Monday, November 16, 2015

LDL 10:60: Baju Lama, Badan Lama

Baju lama yang banyak mengimbau kenangan bersama sahabat-sahabat tersayang.
.
Satu per satu memori indah muncul di kepala..ibarat diri saya hadir di tempat-tempat yang pernah kami pergi..antaranya #bukitcerakahsrialam ...Bila tanya kawan-kawan tentang baju ni, diorang cakap "Baju ni dah ghaib tah ke mana.. Kalaupun masih ada, mungkin dah tak muat sebab badan dah naik" . Ada 2 warna, biru gelap dan merah hati. Baju saya warna merah. Masih sedap dipakai dan tersarung elok di badan. 
.
Kawan-kawan rata-rata dah berkahwin. Ada yang masih comel. Ada yang sudah hilang "allignment" smile emoticon
.
Baju hilang takpe lagi.."badan yang hilang" tu yang mesti dicari semula. smile emoticon


#ldl1060 #dietsihat #gayahidupsihat


Sunday, November 15, 2015

Rahsia Turun Berat Dengan Air

AIR...Rahsia Turun Berat Badan.


♡ bantu meningkatkan tenaga
 bantu kurangkan keinginan terhadap makanan
♡ Kurangkan "water retention"
 kurangkan selera makan
♡ tingkatkan metabolisma (pembakaran lemak menjadi tenaga)
 mengandungi 0 kalori ( air kosong).
.
Masa saya dalam program LDL 1060, saya ambil air 3L lebih sehari air kosong. Keinginan terhadap makanan memang sangat berkurang dan kulit jadi lembab.


Saturday, November 14, 2015

3.6 juta Merana Diabetis

3.6 juta sedang merana.
.
Diabetis juga salah satu dari komplikasi Obesiti.
.
Adakah kita sudi menyampaikan?
.
Jom perangi Obesiti habis-habisan



Friday, November 13, 2015

Air Bantu Turun Berat

Air suatu keperluan yang sangat penting.
.
20% dari Badan kita terdiri dari air. Air juga sangat penting dalam memastikan sistem badan berjalan lancar. Air juga membantu mengekalkan suhu badan. Yang best..air membantu kita rasa lebih kenyang seterusnya membantu kita mendapatkan berat yang ideal.
.
Penting untuk kita minum air yang bertapis. Air yang bertapis bebas dari bahan cemar merbahaya yang memudaratkan badan.
.
Penapis air Get Clean membantu membekalkan air yang bersih di mana saja kita berada. Cuma perlu tadah air "direct" dari paip dan ia sedia diminum.
- Rasa sangat sedap
- segar
- jimat elektrik dan gas
- tak perlu 3-5 jenis penapis
- jimat wang. Tak perlu beli air mineral.
- boleh dapat air bersih walau tidak berada di rumah


Starter set Get Clean Water Pitcher



Monday, October 26, 2015

3 Kesilapan Dalam Menurunkan Berat Badan

Teks: Nor Razfizah Abd Razak



Malam tadi ada online coaching, tajuknya seperti di atas "13 Kesilapan Dalam Menurunkan Berat Badan" . Haaa....dengar tu. Kesilapan tau..disebabkan silap-silap ni la kebanyakan kita gagal menurunkan dan mengekalkan berat badan yang sihat. Kelas 1 jam je. Speakernya dr Malinda Mohd Ali, seorang doktor perubatan yang juga seorang pakar obesiti.  Tak cukup masa nak share 13 tips tu. So, malam tadi Dr Malinda sempat kongsi 5 point je dulu. Nak tahu point yang dikongsikan? Ok, saya kongsikan di sini ye.


Kesilapan Pertama: Niat & Big Why yang Tak Kukuh

Nak turunkan berat badan bukan suatu proses yang mudah. Ia seperti kita nak pecahkan tabiat kita yang berkurun, berabad lamanya yang dah jadi sebahagian dari hidup kita. Jadi ia bukan suatu yang senang. Tapi bila kita "Big Why" dan niat yang sangat kuat untuk turunkan berat badan. Baru boleh teruskan untuk turunkan berat badan.

Cari, muhasabah diri sendiri. Tarik nafas dalam-dalam dan fikir. Kenapa kita nak turunkan berat badan? Untuk siapa? Kenapa? 

Kadang kala, kita buat ni bukan untuk kita, tapi untuk insan-insan yang kita sayang. 

Kita adalah makhluk Allah. Setiap yang kita ada, sekadar pinjaman. Mesti kita jaga sebaik mungkin. Suatu masa nanti, kita akan dijemput, pastikan kita pulangkan sesempurna kita dipinjamkan. 

Konsep kesihatan tu suatu amanah yang perlu kita pelihara sebaiknya, In shaa Allah.


Kesilapan Kedua : Matlamat Yang Tak Realistik

"Berapa banyak berat badan yang kita nak turun? "
20kg dalam masa 1 bulan? HHMmmmm....boleh tu memang boleh, tapi...matlamat yang tak berapa baik dan kita menzalimi diri kita sendiri. Sebab bila matlamat tu terlampau tinggi, kita akan jadi STRESS. 

Jadi, kita kena perhatikan, 
~ Apa program yang kita ambil?
~ Apa cara yang kita gunakan?

Lagi satu jangan terlalu taksub dengan penimbang. Bila kita timbang tak turun, itulah penamat segalanya...OMG! Sebenarnya, jarum penimbang tu bukan segalanya. Penimbang bukan kayu pengukur total. Kita perlu fokus pada kesihatan JANGKA PANJANG. 

Bukan sekadar jangka pendek sahaja. Jadi, nak kurus dan sihat tu, bagi masa pada diri. Jangan menzalimi diri sendiri. 

Proses naik dan turun berat badan mengambil masa, takkan boleh turun 20kg dalam masa 23 hari! Kalau naik pun takkan boleh naik sampai 30kg dalam masa sebulan. Paling-paling pun, naik 2-3 kilo dalam seminggu. Itupun kalau kita makan melampau dalam seminggu tu :)

Mungkin boleh turun sebanyak 2kg dalam masa sebulan. Tapi, tak guna kita turun secara drastik, lepas tu, kita kembali semula  pada tabiat kita yang lama. 

Jadi lebih baik kita letakkan matlamat seperti "nak turun 40kg dalam masa setahun". Jadi dari situ kita boleh mulakan langkah turun berat badan perlahan-lahan tapi konsisten.

Potensi penurunan berbeza ikut program yang kita ambil. Conttohnya, kalau ambil Hcg Programme, memang boleh turun sehingga 10kg dalam masa 1 bulan...8kg dalam masa 23 hari...tapi tu dengan pemantauan dan treatment. 

Tetapi dengan penurunan dengan diet normal diet, potensi penurunan ialah 1-2kg dalam masa seminggu. Tapi memang kena ikut program betul-betul.

KAlau ikut dari segi Dietitian pula, proses penurunan sehingga 0.5kg dalam masa seminggu. Jadi boleh turun sehingga 2kg dalam masa sebulan.

Letakkan target nak dapatkan BMI yang cantik dalam 21 - 22. Jangan sampai 18 pulak! Too skinny, tak cantik dan tak sihat pula nanti kan.. :)

Kalau tinggu dalam 160cm, dapat berat dalam 55kg pun dah cantik !

Lagi satu tips yang best yang saya pernah share sebelum ni, BAJU GOAL. Gantung kat tempat yang senang kita lihat hari-hari. Contohnya, baju tunang kita 8 tahun dulu, baju nikah, kebaya lama ... yang kita anak pakai balik. Tu motivasi yang sangat kuat untuk kita teruskan perjuangan untuk teruskan niat turunkan berat badan.


