Sunday, April 27, 2014

Ganyang Aedes

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

Baru baik around satu taman Peluh jantan berjurai-jurai... Sempat kumpul botol-botol plastik & kaca sambil jalan Santai-santai jadi MBJB, kurang sikit sampah sarap Kurang air bertakung - ganyang aedes! Di samping tu botol2 tadi boleh dijual semula - passive income...lepas la duit ikan sayur sehari dua :)

Semoga penduduk di Taman Kempas, Johor Bahru sihat walafiat, in shaa Allah. Balik terus ambil supplement. Tambahan pula ibu mengandung seperti saya memerlukan banyak zat untuk tubuh ibu sendiri & bayi yang sedang membesar dalam kandungan.

Tidak kira yang bekerja di luar atau di rumah. Kerja-kerja dalam rumah pun tak habis-habis juga hihi...



Di bawah ini diterangkan fungsi produk satu per satu.












Boleh PM saya di untuk pembelian & info lanjut

Boleh juga hubungi saya di 017 7001749 - SMS/ WhatsApp/ Call


Salam Sayang

Thursday, April 24, 2014

TAK BOLEH Ambil Lecihtin Masa Mengandung?

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Sebenarnya masa pregnant adalah masa terbaik untuk mengambil Lecithin Ini kerana lecithin adalah kompinen utama neurotransmitter iaitu acethylcholine yang sangat bagus untuk saraf dan otak manusia. 

Maka, para ibu yang mengambil Lecithin semasa pregnant, in shaa Allah membantu pertumbuhan otak dan saraf bayi yang optimum di samping DHA dari Omega Guard Malangnya, oleh kerana kita beranggapan bahawa fungsi utama lecithin ialah untuk slimming, maka kita tidak kenal fungsi sebenar Lecithin.

Sedangkan Nutritionist Shaklee sendiri mencadangkan ibu hamil untuk mengambil 3 - 6 biji Lecithin setiap hari.  Disebabkan itu juga, dalam set Brilliant Shaklee ada termasuk Lecithin.

P/s: Makan Lecithin bantu tingkatkan fokus dan 'cepat tangkap'...maka tak la asik blur je dalam class :)






Salam Sayang

Monday, April 14, 2014

11 Bahaya Asid Lemak Trans

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.




1) Asid lemak ‘trans’ terhasil daripada minyak tumbuhan yang ditambah hidrogen melalui proses hidrogenasi untuk menjadikannya pepejal seperti marjerin. Tujuan proses ini dilakukan untuk menambah kestabilan makanan dan melambatkan tempoh makanan itu menjadi rosak.

2) Malangnya proses ini menyebabkan terhasilnya asid lemak trans ini. Pelbagai kajian sains menunjukkan pemakanan yang tinggi dengan asid lemak trans meningkatkan paras kolesterol tidak baik atau LDL dan merendahkan paras kolesterol baik atau HDL. Justeru, ia meningkatkan risiko mendapat masalah keshatan seperti : - Penyakit jantung koronari - Darah tinggi - Strok - Kolesterol berlebihan.

3) Terdapat sesetengah pakar pemakanan berpendapat bahawa pengambilan asid lemak trans ini lebih buruk daripada pengambilan lemak tepu terus daripada sumber haiwan.




4) Dalam zaman moden ini, penggunaan asid lemak trans ini amat berleluasa hingga hampir mustahil untuk seseorang mengelak daripada memakannya setiap hari. Hampir semua makanan proses menggunakan asid lemak trans seperti mi segera, biskut, kuih-muih, kek, pastri, kerepek, donut, kentang goreng dan jajan.




5) Kebanyakan makanan di atas menggunakan marjerin atau mentega. Makanan segera seperti burger yang dijual di tepi jalan atau restoran makanan segera juga mengandungi asid lemak trans yang tinggi kerana ia digoreng menggunakan marjerin atau mentega.

6) Di samping itu, ia menggunakan banyak perasa dan bahan pengawet. Anda patut kurangkan pengambilan makanan seperti ini kerana boleh menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi.

