Thursday, April 30, 2015

Shaklee Care - Raub

Alhamdulillah syukur.

Misi bantuan kepada yang memerlukan terlaksana sudah :) Kali ini kembara Shaklee Cares menganjurkan Kembara Amal - Bantuan Nutrisi Untuk Kanak-Kanak Kurang Berkemampuan di Perkampungan Orang Asli Kampung Satak, Raub, Pahang pada April 2015.

Bukan hanya sekadar menjual dan menjual dan menjual. Tetapi juga memberi. Alhamdulillah misi berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak menambah keceriaan dan meningkatkan tahap kesihatan mereka.







Tok Batin bertuah hihi...menang cabutan bertuah menang hamper Vivix yang sangat best dan lain-lain suplemen. 


Vita lea for kids & Mealshakes untuk kanak-kanak. Dapat menambah tenaga dan keriaan mereka. (Inilah juga "rahsia" keceriaan Syarif & Syaha) 




Thursday, April 23, 2015

Nyah Toksin Dalam Tubuh

Mengapa perlu D.E.T.O.K.S ?





- Kita menghirup udara setiap hari. Dalam udara terdapat macam-macam bahan tercemar seperti habuk, debu dan hama.

Menghirup udara tu percuma. Tapi kita juga dapat percuma penyakit yg dibawa. Mahu atau tak kita terpaksa hidu.

- Dalam pemakanan kita seharian ada racun serangga, ada bahan kimia utk "bleaching".

Yang kita perlu beli makanan tu sahaja. Tetapi "chemical" tu kita terpaksa terima juga.

Makanan yang melalui proses "pemutihan" ni seperti gula putih, beras, roti dan tepung ini menakibatkan pelbagai kesan buruk pada tubuh kita kerana ia menggunakan bahan kimia berbahaya.

Kalau mimilih sayuran,biasanya kita memilih sayuran yg "enak" pada pandangan mata kasar kita.
Sayuran segar lazimnya disembur dengan racun serangga.
Bayangkan jika racun tu boleh membunuh serangga, apa kesannya pada tubuh kita?
Bukan makan hari ini, kita akan sakit esok hari.
Tetapi lambakan bahan-bahan berbahaya ini mengganggu fungsi tubuh kita.
Seterusnya mengakibatkan kita jatuh sakit.

Di sinilah proses detoks memainkan peranan penting.
Membuang sisa-sisa toksik berbahaya tu dari tubuh kita.

Makan untuk sihat.

Monday, April 20, 2015

Tumit Merekah, Tersangkut Kain

Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Imej Google


Alhamdulillah.

Sebelum ni saya memang ada masalah tumit kaki merekah dan pecah. Pernah mencuba memakai selipar dalam rumah tapi tak istiqamah. Lemas. Lagipun kalau menyapu, susah nak pastikan lantai benar-benar dah tak berpasir atau tak. Terpaksa buka selipar dan jalan-jalan untuk merasa lantai benar-benar sudah bersih.

Saya pula jenis yang suka bersimpuh kalau duduk, lebih-lebih lagi jika bertandang ke rumah orang. Kalau bersimpuh, tumit kaki tegak menghala ke atas. Jenuh tutup dengan kain atau seluar. Malu

Sudah banyak krim saya cuba. Saya pernah cuba krim Nivea . Berkesan sekejap. Lepas tu kasar semula. Saya juga amalkan menggosok tumit dengan "pumice stone" ketika mandi.

Pernah juga ikhtiar cara alami dengan menyapu kulit pisang. Hasilnya tak begitu memuaskan. Ini kerana cara alami ni memerlukan kerajinan & tahap kesabaran yang tinggi. Saya pula jarang beli pisang.


Kolagen - cuma perlu koyakkan dan campurkan ke dalam minuman dan boleh terus diminum. Saya campurkan ke dalam ESP


Antara kebaikan ESP




 Sudah setahun lebih saya mengenali suplemen Shaklee, saya konisten makan seberapa banyak vitamin yang ada. Tapi vitamin untuk kulit saya tak tinggal seperti Energy Soy Protein (ESP), Ostematrix, Vitamin C, Kolagen , Zinc, Vitalea termasuk menyapu krim serbaguna Herbal Blend.

                                                                 
Tumit merekah mengundang kesakitan dan menyukarkan kerja seharian.









