Monday, April 14, 2014

11 Bahaya Asid Lemak Trans

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.




1) Asid lemak ‘trans’ terhasil daripada minyak tumbuhan yang ditambah hidrogen melalui proses hidrogenasi untuk menjadikannya pepejal seperti marjerin. Tujuan proses ini dilakukan untuk menambah kestabilan makanan dan melambatkan tempoh makanan itu menjadi rosak.

2) Malangnya proses ini menyebabkan terhasilnya asid lemak trans ini. Pelbagai kajian sains menunjukkan pemakanan yang tinggi dengan asid lemak trans meningkatkan paras kolesterol tidak baik atau LDL dan merendahkan paras kolesterol baik atau HDL. Justeru, ia meningkatkan risiko mendapat masalah keshatan seperti : - Penyakit jantung koronari - Darah tinggi - Strok - Kolesterol berlebihan.

3) Terdapat sesetengah pakar pemakanan berpendapat bahawa pengambilan asid lemak trans ini lebih buruk daripada pengambilan lemak tepu terus daripada sumber haiwan.




4) Dalam zaman moden ini, penggunaan asid lemak trans ini amat berleluasa hingga hampir mustahil untuk seseorang mengelak daripada memakannya setiap hari. Hampir semua makanan proses menggunakan asid lemak trans seperti mi segera, biskut, kuih-muih, kek, pastri, kerepek, donut, kentang goreng dan jajan.




5) Kebanyakan makanan di atas menggunakan marjerin atau mentega. Makanan segera seperti burger yang dijual di tepi jalan atau restoran makanan segera juga mengandungi asid lemak trans yang tinggi kerana ia digoreng menggunakan marjerin atau mentega.

6) Di samping itu, ia menggunakan banyak perasa dan bahan pengawet. Anda patut kurangkan pengambilan makanan seperti ini kerana boleh menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi.

7) Untuk meninggalkan langsung makanan mengandungi asid lemak trans ini adalah agak susah dan hampir mustahil bagi kita yang hidup di zaman moden sekarang. Cara terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilannya ke tahap seminimum mungkin.

8) Dengan mengurangkan makan makanan yang tinggi dengan asid lemak trans maka kita boleh mengurangkan masalah kolesterol berlebihan.



9) Makanlah lemak yang sihat dengan banyak makan ikan yang mengandungi kandungan asid lemak Omega 3 yang lebih baik untuk kesihatan. Jaga pemakanan anak-anak anda dengan tidak menggalakkan pengambilan makanan segera dan kerepek atau jajan yang mengandungi asid lemak trans ini.


10) Pupuk sikap pemakanan yang sihat sedari kecil demi demi kesihatan yang lebih baik apabila dewasa. Galakkan anak-anak makan buah-buahan yang jauh lebih sihat sebagai ‘snek’ harian atau sewaktu bersantai bersama keluarga.



11) Teliti label pada plastik makanan segera yang kita beli. Beri perhatian kepada perkataan seperti               ‘hydrogenated vegetable oils’ atau ‘partially hydrogenated vegetable oils’ dan sebagainya. Ini adalah asid lemak ‘trans’ yang terkandung dalam makanan tersebut. Terdapat sesetengah pengeluar makanan telah mula menggunakan minyak yang tidak mengandungi asid lemak ‘trans’ . Sebolehnya, gunakan marjerin yang tidak mengandungi asid lemak trans atau ‘nonhydrogented’ yang dijual di pasaran.


Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...