7) Untuk meninggalkan langsung makanan mengandungi asid lemak trans ini adalah agak susah dan hampir mustahil bagi kita yang hidup di zaman moden sekarang. Cara terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilannya ke tahap seminimum mungkin.

8) Dengan mengurangkan makan makanan yang tinggi dengan asid lemak trans maka kita boleh mengurangkan masalah kolesterol berlebihan.



9) Makanlah lemak yang sihat dengan banyak makan ikan yang mengandungi kandungan asid lemak Omega 3 yang lebih baik untuk kesihatan. Jaga pemakanan anak-anak anda dengan tidak menggalakkan pengambilan makanan segera dan kerepek atau jajan yang mengandungi asid lemak trans ini.


10) Pupuk sikap pemakanan yang sihat sedari kecil demi demi kesihatan yang lebih baik apabila dewasa. Galakkan anak-anak makan buah-buahan yang jauh lebih sihat sebagai ‘snek’ harian atau sewaktu bersantai bersama keluarga.



11) Teliti label pada plastik makanan segera yang kita beli. Beri perhatian kepada perkataan seperti               ‘hydrogenated vegetable oils’ atau ‘partially hydrogenated vegetable oils’ dan sebagainya. Ini adalah asid lemak ‘trans’ yang terkandung dalam makanan tersebut. Terdapat sesetengah pengeluar makanan telah mula menggunakan minyak yang tidak mengandungi asid lemak ‘trans’ . Sebolehnya, gunakan marjerin yang tidak mengandungi asid lemak trans atau ‘nonhydrogented’ yang dijual di pasaran.


Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang.

Sunday, April 13, 2014

Cintai Jantung Anda Setiap Hari

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.




1# Jantung organ yang pertama berfungsi. Ia mula berdenyut ketika janin di dalam kandungan berusia hanya empat minggu. Jantung terbentuk sepenuhnya apabila usia janin meningkat ke lapan minggu dan saiz janin sepanjang 2.5 cm.

2# Saiz jantung dewasa besar sedikit daripada genggaman tangan. Beratnya pula antara 300 gram dan 400 gram atau seberat satu tin minuman ringan. Jantung terletak di bahagian tengah dada antara kedua-dua paru-paru dan bukan di bahagian kiri seperti disangka ramai.

Apeks jantung yang menyentuh bahagian kiri dada membuatkan kita merasai denyutan jantung di bahagian itu. Ini menjelaskan salah tanggapan orang ramai mengenai kedudukan jantung.

3# Proses pengaliran darah badan meliputi jantung yang bertindak sebagai pam dan sistem saluran darah yang kompleks membabitkan aorta, arteri, vena dan kapilari, iaitu saluran darah halus yang menghubungkan arteri dan vena. Saiz aorta hampir sama saiz hos air yang biasa digunakan di kebun & saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut.

Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!

4# Jantung berfungsi secara automatik. Ia tidak seperti sebahagian besar organ badan kita yang dapat dikendalikan menurut kehendak kita. Contohnya apabila mahu berjalan, kita gerakkan kaki. Jika mahu bercakap, kita keluarkan bunyi melalui kotak suara dan gunakan pergerakan mulut dan lidah untuk menghasilkan bunyi tertentu.

Jika kita mahu menahan nafas seketika, kita hentikan pergerakan otot dada dan diafragma. Ini semua tindakan dan pergerakan yang boleh dikawal. Jantung adalah berlainan. Ia tidak boleh ‘menurut perintah’. Kita tidak boleh hentikan pergerakan jantung walaupun seketika kerana ia terus berdenyut secara automatik tanpa henti hingga berakhirnya hayat seseorang itu.

5# Darah mengalir melalui jantung dalam satu arah saja. Proses ini boleh terjadi dengan adanya empat injap di dalam jantung. Apabila injap terbuka, ia memberi laluan kepada darah untuk mengalir keluar dari satu bahagian jantung ke bahagian jantung yang lain. Apabila injap ini tertutup, ia menyekat pengaliran darah ke belakang.

