Monday, March 31, 2014

Ajaibnya Secawan Teh O

Teks: Nor Razfizah


Minuman teh tarik amat popular di Malaysia sebagai minuman pilihan masyarakat pelbagai kaum. Teh banyak ditanam di tanah tinggi di seluruh dunia. Nama saintifik tumbuhan teh ini adalah ‘Camella sinensis’ yang menjadi asas kepada semua jenis teh.

Perbezaan rasa dan khasiat teh bergantung kepada tanah tempat ia ditanam, ketinggian tanah, cuaca dan proses penghasilan teh. Terdapat pelbagai jenis teh seperti teh hitam, teh hijau, teh putih dan sebagainya. Teh tidak mengandungi sebarang zat mineral, vitamin, protin, karbohidrat, garam, kolestrol atau lemak.

Kandungan kalorinya juga amat rendah iaitu hanya dua kalori setiap 237 gram. Ia juga mengandungi kafein. Teh mengandungi antioksidan yang tinggi iaitu polifenol dan flavanoid (theaflavin, epicatechin, epigallocatechin, epigallocatechin-3-gallate) yang memberikan teh khasiat kesihatan yang baik.

Kajian menunjukkan teh hijau mengandungi kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hitam. Antioksidan membantu melawan kesan radikal bebas yang merosakkan sel tubuh manusia. Menurut kajian oleh Dr J.Weissburger dari Institut of Cancer Prevention, New York, teh mengandungi antioksidan lapan hingga sepuluh kali lebih tinggi berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kajian beliau juga menunjukkan polifenol dalam teh mampu mencegah kerosakkan DNA akibat daripada merokok dan bahan kimia lain. Bagaimanapun, kajian juga menunjukkan apabila teh dicampur dengan susu atau krimer, maka kesan antioksidan akan berkurangan. Oleh itu, lebih baik minum teh ‘O’ daripada minum teh tarik.

Untuk mendapat faedah kesihatan lebih baik, maka minum teh tanpa gula adalah digalakkan seperti minum ‘teh cina’. Walaupun terdapat kajian mendapati tiada faedah kesihatan yang baik dengan minum teh tetapi terdapat lebih banyak kajian mendapati sebaliknya.

Kandungan antioksidan dalam teh dipercayai dapat menurunkan risiko mendapat penyakit jantung dan angin ahmar dengan menurunkan paras kolesterol, stres oksidatif dan meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah. Teh boleh mencegah masalah pengerasan saluran darah (atheroslcerosis) dan menurunkan paras trigliseride.

Lebih banyak kajian sains menunjukkan, jika seseorang minum teh setiap hari, dapat menurunkan risiko mendapat kanser, serangan jantung, darah tinggi, strok, menurunkan paras kolesterol LDL dan Alzheimer. Menurut analisa, meminum teh setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat serangan jantung sehingga 11%.

Minum teh boleh mencegah kanser kerana antioksidan dalam teh akan melawan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser selain boleh menurunkan risiko mendapat kanser ovari, peparu, mulut, kulit, pankreas, usus dan rektal.

Satu kajian ke atas perokok yang diberi minum teh hijau yang dinyah kafein sebanyak empat cawan setiap hari, mendapati terdapat 31% penurunan kerosakan DNA akibat merokok berbanding perokok diberi minum air kosong sahaja.

Hasil kajian juga mendapati pesakit yang sepatutnya menjalani rawatan di hospital akibat kanser payudara ini tidak berulang dan tempoh bebas kanser adalah lebih panjang. Kajian kepada 81,093 wanita yang minum teh setiap hari juga dapat mengurangkan risiko sehingga 8% mendapat batu karang buah pinggang manakala ke atas 46,289 lelaki mendapati penurunan risiko sehingga 14% mendapat masalah yang sama.



Wednesday, March 26, 2014

13 Makanan Super

Teks: Nor Razfizah Abd Razak


13 Makanan Kaya Vitamin C Berbanding Oren

Kita sering mengambil Vitamin C setiap kali kita menghidapi batuk dan selsema. Kajian mendapati bahawa pengambilan Vitamin C tidak dapat menghalang selsema. Pengambilan supplement yang tepat menolong mempercepatkan proses penyembuhan penyakit dan mengurangkan simptom penyakit.


