Wednesday, April 15, 2015

Masa Kian Suntuk

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmatNya yang tidak terhingga, tak mampu saya ungkapkan, tak terbalas rasanya. Sekadar menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya. In shaa Allah.

Alhamdulillah. Saya bersyukur dapat membesarkan dan melihat anak-anak membesar di hadapan mata. Membesar dan mendidik mereka dengan kedua tanganku, kudratku Ya Allah. Melihat mereka sejurus bangun dari tidur, menyiapkan sarapan, makanan dan minuman pertama yang masuk ke dalam perut mereka.

Peluang sebegini mungkin tidak dinikmati oleh ramai orang. Ramai ibu bapa yang bekerja untuk menyara kehidupan dan mencari rezeki. Tetapi bagi ibu bapa yang bekerja, anak-anak terpaksa dserahkan di bawah jagaan pusat asuhan atau nurseri. Tidak kira mahal atau murah. Tanpa kita sedari, masa kita bersama mereka semakin berkurang.

Saya juga begitu. Bekerja 5 hari seminggu. 10 jam sehari. Setiap hari terpaksa bangun seawal 6 pagi untuk menyiapkan diri dan anak-anak. Kadang-kadang tidak sempat siapakn sarapan pun hatta diri sendiri pun terpaksa bersarapan lewat pagi di tempat kerja.

Kadang-kadang anak belum sempat buka mata, sudah diangkat ke dalam kereta untuk dihantar ke tempat asuhan. Tu belum cerita lagi, belum sempat mandi, belum sempat makan sarapan. Sampai di tempat asuhan, kanak-kanak ramai. Tenaga pengajar belum tentu mencukupi untuk melayani karenah mereka. Entah jam berapa baru disuapkan makan.

Melepaskan Batuk Di Tangga 

Pengalaman saya dulu, menghantar anak di nurseri, memang serba serbi belum. Belum mandi, belum sarapan (minum susu pun tak sempat lagi) . Kat nurseri nanti ramai. Anak kita tah bila dimandikan. Dipedulikan ke tak? Entah jam berapa baru nak suap makan? Mandi macam mana, ramai-ramai atau ada yang perhatikan? Hari ibu gundah. Pelbagai persoalan bermain di kepala. Sampai ke tempat kerja masih berfikir.

Sampai di rumah dah maghrib. Letak beg, tanak nasi. Anak menangis minta nasi kelaparan (masa tu anak saya dah pandai cakap). "Ibu, nak nasi, lapar"

Ya Allah..tak makan ke di nurseri tadi? Ibu nak ambil wudhu pun tak menyempat. Waktu maghrib dah la pendek. Kalau maghrib dulu nanti, terdengar tangisan anak, jadi tak sampai hati. Solat pun tak kusyu'. Nak tak nak terpaksa masu masak lauk seringkas mungkin. sayur tumis , telur goreng atau ikan masak pindang selalu jadi menu pilihan sebab mudah dan ringkas. 10-15 minit dah siap hidang. Lepas tu hidang siap2 dalam pinggan anak. Kalau lauk ikan, buangkan tulang siap-siap dan gaul rata. Nasib anak pandai suap sendiri. Lepas tu baru boleh solat dengan tenang.

Sebab pernah berlaku anak saya tak dimandikan. Masa dijemput pulang masih memakai pakaian pagi. Dua pasang baju yang dibekalkan tak berusik. Selang beberapa hari selepas tu, anak saya kena jangkitan kuman pada kulit. Bila dibawa  ke klinik, doktor mengesahkan terkena jangkitan dan kurang penjagaan kebersihan. Anak saya juga tidak dibenarkan di hantar ke nurseri kerana dikhuatiri menjangkiti kanak-kanak lain. Saya terpaksa mengambil cuti selama seminggu menjaga anak saya di rumah. Pihak nurseri menuduh kami yang cuai. Kami redha. Saya rasa pihak nurseri yang tidak menjalankan kerja mereka dengan betul. Mereka mengabaikan penjagaan kesihatan anak-anak di bawah jagaan mereka. Selang beberapa hari, saya dapat tahu yang ada kanak-kanak lain juga menghidapi masalah yang sama seperti anak saya juga. Tidak dimandikan. Jadi memang betul sangkaan kami, pihak nurseri yang lalai. Cuma melepaskan batuk di tangga sahaja.

Jika mandi pun mereka tidak boleh nak pantau, apa lagi bab makanan? Masa tu anak saya agak memilih makanan. Kalau tidak kena dengan selera, maka dia tidak akan makan. Jadual makan pihak nurseri pula sudah ditentukan. Semua kanak-kanak akan disuapkan dalam satu masa yang sama. Mereka duduk dalam satu bulatan dan disuap seorang demi seorang. Takkan dek kerana seorang kanak-kanak yang tak mahu makan, yang lain pun kelaparan? Pasti yang tidak mahu makan tadi tidak akan dilayan. Lalu terbiar kelaparan. Tiba masa dah rasa lapar, masa makan pun dah habis. Permintaan anak kecil tadi takkan dilayan

Kesuntukan Masa

Masa di rumah bersama mereka juga amat suntuk. Pulang dari kerja jam 6 petang. Balik dalam keadaan jalan "jem". Semua berpusu-pusu mahu pulang cepat ke rumah. Balik sudah maghrib. masak dan solat..sekejap je dah Isya'. Kadang-kala anak kepenatan dalam saya mengharung kesesakan lalu lintas. Pulang ke rumah, saya terus mengangkat mereka masuk ke dalam bilik. Terus tak menguit. Lena hingga ke pagi. Malam tu saya menangis kerana langsung "tidak erjumpa" anak-anak seharian. Bayangkan masa diangkat ke dalam kereta, mereka masih belum celik mata. Bila nak pulang, mereka terlena pula dalam kereta.

Masa begitu pantas berlalu. 4 tahun bukan suatu sama yang singkat. Masa berkualiti dengan aanak adalah dalam tempoh umur mereka dari lahir hingga 5 tahun. Pada usia mereka menjejakkan kaki ke alam tadika, suku hari sudah habis di sekolah. Kitika mereka melangkah ke sekolah rendah pula, separuh hari sudah lenyap. Yang tinggal cuma waktu malam yang hanya berbaki 2 hingga  jam sebelum mereka melelapkan mata.

Sampai bila?

Sampai bila ibu akan membiarkan permata hati ibu dijaga oleh orang lain?
Sampai bila ibu sampai hati membiarkan nyawa ibu dibesarkan dari lebar kaki dua jari tiba-tiba hampir sebesar telapak tangan ibu?








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...