Tuesday, March 31, 2015

Risiko Kanser Pada K.I.T.A

Setiap individu berisiko. Ayuh berwaspada sebelum ia merebak. 

6 Tips Bantu Merencatkan Sel-Sel Kanser :

1) Gula | Gula merupakan makanan kepada sel kanser. Dengan berhenti mengambil gula, anda sebenarnya telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang terpenting untuk sel kanser. Stevia, manisan tanpa kalori boleh digunakan sebagai alternatif kepada penggunaan gula.

2) Persekitaran Berasid | Sel kanser hidup dalam persekitaran yang asidik. Makanan berasaskan daging adalah bersifat asidik. Mengurangkan segala makanan yang berdaging terutamanya daging merah merupakan langkah yang bijak. Di kebanyakan ladang ternakan, haiwan-haiwan ternakan disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran bagi mempercepatkan kadar penghasilan daging.

3) Segar | Diet yang terdiri daripada sayuran segar, buah-buahan dan kekacang adalah tabiat pemakanan yang sangat baik. Ini kerana, makanan tersebut akan menukarkan tubuh kepada persekitaran yang lebih beralkali.

4) Kafein | Kurangkan kekerapan pengambilan kopi, teh dan coklat yang mengandungi kafein yang tinggi. Teh hijau merupakan pilihan lebih baik dan mempunyai khasiat melawan kanser. Bagi air kosong pula, minum minuman yang telah ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan toksin dan logam yang terdapat dalam air paip memasuki tubuh kita.

5) Senaman | Senaman secara berkala dapat membantu meningkatkan sistem imun dan menggalakkan pengaktifan stem sel dalam tubuh yang bertindak melawan sel-sel kanser.

6) Suplemen | Makanan tambahan seperti antioksida, resveratrol, vitamin dan mineral mampu membina sistem imum (pertahanan badan melawan penyakit) bagi membolehkan sel-sel pembunuh di dalam tubuh menghapuskan sel-sel kanser. Vitamin E terkenal sebagai pembunuh sel iaitu sat kaedah bagi tubuh menghapuskan sel-sel yang rosak atau tidak diperlukan secara normal.


Kanser merupakan  salah satu penyakit spiritual, mind dan tubuh. Pemikiran proaktif dan positif sangat membantu melawan penyakit ini. Sikap negatif seperti pemarah, sering kecewa dan pendendam dan stress meletakkan tubuh anda dalam situasi lebih stress dan dalam keadaan asidik. 


Salam sayang.


Wednesday, March 25, 2015

Kisah Magis 2 : Deng! Awning renyuk Kembali Licin

Alkisah..satu pagi yang damai..bangun ..solat subuh ...lepas tu terus masuk dapur seperti biasa. Mengemas . Memasak sarapan ala kadar je..menu sarapan ahri ni, nasi goreng tom yam.

Tumis bawang merah, bawang putih, masukkan 1 1/2 sudu perasa tom yam segera, perasakan dengan garam..tumis..kacau rata. Kemudian masukkan nasi lebihan malam tadi...kacau-kacau siap!

Lepas sarapan, rendam kain baju sebakul.. tekan macam biasa..Rendam dalam sejam guna detergen Fresh Laundry lepas tu basuh seperti biasa. Kotaknya kecil. Pakai cuma sikit je. Mesin basuh kat rumah muatan 8.5kg, cuma masukkan 1 sudu besar sahaja untuk satu muatan penuh. Jimat sungguh. Organik pula tu. Aku guna serbuk ni untuk basuh basuh baju-baju kat rumah. Lebih-lebih lagi baju si kecil..al maklumlah dah mula makan..memang agak comot :) .



Bila mesin dan menyayi, menandakan basuhan dah selesai. Boleh keluarkan dan sidai...Alangkah terkejutnya....tudung awning yang sepatutnya handwash dah tersilap masuk dalam mesin basuh sekali...apa lagi..renyuk seribu la bahagian awning tu...hancussssnya hatiku..huhuhu...

