaya yang memudaratkan badan.
.
Penapis air Get Clean membantu membekalkan air yang bersih di mana saja kita berada. Cuma perlu tadah air "direct" dari paip dan ia sedia diminum.
- Rasa sangat sedap
- segar
- jimat elektrik dan gas
- tak perlu 3-5 jenis penapis
- jimat wang. Tak perlu beli air mineral.
- boleh dapat air bersih walau tidak berada di rumah


Starter set Get Clean Water Pitcher



Tuesday, September 9, 2014

Zinc Complex


Zinc Complex Membantu Luka Bersalin Ceaser Cepat Kering

Khas untuk ibu-ibu selepas bersalin.

Memang saya sendiri pun fobia bila dengar Ceaser.

Tapi tidak semua ibu-ibu yang dapat melahirkan bayi secara Normal. Ada juga yang memang merancang untuk bersalin secara ceaser untuk mengelakkan rasa sakit bersalin. Walau apa sebab pun, penjagaan ceaser amat penting untuk memastikan luka cepat kering dan tidak dijangkiti kuman.



Bagaimana Zinc Shaklee Membantu Mengeringkan Luka Dengan Pantas?

Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/ pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat.

Selain itu, zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah “kedinginan” selepas bersalin. Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Tubuh manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Jika jamu bukan pilihan kita, mungkin zinc dapat membantu bagi mempercepatkan proses mengeringkan luka dalaman serta luaran, tanpa bau rempah ratus atau pun akar kayu yang menjadi penghalang untuk mencari alternatif untuk mengeringkan luka.

Gabungan vitamin-vitamin lain juga memberi impak yang maksimum untuk mengekalkan kesihatan ibu-ibu yang menjalani proses berpantang.

Ha..apa lagi pilihan terbaik.bukan untuk sembuhkan luka malah memberikan tenaga sepanjang masa berpantang.


Zinc Complex

Saya mengambil sebiji setiap pagi sebelum sarapan sebagai anti penuaan. Dalam masa pantang ni, saya ambil 2 biji sebelum sarapan bertujuan untuk mempercepatkan luka bersalin untuk baik dan mengelakkan keguguran rambut. Sebotol tahan 2 bulan. 

Kalau masa bukan berpantang, sehari cuma ambil sebiji je. Sebotol boleh tahan 4 bulan. Memang berbaloi.









Wednesday, August 13, 2014

Makan Untuk Dua?

Masa mengandung adalah masa paling menyeronokkan untuk wanita yang suka makan! Namun begitu, adakah anda mengikuti pemakanan yang betul dan lengkap? Diet yang sesuai harus diamalkan selalu supaya badan ibu berupaya membekalkan nutrien yang penting kepada fetus.

Lengkapkan badan anda dengan nutrien seperti kalsium, protein, karbohidrat, vitamin dan mineral  sebaik mungkin. Kekurangan zat boleh menyebabkan tumbesaran kandungan anda terjejas.

1) Protein
Badan yang hamil memerlukan kandungan protein yang banyak. Sumber protein termasuk ikan, daging, kerang, kekacang, ayam, makanan, dan minuman tenusu dan makanan berasaskan kacang soya.

2) Asid Folik
Tahukah anda yang asid folik adalah sejenis Vitamin B? Asid Folik adalah teramat penting untuk perkembangan sistem saraf bayi pada trimester pertama (0 hingga 3 bulan). Dalam kata lain, perkembangan janin akan terjejas atau menjadi cacat sekiranya badan anda kekurangan asik folik, terutamanya dalam tiga bulan pertama semasa mengandung.

3) Kalsium
Selain protein, badan wanita hamil juga memerlukan 2 kali ganda lebih kalsium. Ini kerana tubuh anda akan menyerap kalsium sebanyak 50% ganda lebih pada enam bulan pertama kehamilan. Rajinlah meminum susu, atau memperoleh kalsium daripada sumber lain seperti keju, produk tenusu, dadih atau vitamins dan supplements.

4) Serat untuk Keselesaan Ibu
Setiap wanita hamil pasti menghadapi masalah sembelit disebabkan oleh hormon-hormon kehamilan. Cara paling senang dan efektif untuk merawat masalah ini adalah dengan menambahkan kandungan serat dalam diet harian anda.
Selain daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, anda juga boleh mendapatkan serat daripada kekacang, roti dan nasi.
5) Vitamin C
Vitamin C berperanan untuk membantu dalam pembentukan plasenta yang kuat. Vitamin ini juga membantu dalam penyerapan zat besi dan melindungi badan ibu dan bayi daripada jangkitan.
Pengambilan Vitamin C yang secukupnya setiap hari boleh memastikan anda mengharungi tempoh penghamilan yang selesa tanpa sebarang jangkitan.


6) Mudah Pitam? Ambillah Zat Besi
Zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah. Secara amnya, wanita hamil memerlukan sebanyak 2 kali ganda zat besi berbanding keperluan biasa. Ini kerana wanita hamil mudah pitam akibat tidak mempunyai zat besi yang secukupnya. Sertakanlah makanan seperti kekacang bijirin, tempe, dan sayur-sayuran dalam diet seharian beserta pengambilan vitamin zat besi.