Kesilapan Ketiga : Ilmu Yang Kurang Tepat

Kebanyakan kita nak turun, sekadar suka. Dengar orang makan produk ni, boleh turun berkilo-kilo, kita pun ikut sama makan juga. Lebih-lebih lagi dengan janji-janji manis...

Tanpa berlapar
Tanpa Senaman
Tanpa kawal makan
Tanpa diet
Tanpa...
Tanpa...

Semuanya TANPA...Wah! sangat senang? Secara realitinya, betul ke macam tu? Cuba kita fifkirkan semula. 

Ada orang suka ikut trend. Ada orang suka ambil jalan singkat. Jadi kena hati-hati. Dah banyak pil kurus yang mendatangkan kemudaratan pada kesihatan sehingga membawa pada kematian. 

Ingat tak dulu oarang ramai makan acaiberry dan turun berkilo-kilo? Memang tertulis dibuat dari bahan semulajadi, buah-buahan, tapi ada BAHAN TERSEMBUNYI ...Silbutramine. Bahan terlarang ni la yang buatkan boleh turun berat badan tanpa usaha semua tu. So, kena hati-hati.

Saturday, October 24, 2015

Tips Diet: Sup Herba Ayam

Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Koleksi Peribadi

Alhamdulillah. Syukur dapat meneruskan sebagai ibu kepada 3 hero .. Hari ni tak masak nasi dari pagi. Buat jemput-jemput banyak. Biasanya,saya akan guna tepung cucur adabi, udang atau ikan bilis. Lepas tu campurkan dengan tepung gandum biasa. Kalau ada telur, masukkan sebiji. Lepas tu goreng macam biasa. Saya tak berapa suka perasa tepung yang terlalu kuat kalau tak dicampurkan dengan tepung gandum biasa.

Tengahari, sambung buat jemput lagi. Adunan jemput pagi tadi masih berbaki. Lepas tu, sambung makan kuih sagu dengan susu cair pula. Sagu masak macam biasa campur pewarna ros sikit bagi nampak cantik. Susu cair setin, masukkan gula kerek sekeping. Kalau agak tak cukup manis, boleh tambah dengan gula merah atay gula pasir sikit. Tambah garam secubit unutk tambah lemak. Makan tengahari sejuk-sejuk memang nyaman kat tekak..hewhewhew...

Dah pukul 3 baru tanak nasi 2 pot. Masak sup herba ayam. Tengok peti ais..yang ada leher je..jadi laa... herba sup ni beli dari kedai sensei . Sekali beli memang RM10, untuk seekor ayam. Saya buat 3 hingga 4 kali masak sebab setiap kali masak guna suku bahagian ayam je. Hari ni bahagian herba terakhir. Alhamdulillah. Yang bagusnya, kuah ayam dan ayam rasa manis guna rempah herba ni. Mungkin sebab kayu-kayu herga yang digunakan. Saya cuma tambah hirisan halia je.

Caranya, basuh ayam dan toskan. Basuh herba dan toskan. Masukkan air dalam periuk kecil, masukkan potongan ayam dan herba. Didihkan atas api yang perlahan sehingga ayam empuk. Tutup api. Perasakan dengan garam. Siap.



Sup ni sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet kerana tak menggunakan minyak walau setitis pun. 

Kalau ada sesiapa yang berminat nak menurunkan berat badan mendaftar di Akademi Latih Diri Langsing, LDL 10:60. Boleh juga Whatsapp saya di no 017 700 1749

Tuesday, October 20, 2015

MAtlamat Kelas Di Akademi Bekerja Dari Rumah

Selamat datang pelajar pelajar Oktober 2015 ke Akademi Bekerja Di Rumah.

Alhamdulillah, kami menerima pendaftaran setiap hari.

Kami sudah mara lebih 1000 penyertaan.

Matlamat utama kelas-kelas di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH [ABDR] ialah

• Untuk memberi peluang kepada suri untuk belajar ASAS PEMASARAN ONLINE. Ahli yang menyertai kami 80% adalah suri yang tidak ada asas berniaga. Iaitu tidak pandai menggunakan email, tidak pernah berjualan produk. Tidak pandai membina kedai online. Jadi matlamat utama adalah, untuk memberi pendedahan asas untuk berniaga dari zero pengalaman.

• ABDR menawarkan produk dan servis untuk sepanjang tahun. ABDR juga matlamatnya adalah kumpulan sokongan untuk suri bergabung dan bertukar idea.

• MATLAMAT UTAMA ADALAH MEMBINA JARINGAN. BAGI SURI YANG MAHU MENJADI JUTAWAN IA TIDAK ADA DALAM PAKEJ ABDR. KAMI FOKUS KEPADA -MEMBERI LATIHAN ASAS PENGURUSAN KEWANGAN. -ZERO HUTANG. -SURIRUMAH BERPENDAPATAN.

Alhamdulillah kami buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar dan belajar asas pemasaran online melalui blog dan fb bersama ABDR.



Monday, October 19, 2015

Akademi Bekerja Dari Rumah

Ramai yang bertanya pada saya apa itu Akademi Bekerja di Rumah. Mari kita lihat sedikit sebanyak mengenai Akademi Bekerja di Rumah atau ringkasnya ABDR.

��
Merupakan kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online


��
Merupakan kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah


��
Kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan


��
Kumpulan sokongan untuk mereka bergelar WAHM


��
Platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook serta servis.


Kami bergerak secara berjemaah. Sama-sama membantu antara satu sama lain untuk belajar bagaimana mahu menjana pendapatan walaupun duduk di rumah sahaja.
Malah kami juga diberi tunjuk ajar dan bimbingan oleh cikgu berpengalaman dalam bisnes online.
Mahu sertai ABDR?. Kami mengalu-alukan anda. 

Sunday, October 18, 2015

Jerebu dan Batuk

Jerebu nampak teruk semalam. Sampai depan rumah pun berasap, bau pun tak sedap. Tengah hari semalam keluar pergi jemput Syaha dari sekolah Tadika Bukit Kempas, bawa baby Syaraf sekali. Petang tu tidur macam biasa.. Tengah malamnya...ya Allah..batuk-batuk lama...dalam 11 lebih sampai 2 pagi. Dipegang tak nak, bagi susu badan tak nak (biasanya, bagi susu badan tak pernah tolak), dukung tak nak, bancuh susu pun tak nak minum, diusap kepala tak nak..menangis berguling-guling. Saya sampai  buntu tak tahu nak buat apa. Baca ayat kursi, Al Fatihah, banyak ali, hembus kat ubun-ubun Syaraf. Sampai dekat pukul 3 pagi baru Syaraf terlelap sendiri.

Esoknya, sebelah siang, saya bagi Nutriferon dan Chew Vita C pada Syaraf. Alhamdulillah..vitamin tu sebagai asbab sahaja, juga ikhtiar saya untuk menyembuhkannya. Nutriferon dan Vitamin C tu dapat meningkatkan daya imunnya melawan penyakit. Ikhtiar sembuhkan penyakit melalui penggunaan vitamin, bukan ubat-ubatan. Ubat-ubatan mengandungi kandungan dadah walaupun dalam kadar yang dibenarkan. Alhamdulillah, esoknya, Syaraf dah batuk lagi dan kembali ceria berbanding hari sebelumnya. Ibu pula yang mengantuk sebab kurang tidur malam semalam. Mujur tak kerja.

Tawaran Kelas Blog

Teks : Nor Razfizah Abd Razak

Bismillah

Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), kami menawarkan 2 kelas blog:
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Mula Bisnes Online
.
Apa beza kedua-dua kelas ini?
Kelas Asas Blog dan Penulisan:
1) Belajar menulis blog berpengaruh.
2) Belajar menulis dengan idea yang berterusan dan konsisten.
3) Belajar menulis mengikut fokus produk.
4) Belajar menulis entri yang menarik lebih ramai rakan dan trafik.
Kelas Asas Mula Bisnes Online
1. Belajar bina kedai online asas berdasarkan jenis produk/servis.
2. Belajar menulis secara fokus mengikut lima label utama.
3. Belajar bina borang tempahan.
4. Khusus untuk suri yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
5. Mahu mula bisnes tetapi tidak tahu cara.
6. Mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk? ABDR mempunyai produk digital (ebook) dan produk servis (pakej kelas online dan sewa tapak iklan)
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Hubungi kami bila kalian sudah sedia.