    

Alhamdulillah. Hasil gabungan vitamin-vitamin ini saya memperoleh kesihatan yang baik, susu badan banyak dan pekat, bebas dari masalah kulit, tiada masalah sembelit atau susah membuang air besar. 

Lagi satu, saya perasan masalah tumit kasar yang saya hadapi sekian lama sudah hilang. Tiada lagi masalah kulit kasar pada tumit sangkut pada kain. Kalau tidak, sebelum ni, kulit tumit tu merekah, kasar dan bila berjalan sakit pada rekahan tu. Alhamdulillah, sekarang tidak lagi.


Antara Faktor Penyebab:

  • BMI yang tidak ideal menyebabkan tumit pecah akibat tidak dapat menampung berat badan yang berlebihan
  • Kurang air dalam badan akan menyebabkan kulit menjadi bersisik, kering, keras dan merekah.
  • Penggunakan kasut yang kurang sesuai juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Elakkan pemakaian kasut bertumit tinggi dan ketat.

Penyelesaian:
  • Minum air secukupnya bagi mengelakkan tubuh dari terhidrat. Tingkatkan pengambilan air kosong dan sebaiknya air yang bertapis.
  • Mengurutkan kaki menggunakan losen atau krim khas seperti "Herbal Blend". Ia membantu melembutkan dan melembabkan kulit serta melancarkan perjalanan darah setelah seharian berjalan.
  • Menggunakan stokin jika memakai kasut sukan. Pemilihan saiz dan rekaan yang sesuai juga membantu kaki "bernafas" dengan selesa.

JIka ada di antara anda di luar sana mengalami masalah yang sama, boleh menghubungi saya untuk keterangan lanjut. In shaa Allah saya akan kongsikan pengalaman saya bersama anda.

Saya juga mencari rakan-rakan yang ingin menambahkan pendapatan atau ingin menjana pendapatan pasif 4-5 angka 3 tahun dari sekarang. Hubungi saya, Whatsapp atau SMS di nombor 017 7001749. Juga di facebook Izzah razak


Semoga membantu.







Saturday, April 18, 2015

Hikmah Dari Allah

Teks : Nor Razfizah Abd Razak

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah SWT yang memberi pinjaman ilmu dan tenaga untuk memandaikan anak bangsa.

Sebelum ini saya titak pernah berkongsi tentang home tuition yang saya jalankan bermula bulan Jun 2014 hingga Ogos 2014 sebelum umat Islam menyambut hari lebaran. Sepanjang tempoh itu saya menjalankan dalam keadaan saya mengandungkan anak yang ketiga, Syarafuddin Bin Shamsudin.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Asalnya, saya berhenti kerja pada bulan Mac 2014. Semasa itu, saya sedang mengandung, arwah ibu juga pergi meninggalkan saya pada bulan yang sama. Semasa perjalanan pulang dari  kenduri arwah ibu, saya menerima panggilan dari tempat kerja menyatakan keesokan harinya merupakan hari terakhir saya di situ. " Hello Fiza, esok hari last awak ye". Ya Allah, bagai gugur jantung. Mulut terkunci. Mata berkaca. Lalu dengan spontan, saya mengusap perut saya. Lantas saya mengucap dan beristigfar. Saya buntu. Hampir 9 tahun saya berkhidmat, akhirnya sampai ke garisan penamat. Lama juga saya mendiamkan diri. Hampir 2 bulan baru saya boleh mengatur semula kehidupan saya.

Bangkit dengan semangat yang positif, saya kembali mengatur kehidupan. Saya mempunyai lebih banyak masa di rumah. Lebih masa untuk menguruskan rumahtangga, menguruskan anak-anak. Ada masa untuk menyediakan makanan dan pakaian suami dan anak-anak. Paling penting, saya mempunyai masa dengan Yang Maha Pencipta. Saya mula berjinak-jinak dengan solat Dhuha.

Dhuha merupakan solat yang berkait rapat dengan rezeki. Magnet rezeki. Dipermudahkan mendapat rezeki. Rezeki tu maha luas. Bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit. Pada saya, masa yang berkualiti untuk keluarga merupakan rezeki yang paling indah. Dari buka mata hingga  tutup mata pelbagai kerja yang boleh saya lakukan. Setiap satunya saya mulakan dengan NamaNya, zikir Ya Latif, Bismillah memang tidak lekang dari bibir saya. Hatta melipat kain sekalipun.

