Wednesday, March 19, 2014

Aku Sebiji Telur

Bagi peminat telur.... Tahukah anda sebiji telur kaya dengan khasiat, ibarat sebiji MULTIVITAMIN . Kalau masih was-was, sila baca info di bawah. Mana tahu ia berguna untuk anda. Tak rugi apa2 pun, kalau anda ingin mengetahuinya lebih lanjut.

1. Sebiji telur sehari membantu mengelakkan penyakit mata (makuladegeneraton) kerana kandungan karotenoid yang mudah didapati di dalam telur.

2. Telur mengelakkan penyakit katarak mata kerana kandungan lutien dan zeaxanthin (sejenis karotenoid)

3. Sebiji telur mengandungi 6 gram protien berkualiti tinggi dan 9 keperluan asid amino.

4. Menurut kajian Harvard Medical School, tiada sebarang kaitan berkanaan pengambilan telur dengan penyakit jantung. Pengambilan telur secara teratur membantu mengelak darah beku, strok dan jantung.

5. Sebiji kuning telur mengandungi 300 mikrogram Choline iaitu nutrisi penting yang membantu mengawal otak, sistem kardiovaskular dan sistem saraf.

6. Telur terdiri daripada lemak baik. Sebiji telur hanya mengandungi 5 gram lemak dan 1.5 gram lemak tepu.

7. Kajian terbaru menyangkal kepercayaan bahawa telur penyebab kolestrol tinggi. Sebaliknya, memakan telur setiap hari tidak akan menjejaskan kesihatan kerana lemak pada telur adalah lemak tepu.

8. Telur adalah satu-satunya makanan yang mengandungi vitamin D semulajadi.

9. Telur juga berkemungkinan membantu dan menghalang kanser payudara kerana menurut kajian, wanita yang mengambil sekurang-kurangnya enam biji telur seminggu mampu merendahkan risiko penyakit itu.

10. Kandungan sulfur, vitamin dan mineral yang tinggi dalam sebiji telur menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat.


Cegah Sebelum singgah

Salam Sayang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...