1- Cili Merah

Setengah cawan cincangan atau potongan dadu cili merah membekalkan 107.8mg Vitamin C. Tambahan pula, kandungan capsaicin di dalamnya membantu meredakan masalah sendi dan otot.


2- Lada Benggala Merah


Secawan penuh cincangan lada benggala merah mengandungi hampir 3 kali ganda vitamin C dari sebiji oren - 190mg sahaja . Lada benggala merah juga merupakan sumber Vitamin A yang baik menyokong kesihatan mata.


3- Lada Benggala Hijau

Secawan penuh cincangan lada benggala hijau mengandungi kurang vitamin C , 120 mg, tetapi masih memenuhi 200% keperluan harian anda. Lada benggala hijau juga merupakan sumber serat yang baik.


4-Kailan

2 kali ganda saranan pengambilan harian Vitamin A anda dan 7 kali seranan penambilan Vitamin K, secawan hidangan kale mengandungi 80.4 mg Vitamin C.


6-Brokoli

Sayuran ini mengandungi 132 mg Vitamin C dengan tambahan serat Cuma sebanyak 30 kalori dalam satu hidangan. Tambahan kajian menunjukkan brokoli mempunyai khasiat anti-kanser


7- Betik

Kajian menunjukkan pengambilan betik membantu melegakan selsema, mencerahkan kulit dan menguatkan tulang. Satu cawan hidangan menghidangkan 88.3 mg Vitamin C.


8- Strawberi

Secawan buah super ini mengandungi 84.7 mg Vitamin C dengan tambahan asid folat bagi menyokong kesihatan jantung. Ia juga membantu memutihkan gigi secara semulajadi.

9- Kubis Bunga

Membekalkan 127.7 mg Vitamin C dengan tambahan 5 gram serat dan 5 grams protein. Boleh dimasak menggunakan kaedah panggang atau kukus bagi mengekalkan khasiatnya.

10- Tauge

Padat dengan khasiat anti kanser, fito nutrients dan serat. Ia mengandungi 74.8 mg Vitamin C.


11- Nanas

Padat dengan 78.9 mg Vitamin C, nanas mengandungi “bromelain” iaitu sejenis enzim pencernaan yang membantu memecahkan makanan dan mengurangkan kembung. “Bromelain” juga bertindak sebagai anti-inflamasi semulajadi.


12-Kiwi

Satu hidangan kiwi (lebih kurang 2 biji) membekalkan 137.2 mg Vitamin C. Buah yang kaya jus ini juga kaya dengan mineral potassium and kuprum.


13- Mangga

Buah tropika ini membekalkan 122.3 mg Vitamin C. Mangga merupakan sumber yang kaya Vitamin , seperti Vitamin C yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan imuniti tubuh dan mengekalkan kesihatan mata.


Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam





Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vitamin C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.

Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan. Ia tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang.

Friday, March 21, 2014

Rahsia Alam: Khasiat Tauge Pada Wanita

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

Tauge atau taugeh adalah tumbuhan (sporofit) muda yang baru saja berkembang dari tahap embrionik di dalam biji. Ia tergolong sebagai sayur-sayuran. Tauge dikatakan makanan sIhat karena kaya akan vitamin E. 

Dalam pembuatan tauge, kekacang yang sihat, tidak busuk, dan bersih dari racun rumpai serta persekitaran yang optimal seperti ruang gelap, lembap, dan kadar air yang cukup penting untuk percambahan biji tersebut. Tauge sayuran yang rendah lemak, kaya vitamin C, serta memiliki folat dan protein yang dapat merendahkan paras kolestrol LDL dalam darah seterusnya menurunkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung). 

Kandungan fitoestrogen dalam tauge berfungsi seperti hormon estrogen bagi wanita. Estrogen dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) khususnya bagi wanita yang berada pada masa menopause (putus haid).

