Friday, September 26, 2014

Review Pampers Pet Pet

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Saya ingin tentang lampin pakai buang yang saya gunakan untuk Baby Syaraf. Sebelum bersalin saya dah beli 2 jenis pampers jenama Pet Pet (saiz new born) & Drypers Wee Wee Dry (saiz s).

Memandangkan berat baby Syaraf cuma 3.07 kg semasa lahir, saiz new born lebih sesuai untuknya, sebab new born sesuai dari 3kg - 7kg. Masa baby, 64 keping habis diguna dalam masa 19 hari je. Jadi, lepas tu saya terus sambng guna Drypers Saiz S. Besar sikit tapi takpe . Guna yang mana ada dulu. Nak keluar beli, tak boleh sebab masih berpantang.

Dari pengamatan saya, jenama Pet Pet lebih menyerap dari Drypers. Masa saya bangun menyusukan Baby Syaraf waktu malam, bahagian belakangnya selalunya basah dengan air kencing hingga meresap ke kain batik yang saya buat alas tilam.

Masa saya gunakan Pet Pet tak pula jadi macam ni. Itu sebabnya saya katakan penyerapan pampers Pet Pet lebih bagus dari segi penyerapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...