Wednesday, March 26, 2014

13 Makanan Super

Teks: Nor Razfizah Abd Razak


13 Makanan Kaya Vitamin C Berbanding Oren

Kita sering mengambil Vitamin C setiap kali kita menghidapi batuk dan selsema. Kajian mendapati bahawa pengambilan Vitamin C tidak dapat menghalang selsema. Pengambilan supplement yang tepat menolong mempercepatkan proses penyembuhan penyakit dan mengurangkan simptom penyakit.


1- Cili Merah

Setengah cawan cincangan atau potongan dadu cili merah membekalkan 107.8mg Vitamin C. Tambahan pula, kandungan capsaicin di dalamnya membantu meredakan masalah sendi dan otot.


2- Lada Benggala Merah


Secawan penuh cincangan lada benggala merah mengandungi hampir 3 kali ganda vitamin C dari sebiji oren - 190mg sahaja . Lada benggala merah juga merupakan sumber Vitamin A yang baik menyokong kesihatan mata.


3- Lada Benggala Hijau

Secawan penuh cincangan lada benggala hijau mengandungi kurang vitamin C , 120 mg, tetapi masih memenuhi 200% keperluan harian anda. Lada benggala hijau juga merupakan sumber serat yang baik.


4-Kailan

2 kali ganda saranan pengambilan harian Vitamin A anda dan 7 kali seranan penambilan Vitamin K, secawan hidangan kale mengandungi 80.4 mg Vitamin C.


6-Brokoli

Sayuran ini mengandungi 132 mg Vitamin C dengan tambahan serat Cuma sebanyak 30 kalori dalam satu hidangan. Tambahan kajian menunjukkan brokoli mempunyai khasiat anti-kanser


7- Betik

Kajian menunjukkan pengambilan betik membantu melegakan selsema, mencerahkan kulit dan menguatkan tulang. Satu cawan hidangan menghidangkan 88.3 mg Vitamin C.


8- Strawberi

Secawan buah super ini mengandungi 84.7 mg Vitamin C dengan tambahan asid folat bagi menyokong kesihatan jantung. Ia juga membantu memutihkan gigi secara semulajadi.

9- Kubis Bunga

Membekalkan 127.7 mg Vitamin C dengan tambahan 5 gram serat dan 5 grams protein. Boleh dimasak menggunakan kaedah panggang atau kukus bagi mengekalkan khasiatnya.

10- Tauge

Padat dengan khasiat anti kanser, fito nutrients dan serat. Ia mengandungi 74.8 mg Vitamin C.


11- Nanas

Padat dengan 78.9 mg Vitamin C, nanas mengandungi “bromelain” iaitu sejenis enzim pencernaan yang membantu memecahkan makanan dan mengurangkan kembung. “Bromelain” juga bertindak sebagai anti-inflamasi semulajadi.


12-Kiwi

Satu hidangan kiwi (lebih kurang 2 biji) membekalkan 137.2 mg Vitamin C. Buah yang kaya jus ini juga kaya dengan mineral potassium and kuprum.


13- Mangga

Buah tropika ini membekalkan 122.3 mg Vitamin C. Mangga merupakan sumber yang kaya Vitamin , seperti Vitamin C yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan imuniti tubuh dan mengekalkan kesihatan mata.


Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam





Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vitamin C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.

Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan. Ia tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...