Pengambilan tauge juga dapat membantu wanita terhindar dari kanser payudara, gangguan PMS atau senggugut dan gangguan akibat menopause. Tauge juga memiliki kemampuan mengurangkan risiko penyakitartritis, melancarkan pencernaan, pembiakan, dan salur kelenjar (glandular).

Pada beberapa jenis tauge, terdapat kandungan fitokimia yang tinggi, salah satunya adalah kanavanin.
Kanavanin ini banyak ditemui pada tauge alfalfa. Ia bermanfaat mencegah kanser darah, kanser usus besar dan kanser pankreas.

Selain kanavanin, zat anti-kanser lain yang terkandung di dalam tauge adalah daidzein dan genistein. Kandungan genistein secara efektif menghalang kemasukan gizi (makanan) kepada sel-sel kanser sehingga membunuh sel kanser dalam tubuh.

Selain itu, di dalam tauge juga terkandung saponin yang dapat meningkatkan imunisasi tubuh dengan menstimulasi interferon dan sel limfosit (sel darah putih) .

Cara masakan tauge juga perlu diberi perhatian. Masa masak terlalu lama akan menghilangkan khasiatnya. Tauge perlu dimasukkan paling akhir ketika memasak setelah sebati dengan rencah, angkat dan terus disajikan.

3 jenis Tauge :

1) Tauge Kacang Soya (Soybean Sprout)

Rasa tauge dari jenis ini adalah renyah dan terasa agak pahit apabila dimakan mentah. Tauge dari kacang soya memiliki kandungan aroma langu (beany flavor) yang relatif lebih tinggi berbanding tauge kacang hijau. Kaya khasiat protein dan kalori yang lebih tinggi dibandingkan tauge jenis lain.

Bagi seseorang vegetarian, tauge kacang soya merupakan salah satu alternatif makanan kerana membekalkan tenaga sebanyak 86 kkal dalam secawan yang diambil.


2) Tauge Alfalfa


Keunggulan dari tauge alfafa adalah kandungan saponin tang amat tinggi. Saponin merupakan suatu zat yang dapat menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL) yang boleh mencegah terjadi serangan jantung dan strok.


3) Tauge Kacang Hijau (Tauge)


 Tauge segar yang amat kaya akan vitamin E dan merupakan menu yang sangat digalakkan. Dengan mengambil tauge, dapat mencegah tubuh dari kekurangan vitamin E.



Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang.

10 Rahsia Halia


1. Mengubati kanser Ovari
2. Mencegah kenser Usus Besar
3. Meredakan "Morning Sickness" di kalangan ibu mengandung
4. Mengurangkan sakit & radang
5. Melegakan Pedih Ulu Hati
6. Mencegah Diabetis
7. Melegakan Migraine
8. Melegakan Sunggugut
9. Mencegah selsema & kesejukan
10. Melegakan mabuk dlm perjalanan jauh

Thursday, March 20, 2014

6 Tips Rencatkan Sel Kanser

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Tahukah anda setiap manusia mempunyai sel kanser dalam badan mereka? Sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ia berganda sehingga tahap bilangan billion. Setiap individu BERISIKO. Sebelum ia merebak, ayuh berjaga-jaga. Di bawah ada beberapa tips yang membantu merencatkan sel-sel kanser :

1) GULA 

Gula merupakan makanan sel kanser | Dengan berhenti mengambil gula, anda telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang penting untuk sel kanser. Stevia,manisan tanpa kalori boleh digunakan sebagai alternatif kepada penggunaan gula.


2) KAFEIN

Kurangkan kekerapan minuman kafein tinggi seperti KOPI, TEH dan COKLAT | Teh hijau lebih baik dan mempunyai khasiat dalam melawan sel kanser. Bagi air kosong pula, ambil minuman yang telah ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan toksin dan logam yang terdapat dalam air paip memasuki tubuh anda.


3) BERASID

Sel kanser hidup dalam persekitaran BERASID | Makanan berasaskan daging adalah bersifat asidik. Mengurangkan segala makanan yang berdaging terutamanya daging merah adalah langkah bijak. Di kebanyakan ladang ternakan, haiwan-haiwan ternakan disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran bagi mempercepatkan kadar penghasilan daging.