Tetapi manfaat dan rezeki terbesar adalah saya mempunyai lebih masa untuk berhadapan & ber"dating" dengan Allah. Selesai urusan anak-anak ke sekolah, merupakan masa yang sunyi. Saya peruntukkan masa dalam satu jam untuk berhadapan denganNya. Boleh berDhuha dan memohon penuh kusyu'. Dhuha 2 rakaat hingga 4 rakaat dan selepas itu saya membaca surah Al Waqiah atau satu atau dua muka surat surah di mana saya berhenti. Antara surah yang yang lazim saya baca ialah Al Rahman, Al Waqiah dan Al Mulk.

JIka dulu masa bekerja makan gaji, waktu Dhuha ni memang sukar untuk dikerjakan. Pernah saya konsisten Dhuha masa bekerja selama 2 bulan. Tapi dalam keadaan tergesa-gesa dan was-was. Memang saya tahu saya menegrjakan suruhan Allah. Tapi dari sudut yang lain pula, saya saya bersalah kerana mengerjakan dalam waktu bekerja. Tiada dalam job scope saya. Saya seperti "mencuri" waktu bekerja walaupun pada waktu tu saya tidak sibuk dengan urusan kerja saya. Tetapi saya terfikir tentang wang gaji yang terima. Adakah ia berkat atau sebaliknya? Ya Allah... selepas tu, saya terus tak mengerjakan Dhuha dalam waktu bekerja lagi. Dhuha cuma di hujung minggu di rumah sahaja. Itupun kadang-kadang. Hujung minggu sibuk dengan urusan kerja rumah yang memang tidak pernah selesai. Masa tu la nak membasuh, mengemas, memasak, keluar membeli barang dapur, keluar bawa anak ke taman dan macam-macam lagi. Semua nak buat dalam 2 hari tu? memang tak terkejar.

Alhamdulillah rezeki masa yang tak bertepi banyak memberi manfaat buat saya sekeluarga.

Friday, April 17, 2015

Syarif: Dulu Vs Sekarang


Syarif ~ 2013 Vs 2014/15
===================
Sembelit, ekzema, asma
memang sinonim.
Saya sampai beli neb dekat rumah, yang portable.
Sebab Syarif selalu kena asma.
Lagi-lagi tengah malam, musim hujan & musim sejuk.


Kanak-kanak asma selalunya akan kena ekzema.
Kudis merata-rata satu badan.
Hari-hari kudis timbul..bernanah. Gatal. Berdarah bila digaru.
Hilang fokus dalam kelas.
Menggaru selalu.
Beli sabun mcm2 termasuk s*****d pun x lut. Kebal kuman tu.
Sembelit mmg teruk.
Nak ke tandas sanggup tawaf satu rumah. Tahan.
Buang air sampai sakit kaki..
Last2 buang air berdiri sebab lama sangat
Hilang selera makan.
Berat badan susut.
Kulit pun tak cantik
Ibu??
Dalam dilema
Asik nak kena cuti jaga Syarif.
Berhabis wang mencari ubat terbaik
Bayangkan sebulan 4 kali bertukar klinik/ ubat
Sekali pergi rm30- rm40 sudah tentu
Ibu buntu.
Berbulan-bulan lamanya Syarif menderita..
Akhirnya saya ikhtiar dengan Mealshakes dan Omega
Perlahan-lahan nampak perubahan
Makan masa juga sebab kuman kebal amat.
Tetapi memang nampak perubahan ketara
Selera makan bertambah
Kurang menggaru, kurang kudis timbul
Semakin aktif & ceria
Ibu kurang stress
Alhamdulillah smile emoticon




10 Manfaat Mealshakes



























Thursday, April 16, 2015

Drastik Vs Plastik

Zaman sekarang kita disuapkan dengan yang..
- Drastik
- Pantas kilat
- putih mulus sepantas 2 minggu
- Spray, sapu, tak perlu senam dah boleh kurus

Tolong
.
Tolong.
.
Tolong
.
.
Memang kalau boleh kita memang nak tengok kesan yang PANTAS dengan usaha
yang SANGAT MINIMUM.
Jika difikirkan dengan akal yg logik..semua tu tak mungkin tercapai.
JIka boleh sekalipun, akan mendatangkan kesan yang mudarat.
Nak cantik cepat, tapi mudarat yang kita tanggung lama..makan bulan, makan tahun...
Nak sembuhkan kita terpaksa keluarkan sejumlah wang yang banyak, masa yang banyak, tenaga yang banyak untuk menyembuhkannya.
Seeloknya biar logik
Baca testimoni
Baca akhbar
Tanya pakcik gugel
Jangan tipu diri sendiri.
Zaman saya sekolah dulu..semua guna yang alami.
Basuh muka guna air beras, sapu kunyit, tenyeh pisang, tenyeh betik.
Serius cantik, halus, mulus, tapi kena rajin tepek, buat setiap hari.
Panjang celoteh mak jemah petang hari ni.