Mekanisme penutupan injap ini menghasilkan bunyi degupan jantung “lub-dub” yang didengar oleh doktor ketika menggunakan stetoskop. Masalah boleh timbul jika injap menjadi sempit atau bocor akibat penyakit seperti demam reumatik atau endokarditis.

6# Arteri koronari pula adalah saluran darah di permukaan jantung yang membawa oksigen dan nutrien dari aorta ke otot jantung. Koronari berasal daripada perkataan Latin ‘korona’ dan Yunani ‘koron’ yang bermaksud mahkota atau ‘crown’ di dalam Bahasa Inggeris.

Ini kerana arteri koronari yang mengelilingi permukaan jantung dilihat seolah-olah seperti mahkota yang terletak di atas kepala. Jika arteri koronari ini tersumbat secara tiba-tiba dan aliran darah tidak sampai ke otot jantung, ini mengakibatkan serangan jantung yang berpunca daripada kerosakan teruk otot jantung.

7# Satu-satunya fungsi jantung ialah sebagai pam untuk menghantar darah yang kaya dengan oksigen dan nutrien ke seluruh badan. Selepas itu darah yang kurang beroksigen kembali ke bahagian kanan jantung melalui satu litar yang kompleks sebelum disalurkan ke paru-paru untuk diperkayakan semula dengan oksigen.

Darah ini kemudian kembali ke bahagian kiri jantung untuk dipam ke seluruh badan. Satu pusingan peredaran darah di litar ini mengambil masa lebih kurang 23 saat. Ini bermakna darah membuat pusingan mengelilingi litar ini sebanyak lebih kurang tiga kali dalam masa satu minit.


Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang.

Wednesday, April 9, 2014

Ketidaksuburan (Infertility)

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.



Ketidaksuburan :
• Definasi : Ketidakbolehan untuk mengandung walaupun melakukan hubungan suami isteri yang normal dan tidak menggunakan sebarang alat perancang keluarga dalam jangkamasa setahun selepas berkahwin.

• Statistik : ~ 10-15% pasangan.

Jenis-Jenis Ketidaksuburan :

• PRIMARY: Pasangan tidak pernah mengandung.
• SECONDARY: Wanita yang pernah mengandung sebelum ini.

Sebab-Sebab Ketidaksuburan :

25% - Wanita
25% - Lelaki
25% - Kedua-dua pasangan
25% - Tiada sebab diketahui.

Penyebab Ketidaksuburan Wanita : 

1- Masalah kesihatan – diabetis, thyroid, hipertensi, SLE  dan lain-lain.

2- Kes-kes Endometriosis Uterine fibroids

3- Kesuburan akan mula menurun selepas usia 35 tahun dan semakin menurun apabila usia mencecah 40 tahun. PID, Tubal blockage.

Penyebab Ketidaksuburan Lelaki :

1- Terdedah kepada toksik dari plastik dan plastic by-products
2- Merokok dan alkohol
3- Terdedah kepada environmental spermato-toxic chemicals – herbicides, pesticides, toxic fumes
4- Seks Bebas – Sexual Transmitted Disease (STD), risk of vas deferens blockage
5- Bilangan sperma yang rendah
6- Bilangan sperma yang abnormal tinggi
7- Kualiti sperma yang rendah

Tuesday, April 8, 2014

Kesan Kekurangan Kalsium

Masih berkisar tentang kalsium, memandangkan April adalah bulan Kalsium bagi penggemar Shaklee, mari kita lihat pula siapakah individu yang dikatakan kekurangan kalsium dan perlukan kalsium tambahan dalam diet seharian mereka.