4) ANTIOKSIDA


Makanan tambahan seperti ANTIOKSIDA, RESVERATROL, VITAMIN dan MINERAL mampu meningkatkan sistem imun bagi membolehkan sel pembunuh di dalam badan boleh menghapuskan sel-sel kanser |

Vitamin E pula terkenal sebagai pembunuh sel iaitu satu kaedah bagi tubuh untuk menghapuskan sel yang rosak atau yang tidak diperlukan secara normal.


5) SEGAR

Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran segar, kekacang dan buah-buahan adalah tabiat yang sangat baik kerana makanan-makanan tersebut akan menukarkan badan kepada persekitaran yang lebih beralkali.
6) SENAMAN 

Senaman secara berkala akan membantu meningkatkan sistem imun dan menggalakkan pengaktifan sistem sel dalam badan yang bertindak untuk melawan sel-sel kanser. Kanser juga merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual. MINDA PROAKTIF dan POSITIF membantu melawan penyakit kanser. Sikap negatif seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stress dan dalam keadaan berasid.

Sayangi Diri.
Maafkan yang lain.





Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang.

Perut Bukan Kuali

Teks: Nor RazfizahAabd Razak





Tempat menampung segala macam benda yang kita isi. Ia sistem yang special. Memiliki ciri unik & tersendiri. Jika rosak, tak ada spare part nak ganti. Berhati-hati memilih makanan yang masuk ke dalam tubuh kita

10 Bahaya Banyak Makan

1- Keras hati dan memadamkan ilmu Allah SWT.

2- Lahir perasaan bimbang, lupa daratan, melihat perkara haram dan semua perbuatan menjadi hampa.

3- Malas beribadat dan boleh menyebabkan lumpuh.

4- Akal dan Ilmu menjadi sempit.

5- Hilang kemanisan beribadat dan hilang perasaan rindu kepada Allah SWT.

6- Menjerumuskan diri kepada perbuatan syubahat dan haram.

7- Kurang berdakwah dan kurang beriktikaf dalam masjid.

8- Susah berurusan di akhirat dan menghadapi kesukaran apabila Sakartul Maut datang menjemput.

9- Pahala berkurangan dari Allah SWT.

10- Allah akan banyak bertanya kepadanya, sehingga jiran yang lapar akan mengakibatkan kita juga menanggung dosa kerana di saat kita kekenyangan jiran kita berlapar.

Wednesday, March 19, 2014

Segar Tanpa Kafein

Alhamdulillah Di pagi yang nyaman ini saya dipinjamkan nikmat untuk bersarapan dengan air oren semulajadi Bagi preggy mommy seperti saya minuman kafein amat tidak digalakkan. Jadi saya gantikan dengan minuman ni
Boleh juga dijadikan bekalan untuk anak2 ke sekolah Anak2 harus dipupuk untuk TIDAK CINTAI GULA sedari kecil Saya dah ajar si manja saya dari dalam perut lagi hihi Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan hari ini, bila lagi? Gelaran "PERFORMANCE DRINK" ialah kerana telah terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes) bahawa: (1) Meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan. Kurang rasa haus. (2) Menstabilkan paras glukosa di dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan, serta menambah stamina. (3) Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium & magnesium (tiada pada minuman isotonik jenama lain). Performance Drink ini sesuai diambil ketika : ● Cuaca panas melampau (badan dehydrated) ● Tubuh tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit) ● Riadah Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink: ● Mereka yang aktif bersukan (Atlit) . ● Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka). ● Penghidap gout. ● Ibu yang menyusukan anak. ● Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air)akibat dari morning sickness dan tiada selera makan. ● Mereka yang kurang minum air. ● Mereka yang kerap sakit kepala. ● Apabila rasa nak demam, atau sedang demam. ● Kanak-kanak yang demam. ● Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!) TESTIMONI PERFORMANCE DRINK " sis baguslah performance drink ni, balik rumah saya buat kerja rumah mop lantai rumah tidak rasa penat, bertenaga. Rasanya sedap juga. Sis saya nak order la lagi satu "

Kisah Herbal Blend ...