Nak kata apa, nasi dah jadi bubur. Bila kering..aku pun angkat dari ampaian dan gosok seperti biasa guna air Basic H. Lagi sekali terkejut...tapi memang sungguh tak sangka..awning yang renyk seribu kembali licin. Ya Allah, syukur Alhamdulillah. Selamat tudung aku :)



Makro kedut dah hilang weweeee...syukur ..syukur. Dah boleh pakai semula..kalau tak, tak tahu nak buat apa dengan tudung kesayangan ni.


Dengan magis yang kedua ni...membuatkan aku jatuh cinta kedua kali dengan Basic H. Terkenal dengan kelebihannya sebagai pencuci lantai, tak sangka boleh menlicinkan kedutan pada pakaian kesayangan kita. Molekul Basic H ni jauh lebih kecil dari molekul air hingga boleh meresap jauh ke dalam benang pakaian hingga boleh melicinkan gosokan.

Ada yang ingin cuba?
Boleh call atau Whatsapp di nombor 017 7001749.

Semoga membantu.



Thursday, March 19, 2015

Kisah Magis 1 : Deng! Sayur Lecur Kembali Bugar

Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Koleksi Peribadi

Alkisah ..satu hari saya ke kedai runcit membeli sayur. Al maklumlah..saya ibu yang gigih menyusukan baby..hhi...mestilah kuat makan sayur. Sayur pilihan tentulah sayur sawi. weeeee...Sekilo cuma RM3. Murah sahaja. Tapi banyak khasiatnya..antaranya membanyakkan susu badan. Memang niat saya untuk susukan Syaraf dengan susu badan sebanyak dan selama yang mungkin. Semoga dipermudahkan Ya Allah.

Lepas tu ternampak ulam..daun kesum..memang sedap buat laksa, asam rebus, asam pedas..makan macam tu pun sedap juga. Tapi.. daun kesum tu lampak layu tak bermaya..walhal dok dalam peti ais , suhu rendah..patutlah kita kalau dok dalam aircond , kulit boleh kedut kerepot cepat.



Ulam kesum kecut kerepot. Kasihan..Jap kasi rendam dalam tab mandi ..mandian Basic H 


Tapi dah memang nak makan..saya pun beli juga. Baik hati tuan kedai tu. Dia kira duit sawi je. Ulam kesum free ..Alhamdulillah. Senyum sampai tak muat muka hhikhik..


Balik..saya uruskan anak2 dulu. Lepas tu terus ke dapur..macam biasa, sayur rendam dengan Basic H dulu..masak tumis air, rencah ikan bilis je. Very simple yet so shiidap..


Sedang dalam "bath tub".. 


Kesum lecur tadi saya rendam dengan Basic H juga..kasihan..memang layu sungguh..kuruusss.. So, hajat nak makan nasi panas dengan ulam kesum tadi terpaksa dilupakan huhuhu...

Dalam sejam masuk dapur jenguk cik kesum layu tadi...alangkah terkejutnya ...tapi gembira bukan kepalang. Kesum lecur bertukar bugar.



Kesum lecur kembali remaja . Baru berselera nak makan..nyum..nyum..:)





Alhamdulillah. Tertunai juga hajat di hati nak makan ulam kesum dengan nasi panas.

Saya gunakan Basic H dalam pelbagai kerja-kerja harian..
- Mencuci ikan sayur
- Mencuci dapur gas
- Mencuci lantai
- Mengelap tingkap
- Membersihkan kereta
- Membersihkan kasut sekolah anak
- Mencuci periuk yang berjelaga
- Mengembalikan seri tudung awning (melicinkan kembali awning tudung yang renyuk)
- Membersihkan kesan tar pada cat kenderaan










Saturday, March 7, 2015

Makan 15 Cawan Sehari? Boleh ke Boleh ?

"Yen Ching - Mata "

Alhamdulillah..Sejak abang Syaha bersekolah di tadika cina ni, ibu pun masuk tadika sama, bezanya ibu tak payah bayar yuran, 2 in 1. Belajar dari rumah..dalam keadaan yang santai sahaja.