Saranan saya untuk anda yang berbadan dua, tekankanlah makanan yang sihat dan pengambilan vitamin atau supplements yang betul agar anda sentiasa sihat dan aktif dalam melayari hari2 yang bahagia ini.
Jika anda memerlukan keterangan lanjut berkenaan ubat-ubatan, vitamin dan supplement, amatlah dialu-alukan untuk berhubung atau sms saya di talian  017 700 1749 (Pn Izzah Razak)






Wednesday, July 23, 2014

7 Makanan Rangsang Mood Seks


1- HALIA

Halia merangsang dan menggalakkan pengaliran darah ke bahagian organ seks yang penting.


2- DELIMA

Buah delima turut dikenali sebagai "Epal Cinta" mampu membangkitkan nafsu syahwat seterusnya menaikkan daya keinginan seks terhadap pasangan anda.



3- SADERI

Daun saderi membantu meningkat rasa ghairah kepada wanita. Ia juga mengandungi hormon lelaki iaitu androsterone yang boleh meningkatkan ciri-ciri kelakian atau maskulin.

 
4- OAT

Oat merupakan sejenis birin yang dapat merangsang berahi dan tenaga seks.


 5- BAWANG PUTIH

Bahan aktif yang terdapat di dalam bawang putih yang dikenali sebagai alicin membantu merangsang pengaliran darah ke organ seks.



  6- ASPARAGUS

Asparagus merupakan sayuran yang boleh merangsang nafsu. Ia kaya dengan Vitamin E (Vitamin seks terbaik)



  7- TIRAM

Kaya dengan mineral zink. ia penting untuk penghasilan hormon kelakian (testosteron). Dengan menghasilkan 2 jenis amino, ia dapat merangsang penghasilan hormon seks.


Sukar untuk mendapatkan atau memakan makanan-makanan di atas? Rangkaian produk Shaklee di bawah dapat membantu anda.

1- Garlic


2- Vitamin E Complex (Vitamin Cinta Terbaik)



3- Zinc Complex


Pasangan suami isteri juga boleh mengambil Set Kesuburan Lelaki dan Wanita seperti di bawah untuk kesan yang optima. Set Kesuburan Wanita




Set Kesuburan Lelaki



Boleh Whatsapp/ SMS saya di nombor 017 700 1749 untuk konsultasi percuma atau penghantaran produk.

"Cegah Sebelum Singgah"

Tuesday, July 22, 2014

10 Kisah Kalsium

1- Kalsium penting dalam proses pembekuan darah, pembekalan tenaga untuk jantung dan kontraksi otot.

2- Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi akan mengundang kekurangan pemendapan mineral pada bahagian tulang. Ini boleh mengakibatkan kekurangan jisim tulang. Lebih-lebih lagi pada golongan yang berusia 30an dan ke atas.

3- Pengambilan kalsium tidak boleh diambil bersama produk tinggi lemak seperti coklat. Ini kerana asid oxalic yang terkandung di dalamnya akan bertindak balas dengan kalsium dan mengakibatkan pembentukan batu karang.

4- Bagi mengekalkan penyerapan kalsium secara maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama dengan Vitamin D.

5- Antara sumber makanan kaya kalsium selain susu adalah seperti keju, tauhu, yogurt, roti gandum penuh, brokoli dan susu soya.

6- Segelas susu membekalkan anak anda kira 250mg hingga 500mg kalsium. Adalah penting bagi anda untuk memastikan pengambilan sebanyak 2 gelas susu sehari bagi anak anda bagi memastikan kalsium yang cukup setiap hari.

7- Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting antuk pembinaan asas tulang yang kuat dan sihat. Seterusnya mengurangkan risiko osteoporosis (kerapuhan tulang)

8- Kalsium merupakan mineral terpenting dalam tubuh. Hampir semua kalsium (99%) terdapat pada bahagian tulang. Bahagian lain yang turut mengandungi kalsium termasuk gigi, plasma darah, cecair selular dan tisulembut.

9- Bagi kanak-kanak yang kerang gemar meminum susu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting mencari alternatif lain agar dapat membekalkan kalsium yang cukup pada anak.

10- Pengambilan kalsium terbaik adalah dalam bentuk cecair seperti susu kerana ia mudah diserap oleh tubuh.






Cegah sebelum Singgah
017 700 1749 (Izzah Razak)

Salam Sayang.



Monday, July 21, 2014

6 Tips Mengelak/ Merawat Jaundis

1- Anda perlu mengelakkan pengambila ubat-ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Anda mungkin perlu memberhentikan pengambilannya atau mendapatkan ubat alternatif yang mngkin boleh memburukkan lagi keadaan.

2- Bayi anda perlu disusukan sejurus selepas dilahirkan, sekerap mungkin. Harus diingat, kolustrum bertindak sebagai laksatif. Kekerapan pembuangan najis akan mengurangkan paras bilirubin. Pembungan air kencing dan najis bayi juga perlu diberi perhatian.