Malam tadi si adik, Ayip menangis..." Ibu..Ibu..huhuhu" Memang naluri si ibu tangisan anak bagaikan alarm walaupun perlahan. Aku pun bergegas keluar, memantau keadaan. "Kenapa dik? Sakit perut ke?" "Tak..gatal..." hehehe...geram pun ada..kesian pun ada...ngantuk2 ni, jerit2 sakan sebab gatal je?? Nasib ada "penolong alam semesta" hihi "
" Kudis, gatal-gatal, kena gigitan nyamuk, kena cakar kucing..semuanya aku cuma sapukan krim ni. Cuma sekali sapu, terus senyap sampai ke pagi Si ibu pun boleh tidur lena sampai pagi. Alhamdulillah. Herbal Blend Cream ni krim 1000 guna. Antara yang boleh dirawat: √ Kesan gigitan serangga √ Eczema √ Luka pada puting bagi ibu menyusu √ Melembutkan tumor √ Merawat tumit pecah √ Mengubat luka & lecur √ Merawat ruam pada bayi √ Menghilangkan parut √ Losyen harian Multipurpose. Saya mmg guna ni utk anak2 saya & bakal anak saya hihi mmg mujarab bak mopiko
Berminat ? Call / SMS / Whatsapp : 017 700 1749 ~ Izzah Razak PM https://www.facebook.com/SunnahSuperstore untuk tempahan & penghantaran produk

Aku Sebiji Telur

Bagi peminat telur.... Tahukah anda sebiji telur kaya dengan khasiat, ibarat sebiji MULTIVITAMIN . Kalau masih was-was, sila baca info di bawah. Mana tahu ia berguna untuk anda. Tak rugi apa2 pun, kalau anda ingin mengetahuinya lebih lanjut.

1. Sebiji telur sehari membantu mengelakkan penyakit mata (makuladegeneraton) kerana kandungan karotenoid yang mudah didapati di dalam telur.

2. Telur mengelakkan penyakit katarak mata kerana kandungan lutien dan zeaxanthin (sejenis karotenoid)

3. Sebiji telur mengandungi 6 gram protien berkualiti tinggi dan 9 keperluan asid amino.

4. Menurut kajian Harvard Medical School, tiada sebarang kaitan berkanaan pengambilan telur dengan penyakit jantung. Pengambilan telur secara teratur membantu mengelak darah beku, strok dan jantung.

5. Sebiji kuning telur mengandungi 300 mikrogram Choline iaitu nutrisi penting yang membantu mengawal otak, sistem kardiovaskular dan sistem saraf.

6. Telur terdiri daripada lemak baik. Sebiji telur hanya mengandungi 5 gram lemak dan 1.5 gram lemak tepu.

7. Kajian terbaru menyangkal kepercayaan bahawa telur penyebab kolestrol tinggi. Sebaliknya, memakan telur setiap hari tidak akan menjejaskan kesihatan kerana lemak pada telur adalah lemak tepu.

8. Telur adalah satu-satunya makanan yang mengandungi vitamin D semulajadi.

9. Telur juga berkemungkinan membantu dan menghalang kanser payudara kerana menurut kajian, wanita yang mengambil sekurang-kurangnya enam biji telur seminggu mampu merendahkan risiko penyakit itu.

10. Kandungan sulfur, vitamin dan mineral yang tinggi dalam sebiji telur menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat.


