Tuesday, March 31, 2015

Risiko Kanser Pada K.I.T.A

Setiap individu berisiko. Ayuh berwaspada sebelum ia merebak. 

6 Tips Bantu Merencatkan Sel-Sel Kanser :

1) Gula | Gula merupakan makanan kepada sel kanser. Dengan berhenti mengambil gula, anda sebenarnya telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang terpenting untuk sel kanser. Stevia, manisan tanpa kalori boleh digunakan sebagai alternatif kepada penggunaan gula.

2) Persekitaran Berasid | Sel kanser hidup dalam persekitaran yang asidik. Makanan berasaskan daging adalah bersifat asidik. Mengurangkan segala makanan yang berdaging terutamanya daging merah merupakan langkah yang bijak. Di kebanyakan ladang ternakan, haiwan-haiwan ternakan disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran bagi mempercepatkan kadar penghasilan daging.

3) Segar | Diet yang terdiri daripada sayuran segar, buah-buahan dan kekacang adalah tabiat pemakanan yang sangat baik. Ini kerana, makanan tersebut akan menukarkan tubuh kepada persekitaran yang lebih beralkali.

4) Kafein | Kurangkan kekerapan pengambilan kopi, teh dan coklat yang mengandungi kafein yang tinggi. Teh hijau merupakan pilihan lebih baik dan mempunyai khasiat melawan kanser. Bagi air kosong pula, minum minuman yang telah ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan toksin dan logam yang terdapat dalam air paip memasuki tubuh kita.

5) Senaman | Senaman secara berkala dapat membantu meningkatkan sistem imun dan menggalakkan pengaktifan stem sel dalam tubuh yang bertindak melawan sel-sel kanser.

6) Suplemen | Makanan tambahan seperti antioksida, resveratrol, vitamin dan mineral mampu membina sistem imum (pertahanan badan melawan penyakit) bagi membolehkan sel-sel pembunuh di dalam tubuh menghapuskan sel-sel kanser. Vitamin E terkenal sebagai pembunuh sel iaitu sat kaedah bagi tubuh menghapuskan sel-sel yang rosak atau tidak diperlukan secara normal.


Kanser merupakan  salah satu penyakit spiritual, mind dan tubuh. Pemikiran proaktif dan positif sangat membantu melawan penyakit ini. Sikap negatif seperti pemarah, sering kecewa dan pendendam dan stress meletakkan tubuh anda dalam situasi lebih stress dan dalam keadaan asidik. 


Salam sayang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...