Friday, September 19, 2014

Menu Pantang Hari ke-20

Alhamdulillah hari ni genap hari ke-20 aku berpantang. Minggu ni cuti persekolahan. Bila berpantang dengan anak-anak yang tengah ligat umur 4 & 5 tahun, macam tak berpantang. Bila ayahnya pergi kerja, semua urusan terletak di bahu si ibu yang berpantang.

Nampak remeh dan mudah sebab budak tak banyak ragam. Makan, pakai, mandi semua dah pandai. Aku cuma perlu monitor je. Phew.. Tapi tak semudah yang disangka. Masa kita menyusu la diorang buat perangai sebab tahu masa tu ibu diorang ni tak boleh nak bergerak ke mana, sekadar boleh bersuara je. Sabar je la kan.. hihi... Kanak-kanak memang cerdik dan otak mereka ligat berfikir.

Ada masa cerita best kat tv, masa tu la yang anak-anak ni boleh duduk diam sekejap. Masa tu aku dah macam lipas kudung membasuh, memasak, mandi, berbengkung dan sebagainya. Satu jam siap semua hew hew... Tepat jam 11.49 pagi menu makan tengah hari pun siap terhidang. Taadaaaa... takde yang istimewa pun, sup sayur dengan mi sua dan tumis peria. Hari-hari peria.


Tips banyakkan susu badan dari ibu mertuaku, makan sayur peria. Nak hilangkan rasa pahit, rendam daam air garam selepas dipotong. Peria biasanya sedap kalau goreng dengan telur. Tapi memandangkan ibu berpantang tak boleh makan telur, jawabnya kena tumis je laa. 

Ikutkan memang tak berapa suka rasa pahit peria ni, tapi pahit-pahit ku telan jua kerana pahit itu ubat dan demi anak nak menyusu.  Sup daging pun tumis je campurkan dengan mi sua. Yang paling penting nasi mesti panas berasap berkepul-kepul. 

Lagi tips dari ibu mertuaku, bila isi nasi terus isi banyak sebab bila lepas menyusu akan cepat rasa lapar. Dalam pantang memang pantang menambah-nambah nasi. Tak baik katanya.

Tips cepat memasak, pagi-pagi siang dulu sayuran dan rencah seperti bawang dan ikan bilis yang hendak dimasak nanti, rendam seketika dengan Basic H. Tengah hari nanti, bila nak memasak cuma tinggal bersihkan dan boleh terus dimasak. Sayuran yang kita makan sehari-hari mungkin tidak terlepas dari semburan racun serangga. Basic H dapat membersihkan sayuran tersebut dan menjadikannya lebih segar. Bila makan masih rangup..krup..krup..

Menu makasan dalam pantang ni memang simple dan cepat dimasak. Tumis, bakar sekelip mata siap. behee Semua bahan main campak-campak je dalam air rebusan, didih, tutup api. 

Aku makan dulu sebab nanti baby bangun aku kena uruskan dan tak boleh nak gerak ke mana dah. Lepas makan, baby Syaraf pun bunyi siren. Macam tau-tau je waktu rehat dah habis. Lepas menyusukan baby Syaraf, hujan turun dengan lebatnya. Baby Syaraf terus tidur lepas dibedung dengan kain batik. 

Lepas tu aku suapkan abang-abagnya makan pula. Ada lauk sup, 2 mangkuk sekali jalan hihi..Esok anak-anak dah mula bersekolah semula. Aku berdua-duaan je la dengan baby Syaraf. 

Salam Sayang 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...