Cegah Sebelum singgah

Salam Sayang

Keledek : Sarapan Sihat

Teks: Nor Razfizah Abd Razak



Tahukah Anda? Jika keledek disimpan di tempat dingin, gelap dengan pengudaraan yang baik ia boleh tahan sehingga 10 hingga 12 minggu. Antara kandungan nutrisinya adalah:

39% nilai harian Vitamin A
40% vitamin C
18% serat
13% potassium
Vitamin E
Zat besi
Magnesium


Tuesday, March 18, 2014

1 Rumah 1 ESP

~ Yes!! Bulan ni promosi ESP - Soya Protein Shaklee Harga sebelum diskaun RM150. Slps diskaun, harga sgt2 murah & berbaloi-baloi sbb 1 canister boleh tahan sehingga 1 1/2 bulan hingga 2 bulan Jadi kawan2 yg : * Kulit cantik anjal tanpa parut * Menyusukan baby, hamil & dah nak brsalin * Cepat lapar, suka makanan manis * Kencing manis * Selalu keletihan * Gastrik Dapatkan ESP dari promosi ini untuk buat stok. Boleh juga pakat beli dgn famili dan kwn2. Promosi Beli 6 Free 1 Untuk mak ayah, mak ayah mertua, keluarga sendiri, ipar duai dan sahabat handai. Call/ SMS/ WhatsApp: 017 7001749~ Izzah Razak utk dptkn harga super istimewa ni.

Monday, March 17, 2014

10 Manfaat Ketumbar

Teks: Nor Razfizah Abd Razak





1- Melindungi terhadap bakteria Salmonella

2- Sumber serat yang baik

3- Membantu mengikat logam berat dalam badan anda

4- Herba anti-inflamasi

5- Kaya dengan magnesium, besi dan fitonutrien

6- Merendahkan gula darah

7- Melegakan gas usus, dan menghalang loya

8- Mencegah jangkitan kencing

9- Merendahkan LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan HDL anda (kolesterol baik)

10- Mengurangkan menstral perubahan mood kekejangan dan hormon



Saturday, March 15, 2014

Kesegaran Di Kala Panas Terik

Alhamdulillah, bagi yang kurang budget boleh mencuba minuman hidrasi ni untuk seisi keluarga anda. Shaklee menggelarkannya "PERFORMANCE DRINK" ialah kerana telah terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes) bahawa: (1) Meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan. Kurang rasa haus. (2) Menstabilkan paras glukosa di dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan, serta menambah stamina. (3) Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium & magnesium (tiada pada minuman isotonik jenama lain). Performance Drink ini sesuai diambil ketika : ● Cuaca panas melampau (badan dehydrated) ● Tubuh tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit) ● Riadah Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink: ● Mereka yang aktif bersukan (Atlit) . ● Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka). ● Penghidap gout. ● Ibu yang menyusukan anak. ● Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness dan tiada selera makan. ● Mereka yang kurang minum air. ● Mereka yang kerap sakit kepala. ● Apabila rasa nak demam, atau sedang demam. ● Kanak-kanak yang demam. ● Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)
TESTIMONI PERFORMANCE DRINK " sis baguslah performance drink ni, balik rumah saya buat kerja rumah mop lantai rumah tidak rasa penat, bertenaga. Rasanya sedap juga. Sis saya nak order la satu " Berminat ? Call / SMS / Whatsapp : 017 700 1749 ~ Izzah PM Sunnah Superstore

Pemakanan Tidak Seimbang Undang Masalah Buasir

Buasir adalah penyakit yang berlaku di bahagian dubur dan dapat dikesan apabila terdapat pembengkakan pada saluran tersebut. Bengkak pada dubur adalah disebabkan pengembungan saluran darah pada bahagian tersebut atau ketumbuhan sel yang melapisi saluran tersebut.

Justeru, berlaku pendarahan semasa membuang air besar akibat geselan najis keras menyebabkan buasir. Dalam bahasa mudah, dubur bengkak atau luka.

Punca

Ia berpunca dari pemakanan tidak seimbang iaitu terlalu banyak makan dan kurang pengambilan air yang mengganggu proses pelawasan dan menjadikan najis keras.

Gejala

Gejala awal adalah pesakit rasa sakit akibat tekanan otot dubur ke atas bahagian yang bengkak dan menyukarkan mereka membuang air besar.