Untuk pendaftaran boleh hubungi saya:

Izzah Razak
Pengurus Online ABDR
Email: felisdomestica79@gmail.com
sms/ Whatsapp : 017 7001749

Wednesday, September 30, 2015

Lega...

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

Alhamdulillah. Benarlah ...rezeki Allah tu tak pernah tersalah alamat. Di kala buntu..serahkan bulat-bulat pada Yang Maha Esa, sebaik-baik perancang. Hari ni, anak-anak masih di rumah. Sudah 2 hari bercuti disebabkan kejadian jerebu. Ibu kat rumah fening-fening lalat..hihi..bila hero-hero berkumpul..

Harini, hari berjalan seperti biasa. Lepas sarapan, ayah pergi kerja. Anak-anak tengok televisyen sekejap, lepas tu mula sesi belajar. Syaha dah hampir lancar sifir 8. Alhamdulillah. Syarif masih membaca suku kata. Takpe. Biar lambat asal selamat. Latihan memang kena buat setiap hari walaupun dalam sejam dua.

Pagi tadi terima berita gembira. Permohonan bantuan persekolahan Syaha diluluskan...Alhamduillah. Permohonan awa tahun, dah hujung tahun baru tahu lulus. Apapun syukur. Dapat juga tampung untuk persekolahan Syaha dan Syarif tahun hadapan.

Syaha dah nak masuk tahun 1. Syarif masuk pra. Pagi sekolah kebangsaan. Petang sekolah agama. Jenuh la belajar anak-anak..tinggal ibu dan Syaraf je kat rumah.

Tengahari tadi pergi ambil gambar kat kedai gambar. Gambar untuk sekolah agama, nak yang bersongkok. Bawa baju seragam sekolah, ada name tag Syaha. Kata tukang gambar, separuh je, ingatkan name tag tu tak nampak..bila dapat gambar...hehe...dua-dua ada nama Syaha.

Syaha "chinese look". Bila disuruh senyum hilang biji mata. Yang Syarif kaki senyum, tapi kepala rajin senget..jenuh tukang gambar tu suruh tegak kepala. hahaha... macam-macam ragam anak-anak.


Wednesday, September 23, 2015

Hari ke-4 Cuti Sekolah

Teks: Nor Razfizah Abd Razak


Alhamduillah..

Hari ni dah masuk hari keempat anak-anak bercuti sekolah. Pejam celik, pejam celik..sekejap je seminggu tu..Ahad depan dah mula sekolah semula. Musim cuti sekolah ni, Syaha dan Syarif saya atur jadual diorang supaya masa cuti tak berlalu begitu sahaja..cewaahhh! heheh..

Tak la atur teratur sangatt..tapi ada masa-masa..
- masa bermain
- masa belajar
- masa solat
- masa makan, mandi

Masa bermain pagi selepas saparan dan sebelah petang lepas solat Asar. Menjelang tengahari, lepas mandi, badan dah fresh, masa belajar. Syaha kena hafal sifir 2-12. Syarif kena belajar mengeja. Alhamdulillah, Syaha dah boleh hafal hingga sifir 6. Ibu pun tebuk-tebuk soal :

"6 x 6 berapa?"
"4 x 7, berapa?"
"5 x 12, berapa?"

..Hihi..bukan apa, untuk kesenangannya juga..sebagai persediaan sebelum masuk ke tahun 1 tahun hadapan. Memang sekarang nampak Syaha stress sikit. Tapi kena tekan sikit. Sesi hafal sifir tak lama, dalam 1/2 jam hingga 1 jam je.

Untuk Syarif pula, saya ajar mengeja. Syarif dah boleh mengeja sukukata. Tapi yang hairan, kalau dia sendiri yang eja, tak ada bunyi. Kalau kita yang ejakan, pandai pula dia bunyikan, walaupun 4 huruf.

Contoh:
"B.u = bu , k.u = ku, bunyinya? "...diam seribu bahasa...
"y.a.n.g ? " ibu tanya. "yang" , jawab Syarif..haha...mana ibu tak hangin campur pelik.

Tapi hari ni semakin baik, nampak improve. Ibu berharap sangat supaya Syarif boleh membaca seperti abang Syaha sebelum melangkah ke tahun 1, dua tahun dari sekarang.

Kalau pergi jalan keluar naik kereta, ibu dan ayah uji kecekapan syaha dan Syarif untuk baca signboard di jalanan. Baca nombor-nombor kat paan tanda, nombor plat kereta, motor...sebab diorang memang sukakan kenderaan...namapun HERO..hihihihi... jadi, sambil selam, sambil minum air. Sambil tarik minat  mereka, sambil belajar..2 in 1 :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap hari saya berikan Omega Guard dan Vitalea for Kids pada mereka. Mereka dah biasa, Omega tu telan macam gula-gula je. Vitalea tu rasa anggur, jadi takde masalah, hisap je sampai habis.




Untuk susu, saya beri Mealshakes. Mealshakes ni ibarat vitamin dalam bentuk serbuk. Bukan Syaha dan Syarif je yang suka, ibu dah ayah pun koin sekali! Rasa vanila sedaappp sangat.. rasa nak ratah je




Sekian perkongsian saya untuk kali ini. Jumpa lagi di entri yang lain. Jika ada ibu-ibu yng berminat dengan suplement di atas, boleh Whatsapp saya di no 017 7001749



Wednesday, September 16, 2015

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.


Alhamdulillah. Syukur diberi pinjaman nikmat sehari lagi oleh yang Maha Pencipta. Sesungguhnya tiada bergerak sesuatu pun (walau mengangkat kening sekalipun) tanpa izinNya.

Syukur. Walaupun cuaca jerebu melanda negara, tetapi kita masih boleh meneruskan kehidupan dengan lancar. Hari ni hari terakhir Syaha dan Syarif ke sekolah sebelum bercuti selama seminggu mulai esok. Alamatnya...rumah macam tongkang pecah a jawabya hahaha!! Takpe. Tu pun salah satu terapi untuk ibu, menyatakan anaknya masih sihat dan aktif. Ibu tak per perlu risau. Malah boleh bakar kalori lagi sebab kena mengemas 50 kali sehari hihi.. :)

Minggu dah 2 hari hujan berturut-turut. Cuaca pun sejuk. Nak bangun dari katil pun sayangg...rasa masa tidur tu sekejap je dah pagi.. Appun, rutin harian mesti diteruskan juga.

Pagi ni bersenam indoor je..memandangkan jerebu kat luar. Lepas Syaha dan Syarif dah ke sekolah, ayah dah pergi kerja, Syaraf nap sekejap.. ibu pun siapkan rutin.

Kemas rumah, tempat tidur, rendam pakaian, clearkan sinki..lepas tu..apa lagi..bersenam la sekejap. Pagi ni cadang nak buat lompat bintang, lunges, kick, wall sit..






ok. mula dengan jumping jack dulu. Masa pendidikan jasmani kat sekolah dulu cikgu panggil lompat bintang. Selalunya buat ompat bintang ni tak boleh lama..dalam 20 - 30 dah mula pancit..rasa nak terkucil pun ada. Asik berulang ke tandas 2, 3 kali... Mula-mula buat tadi, ingat nak target nak lompat 50 kali je dulu.. Tapi tah macam mana..masa lompat dalam 40 tu, (kira dalam hati) rasa boleh nak lebih 50.. takde rasa mengah, tak rasa nak terkucil.. rasa seronok pula . oo,..lagi satu rasa pelik pun ada..kenapa hari ni stamina lain macam?