Petikan akhbar minggu ini.




Jangan tertipu
Jangan hipokrit

Setiap hasil baik yang kita inginkan pasti memerlukan minat dan kesungguhan. Fikir secara logik. Jika kita mempunyai masalah kulit yang agak teruk, ia tidak mungkin terjadi dalam sehari dua. ia memakan masa untuk menjadi begitu.

Begitu juga penyelesaian untuk memulihkannya semula. Ia perlu dirawat dari luar dan dalaman. Ikhtiar pada luaran, kita boleh menyapu krim, memakai "sun block", menghindarkan cahaya matahari selepas jam 10 pagi kerana pendedahan kulit pada kadar uv yang yang tinggi boleh mengakibatkan masalah kulit menjadi semakin serius. Mencuci muka dengan kerap 

Dari dalaman, kita boleh meningkatkan pengambilan vitamin dan minum banyak air. Sebolehnya yang bertapis. Pengambilan vitamin seperti vitamin A, C E, resvetartol dan kolagen mampu meningkatkan kesihatan kulit dari dalam. Sekali lagi, pilih yang semulajadi.

Jadilah pengguna bijak.

Usah terpedaya.












Wednesday, April 15, 2015

Masa Kian Suntuk

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmatNya yang tidak terhingga, tak mampu saya ungkapkan, tak terbalas rasanya. Sekadar menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya. In shaa Allah.

Alhamdulillah. Saya bersyukur dapat membesarkan dan melihat anak-anak membesar di hadapan mata. Membesar dan mendidik mereka dengan kedua tanganku, kudratku Ya Allah. Melihat mereka sejurus bangun dari tidur, menyiapkan sarapan, makanan dan minuman pertama yang masuk ke dalam perut mereka.

Peluang sebegini mungkin tidak dinikmati oleh ramai orang. Ramai ibu bapa yang bekerja untuk menyara kehidupan dan mencari rezeki. Tetapi bagi ibu bapa yang bekerja, anak-anak terpaksa dserahkan di bawah jagaan pusat asuhan atau nurseri. Tidak kira mahal atau murah. Tanpa kita sedari, masa kita bersama mereka semakin berkurang.

Saya juga begitu. Bekerja 5 hari seminggu. 10 jam sehari. Setiap hari terpaksa bangun seawal 6 pagi untuk menyiapkan diri dan anak-anak. Kadang-kadang tidak sempat siapakn sarapan pun hatta diri sendiri pun terpaksa bersarapan lewat pagi di tempat kerja.

Kadang-kadang anak belum sempat buka mata, sudah diangkat ke dalam kereta untuk dihantar ke tempat asuhan. Tu belum cerita lagi, belum sempat mandi, belum sempat makan sarapan. Sampai di tempat asuhan, kanak-kanak ramai. Tenaga pengajar belum tentu mencukupi untuk melayani karenah mereka. Entah jam berapa baru disuapkan makan.

Melepaskan Batuk Di Tangga 

Pengalaman saya dulu, menghantar anak di nurseri, memang serba serbi belum. Belum mandi, belum sarapan (minum susu pun tak sempat lagi) . Kat nurseri nanti ramai. Anak kita tah bila dimandikan. Dipedulikan ke tak? Entah jam berapa baru nak suap makan? Mandi macam mana, ramai-ramai atau ada yang perhatikan? Hari ibu gundah. Pelbagai persoalan bermain di kepala. Sampai ke tempat kerja masih berfikir.

