Thursday, September 10, 2015

Senaman Sambil Layan Drama Korea

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.
Gambar: Google


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Ha….hari ni topic best. Senaman depan tv. Mesti korang ada cerita kesukaan kan? Macam drama bersiri, rancangan memasak seperti Dapur Panas atau 5 Rencah 5 Rasa…haha..chef tu memang hensem. Tapi kenapa chef yang hensem dan terkenal di dunia ni kebanyakannya lelaki, tak ramai chef perempuan?  Agaknya chef lelaki ni masak mudah..tak remeh macam chef pompuan..tak payah sukat betul-betul ..masak pun main campak-campak, kacau-kacau lebih kurang hihii….hasilnya memang Nampak cantik dan sedap. Tapi rasanya belum tahu selagi kita belum cuba sendiri resepi yang diorang bagi tu.

Ok. Berbalik pada perkongsian hari ni, senaman depan tv.

Apa senaman yang boleh buat depan TV?

Tak payah gerak ke mana-mana. Tak perlu tempat yang terlalu luas pun. Buat sahaja bila iklan keluar. Iklan pun 5 minit jugak. Kadang tu, cerita 2 jam, iklan je lebih setengah jam kikiki…. Hakikatnya cerita tu taklah lama , iklan je lebih. Ok, apa senaman yang boleh buat masa tu?

Di bawah ini saya senaraikan 5 senaman yang boleh korang buat.

1. Leg Raise


Flat Bench Lying Leg Raise




Side Lying Leg Raise
  



Angkat Kaki. Biarkannya tergantung. Cuba buat selama mana yang boleh. Senaman ni melatih kaki terutama sekali di bahagian bawah peha. Buat cukup lama, cabar diri.  Korang akan rasa seperti bahagian bawah peha (dan peha) seperti membakar. That’s good. Senaman ni juga boleh mengecilkan perut di bahagian bawah pusat.

Boleh juga buat dari sisi. Mengiring berbantalkan lengan. Lepas tu angkat kaki. Buat seberapa banyak yang boleh untuk kaki kiri dan kanan.

Buat sebanyak mana yang anda boleh. Sampai iklan habis ke. J



2.  Crunches

Bicycle Crunch





Yang ini korang boleh buat perlahan-lahan. Buat kiraan 10, rehat kiraan 8. kiraan 10, rehat kiraan 8. Buat berkali-kali. Jangan buat sampai dah tak boleh buat. Buat maksima sehingga korang rasa macam dah capai 80% kemampuan diri. Ini akan melatih bahagian perut (abdomen) . Senaman ini patut dibuat paling akhir sekali kalau anda ingin membuat lain-lain senaman. Variasi senaman ini ialah “side crunch”.


3. Floor Scissor Abs



Senaman ni memang kena buat atas lantai. Sambil tengok Mok Cun pun boleh buat. Tak susah. Ini juga senaman yang akan melatih bahagian perut. Buat sehingga kiraan 10. Boleh letakkan tangan di lantai untuk menyokong badan . Cara buatnya;
a) Pertama, baring di lantai.
b) Kemudian, angkat kaki kanan anda sehingga betul-betul 90 darjah.
c) Kemudian turunkan sedikit demi sedikit sehingga kaki anda berada di lantai.
d) Kemudian angkat kaki sebelah kiri pula.



4. Wall Squats



Sambil layan Melodi kat TV3 pun boleh buat ni. Korang sandar ke dinding. Kemudian,  perlahan-lahan turunkan badan sehinggakan berada dalam posisi seperti duduk di atas kerusi. Ala…yang macam cerita Allahyarham P Ramlee tu..duduk atas kerusi angin kikiki…Haa…dah dapat bayangkan kan kan kan…

Cuba kekalkan posisi ni selama 10 saat kemudiannya rehat selama 1 minit. Kemudian ulang dan ulang lagi. Sehingga 10 kali.


5. Berpusing-pusing Semasa Duduk

Ni lagi best. Macam alat senaman yang jual kat tv tu. Sambil duduk, pusing badan kanan kiri. Letak tangan di pinggang,  kemudian pusing ke kiri perlahan-lahan. Kemudiannya pusing ke kanan perlahan-lahan. Ini sangat mudah. Boleh buat berkali-kali . Kalau rasa senaman pusing-pusing ni ringan sangat, boleh letakkan beban untuk membakar lebih kalori. Contohnya  dumbbell atau susunan kamus dewan ke…baru la ada timbul otot-otot kat lengan..sado gitu




Banyakkan senaman yang boleh buat depan TV? Tak payah keluar rumah pun boleh bersenam. Maksimumkan penggunaan masa. Jangan membazir J  Senaman sebenarnya adalah untuk memastikan setiap otot kita bekerja. Walaupun ada senaman di atas adalah sangat mudah, ia memastikan anda tidaklah hidup secara pasif.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...