Mungkin sebab dah selalu buat..hari-hari buat..kalau tak pagi, time petang masa teman anak tengok tv.

Sunday, September 13, 2015

Sembang Langsing

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

Alhamdulillah. Semalam hari Ahad. Takde aktiviti tak rumah. Cadang nak pergi rumah mak mertua. Lagipun keuarga Mak Usu ada kat sana. Boleh bertukar-tukar cerita. Lagipun berkumpul cuma setiap hari minggu je. So, packing baju baby Syaraf dengan abang Syaha je. Baju sendiri tak packing sebab ingat nak balik mandi kat rumah je malam nanti. Lagipun cuaca panas..kadang-kadang, bila nak tidur malam tu mandi lagi.

Sampai kat rumah mak, keluarga mak usu ada dengan Syarif. Mak takde. Pergi mengaji. Huhuhu..macam rumah sendiri pulak.. borak-borak, minum-minum..dah petang, berkelah dengan mak teh pula kat pelantar rumah. Nak keluar selalu tak boleh. Jerebu teruk. Nampak kelabu je walaupun dalam jarak dekat.

Dah petang tu, makin seronok diorang bermain sesama sepupu kat rumah Pak Itam. Dah ramai memang meriah. Sekali sekala jumpa. Aku pun pergi beramah mesra kat rumah Pak Itam. kebetulan Janah dengan Gee ada..meriah kat dapur. Dah start buat cookies untuk raya haji. :) Semerbak bau coklat kat dapur. Sempat juga test sekeping dua. Sedap.

Janah tengah potong pelam, nak buat jeruk pelam asam boi yang orang dok sibuk jual kat fb suatu masa dulu. La ni dah senyap sikit. Tiba-tiba Janah bersuara.."Akak nampak kurus sekarang" Mak Itam pun angguk. "Aa ..Fiza nampak kurus" Alhamdulillah..kembang setaman. Hati mana yang tak rasa bersyukur bila dipuji.

"Tak berapa kurus lagi ni Janah. Nak pecah angka 5..belum dapat-dapat. Ni baru 61-62kg. Sebelum ni 72-71kg.. Akak target nak turun lagi 5kg..nak dapat berat dalam 55. Sekarang BMI 25.15. Nak dapat BMI 22..hihihi.."

"Akak diet macam mana sampai boleh turun banyak tu?"
"Akak join program LDL 10:60 dengan Dr Malinda. Dr Malinda tu pakar obesiti. Program dia seronok. Tak menyeksakan. Siap dengan menu sihat dan langsing, senaman langsing. Jadi memang tak stress nak turunkan berat"




Thursday, September 10, 2015

Senaman Sambil Layan Drama Korea

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.
Gambar: Google


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Ha….hari ni topic best. Senaman depan tv. Mesti korang ada cerita kesukaan kan? Macam drama bersiri, rancangan memasak seperti Dapur Panas atau 5 Rencah 5 Rasa…haha..chef tu memang hensem. Tapi kenapa chef yang hensem dan terkenal di dunia ni kebanyakannya lelaki, tak ramai chef perempuan?  Agaknya chef lelaki ni masak mudah..tak remeh macam chef pompuan..tak payah sukat betul-betul ..masak pun main campak-campak, kacau-kacau lebih kurang hihii….hasilnya memang Nampak cantik dan sedap. Tapi rasanya belum tahu selagi kita belum cuba sendiri resepi yang diorang bagi tu.

Ok. Berbalik pada perkongsian hari ni, senaman depan tv.

Apa senaman yang boleh buat depan TV?

Tak payah gerak ke mana-mana. Tak perlu tempat yang terlalu luas pun. Buat sahaja bila iklan keluar. Iklan pun 5 minit jugak. Kadang tu, cerita 2 jam, iklan je lebih setengah jam kikiki…. Hakikatnya cerita tu taklah lama , iklan je lebih. Ok, apa senaman yang boleh buat masa tu?

Di bawah ini saya senaraikan 5 senaman yang boleh korang buat.

1. Leg Raise


Flat Bench Lying Leg Raise




Side Lying Leg Raise
  



Angkat Kaki. Biarkannya tergantung. Cuba buat selama mana yang boleh. Senaman ni melatih kaki terutama sekali di bahagian bawah peha. Buat cukup lama, cabar diri.  Korang akan rasa seperti bahagian bawah peha (dan peha) seperti membakar. That’s good. Senaman ni juga boleh mengecilkan perut di bahagian bawah pusat.

Boleh juga buat dari sisi. Mengiring berbantalkan lengan. Lepas tu angkat kaki. Buat seberapa banyak yang boleh untuk kaki kiri dan kanan.

Buat sebanyak mana yang anda boleh. Sampai iklan habis ke. J



2.  Crunches

Bicycle Crunch





Yang ini korang boleh buat perlahan-lahan. Buat kiraan 10, rehat kiraan 8. kiraan 10, rehat kiraan 8. Buat berkali-kali. Jangan buat sampai dah tak boleh buat. Buat maksima sehingga korang rasa macam dah capai 80% kemampuan diri. Ini akan melatih bahagian perut (abdomen) . Senaman ini patut dibuat paling akhir sekali kalau anda ingin membuat lain-lain senaman. Variasi senaman ini ialah “side crunch”.


3. Floor Scissor Abs



Senaman ni memang kena buat atas lantai. Sambil tengok Mok Cun pun boleh buat. Tak susah. Ini juga senaman yang akan melatih bahagian perut. Buat sehingga kiraan 10. Boleh letakkan tangan di lantai untuk menyokong badan . Cara buatnya;
a) Pertama, baring di lantai.
b) Kemudian, angkat kaki kanan anda sehingga betul-betul 90 darjah.
c) Kemudian turunkan sedikit demi sedikit sehingga kaki anda berada di lantai.
d) Kemudian angkat kaki sebelah kiri pula.



4. Wall Squats



Sambil layan Melodi kat TV3 pun boleh buat ni. Korang sandar ke dinding. Kemudian,  perlahan-lahan turunkan badan sehinggakan berada dalam posisi seperti duduk di atas kerusi. Ala…yang macam cerita Allahyarham P Ramlee tu..duduk atas kerusi angin kikiki…Haa…dah dapat bayangkan kan kan kan…

Cuba kekalkan posisi ni selama 10 saat kemudiannya rehat selama 1 minit. Kemudian ulang dan ulang lagi. Sehingga 10 kali.


5. Berpusing-pusing Semasa Duduk

Ni lagi best. Macam alat senaman yang jual kat tv tu. Sambil duduk, pusing badan kanan kiri. Letak tangan di pinggang,  kemudian pusing ke kiri perlahan-lahan. Kemudiannya pusing ke kanan perlahan-lahan. Ini sangat mudah. Boleh buat berkali-kali . Kalau rasa senaman pusing-pusing ni ringan sangat, boleh letakkan beban untuk membakar lebih kalori. Contohnya  dumbbell atau susunan kamus dewan ke…baru la ada timbul otot-otot kat lengan..sado gitu




Banyakkan senaman yang boleh buat depan TV? Tak payah keluar rumah pun boleh bersenam. Maksimumkan penggunaan masa. Jangan membazir J  Senaman sebenarnya adalah untuk memastikan setiap otot kita bekerja. Walaupun ada senaman di atas adalah sangat mudah, ia memastikan anda tidaklah hidup secara pasif.