Antara tanda-tanda kekurangan kalsium adalah seperti berikut;

- Haid yang lebih lama bagi wanita

- Gugup, cemas dan mudah marah

- Tekanan darah tinggi

- Denyutan jantung lebih cepat

- Kejang di bahagian kaki

- Sakit gigi atau gigi berlubang

- Insomnia (Sukar tidur)

- Kuku rapuh

- Sakit kepala

- Sakit pinggang

- Sakit punggung

Sekiranya kita mempunyai tanda-tanda di atas, lebih baik mengambil langkah bijak untuk memastikan keadaan tidak menjadi lebih buruk. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Bagi para ibu yang sedang mengandung seperti saya sendiri, saya mengamalkan pengambilan Ostematrix setiap hari.

Saya cuma ambil sebanyak 4 biji sebelum tidur. Saya juga dibekalkan pil kalsium dari klinik kesihatan semasa pergi check up , tetapi saya tahu Shaklee Ostematrix terbukti semulajadi dan terbukti berkesan. Sebotol ada 120 biji. Jadi ia tahan selama sebulan.

Boleh SMS / Tel / Whatssapp saya di 017 700 1749 (Izzah Razak)


Monday, April 7, 2014

6 Makanan Nyah Lemak

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.


1. Teh 

Minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.


2. Anggur 

Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh sesorang.


3. Minyak Zaitun 

Penggunaan minyak zaitun dalam masakan amat digalakkan kerana ia mempunyai campuran antioksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik. Ia lebih sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat kimia.


4. Oat 

Oat mengandungi serat larut yang mampu melawan kolestrol jahat dalam darah. Ia juga dapat menurunkan jumlah penyerapan kolestrol dalam sistem pencernaan anda. Iklan di televisyen kerap menyarankan kebaikan oat untuk kesihatan jantung.


5. Ikan

Ikan kaya dengan asid lemak tidak tepu atau Omega 3. Asid lemak ini mencegah pengumpulan darah yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Mengikut saranan pakar, amalan memakan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Kaedah panggang, kukus atau bakar lebih menyihatkan.


6. Epal 

Epal kaya dengan bahan antioksida dan serat. Ia turut mengandungi vitamin C yang baik untuk kesihatan. Epal harus dimakan dengan kulitnya sekali bagi mendapatkan khasiat pektin iaitu sejenis serat larut yang berguna untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah.


Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang.

5 AMALAN MEMBENTUK JASAD KESAYANGAN ILAHI

1- Makan makanan yang baik iaitu makanan yang halal, bersih, suci dan berzat yang diperlukan oleh setiap tubuh badan manusia.

2- Udara dan Persekitaran yang bersih kerana Rasulullah bersabda : “Kebersihan adalah sebahagian daripada iman”, orang yang beriman sangat mementingkan kebersihan, kebersihan tubuh badan, pakaian dan minuman.

3- Kecergasan Jasmani, bagi mereka yang tidak berkerja menggunakan tulang empat kerat, hendaklah melakukan riadah yang mencukupi pada zaman Rasulullah SAW , umat Islam digalakkan menunggang kuda dan bermain pedang.

4- Amalan makanan yang baik, jangan makan terlalu banyak sehingga mendatangkan penyakit, Rasulullah SAW memberi peringatan berhenti makan sebelum kenyang dan jangan jadikan perut sebagai sarang penyakit.

5- Hindari dari meminum minuman yang memabukkan, Rasulullah meriwayatkan ” Mabuk adalah punca segala kejahatan “, kerana dalam keadaan mabuk biasanya manusia akan melakukan beberapa kejahatan tambahan iaitu berzina dan membunuh manusia, sedangkan dosa membunuh manusia adalah dosa besar selepas Syirik kepada Allah SWT.

Friday, April 4, 2014

Cantik, Sihat, Awet Muda

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

1) Pakai Pelindung Matahari (Sunblock)

 
- Ramai wanita yang tidak mengendahkan kegunaan sunblock pada kulit tubuh dan wajah. Padahal sunblock sangat penting untuk melindungi kulit dari bahaya sinar matahari yang menyebabkan kerutan, dan cancer kulit. Gunakanlah sunblock sebelum melakukan aktiviti di pagi hari dengan kandungan minimal SPF 15 setiap hari.

