Thursday, April 16, 2015

Drastik Vs Plastik

Zaman sekarang kita disuapkan dengan yang..
- Drastik
- Pantas kilat
- putih mulus sepantas 2 minggu
- Spray, sapu, tak perlu senam dah boleh kurus

Tolong
.
Tolong.
.
Tolong
.
.
Memang kalau boleh kita memang nak tengok kesan yang PANTAS dengan usaha
yang SANGAT MINIMUM.
Jika difikirkan dengan akal yg logik..semua tu tak mungkin tercapai.
JIka boleh sekalipun, akan mendatangkan kesan yang mudarat.
Nak cantik cepat, tapi mudarat yang kita tanggung lama..makan bulan, makan tahun...
Nak sembuhkan kita terpaksa keluarkan sejumlah wang yang banyak, masa yang banyak, tenaga yang banyak untuk menyembuhkannya.
Seeloknya biar logik
Baca testimoni
Baca akhbar
Tanya pakcik gugel
Jangan tipu diri sendiri.
Zaman saya sekolah dulu..semua guna yang alami.
Basuh muka guna air beras, sapu kunyit, tenyeh pisang, tenyeh betik.
Serius cantik, halus, mulus, tapi kena rajin tepek, buat setiap hari.
Panjang celoteh mak jemah petang hari ni.


Petikan akhbar minggu ini.




Jangan tertipu
Jangan hipokrit

Setiap hasil baik yang kita inginkan pasti memerlukan minat dan kesungguhan. Fikir secara logik. Jika kita mempunyai masalah kulit yang agak teruk, ia tidak mungkin terjadi dalam sehari dua. ia memakan masa untuk menjadi begitu.

Begitu juga penyelesaian untuk memulihkannya semula. Ia perlu dirawat dari luar dan dalaman. Ikhtiar pada luaran, kita boleh menyapu krim, memakai "sun block", menghindarkan cahaya matahari selepas jam 10 pagi kerana pendedahan kulit pada kadar uv yang yang tinggi boleh mengakibatkan masalah kulit menjadi semakin serius. Mencuci muka dengan kerap 

Dari dalaman, kita boleh meningkatkan pengambilan vitamin dan minum banyak air. Sebolehnya yang bertapis. Pengambilan vitamin seperti vitamin A, C E, resvetartol dan kolagen mampu meningkatkan kesihatan kulit dari dalam. Sekali lagi, pilih yang semulajadi.

Jadilah pengguna bijak.

Usah terpedaya.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...