Tuesday, September 8, 2015

Mencari Bahagia : Senaman

TUbuh dan fikiran kita sering berhubung antara satu sama lain. Menjadi tubuh dalam keadaan aktif merupakan salah satu kaedah untuk memelihara kesihatan kita secara fizikal. Bersenam secara tidak langsung membuatkan kita lebih gembira dan membebaskan kita dari situasi tekanan. Menurut Teori Olahraga, setelah dua jam berolahraga, tubuh kita akan mengeluarkan sejenis hormon gembira yang dikenali sebagai serotonin, di mana kesannya sama seperti pengambilan ubat penenang. Bahkan boleh meningkatkan tenaga dan menjadikan kita lebih bersemangat! Gi! Go! Go! :)




Yang bagusnya, kita mendapat ni semua secara PERCUMA! Tak perlu mendaftar yuran gym yang mahal.  Kita tak payah bayar sesen pun ..kan seronok macam tu. Sekadar melakukan aktiviti mudah , santai di rumah je.. sambil tengok tv pun boleh. Boleh juga jalan-jalan di setikar rumah atau taman tempat kita tinggal setiap pagi.

Tips bagi korang yang ingin mencari bahagia dengan melakukan senaman, pilih senaman yang paling korang suka buat. Sebab, bila kita buat perkara yang kita suka, kita akan bertahan lebih lama bukan sekadar "hot, hot, chicken shit" hahahah




Bagi yang masih dalam keadaan pantang atau beranak kecil..susah nak keluar rumah..memadai dengan menolak stroler baby sambil berjalan-jalan mengelilingi taman. Boleh juga buat senaman dengan baby .  Dunia sekarang dah moden. Boleh search kat Youtube cara bersenam dengan baby.



Bagi yang suka dengan alam persekiran, sukan outdoor paling sesuai. Korang boleh cuba sukan hiking.




Bagi korang yang tak suka terlalu aktif, yoga atau pilates merupakan sukan yang sesuai. Boleh beli banyak cd di pasaran, pilih je. Pasang kat rumah..dah boleh bersenam kat ruang tamu rumah.




Untuk korang yang suka bergaul pula, boleh join mana-mana kelab gym atau sertai senamrobik beramai-ramai secara percuma di dataran atau dewan.



Untuk yang cintakan hijau, boleh berkebun di rumah. Beli pasu, tanah dan baja yang sesuai mengikut kawasan. Tanam pokok bunga satu atau dua jenis, yang selebihnya tanam pokok yang boleh makan seperti pokok-pokok ulam, serai, pokok-pokok buah. Di samping boleh sihat dengan mengeluarkan peluh boleh juga menghijaukan alam sekitar. Al maklumlah...sekarang ni udara kotor, jerebu. Jadi aktiviti tanam pokok ni sikit sebanyak boleh membersihkan udara di rumah kita. Barulah lebih sihat dan ceria. Manfaat 2 in 1..macam minuman segera pulak..kita dapat udara bersih, berpeluh di samping dapat makan sayuran yang kita tanam sendiri.



Monday, September 7, 2015

Nak Kurus! Makan Protein Je


Tak kira sama ada nak kurus atau gemuk, protein merupakan diet yang paling penting untuk badan. Konsep pengambilan protein kepada tubuh badan kita merupakan salah satu kunci gaya hidup sihat. Di entri ini saya nak kongsikan tentang protein sepadat mungkin J


Keperluan setiap badan
Protein disimpan  dalam otot dan organ badan manusia untuk bina dan baiki tisu sel badan manusia. Protein merupakan komponen terpenting untuk sel  badan. Ia terdiri daripada 22 asid amino atau kata lain dipanggil struktur asas kehidupan. Dalam badan, protein berbentuk seperti rantaian asid-asid amino (ala-ala rantai mutiara sabah tu ..hihi ) Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim. 






Antara kepentingan lain :
  • Meningkankan sistem imunisasi badan
  • Membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota
  • Menyihatkan jantung supaya kekal aktif




Bentuk-Bentuk Protein dan Fungsinya



Untuk pengambilan protein yang berkesan, Institut perubatan dan sains kebangsaan USA sarankan sebanyak 10% hingga 35% jumlah pengambilan kalori adalah dari sumber protein.  Lelaki digalakkan untuk mengambil lebih dari perempuan.

Kalau di Malaysia, kita suka ambil ‘lemak’ dari protein…betul ke betul?? Hihihihi


Bagaimana Protein Pengaruhi Berat Badan?

Kesan paling popular protein terhadap kesihatan adalan kebolehan protein untuk KAWAL RASA LAPAR. Haaa…. Seronok bila dengar kan? Kan? J Ceritanya macam ni, apabila protein diserap, ia menghantar signal kepada otak untuk menurunkan kadar rasa lapar.

Kepentingan lain protein adalah ia akan meninggakatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot. Protein juga bantu dalam pengawalan kenaikan kadar gula dan insulin dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gla dalam badan


Ok, itu sahaja sedikit perkongsian untuk harini. Jadi pesanan penaja, makanlah lebih protein untuk lebih LANGSING.  


Saturday, September 5, 2015

Baju Goal II

Teks : Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Koleksi Peribadi

Ok kisah aku bersemangat nak pakai dress tu diteruskan. Dress tu memang best. Kain denim, sejuk. Ada zip kat depan baju boleh mudah menyusukan Syaraf. Bukan apa,..mak mak pun nak melawa gak kan..di samping hak anak tidak terabai. Kainnya pun tak jarang..pendek kata memang best la..so, bila tak boleh pakai, sangkut sana sini..memang ku kuchiwa la... Bila naik timbang..Ting!..opsss...patutlah..dah 70kg .. Ya Allah..patutlah banyak baju dalam gobok ..takkanlah semua nak simpan.. nak kena kumpul duit beli baju baru pulak..membazir...

No No No.. jangan membazir . Jadi bulat tekadku untuk diet. Jadi aku pun susun step. Aku join program langsing, LDL 10:60 . Turun 10kg dalam masa 60 hari! Wow! ..in shaa Allah boleh. Aku boleh ! go go go...ale ale ale..

Mula-mula aku buat shopping list selama seminggu. Apa nak beli untuk menjayakan program dietku selama 2 bulan ni. Tak susah. Banyakkan protein je. Ayam, ikan, telur, sayur dan buah. Lain-lain cuma rencah...ikan bilis. Ulam-ulam memang dah tanam dalam pasu depan rumah. Serai pun ada. So dah lengkap.

Next! rancang menu apa nak masak selama seminggu tu. Contoh :
1) Sarapan - Minum shake
2) Lunch - Masak singgang atau pindang ikan
3) Dinner-  Ayam panggang..

Jadi seminggu tu shopping:
- Ayam dalam 2 ekor.
- Ikan 1kg.
- Telur 1 papang (hik hik speaking ganu pulok!)
- Sayur mayur

Set jadual makan:
- Breakfast - Protein shake + telur 2 biji
- Lunch - Ikan singgang + rebus bayam
- Dinner - Ayam panggang + rebus sayur campur
- Air 3Liter.

Tu je makanan dalam seminggu. Dinner paling lewat pukul 8 malam. Senaman buat pagi atau petang.

Oh ya! Lagi satu kena shopping penimbang digital. Bukannya apa, kalau beki penimbang bisa, turun gram-gram memang tak nampak. Bila nak nampak, kita mudah rasa down. Jadi, kita takkan ada semangat untuk nak teruskan jihad untuk sihat.

Ok, sekian dulu untuk entri kali ni. Saya sambung lagi di entri lain pula.

Friday, September 4, 2015

Teks: Nor Razfizah

Alhamdulillah.
Cepat sungguh masa berlalu. Setahun 5 bulan emak tersayang pergi meninggalkan ..termasuk tempat cari makan.
Misi saya cuma ingin kembali kepada fitrah seorang wanita untuk meneruskan kerjaya di rumah. Tempat suami dan anak-anak berehat, makan dan minum sepenuh hati.
Dapur menjadi bilik kedua selepas bilik tidur. Sangat suka memasak untuk mengisi perut suami dan anak2 walaupun ringkas. Masak sekadar apa adanya.
Siap siaga semua keperluan pakai keluarga. Pakaian sentiasa ada di tempat dan harum berbasuh. Kemas terlipat atau tersangkut.

