Sunday, September 28, 2014

6 Tips Tingkatkan Keyakinan Diri Kanak-Kanak

1- Beri Tindak Balas

Sekiranya anak anda berbicara dengan anda, beri tindak balas dengan mendengar apa sahaja yang ingin diucapkannya. Pinjamkan telinga anda, biarkan anak anda meluahkan apa yang mereka rasa dan ingin berkongsi dengan anda, ibu bapanya.

2- Hormati Hak Kanak-Kanak

Memang benar karenah kanak-kank acap kali membuatkan anda hilang sabar dengan kenakalannya. Akan tetapi dengan cara layanan umpama tidak menghargai kehadirannya membuatkan mereka berasa rendah diri.

3- Beri Perhatian Dengan Penuh Kasih Sayang

Ini berkaitan dengan emosi kanak-kanak. Mereka yang merasa diri mereka dikasihi oleh ibu-bapanya akan menanam tahap keyakinan yang tinggi dalam diri mereka.

4- Jangan Tabur Janji Manis

Tunaikan apa yang anda pernah ucapkan kepada anak anda. Sekiranya janji tersebut diabaikan, mereka akan berasa diri mereka tidak dihargai dan dihormati. Kanak-kanak seorang yang berpegang pada janji.

5- Cintai Diri Sendiri

Galakkan anak anda supaya mengasihi diri mereka sendiri. Jangan sesekali membiarkan anak anda memandang rendah kepada diri sendiri.

6- Memberi Pujian Kepada Kanak-Kanak

Setelah anak-anak anda melakukan sesuatu kerja dengan sempurna walaupun agak perlahan, anda tetap memberikan pujian kepada mereka.




Saturday, September 27, 2014

Tips Pemakanan Sihat

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

1- Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan dahulu mengambil makanan lain.
2- Memakan makanan yang Halal dan suci
3- Jangan makan berlebihan (Surah Al A'raf: Ayat 31) . Berhenti sebelum kenyang
4- Perhatikan makanan yg kita ambil ( Surah Abasa : Ayat 24)

Perkongsian Pagi

Hari ini genap 28 hari hari saya berpantang di kediaman sendiri
Pagi ni tinggal saya dan baby Syaraf je berdua. Berbedung.

Pagi ni hari permulaan persekolahan untuk minggu ini di Johor.
Abag Syaha bersiap ke sekolah. Awal pagi.
Adik Syarif pun nak ke sekolah juga, walaupun kesihatannya tidak berapa mengizinkan, batuk-batuk, tercungap-cungap jika batuknya berpanjangan.
Akan tetapi hatinya cekal
Semangatnya kuat

Duhai anak-anak
Sumber kekuatan ibu ayah

Bangkitlah ibu ayah
Pastikan anak-anak hidup dalam keadaan yang serba sempurna
Malah lebih sempurna dari kehidupan ibu ayah di masa sekarang
5 tahun akan datang
10 tahun akan datang
Semoga kalian menjadi muslimin yang kaya lagi dermawan
Bebas dari kekufuran & kefakiran

Amin.
Permudahkanlah urusan kami Ya Allah.



Pakej Kudapan Sunnah


1) Kurma Maryami (1kg) - RM40
2) Kismis Hitam (1kg) - RM25
3) Kismis Basah (1kg) - RM30
4) Badam /Almond (200g) - RM20
5) Piscacio (250g) - RM30

Jumlah : RM145 + RM20 (kos penghantaran)

RM165 (termasuk kos penghantaran ke semenanjung)

RM225 (ke Sabah & Sarawak)


Nasi Mandy Kambing & Ayam



Set Nasi Mandy Kambing dan Ayam (RM15 sekotak)
2 kotak Nasi Mandy Kambing 
2 kotak Nasi Mandy Ayam
RM60 + RM10 (kos penghantaran)
RM70 (harga termasuk kos penghantaran)

Boleh hubungi 017 700 1749 (Whatsapp/ SMS) jika berminat untuk mencuba.





Friday, September 26, 2014

Nasi Arab & Raya Haji



Hari Raya Qurban tak lama lagi. Bahangnya makin terasa. 
Jemput order untuk dinikmati pada raya haji nanti .

Review Pampers Pet Pet

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Saya ingin tentang lampin pakai buang yang saya gunakan untuk Baby Syaraf. Sebelum bersalin saya dah beli 2 jenis pampers jenama Pet Pet (saiz new born) & Drypers Wee Wee Dry (saiz s).

Memandangkan berat baby Syaraf cuma 3.07 kg semasa lahir, saiz new born lebih sesuai untuknya, sebab new born sesuai dari 3kg - 7kg. Masa baby, 64 keping habis diguna dalam masa 19 hari je. Jadi, lepas tu saya terus sambng guna Drypers Saiz S. Besar sikit tapi takpe . Guna yang mana ada dulu. Nak keluar beli, tak boleh sebab masih berpantang.