1) Bengkak pada saluran dubur

2) Gatal pada saluran dubur

3) Kepanasan selepas buang air

4) Rasa sakit berdenyut

5) Sukar membuang air besar

6) Tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung (mencangkung) lama

7) Nanah pada bahagian dubur disebabkan jangkitan bakteria

8) Luka pada saluran dubur disebabkan oleh nanah

9) Kanser pada saluran dubur

10) Ketumbuhan pada saluran dubur

Kajian menunjukkan dianggarkan 55% penduduk Malaysia mengalami masalah buasir dan 79% terdiri dari lelaki dalam lingkungan usia 20 hingga 60 tahun.

2 Jenis Buasir:

1) Buasir Dalam - bengkak pada bahagian dalam

2) Buasir Luar - bengkak terjulur keluar daripada saluran dubur

** Kedua-dua jenis buasir ini juga boleh berlaku serentak atau berasingan

Rawatan

1) Kaedah Cryoligation
- Menghalang pendarahan, menghindari jangkitan kuman yang boleh menyebabkan kemandulan
- Tidak meninggalkan kesan kudis dan keberangkalian berulang rendah jika mengikut jadual pemakanan yang disediakan
- Popular di Amerika Syarikat dan Eropah

2) Kaedah Cryo
- Kaedah yang mana pesakit yang mempunyai imunisasi rendah akan lebih cepat sembuh kerana buasir akan tanggal lebih cepat. Bagaimanapun, setiap orang dinasihatkan supaya berehat, menggurangkan aktiviti lasak dan mematuhi kaedah diet yang diberi

Kesan 
1) Kurang bertenaga
2) Muka pucat dan tidak bermaya
3) Cepat berasa tertekan dan cepat marah

Diet
1) Jangan terlalu kerap makan dan elakkan makan di antara waktu malam
2) Elak mengambil makanan tidak berkhasiat seperti keropok dan minuman berkarbonat
3) Jangan makan makanan yang keras atau terlalu pedas
4) Makan makanan yang baru dimasak untuk mengelakkan keracunan yang boleh menjadikan buasir bertambah teruk.

Jika anda salah seorang daripada pesakit buasir, usah bimbang. Selain diet & kaedah rawatan di atas, terdapat vitamin yang dapat membantu mengurangkan kesakitan akibat buasir ini Ia dapat membantu menghalang buasir menjadi lebih teruk.





 SMS/ Call/ Whatssapp saya di 017 700 1749 ~ Izzah Razak untuk pertanyaan & penghantaran terus ke rumah anda.


Thursday, March 13, 2014

Nikmat Kesihatan

Situasi 1: ==== Dahulu ayip (gambar pertama) anak saya yg kedua menghidapi masalah semput Nafasnya berbunyi, selalu dapat penyakit 3 sekawan; demam batuk & selsema. Ubat silih berganti setiap minggu. Tidak boleh aktif seperti kanak-kanak lain yang bebas ke sana sini bergelak ketawa Situasi 2: ===== Alhamdulillah . Sekarang ayip dan semakin sihat dan ceria. Tiada lagi masalah semput Penyakit yg 3 sekawan pun payah menjenguk Ibu bapa mana yang tidak gembira bila melihat zuriat mereka sihat belaka. Membesar sihat & kuat saban hari di depan mata Segala perlakuan, doa kita MESTI disertai dgn perkataan "ANAK" Anak adalah segala-galanya Bila anak kita tidak sihat, suasana di rumah akan bertukar muram Tiada lagi hilai tawa & gurau senda mereka Ya Allah aku bersyukur kerana dikurniakan zuriat yang sihat & sempurna
:: Ayatul Qursi :: Tengah2 Abg Syaha main kereta dgn Ayip, tiba keluar potongan ayat kursi .. Syaha : "Manzallazi yashfau indahu illa biiznih. Ya' lamuma baina aidihim wama kholfahum..wala yuhitu nabisyai imminilmihi illa bima syaaak.." Ibu : Wa sia kursyyuhussama.. Syaha : Watiwal ard. Ibu : : Walayuuduhu hifzuhuma Syaha : Wahuwal aliyyul azim Abg Syaha mkn Omega Guard 1 biji sehari Nampaknya ibu kena makan Omega 3 biji sehari baru boleh celen ..hihi
Vitamin ibu mengandung pagi ni. Semoga memberi manfaat kepada mommy & baby

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...