2) Membersihkan Wajah Sebelum Tidur 


- Lelah bekerja membuat wanita malas membersihkan make-up dan terus tidur. kadang-kala tertidur di kala "nak rehat jap". Make-up yang dibiarkan semalaman pada kulit boleh menutup lubang pori-pori yang menyebabkan kulit berjerawat. Wajah yang bersih membuat kulit boleh bernafas dan ikut sama "berehat".

3) Scrub Seminggu Sekali


Eksfoliasi kulit dengan cara scrub atau facial di salon harus lebih rutin dilakukan. Mungkin anda biasanya sebulan sekali kerana tidak sempat ke salon. Jangan menmbiarkan kulit mati lebih lama, lakukanlah eksfoliasi kulit seminggu sekali.

Cara mudah adalah dengan membeli scrub khusus wajah yang boleh digunakan sendiri di rumah. Mengurangi Menata Rambut dengan Hair Dryer : - Mengeringkan rambut dengan hair dryer menjadi punca utama rambut kering, rosak dan pecah-pecah. Kurangilah menggunakan alat styling yang mengandungi ion panas tersebut untuk menjaga kesihatan rambut.


4) Mencuci Peralatan Make-up

Bakteria mudah merebak di peralatan make-up yang kotor. Untuk menjaga kesihatan kulit, rajinlah mencuci peralatan make-up anda seperti brush dan span, setidaknya sebulan sekali. Gunakanlah pencuci yang khusus untuk membersihkan brush kesayangan anda. Selain menghilangkan bakteria, sabun cuci khusus make-up juga menjaga kehalusan bulu.

Persoalannya~ Berapa ramai antara wanita yang ada masa untuk mengamalkan semua yang disarankan di atas? Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Ingin kelihatan cantik tapi tiada masa, nak cantik tapi leceh, nak cantik tapi malas.

Oleh kerana terlalu banyak alasan, jadi kita boleh cuba cara mudah dan berkesan TANPA bahan pengawet, tiruan mahupun asid. Semuanya NATURAL INGREDIENTS, Itulah yang terbaik.

Set ini mengandungi :
a) B COMPLEX (120 biji)
b) SUSTAINED RELEASE VITA-C (180 biji)
c) VITA-E COMPLEX (120 biji)
d) SHAKLEE COLLAGEN POWDER (15 sachets per box).


a) B-COMPLEX :
Membaiki peredaran darah, menstabilkan hormon (terutamanya untuk yang kerap mengalami masalah jerawat) serta meratakan warna kulit. Menampakkan kulit lebih segar dan bermaya.

b) VITAMIN C :
Membantu mengekalkan kekenyalan kulit melalui penghasilan kolagen. Memberi tenanga yang optimum kepada kulit supaya lebih tegang dan gebu.

c) VITA-E COMPLEX :
Melambatkan proses penuaan (kata nak awet muda), mengurangkan kesan parut dan jeragat serta mengawal penghasilan minyak di dalam liang kulit kita.

d) COLLAGEN POWDER :
Diekstrak daripada sisik ikan merah, dapat diserap dengan mudah oleh badan serta membantu kepada peningkatan sintesisi kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Ia menyokong sepenuhnya kecantikan anda dari dalam ke luaran. Ia terbukti dapat membaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Ia mengurangkan pigmentasi, jerawat dan merawat tona kulit. 

Anda ingin kelihatan cantik dan menawan? Jemput PM / sms saya 017 700 1749 (Izzah Razak)


Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang.

Tuesday, April 1, 2014

E-Rokok Tidak Bahaya?

Teks: Nor Razfizah Abd Razak



Rokok elektronik atau e-rokok menjadi semakin popolar sejak kebelakangan ini Ramai menjadikan rokok elektronik ini sebagai gantian kepada rokok yang perlu dibakar terlebih dahulu. Tetapi sejauh manakah kebenaran rokok elektronik ini tidak menjejaskan kesihatan seperti yang diiklankan? Sila teliti rajah di atas untuk kenalpasti dan pelajari faktanya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...