Dari pengamatan saya, jenama Pet Pet lebih menyerap dari Drypers. Masa saya bangun menyusukan Baby Syaraf waktu malam, bahagian belakangnya selalunya basah dengan air kencing hingga meresap ke kain batik yang saya buat alas tilam.

Masa saya gunakan Pet Pet tak pula jadi macam ni. Itu sebabnya saya katakan penyerapan pampers Pet Pet lebih bagus dari segi penyerapan.

Bismillah
Alhamdulillah ..dipinjamkan lagi hari baru untuk bersama-sama keluarga tercinta. Diserikan lagi dengan kehadiran orang baru. Harini hari ke-27 berpantang di rumah sendiri.
Selesai menyusukan si kecil. Bedung. Bila dah kenyang baru baby Syaraf boleh diam. Mata terkebil-kebil, paling kiri kanan, berkerut dahi. Sekali sekala kening berkerut dahi.
Telan 
Alfalfa - Penggalak susu (milk Booster)
- B Complex
- Vitamin C
- Zink - Anti penuaan & mempercepatkan luka sembuh
- Caratomax

Susu meriah. Baby Syaraf kenyang. Sebelum "alarm" bunyi, ibu kena pecut buat kerja rumah. Abg Syarif, Abg Syaha dah keluar teman ayah pergi beli barang dapur di Econsave.
Ibu rasa macam nak ikut sekali je. Tapi apakan daya, masih berpantang. So, buat list je biar ayah tak tertinggal barang yang hendak dibeli.


Friday, September 19, 2014

Menu Pantang Hari ke-20

Alhamdulillah hari ni genap hari ke-20 aku berpantang. Minggu ni cuti persekolahan. Bila berpantang dengan anak-anak yang tengah ligat umur 4 & 5 tahun, macam tak berpantang. Bila ayahnya pergi kerja, semua urusan terletak di bahu si ibu yang berpantang.

Nampak remeh dan mudah sebab budak tak banyak ragam. Makan, pakai, mandi semua dah pandai. Aku cuma perlu monitor je. Phew.. Tapi tak semudah yang disangka. Masa kita menyusu la diorang buat perangai sebab tahu masa tu ibu diorang ni tak boleh nak bergerak ke mana, sekadar boleh bersuara je. Sabar je la kan.. hihi... Kanak-kanak memang cerdik dan otak mereka ligat berfikir.

Ada masa cerita best kat tv, masa tu la yang anak-anak ni boleh duduk diam sekejap. Masa tu aku dah macam lipas kudung membasuh, memasak, mandi, berbengkung dan sebagainya. Satu jam siap semua hew hew... Tepat jam 11.49 pagi menu makan tengah hari pun siap terhidang. Taadaaaa... takde yang istimewa pun, sup sayur dengan mi sua dan tumis peria. Hari-hari peria.


Tips banyakkan susu badan dari ibu mertuaku, makan sayur peria. Nak hilangkan rasa pahit, rendam daam air garam selepas dipotong. Peria biasanya sedap kalau goreng dengan telur. Tapi memandangkan ibu berpantang tak boleh makan telur, jawabnya kena tumis je laa. 

Ikutkan memang tak berapa suka rasa pahit peria ni, tapi pahit-pahit ku telan jua kerana pahit itu ubat dan demi anak nak menyusu.  Sup daging pun tumis je campurkan dengan mi sua. Yang paling penting nasi mesti panas berasap berkepul-kepul. 

Lagi tips dari ibu mertuaku, bila isi nasi terus isi banyak sebab bila lepas menyusu akan cepat rasa lapar. Dalam pantang memang pantang menambah-nambah nasi. Tak baik katanya.

Tips cepat memasak, pagi-pagi siang dulu sayuran dan rencah seperti bawang dan ikan bilis yang hendak dimasak nanti, rendam seketika dengan Basic H. Tengah hari nanti, bila nak memasak cuma tinggal bersihkan dan boleh terus dimasak. Sayuran yang kita makan sehari-hari mungkin tidak terlepas dari semburan racun serangga. Basic H dapat membersihkan sayuran tersebut dan menjadikannya lebih segar. Bila makan masih rangup..krup..krup..

Menu makasan dalam pantang ni memang simple dan cepat dimasak. Tumis, bakar sekelip mata siap. behee Semua bahan main campak-campak je dalam air rebusan, didih, tutup api. 

Aku makan dulu sebab nanti baby bangun aku kena uruskan dan tak boleh nak gerak ke mana dah. Lepas makan, baby Syaraf pun bunyi siren. Macam tau-tau je waktu rehat dah habis. Lepas menyusukan baby Syaraf, hujan turun dengan lebatnya. Baby Syaraf terus tidur lepas dibedung dengan kain batik. 

Lepas tu aku suapkan abang-abagnya makan pula. Ada lauk sup, 2 mangkuk sekali jalan hihi..Esok anak-anak dah mula bersekolah semula. Aku berdua-duaan je la dengan baby Syaraf. 