Sedikit tentang anak-anak ibu..

1) Muhammad Syahabuddin
Anak sulung yang sering menjadi bahan eksperimen kepada ayah dan ibu. Menyusu dengan ibu sekadar hingga 3 bulan sahaja. Mungkin kesilapan ibu masa itu yang terlalu awal memiliki cahaya mata sulung sebagai penyeri keluarga kita. Ibu tak berapa banyak ilmu untuk menyusu dan menambah susu badan. Ibu pula masih bekerja makan gaji. 
Semasa kecil ramai yang memanggil "Muhammad". Tetapi bila sudah bersekolah, nama berukar kepada Syaha atau Budin. Banyak kasih yang sayang tercurah padanya. Banyak pakaian baru dibelikan termasuk pakaian terpakai yang diberikan oleh ramai orang. Syaha tidak pelat dari kecil. Ayah dan  ibu kagum. Umur 5 tahun dimasukkan ke tadika PASTI. Alhamdulillah segala ilmu diserap dan dihadam cepat. Banyak doa dan ayat Al Quran meniti dibibir. 
Umur 6 tahun Syaha melangkah masuk ke sekolah tadika cina pula. Ibu dan ayah ingin kukuhkan daya ingatan Syaha seteruskan mendapat bahasa ketiga iaitu bahasa cina yang semain dikuasai umum. Kelak moga anakanda dapat menggunakan kelebihan yang ada untuk memandaikan anak bangsa.
Semakin bear, abang semakin suka "memancing perhatian" ibu dan ayah dengan pelbagai tingkah laku yang tidak terduga. mungkin kerana Syaha berasa sedikit terpingggir kerana sudah mempunyai 2 orang adik. Tetapi percayalah, ibu tidak pernah lupa makanan kegemaran dan mendoakan kejerahteraan anak-anak ibu.


2) Muhammad Syarifuddin
Sekali lagi ayah memilih nama yang sama maksudnya dengan abang. Gerak laku lincah, tak duduk diam melainkan waktu tidur. Masa kecil, abang tak pandai sebut Syarif, jadi lekat nama Ayip sampai umur 3 tahun lebih. umur 4 tahun satu family panggil Ayip. Bila masuk PASTI, cikgu panggil Syarif. Abang pun dah besar..dah pandai sebut. 

Syarif masih pelat sikit sampai sekarang. kalau cakap laju-laju mesti terdengar pelatnya. kalau cakap satu persatu baru betul. "pokok = kokok" :) Tapi, Syarif untung dari banyak segi. Sejak Syarif lahir ke dunia, ibu tak lagi kerja malam. Malam ibu temani. Masa abang dulu ibu kerja syif..kasihan abang Syaha. Ilmu penyusuan ibu makin banyak. Syarif menyusu dengan ibu sampai umur 8 bulan walapun ada campur sikit masa tinggal dengan nenek. Ibu banyak habiskan masa untuk memerah susu di tempat kerja. Alhamdulillah. 

Syarif untung. Masuk tadika umur 4 dan 5 tahun. Tahun depan masuk pra di sekolah cina sama dengan abang Syaha. Boleh belajar dengan abang kalau tak tahu. Sekolah sama, dekat pula dengan rumah. Jalan kaki dalam 30 langkah dah sampai.





3) Syarafuddin
Syaraf anak merdeka. Lahir jam 9.15 pagi merdeka tahun lepas. Tiada sambutan istimewa di hospital seperti yang kita biasa dengar sebelum ni. Rata-rata orang bertanya. Cuma tarikh tu tarikh keramat. Mudah nak ingat. 1 Malaysia sambut. Dari segi penyusuan syaraf memang win. Tahun Syaraf dilahirkan, ibu sudahpun meletakkan jawatan setelah 8 tahun bekerja. Ibu jadi suri sepenuh masa.

Tangan ibu membelai syaraf sejak dari lahir hingga ke hari ini. Pantang pun sendiri. Berdikari. 4 tahun jarak dengan abang-abang. Suka bermain kejar-kejar dengan abang-abang. Tak sedar masih merangkak walau sudah laju. Tapi awak berlari kaki 4. abang kaki 2 ,..hihihi...sapa lagi pantas?

Nampak sasa, berketak-ketak, pipi labuh..seperti sado la katakan! Hihihi..perasan ekk. Masa keluar 3.07kg. 1 tahun 8.5kg. Makan pun dah tak nak bubur lembik-lembik..walau gigi baru tumbuh 4 batang. Manja terlebih !


Baju Goal!

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.
Gambar: Koleksi Peribadi

Nak tahu satu rahsia tak? Salah satu rahsia untuk nak turun badan cepat ialah dengan meletakkan matlamat nak pakai baju yang kecil yang kita pernah pakai suatu masa dahulu. Contohnya :

- Baju kurung moden yang ada dart di bahagian belakang
- Baju kurung sekolah menengah
- Baju nikah
- Baju super favourite kita 


Baju ini sebaiknya kita gantung berdekatan dengan cermin meja solek, tempat yang kita mesti lihat setiap hari. Jangan kita sorok dalam gobok pula! Memang jadi pekasam la jawabnya. Sampai ke sudah tak boleh nak sarung ke badan.

Baju ni untuk mengingatkan kita supaya sentiasa meneruskan azam dan memastikan kita sentiasa on track! tak tersasar ke laut hihihi... So, bila nak makan nasi tengah malam, terliur nak makan aiskrim, mengidam siput sedut masak lemak cili api, zzaassss....terus tak jadi. Terus jadi masak bening, atau grill ayam hiihi...fuhhh selamaaaaatt. Lega! 



Dress kat atas ni dress preloved. Nak beli baru takut membazir. Nak dijadikan cerita ... baju ni beli 2 bulan sebelum syawal tahun ni. Tapi malangnya... saya sedih sangat sebab baju ni ketat kat punggung dan peyut hew hew hew... lantas dirorokkan dari pandangan suami terchenta... menangislah daku di bawah pohon ketapang... dari situ mulalah azam saya untuk menguruskan 2 bahagian kritikal itu kui kui kui. Tapi  bab nak kempiskan tu serius la beb! 

Thursday, August 27, 2015

Coretan Petang

Memang benar kata orang.. Syurga di telapak kaki ibu.

Bukan kita bawah tapak kaki ibu kita nampak syurga. Tapi mengenangkan jasa dan pengorbanan seorang wanita bergelar IBU memang tak tergalas jika tidak betul-betul bersedia. Tapi, jika fikir bersedia baru nak ada anak..memang sampai bila takkan ada la. smile emoticon
Being a mother, kita kena selalu belajar. Anak-anak akan beri kita pelajaran setiap hari. Melihat mereka membesar depan mata, walaupun setiap hari, setiap jam, memang ada je "peel" yang kadang2 menukarkan seorang ibu kepada yang lain. (tak mau sebut, bahaya) hihi...
Memang kena banyak sabar. Carti ayat-ayat, surah-surah, baca/ google tips yang boleh melembutkan hati mereka. BIar mereka lembut hati. Mudah mengikut apa yang kita ajar, terutama bab mengaji dan belajar. Syaitan memang kuat mengganggu. Jadi kalau kita rajin bacakan ayat atau pasang cd ayat Al Quran di dalam kereta atau di smar phone memang sangat2 membantu.
Kadang2 susah juga mendidik anak "ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak selerak" ni..hihi.. Memang tabik kat mak-mak yang ada anak ramai. Ni baru 3 dah tak tahan dugaan. Penuh pancaroba. Ewahh!