Sampai di rumah dah maghrib. Letak beg, tanak nasi. Anak menangis minta nasi kelaparan (masa tu anak saya dah pandai cakap). "Ibu, nak nasi, lapar"

Ya Allah..tak makan ke di nurseri tadi? Ibu nak ambil wudhu pun tak menyempat. Waktu maghrib dah la pendek. Kalau maghrib dulu nanti, terdengar tangisan anak, jadi tak sampai hati. Solat pun tak kusyu'. Nak tak nak terpaksa masu masak lauk seringkas mungkin. sayur tumis , telur goreng atau ikan masak pindang selalu jadi menu pilihan sebab mudah dan ringkas. 10-15 minit dah siap hidang. Lepas tu hidang siap2 dalam pinggan anak. Kalau lauk ikan, buangkan tulang siap-siap dan gaul rata. Nasib anak pandai suap sendiri. Lepas tu baru boleh solat dengan tenang.

Sebab pernah berlaku anak saya tak dimandikan. Masa dijemput pulang masih memakai pakaian pagi. Dua pasang baju yang dibekalkan tak berusik. Selang beberapa hari selepas tu, anak saya kena jangkitan kuman pada kulit. Bila dibawa  ke klinik, doktor mengesahkan terkena jangkitan dan kurang penjagaan kebersihan. Anak saya juga tidak dibenarkan di hantar ke nurseri kerana dikhuatiri menjangkiti kanak-kanak lain. Saya terpaksa mengambil cuti selama seminggu menjaga anak saya di rumah. Pihak nurseri menuduh kami yang cuai. Kami redha. Saya rasa pihak nurseri yang tidak menjalankan kerja mereka dengan betul. Mereka mengabaikan penjagaan kesihatan anak-anak di bawah jagaan mereka. Selang beberapa hari, saya dapat tahu yang ada kanak-kanak lain juga menghidapi masalah yang sama seperti anak saya juga. Tidak dimandikan. Jadi memang betul sangkaan kami, pihak nurseri yang lalai. Cuma melepaskan batuk di tangga sahaja.

Jika mandi pun mereka tidak boleh nak pantau, apa lagi bab makanan? Masa tu anak saya agak memilih makanan. Kalau tidak kena dengan selera, maka dia tidak akan makan. Jadual makan pihak nurseri pula sudah ditentukan. Semua kanak-kanak akan disuapkan dalam satu masa yang sama. Mereka duduk dalam satu bulatan dan disuap seorang demi seorang. Takkan dek kerana seorang kanak-kanak yang tak mahu makan, yang lain pun kelaparan? Pasti yang tidak mahu makan tadi tidak akan dilayan. Lalu terbiar kelaparan. Tiba masa dah rasa lapar, masa makan pun dah habis. Permintaan anak kecil tadi takkan dilayan

Kesuntukan Masa

Masa di rumah bersama mereka juga amat suntuk. Pulang dari kerja jam 6 petang. Balik dalam keadaan jalan "jem". Semua berpusu-pusu mahu pulang cepat ke rumah. Balik sudah maghrib. masak dan solat..sekejap je dah Isya'. Kadang-kala anak kepenatan dalam saya mengharung kesesakan lalu lintas. Pulang ke rumah, saya terus mengangkat mereka masuk ke dalam bilik. Terus tak menguit. Lena hingga ke pagi. Malam tu saya menangis kerana langsung "tidak erjumpa" anak-anak seharian. Bayangkan masa diangkat ke dalam kereta, mereka masih belum celik mata. Bila nak pulang, mereka terlena pula dalam kereta.

Masa begitu pantas berlalu. 4 tahun bukan suatu sama yang singkat. Masa berkualiti dengan aanak adalah dalam tempoh umur mereka dari lahir hingga 5 tahun. Pada usia mereka menjejakkan kaki ke alam tadika, suku hari sudah habis di sekolah. Kitika mereka melangkah ke sekolah rendah pula, separuh hari sudah lenyap. Yang tinggal cuma waktu malam yang hanya berbaki 2 hingga  jam sebelum mereka melelapkan mata.

Sampai bila?

Sampai bila ibu akan membiarkan permata hati ibu dijaga oleh orang lain?
Sampai bila ibu sampai hati membiarkan nyawa ibu dibesarkan dari lebar kaki dua jari tiba-tiba hampir sebesar telapak tangan ibu?








Monday, April 6, 2015

Terapi Ibu

Dapat melihat wajah anak-anak suatu kepuasan
Dapat membelai, mencium dan mengusap mereka suatu nikmat yang tidak ternilai dengan apa pun.
Melihat mereka membesar dengan sihat
Melihat mereka menulis membaca dengan lancar
Melihat mereka menguruskan diri sendiri
Suatu terapi bg seorang ibu seperti saya
Ya Allah
Kau kurniakanlah nikmat ini selama mungkin
Sihat , membesar, bijaksana dan menuruti perintahMu.
Amin.

