Thursday, September 18, 2014

Baby Syaraf & Selsema

Teks : Nor Razfizah Abd Razak

Hari ni hari ketiga baby Syaraf kena selsema. Tapi ada ada perubahan dari yang sebelumnya. Kalau malam pertama yang baby Syaraf kena selsema asik menangis tak boleh tidur, bunyi nafasnya macam orang semput sampai aku ibunya pun takut nak lelapkan mata.

Keesokan paginya, aku terus telan 2 biji Sustain Release Vitamin C  bersama 1 peket Nutriferon. Alhamdulillah sepanjang hari aku breast feed baby Syaraf. Malam tu Syaraf tidur lebih lena. Bangun menyusu 2 kali je, jam 2 pagi dan jam 6 pagi.








Hari ketiga pun sama. Aku masih mengambil 2 biji Vitamin C & 1 peket Nutriferon. Masih selsema tapi semakin pulih. Tidur pun lebih lena. Nafas kurang berbunyi. Alhamdulillah. Bayi sekecil Baby Syaraf tak boleh diberi sebarang jenis ubat. Langkah yang paling selamat ialah si ibu mengambil multivitamin dan menyusukan bayi. Dengan ini, multivitamin tadi, dapat disalurkan kepada baby untuk mendapatkan manfaatnya.

Aku juga makan Alfalfa as milk booster. Alhamdulillah. Dengan pengambilan sebanyak 10 biji sehari, 5 biji pagi dan 5 biji di waktu malam, susu badan menjadi banyak. Tengah malam baby Syaraf bangun menyusu sebelah, sebelah lagi pun tak berhenti menitis.





Puting luka, berkuping dah menjadi biasa. Tapi ubatnya susu badan itu juga. Selepas setiap kali menyusu, picitkan sedikit susu badan tersebut, dan sapu pada puting payu dara dan sekelilingnya. In shaa Allah masa menyusu kemudian nanti tak berapa sakit. Sikit-sikit tu biasalah. Itu cabaran bagi seorang bergelar ibu. Berapa lama masa menyusu berbanding masa 24 jam sehari yang kita ada? Masa menyusulah masa paling baik untuk menjalinkan hubungan (bonding) akrab dengan bayi.

Melalui pembacaanku, bayi yang berumur 1-2 bulan berjaga cuma 10% sehari. Cuma lebih kurang 2 1/2 jam sehari. Selainnya, masa bayi itu itu. Bayi membesar dalam tidurnya. Jadi kita kena manfaatkan sepenuhnya masa bayi dalam keadaan sedar itu sepenuhnya. Masa bayi kita tidur, kita boleh membuat kerja-kerja lain seperti bertungku, mandi, makan, membaca, membasuh baju dan sebagainya.

p/s: Jika keadaan bayi tiada menunjukkan sebarang perubahan atau menjadi lebih teruk, boleh pergi ke klinik untuk mendapatkan nasal spray. Semburan ini membantu bayi bernafas lebih mudah.


Semoga perkongsian ini membantu para ibu sekalian.

Salam sayang





 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...