Diam tak diam banyak juga vocab yang ibu dan Abang Syaha belajar bersama. Sambil-sambil je..tak boleh dipaksa, nanti stress hihi...terus hilang minat nak belajar.

Bila nak suruh mandi.." Abang Syaha...chong liang..khuai tien"
Terdengar Abang Syaha sahut " Mandi ye ibu..nanti ye..."

Bila nak suruh menulis pula" Syaha, kkhuai tien sieh "
"Cepat tulis kan ibu" pantas Syaha men"translate"

Alhamdulilah.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Walaupun bermula lambat sebulan disebabkan pembedahan apendiks di awal tahun tempoh hari, "pick up" Syaha pantas.

Sekilas pandang, cepat Syaha tangkap. Sejak lancar membaca, Syaha menunjukkan minat yang sangat tinggi terhadap apa-apa sahaja yang boleh dieja.

Hatta dalam kereta sekalipun, Syaha suka membaca no plat kenderaan. Kebetulan Syaha memang sangat minat kereta. Sambil menyelam, sambil minum air. Aku dan En Hasben suruh Syaha -membaca no plat kenderaan di hadapan. Kadang-kadang di depan kereta kami, kadang-kala pada kereta yang agak jauh. Kami juga berlumba membaca no plat tersebut, "chalange" siapa yang lebih pantas.

Dari situ boleh melihat dari pelbagai sudut.
- Ketajaman pengelihatan.
- Kepantasan bertutur
- Daya ingatan

Di samping bermain, dapat belajar dalam suasana yang seronok sambil bergelak ketawa sambil menghilangkan ngantuk jika berjalan jauh. Kalau dulu, masa Syaha umur 4 tahun, Syaha suka menyebut pelbagai kenderaan yang dilihatnya di sepanjang perjalanan.

"Bajak, cekadak, kereta, keretapi, motor, kapal terbang, kren" ..hihi...macam-macam. Syaha  tidak pelat dari kecil kerana aku dan En Hasben tidak pernah bercakap pelat dengannya. Lama kelamaan, Syaha sendiri bertutur yang sama.

Kami juga tidak membeli makanan dan minuman ringan kepadanya. Melainkan ia memperolehi dari sekolah semasa majlis hari jadi kawan-kawannya. Kalau kami sendiri, kalau ke kedai memang Syaha dan Syarif tengok dan belek-belek je mainan kat kedai. "Ibu, ni jajan kan? Tak elok makan kan ibu? Ibu nak ni la..(sambil tunjuk roti atau biskut) " Ibu angguk je. Kalau mainan atau buku-buku kami "tapis" sikit. Ye la..semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak mereka kan?

Umur 0 - 6 tahun , umur yang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. Daya ingatan diorang sangat kuat. Menyerap apa sahaja, macam span. Baik buruk, hitam putih..semua sedut macam vacum. Kita sebagai ibu bapa yang kena tegas. Tapi bukan garang, keras atau bengis,. Sebut memang senang, melakukannya belum tentu mudah.

Tetapi, ini proses pembelajaran untuk kita. Menajamkan skil kita dalam mendidik anak-anak di samping belajar untuk faham dan memahamkan mereka apa yang betul dan sebaliknya.

Kalau rancangan kartun atau animasi, kami cuma beri dan belikan cd Upin Ipin. Syaha , Syarif minat sangat Upin Ipin. Rasanya, tidak ada kanak-kanak yang tak minat dengan ikon besar ni. Kalau tengok kartun sambil makan, jawabnya sejuk la makanan terbiar hihi..

Kartun lain yang kami beri tengok; Big Hero 6, Finding Nemo, Seafood, Ratatauille, Shrek, Ice Age.. but no Ultraman, Batman, lebih-lebih lagi kartun-kartun yang ganas, bertumbuk, menjolok mata..No No No..pu yao..pu yao..pu yao. Kalau tengok cerita yang ada aksi berlawan, tembak-tembak diorang akan kata " Ni cerita ayah. Tak boleh tengok cerita ni" Hahaha..