Tuesday, August 25, 2015

Apa itu Obesiti?

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu mengnalasti apa masalah, mengapa dan bagaimana cara terbaik untuk menanganinya. Sama juga untuk proses menyelesaikan masalah obesiti yang kita hadapi. Oleh itu, lebih mudah untuk kita tangani jika kita faham dan jelas dengan masalah kita.




Tak kenal maka tak cinta :)

Tak ada ilmu, maka tak tahu. Sesungguhnya, ilmu itu pembuka hidayah.

Obesiti merupakan kenomena abad ke-21. Masalah kesihatan dunia moden yang meningkat mendadak di seluruh dunia.

Perangkaan WHO juga menunjukkan statistik statistik obesiti akan mennjadi lebih buruk pada tahun 2020 dan 2030. Tiada tanda ia akan reda.

Obesiti berkait rapat dengan pelbagai penyakit kronik seperti Diabetis, Penyakit Jantung, Hipertensi san juga kanser. Pada tahun 2011, American Association of Clinical Endocrinologist telah mengistiharkan bahawa obesiti itu sendiri merupakan sejenis penyakit.

Obesiti merupakan pembunuh ke-5 kematian di dunia dengan 2.8juta orang dewasa meninggal setiap tahun akibat komplikasi masalah berkaitan obesiti.

Sunday, August 23, 2015

3 Jenis Lemak

Terdapat 3 Jenis Lemak dalam badan kita.





1) Structural Fat
"LEmak baik" ini penting untuk melindungi organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak jenis ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.



2) Normal Fat Reserve.
"Lemak baik" ini biasa terdapat di sekitar tubuh kita dan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga apabila diperlukan. Ia berfungsi seperti "tangki tenaga"





3) Abnormal Storage Fat.
"Lemak tak berapa baik"  ini dikenali sebagai tisu adipos. Ia merupakan lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh. Ia disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai "tangki spare" 

Lemak ini kelihatan seperti membuncit dan berlipat-lipat di tubuh anda!!!

Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik chemical dan hormon "estrone" yang akan mengganggu sistem tubuh anda. Lemak ini tidak digunakan sebagai sumber tenaga utama. Hanya dalam keadaan yang hampir "kebuluran" sahaja lemak ini akan mula dibakar dan mula digunakan sebagai tenaga.



Thursday, August 20, 2015

5 Makanan Super Lawan Inflamasi



1) Minyak Ikan dan Salmon
Minyak ikan dan salmon merupakan sumber yang kaya dengan  Ecosapentaenoic Asid (EPA) 
dan Docosahexaenoic Asid (DHA).  Dua  asid lemak Omega-3 yang boleh melawan inflamasi.












2) Kunyit
Kunyit mengandungi “curcumin” , sangat berkuasa melawan inflamasi dalam badan.















3) Halia

Halia mengandungi sebatian anti-inflamasi dikenali sebagai “gingerols”. Halia juga digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan untuk melegakan rasa loya dan muntah. 

Ekstrak halia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengurangkan inflamasi.









4) Bayam (Rebus)

Sayur dedaun hijau ini merupakan sumber alam semulajadi yang kaya dengan bahan anti-inflamasi dan anti-oksida flavonoid and karotinoid seperti Vitamin A, B2, B6, C, E, K, kalcium, asid folik, zat besi, magnesium, mangan, potasium, tryptophan dan banyak lagi.








    


5) Ubi Keleduk (rebus, tanpa kulit)

Ubi keledwk kaya dengan antioksidan yang  “powerful”  yang membantu menyembuhkan inflamasi  dalam badan. Ia diperkaya dengan beta-carotene, mangan, vitamin B6 and Vitamin C juga serat.

Tuesday, August 18, 2015

Bantuan! Bantuan!

Jutaan orang perlukan bantuan!

OBESITI adalah pembuka jalan untuk pelbagai komplikasi penyakit yang boleh meragut nyawa.

Mereka perlukan fakta yang tepat untuk keluar dari belenggu obesiti. Ramai yang terpedaya akibat tiada ilmu yang betul.

Kami mempelawa anda di Malaysia dan Indonesia untuk bersama menjadi coach yang akan kami latih dalam team kami.

Jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah, Anda adalah insan yang kami cari!
👉 Suka membantu orang lain
👉 Sayang sesama insan
👉 Suka belajar dan mengajar
👉 Cintakan kesihatan

Program Latih Diri Langsing dirumus khas untuk membantu mereka turun berat badan sebanyak 10kg dalam masa 60 hari dengan cara yang selamat dan efektif!

Membantu mereka untuk amalkan gaya hidup sihat bukan untuk mereka sahaja tapi untuk seluruh generasi mereka.

Apa yang kami akan sediakan untuk anda sebagai COACH?
- Latihan secara online sebanyak 12 sesi dan offline akan diberikan oleh Dr Malinda dan tenaga pengajar yang berpengalaman.
- 3 siri ebook akan diberikan sebagai rujukan: ebook resepi langsing, ebook senaman langsing dan ebook diari langsing.
- Sebagai coach anda akan mendapat bimbingan terus dari Dr Malinda Mohd Ali

"Thanks to this awesome program."
(Peserta LDL 1060 Cikgu Maznah)

Whatsapp kami sekarang untuk anda bersama-sama kami menjadi "coach" dalam group LDL 1060.

📱017 7001749


Friday, August 7, 2015

Nasi Oh Nasi !

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.
Gambar: Google






Siapa pernah dengar orang kata...

"Kalau nak kurus, jangan makan nasi terus"

Ada juga yang kata begini..

"Kalau nak kurus sampai tak makan nasi tu...extreme..melampau la.."

Cuba kita renungkan sejenak. Kenapa zaman nenek moyang kita dahulu susah nak tengok diorang gemuk? Biasanya selim melim..pinggang. Pinggang bak biola..Arwah nenek saya pun kekal selim melim hingga arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir tetap kurus dan cantik susuk tubuhnya. Kenapa ye? Diorang pun memang makan nasi dari kecil.


Sebenarnya, Beras dan Nasi tidak bersalah sama sekali dalam hal ini..hihi...Dahulu, selepas proses menuai dan menampi padi, membersih dan membuang hampas ~ beras yang terhasil ketika itu merupakan Beras Perang - di mana ia masih mengandungi "bran" yang mengandungi banyak vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Inilah beras yang dimakan oleh nenek-nenek kita dahulu.

Tetapi teknologi moden telah mengambil alih proses tersebut. Ia membuang "bran" dan seterusnya menggilap (polish) dan menghalusi beras tersebut menjadi "Putih dan Berkilat"!  Inilah yang dikenali sebagai REFINED WHITE RICE!!

Apabila "bran" yang kaya dengan vitamin dan mineral tadi dikikis, hasilnya Karbihidrat Terproses ini mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi! Apabila dimakan, tindakbalasnya dalam tubuh sama seperti kita makan gula pasir!

Gula dalam darag naik mendadak, Insulin dirembeskan secara mendadak. Sifat insulin ni pulak...memerangkap LEMAK!! Sebab tu, orang yang menghidapi penyakit kencing manis bacaan gula dalam darah mereka naik mendadak apabila mereka makan nassi. Sebab itu juga, makan nasi banyak susah untuk kurus.

Persoalannya, kalau tak boleh makan nasi, nak makan apa??

Paling bagus ialah menggantikan nasi putih tadi dengan beras perang atau beras basmathi. Untuk pengetahuan anda, beras wangi siam super yang sedap, wangi, berkanji itu lebih teruk dari gula pasir!! Jadi, lebih baik elak!

jom sama-sama kita lakukan perubahan, in shaa Allah

Wednesday, August 5, 2015

Kepentingan P.R.O.T.E.I.N.