3- Dedahkan bayi kepada sinaran matahari. Ini dapat membantu memecahkan bilirub ini bawah kulit bayi anda. Dengan hanya memakai lampin, Dedahkan bayi anda di kawasan terlindung, tetapi banyak cahaya matahari seperti di anjung rumah.

4- Elakkan pemberian air kepada bayi and anda. Hanya 2% bilirubin dibuang melalui air kencing. Selebihnya akan dibuang melalui najis. Sekiranya bayi diberi minum air, ia cuma akan memenuhkan perut bayi seterusnya menyebabkan bayi kurang menyusu ibu.

5- Jaundis menyebabkan bayi anda mudah mengantuk lebih-lebih lagi jika menjalani rawatan terapi foto. Adalah penting untuk menyusukan bayi dalam keadaan berjaga setiap 2 jam.

6- Anda perlu mengepam payu dara setiap kali selepas selesai sesi penyusuan. Seterusnya bayi anda perlu diberi bubu perahan menggunakan sudu, cawan atau picagari. Ini perlu dilakukan jika bayi anda kerap terlena ketika menyusu terus dari payu dara dan membuang najis kurang dari 3 kali dalam sehari.

Sunday, July 20, 2014

Kepentingan Asid Folik

Para ibu disarankan utk mengambil Asid folik SEBELUM & KETIKA hamil kerana pengambilannya dapat mengurangkan risiko neural tube defects (NTDs).

Pengambilan asid folik secukupnya juga membantu mengurangkan risiko-risiko berikut;

1- Bayi yang tidak berkembang dengan baik ketika dalam kandungan

2- Kelahiran pramatang

3- Kejadian sumbing bibir (cleft lip and palate)

4- Tekanan darah tinggi semasa mengandung termasuk pre eklampsia.

5- Keguguran.

Sumber asid folik mudah didapati dalam pelbagai bijirin dan sayuran termasuk nasi, pasta, kekacang. Asid folik turut bermanfaat kepada ibu kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko Alzheimer, penyakit jantung dan angin ahmar.

Shaklee juga mempunyai B Complex yang mengandungi Asid Folik di dalamnya. Kandungan 8 jenis Vitamin B yang lengkap termasuk Biotin.

Setiap tablet Vitamin B Complex Shaklee mangandungi:
1- Vitamin B1 (Thiamine)
2- Vitamin B2 (Riboflavin)
3- Vitamin B3 (Niacin)
4- Vitamin B6 (Pyridoxine)
5- Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
6- Asid Folik
7- Biotin
8- Asid Panthothenik

Cuma satu tablet sehari selepas makan sudah memadai.




Sedangkan Vitamin B Complex yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan cuma dilengkapi 3 jenis Vitamin B iaitu ;
1- Vitamin B1 (Thiamine)
2- Vitamin B2 (Riboflavin)
3- Nicotinamide




Cegah Sebelum Singgah

Boleh PM Atau SMS/ Whatsapp 017 700 1749 (Izzah Razak)

Sunday, May 25, 2014

10 Langkah Si Manja Ceria (0 ~ 12 bulan)

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

Sesibuk manapun anda dengan tugasan mencari sesuap nasi, luangkan lebih banyak masa bersama bayi anda terutama ketika usianya empat hingga tujuh bulan. Menurut kajian, ketika peringkat usia tersebut, bayi sudah mengetahui namanya dan memahami kamu sedang bercakap dengannya.

Interaksi secara lembut bagi membina hubungan dengan si kecil anda. Di sini, saya sertakan panduan mudah bagi meningkatkan kemesraan antara anda dan bayi;




1. Bercakap dan Ketawa Bersama - Bercakaplah dengan bayi disulami dengan ketawa. Bayi merasa seronok bila melihat wajah ceria ibu bapanya.

2. Panggilan Manja - Panggil si kecil anda dengan panggilan manja seperti “sayang anak mama”. Lakukan sambil memegang tangan dan menatap wajahnya. Ulangi beberapa kali supaya si kecil tahu anda menyayanginya.


3. Berikan barang permainan - Pilih warna yang terang dan menarik. Ini akan menceriakan si kecil.


4. Bergurau - Geletek badannya. Sentuhan ibu membuatkan si kecil gembira.

5. Mimik Muka Lucu - Lakukan mimik lucu seperti bulatkan mata, mulut. Ini akan menarik perhatiannya.

6. Pujian - Senyum dan puji bayi sambil dekatkan wajah kepadanya sehingga tangan anda menyentuh wajahnya.

7. Menggoyangkan Kepala - Goyang kepala ke kiri dan kanan dengan perlahan sambil menyentuh kaki dan tangan. Pasti si manja anda akan merasa tenang dengan sentuhan anda.

8. Ciuman Manja - Cium pada seluruh anggota badan sambil mengangkat badannya ke atas. Cium di bahagian perutnya. Pasti dia akan merasa teruja.

9. Menari Bersama - Pasangkan muzik yang agak rancak. Dukung bayi , pegang tangannya dan mula menari. Pergerakan yang anda lakukan bersamanya pasti membuat si manja anda tertawa.

10. Ba Ba Cak! - Si kecil memang sukakan permainan sebegini. Tambahan pula apabila dilakukan oleh orang yang dikenalinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...