Kami juga bantu dari segi suplemen. Saya beri multivitamin. Satu hari makan satu. Jadikan rutin ..Alhamdulillah ..sudah menjadi kebiasaan. Bila tak ingat makan waktu pagi, petang nanti mesti ingat. "macam aaaadaa yang tak kena" kalau tak makan.




Vita Lea for kids..memang sedap dikunyah. Rasa anggur. Tapi saya tak bagi gigit..kunyah je :)



Boleh ke kita beri anak kita makan semua ni dalam sehari utnuk memenuhi keperluan vitamin mereka seharian? Tak mungkin kan.. Muntah hijau nak makan semua ni dalam sehari huhu...


3 gelas susu, 10 sudu besar peanut butter , 180ml jus oren mungkin boleh ...
Tapi mungkinkah ....15 cawan bayam, 4 cawan brokoli, 65 cawan tauge, 15 cawan cantaloupe? ..rasanya susah juga. Mau terduduk nak telan semua tu..

Apapun, saya start dengan kesihatan mata terlebih dahulu...kata orang, dari mata turun ke hati gitewww..hehehww..

In Sya Allah saya akan kongsikan di entri yang lain pula nanti ya.

Semoga perkongsian kecil dari saya hari ini membantu ibu bapa di luar sana dalam menjayakan pendidikan anak-anak kita. Sama-sama kita berkongsi ilmu yang kita ada. Ilmu di dada sekadar pinjaman. Sementara ada umur, dan ianya mendatangkan manfaat pada semua why not kita sama-sama berkongsi. 

Kecil pada kita, mungkin memberi impak besar dan membuka mata untuk melihat ruang dan peluang untuk anak-anak diluar sana untuk berjaya.


Semoga Membantu



















Thursday, March 5, 2015

Hati-Hati Dengan Alfalfa & Vita E Shaklee

Berhati-hati dengan Alfalfa dan Vitamin E Shaklee, Merbahaya Kepada Hubungan Suami Isteri
==============================================================

Menggemparkan!!

Hanya berpunca dari Alfalfa Complex dan Vitamin E yang juga heboh dengan pelbagai gelaran yang HOT seperti vitamin cinta, vitamin intimasi, vitamin suami isteri, vitamin hangat, vitamin honeymoon dan macam2 lagi.

Keluhan seorang isteri " hubungan kami suami isteri sudah berubah" Luah si isteri lagi, kami sudah lama mendirikan rumah tangga,  tetapi sekarang suami saya dah berubah.. suami semakin miang..saya  perempuan, sejauh mana saya mampu kawal"

Sambung isteri lagi.. "Tetapi saya rasa sangat gembira dan teruja . Perubahan ini memberi nafas baru dalam perhubungan kami suami isteri; kami lebih erat, kuasa grip memang berbeza dari sebelum ini. Suami memang miang tetapi miang dengan saya, hihi ;) "

Amaran keras !! 

Berhati-hati dengan 2 vitamin ini iaitu Alfalfa dan Vitamin E lebih-lebih lagi jika anda suami isteri ingin mencubanya, terutamanya jika suami isteri bekerja.

Kenapa?


Anda harus berhati2 kerana penangan Alfalfa dan Vitamin E  bahaya. Bahaya kenapa ye??

1. Dikhuatiri isteri takut utk meneruskan pengambilan Alfalfa kerana terlalu grip.
2. Dikhuatiri juga suami isteri asyik berkepit seperti belangkas sampai tak dapat nak buat kerja lain. Semuanya tergendala J
3. Dikhuatiri sewaktu bekerja si suami asyik teringatkan (angau)  si isteri  dan isteri asyik teringatkan suami. Kerja pun tidak tenang. Silap-silap kena amik cuti separuh hari pula.
4. Dikhuatiri pasangan suami isteri jarak jauh tidak dapat menunggu sehingga hujung minggu untuk berjumpa. Kalau boleh ingin jumpa hari-hari


Jom tengok macam mana rupa Alfalfa tu..macam rumput ke? tauge ke? hihi...






Testimoni-testimoni:
















Jika berminat bolehlah membuat tempahan di 017 700 1749 (sms/ Whatsapp) juga boleh PM saya di fb Izzah Razak.


Semoga Membantu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...