Syaraf - 7m

Sunday, April 5, 2015

Diari Malam

Saya bersyukur ..
Masih ada ayah yg selalu mengingatkan
Menarik ke atas ketika hampir lemas
Dengar, dengar, dengar semua
Jangan abaikan pesanan ini
Jangan ada sangka buruk pd pasangan, selalu niat yg baik baik, saling bantu membantu apabila berada dalam kesusahan.
Jangan pentingkan diri sendiri,
Selalu ingat tanpanya siapalah kita?
Selalu merendah diri utk kebaikan
Jangan terlalu ego.
Ingat dunia ini bukan utk kita seorang,
Ia utk dikongsikan terutama dgn org yg kita sayangi.
Selamat berjaya & berbahagia dlm kehidupanmu. Ingat yg baik baik..
Buat yg baik baik..
Cakap yg baik baik..
Selalunya kita akan dapat yg baik baik.
Terima kasih ayah.
Selamat malam.


Friday, April 3, 2015

Selamatkah AIR Yang Kita Minum?




Inilah air yang kita beli dari luar iatu air mineral. Pelbagai jenama. Ada yang mahal, dan ada yang murah. Syarikat yang top dan terkenal membekalkan air yang SANGAT BERASID untuk kita. Terfikirkah kita bagaimana air yang berasid tinggi ini diluluskan untuk dijual di pasaran? Patutlah kes kanser semakin meningkat.



Ini air bertapis di rumah kami. Biasanya, jika keluar ke mana-mana memang saya bawa bekal air ini bersama. Kitaorang bawa dua tiga botol. Satu untuk ibu, satu untuk Syaha, satu untuk Syarif hihi...Alhamdulillah. Rasanya "manis"  tapi yang pasti bukan manis gula.
Kalau minum kat luar..memang dah tahu la airnya macam mana hihihi...



Ini merupakan air terbaik. Air mineral dari dalam tanah dari bumi Mekah. Semamangnya air yang yang terbaik dan sangat bermanfaat untuk kesihatan. Sangat nagus untuk menyembuhkan. Zam zam best water ever !


Sebagai panduan:

1) pH 7 - Neutral
2) Kurang dari pH 7 - Air Bersifat Asid
3) Lebih dari pH 7 - Air Bersifat Alkali

Safe limits ialah air yang di antara pH 6.5 dan 7.5 :)

Jom cuba test air di rumah kita. Agak-agaknya berapa bacaan pH nya ekk? 

Dah berapa lama kita minum air pH macam tu?

Mahukah kita terus terus-terusan minum air pH begitu?

========================================

Memperkenalkan...Get Clean Water Pitcher dari Shaklee






Dah sampai masa untuk tukar penapis (filter) apabila sampai 80oz 


Penapis air Shaklee Water Pitcher amat mudah untuk digunakan dan menjimatkan.
~ Jimat wang anda |  Cuma bebrapa sen seliter
~ Mudah mendapatkan air bersih walau di mana kita berada. Di kawasan perkelahan, di hotel, di kedai makan..cuma perlu isi air paip ke dalamnya, dan tunggu sebentar. Air yang telah ditapis sudah boleh diminum dengan selamat tanpa was-was.
~ Menjimatkan wang |  Tidak perlu membazir untuk membeli air mineral di luar. Air mineral tersebut mungkin mengandungi logam berat yang boleh membahayakan tubuh kita.
~ Mengurangkan pencemaran alam sekitar |  Mengurangkan sampah botol-botol plastik yang boleh mencemarkan alam sekitar dan mengurangkan sampah di tempat pengumpulan sampah.


Jika berminat untuk mendapatkan penapis air Water Pitcher ini, boleh hubungi saya Izzah Razak atau di nombor 017 700 1749 (SMS /Whatsapp )

Bersama kita menjaga alam sekitar. Go Green.


Semoga Membantu.










Wednesday, April 1, 2015

Mealshakes Naik Belon Panas

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.
Gambar: Google.

Assalamualaikum. Sangat gembira dan teruja dengan program "Shaklee Cares".
Kali ini Shaklee berbesar hati menyampaikan Mealshakes bernilai 1.5juta khas buat anak-anak di negeri Sabah. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan dan pembelajaran anak-anak di negeri di bawah bayu itu.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...