Salam Sayang 

Thursday, September 18, 2014

Baby Syaraf & Selsema

Teks : Nor Razfizah Abd Razak

Hari ni hari ketiga baby Syaraf kena selsema. Tapi ada ada perubahan dari yang sebelumnya. Kalau malam pertama yang baby Syaraf kena selsema asik menangis tak boleh tidur, bunyi nafasnya macam orang semput sampai aku ibunya pun takut nak lelapkan mata.

Keesokan paginya, aku terus telan 2 biji Sustain Release Vitamin C  bersama 1 peket Nutriferon. Alhamdulillah sepanjang hari aku breast feed baby Syaraf. Malam tu Syaraf tidur lebih lena. Bangun menyusu 2 kali je, jam 2 pagi dan jam 6 pagi.








Hari ketiga pun sama. Aku masih mengambil 2 biji Vitamin C & 1 peket Nutriferon. Masih selsema tapi semakin pulih. Tidur pun lebih lena. Nafas kurang berbunyi. Alhamdulillah. Bayi sekecil Baby Syaraf tak boleh diberi sebarang jenis ubat. Langkah yang paling selamat ialah si ibu mengambil multivitamin dan menyusukan bayi. Dengan ini, multivitamin tadi, dapat disalurkan kepada baby untuk mendapatkan manfaatnya.

Aku juga makan Alfalfa as milk booster. Alhamdulillah. Dengan pengambilan sebanyak 10 biji sehari, 5 biji pagi dan 5 biji di waktu malam, susu badan menjadi banyak. Tengah malam baby Syaraf bangun menyusu sebelah, sebelah lagi pun tak berhenti menitis.





Puting luka, berkuping dah menjadi biasa. Tapi ubatnya susu badan itu juga. Selepas setiap kali menyusu, picitkan sedikit susu badan tersebut, dan sapu pada puting payu dara dan sekelilingnya. In shaa Allah masa menyusu kemudian nanti tak berapa sakit. Sikit-sikit tu biasalah. Itu cabaran bagi seorang bergelar ibu. Berapa lama masa menyusu berbanding masa 24 jam sehari yang kita ada? Masa menyusulah masa paling baik untuk menjalinkan hubungan (bonding) akrab dengan bayi.

Melalui pembacaanku, bayi yang berumur 1-2 bulan berjaga cuma 10% sehari. Cuma lebih kurang 2 1/2 jam sehari. Selainnya, masa bayi itu itu. Bayi membesar dalam tidurnya. Jadi kita kena manfaatkan sepenuhnya masa bayi dalam keadaan sedar itu sepenuhnya. Masa bayi kita tidur, kita boleh membuat kerja-kerja lain seperti bertungku, mandi, makan, membaca, membasuh baju dan sebagainya.

p/s: Jika keadaan bayi tiada menunjukkan sebarang perubahan atau menjadi lebih teruk, boleh pergi ke klinik untuk mendapatkan nasal spray. Semburan ini membantu bayi bernafas lebih mudah.


Semoga perkongsian ini membantu para ibu sekalian.

Salam sayang





 

Tuesday, September 9, 2014

Zinc Complex


Zinc Complex Membantu Luka Bersalin Ceaser Cepat Kering

Khas untuk ibu-ibu selepas bersalin.

Memang saya sendiri pun fobia bila dengar Ceaser.

Tapi tidak semua ibu-ibu yang dapat melahirkan bayi secara Normal. Ada juga yang memang merancang untuk bersalin secara ceaser untuk mengelakkan rasa sakit bersalin. Walau apa sebab pun, penjagaan ceaser amat penting untuk memastikan luka cepat kering dan tidak dijangkiti kuman.



Bagaimana Zinc Shaklee Membantu Mengeringkan Luka Dengan Pantas?

Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/ pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat.

Selain itu, zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah “kedinginan” selepas bersalin. Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Tubuh manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Jika jamu bukan pilihan kita, mungkin zinc dapat membantu bagi mempercepatkan proses mengeringkan luka dalaman serta luaran, tanpa bau rempah ratus atau pun akar kayu yang menjadi penghalang untuk mencari alternatif untuk mengeringkan luka.

Gabungan vitamin-vitamin lain juga memberi impak yang maksimum untuk mengekalkan kesihatan ibu-ibu yang menjalani proses berpantang.

Ha..apa lagi pilihan terbaik.bukan untuk sembuhkan luka malah memberikan tenaga sepanjang masa berpantang.


Zinc Complex

Saya mengambil sebiji setiap pagi sebelum sarapan sebagai anti penuaan. Dalam masa pantang ni, saya ambil 2 biji sebelum sarapan bertujuan untuk mempercepatkan luka bersalin untuk baik dan mengelakkan keguguran rambut. Sebotol tahan 2 bulan. 

Kalau masa bukan berpantang, sehari cuma ambil sebiji je. Sebotol boleh tahan 4 bulan. Memang berbaloi.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...