Teks: Nor Razfizah Abd Razak


Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepadaNya kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan para pembaca blog saya yang sangat saya sayangi.

Malam semalam kami menghadiri kelas online LDL 10:60. Tajuknya memang seronok. Ilmu Allah Maha Luas. Lagi banyak yang kita pelajari, lagi banyak yang kita tidak tahu.

Ok, kita mulakan dengan komposisi tubuh kita. Peratus komposisi protein dalam tubuh kita adalah antara 17% - 20%.


Pembahagian protein terbahagi kepada dua iaitu:

1) Protein Structural
    - Protein yang membentuk struktur tubuh seperti otot, ligamen, tendon, kuku, rambut, tulang. Hmm...dalam tulang pun ada protein je tau, bukan kalsium je :) hihi...jangan main-main.

2) Protein Functional.
   - Protein jenis ini membentuk enzim, hormon, simpanan protein, protein pelindung (protective protein) dan banyak lagi.


Fungsi Protein:
1) Contractile Protein
2) Enzim
3) Simpanan Protein
4) Transportation Protein
5) Structural Protein
6) Protective Protein


Dalam pemakanan kita seharian, kita sudah dibiasakan dengan pengambilan karbohidrat 8 - 12 hidangan sehari. Seperti piramid makanan yang kita pelajari sewaktu di alam persekolahan dulu. Tetapi, kita sebenernya tak perlukan karbohidrat sebanyak itu. Bayangkan dengan gaya hidup kita sekarang yang serba moden dan ringkas. Semua kerja kita dilakukan dengan peralatan yang canggih. Jadi, kita tak menggunakan banyak tenaga.

Sebagai contoh seperti saya suri rumah. Banyak peralatan di dapur memudahkan dan mempercepatkan. Jadi masa memasak dan penyediaan makanan menjadi lebih pendek. Tidak banyak tenaga diperlukan dan kalori yang terbakar pun cuma sedikit.

jadi, kita tidak tak boleh terlalu "taksub" dengan karbo kerana badan kita boleh menghasilkan karbo dengan sendiri. Apabila kita supply protein yang cukup pada badan kita, badan kita tahu apa yang perlu dibuat. Allah Maha Bijaksana. Dia tahu apa yang terbaik buat diri kita. Ciptaannya cukup sempurna.

Ok, berbalik pada tubuh kita tadi yang mempunyai protein yang cukup, jadi otot-otot kita akan terbina dengan lebih mantap. Seterusnya ini akan dapat meningkatkan kadar metabolisma.  Protein yang mencukupi dalam badan akan switch kepada FAT BURNING STATUS. Ha ! ...inilah yang paling disukai oleh ramai wanita di dunia hahahah... :) :) :). Ia dinamakan Metabolic Switch

Lemak disimpan dalam badan untuk digunakan pada masa kebuluran. Tapi, jika protein supply cukup dalam badan, ia akan hantar signal macam ni, "Tubuh kita cukup simpanan tenaga. Tak payah simpan ekstra. Yang selebihnya boleh bakar dan buang" hehehe...lebih kurang begitu la ..

Jadi badan kita takkan simpan lebihan lemak tadi. Dia akan burn.


Asid Amino
Ok, ni masuk sikit bab Biologi. Sikit je.. hihi... nak bagi faham betul-betul kenapa badan kita perlu cukup protein. Bukan sekadar makan je, tak tahu apa kepentingan kepada tubuh kita.

Protein terbina dari Asid Amino. Asid amino merupakan rantaian kecil-kecil (yang bulat-bulat seperti dalam rajah di atas)

Latest, terdapat 22 jenis asid amino. Terdiri dari 2 jenis:

1) Asid Amino Perlu - Essential Amino Acid ( 9 jenis)
Asid amino perlu yang 9 jenis tu bermaksud tubuh kita TAK BOLEH HASILAKN SENDIRI. Kita perlu dapatnya dari pemakanan atau diet kita seharian. Asid Amino Perlu ini merupakan protein berkualiti tinggi.

2) Asid Amino Tak Perlu - Non Essential Amoni Acid (13 jenis)
Asid Amino Tak Perlu  pula, bukan bermaksud kita tak perlukannya, tetapi, tubuh kita BOLEH HASILKAN SENDIRI. Tetapi, dengan syarat, ia boleh terhasil dengan kombinasi 9 jenis asid amino perlu di atas. Jika tak cukup kombinasi tadi, tubuh tak boleh hasilkan lagi 13 jenis asid amino tak perlu ini.


Oleh itu, tubuh kita sangat perlukan protein yang berkualiti tinggi ini. Contoh protein yang kita boleh ambil setiap hari dengan mudah ialah dengan meminum ESP (Energy Soy Protein). Cuma goncang dalam air sejuk atau air biasa dan minum. Tak kira di mana, di rumah atau di dalam kenderaan bagi mereka yang sibuk.

Kenapa Diet Tinggi Protein Penting Dalam Penurunan Berat Badan?

1) Meningkatkan metabolisma badanan kita yang membolehkan lemak dibakar dalam kuantiti yang banyak (Metabolic Switch)

2) Menstabilkan tahap insulin. Oleh itu, akan memberi rasa kenyang (full) lebih lama. Jadi tubuh dapat bertahan lebih lama.

3) Penting untuk pembentukan otot.


Oleh itu, kita kena bagi badan kita cukup protein, baru boleh buat karbo. Seperti kata kebanyakan orang yang masih tidak dapat meninggalkan NASI atau sumber karbo yang lain..."Habislah..matilah tak makan nasi". Badan kita boleh hasilkan glukos dari protein. Badan kita juga boleh buat glukos sendiri dari lemak.

Risiko Kekurangan Protein:
- Anemia
- Penyakit Buah Pinggang
- Kolestrol
- Tekanan Darah Rendah
- Gula Dalam Darah Rendah
- Fungsi Saraf Tak Stabil (Nerve Instability)
- Ulser Perut + Usus (Peptic Ulcer)
- Luka Lambat Sembuh (Poor Wound Healing)
- Pengaliran darah tak Lancar (Poor Blood Circulation)
- Pengelihatan Tidak Baik
- Badan Geleber (Irritability)
- Letih Lesu ( Fatigue)
- Lemah 
- Tinggi kandungan Air Dalam Badan (Water Retention)
- Terencat Akal (Prolonged Period of Time Mental Retardation)

Macam pelik bila kita lihat seseorang yang obes, tapi kurang darah, kena ulcer perut, walhal kuat makan...kan ..kan...pelik tak? Itu sebenarnya kita tak beri secukupnya apa yang tubuh kita. Itu yang timbul banyak komplikasi. Badan kita pun tahu merajuk...hihi...ingat kita sorang je ke yang pandai merajuk?? hahaha :)


Protein Bagus

Telur merupakan makanan mengandungi protein paling lengkap, dengan nisbah Asid Amino pada nisbah yang betul. Orang yang menghidapi High Cholestrol atau Low Cholestrol pub boleh mengambil sehingga 2 biji telur sehari. Sebiji telur mengandungi 5g lemak. Ia juga mengandungi Leutein iaitu sejenis asid amino berkualiti tinggi yang boleh mencegah penebalan arteri. Lemak yang terkandung dalam telur kuning merupakan lemak yang bagus dan tidak mengandungi Lemak trans.

Pernah tak kita dengar, dulu-dulu orang kata "Tak elok makan telur kuning, banyak lemak. Kuning telur buang, makan yang putih je"..hihihi...mitos semata-mata. Kajian telah membuktikan. Jadi kita disarankan untuk mengambil telur berbanding fast food yang yang mengandungi lemak trans yang berbahaya.

Protein yang disarankan adalah dari soya dan ke atas. kekacang, susu, daging, ikan dan telur. Gandum penuh ( Whole wheat) juga mengandungi protein. Begitu juga 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...