Tuesday, January 7, 2014

Salam Ukhuwah

Teks : Izzah Razak

Assalammualaikum,

Alhamdulillah bersyukur saya dengan nikmat kurnia Illahi yang memberikan kesihatan dan kecerdasan akal dan jasad yang sekaligus memberikan semangat di sanubari untuk mewujudkan blog ini bagi berkongsi ilmu yang dipelajari dan info yang diperolehi.

Tiada yang istimewa tentang diri saya selaku penulis blog ini. Di sini ingin saya kongsikan sedikit sebanyak tentang latar belakang saya untuk tatapan para pembaca sekalian.

Saya dilahirkan di sebuah Bandaraya Bersejarah iaitu Melaka. Namun di sini saya sekadar dilahirkan dan mendapat nombor kad pengenalan “01” pada kad pengenalan saya. Selepas itu kami sekeluarga berhijrah ke utara tanahair yang terkenal ulam tempoyak iaitu di Ulu Kinta, Perak. Ibu saya tidak pernah bekerja sedari umur remaja hingga ke hari ini. Manakala bapa saya merupakan seorang pesara polis komando.

Saya membesar dan mendapat pendidikan awal di Tadika Kindergarten, Ipoh, Perak selama 2 tahun. Kemudian bersekolah rendah di Sekolah Rendah Convent, Ipoh. Keputusan 4A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah melayakkan saya untuk mendapat tempat di Maktab Rendah Sains MARA Polis Di Raja Malaysia (MRSM PDRM) Kulim, Kedah. Dek kerana keputusan Cuma 3A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) saya tidak dapat lagi meneruskan pengajian di situ. Seterusnya saya ditawarkan untuk meneruskan Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Tok Muda Abdul Aziz (STMAA), Sungai Siput (U), Perak. Di sana saya meangkul pelbagai anugerah pelajar cemerlang dalam elbagai subjek.   

Selepas tamat peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM), saya sempat masuk ke kolej matrikulasi PTPL, Ampang selama 2 tahun. Kemudianna saya mendapat tawaran dan melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dalam bidang Teknologi Industri. Di sini saya merangkul anugerah Sarjana Muda Teknologi Industri dalam bidang Kawalan Mutu dan Peralatan.

Setelah tamat belajar di Universiti saya ditawarkan bekerja di Selatan tanahair iaitu di Kota Tinggi, Johor. Dengan gaji permulaan RM1000 selaku jurutera dan ditugaskan untuk memeriksa barangan mengikiut spesifikasi yang ditetapkan pada lukisan yang diberi. Pendedahan awal bekerja di syarikat ini meninggalkan 1001 satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila.

Bayangkan, dengan jawatan jurutera yang digalas, saya juga bekerja ibarat seorang kerani. Setiap kali anak buah saya tidak hadir kerja, saya akan dipersoalkan. Saya juga ditugaskan untuk menguruskan bahagian alat tulis, uniform dan kedatangan harian. Saya juga menguruskan kemasukan pekerja baru; dari saat menemubual hingga menunjukkan tempat-tempat seperti surau, tandas tempat rehat. Saya  juga terlibat untuk mencuci tandas. Kelakar betul. Bahagian saya iaitu QC diminta mencuci tandas pada setiap hari Rabu. Namun, hari itu merupakan hari yang paling seronok.

Alhamdulillah banyak pengalaman dan ilmu yg sangat bernilai yang saya perolehi sepanjang bekerja di tempat lama. Keakraban yang terjalin amat rapat. Saya dengan orang bawahan sudah seperti adik beradik.

Genap 2 tahun saya meletakkan jawatan di tempat lama dan saya mendapat tawaran yang lebih baik di sebuah syarikat swasta di Johor Bahru. Namun setiap manusia di uji dan diberikan amanat oleh Allah s.w.t. Di sini saya telah menjumpai suami saya. Kami Cuma mengambil masa 3 bulan untuk berkenalan dan mengikat tali pertunangan. Pelbagai persiapan rapi dibuat ala kadar. Segala apa yg boleh ditukarkan kepada wang kami tukarkan.  

Setelah memperolehi 2 orang anak sepanjang tempoh perkhidmatan, pelbagai rintangan dan kesukaran yang ditempuhi di alam rumahtangga dan dalam isu penjagaan serta kesihatan anak-anak tersayang. Terdetik di hati saya dan suami untuk mengubah kehidupan kami bagi memastikan kehidupan kami di dalam tangan kami sendiri bukan dalam genggaman orang lain (majikan). Lalu suami saya berhenti bekerja dengan majikan dan membuka perniagaan sendiri.

Alhamdulillah, kami dikurniakan anak lelaki pertama pada tahun 2009 sihat walafiat. Anak yang kedua pula dilahirkan setahun setengah selepas itu dengan komplikasi pernafasan sehingga ditahan wad. Hati ibu mana yang tidak tersentuh. Mana dengan kerja, mana dengan karenah orang atasan yang sering memanggil saya untuk bertanya tentang hal saya yang sering mengambil cuti. Kadang-kadang terdetik untuk saya berhenti kerja kerana ingin menjaga anak saya dengan tangan sendiri.

Allah itu Maha Mendengar. Dia mengatur segalanya dengan baik dan teratur. Suatu hari saya bertemu dengan seorang rakan yang berkongsi tentang kebaikan kebaikan Nutriferon. Alhamdulillah dari sehari ke sehari anak saya menunjukkan kesan perubahan yang positif.

Setelah melalui pelbagai detik ini, saya terpanggil untuk berkongsi ilmu saya seadanya dengan semua pembaca-pembaca blog agar ilmu dan pengalaman yang ada dapat dikongsikan demi kebahagiaan semua. Di sini saya fokuskan tentang Panduan Kesihatan dan Pencegahan Penyakit.

Sudilah membacanya

Sekian, wassalam

Penulis : NOR RAZFIZAH ABD RAZAK


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...