Tuesday, February 10, 2015

Penutup 2014 di Hospital

Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Koleksi Peribadi

Demam 3 hari tak mhu kebah. Jalanku terhuyung hayang. Kadangkala seakan berjalan di atas angin..terawang-awang..terhuyung-hayang. Namun aku gagah juga memasak untuk anak-anakku yang masih bercuti sekolah. Suasana hingar di rumah membuatkanku semakin pening.

Bila malam tubuhku menjadi seram sejuk. Menggigil kesejukan. Walaupun sudah menarik toto, kesejukan masih terasa. Aku masih menyusukan anakku yang berusia 4 bulan. jadi, aku tidak berani pengambil pil penahan sakit banyak. Aku cuma mengambilnya sekali di waktu pagi. Selebihnya aku cuma mengambil multivitamin. Ternyata kuman yang menyebabkan aku menjadi demam amat kuat. Suhu badanku tidak berkurang, malah semakin meningkat.

Akhirnya, masuk hari ketiga, aku menjadi semakin lemah. Kerja-kerja rumah terbengkalai. Aku cuma terbaring di dalam bilik. Lantas aku mengambil keputusan untuk ke hospital yang berdekatan. Setibanya di bahagian kecemasan, jururawat terus memeriksa dan mengambil darah untuk diuji.

Belakang tanganku dimasukkan "drip" untuk dimasukkan air dan ubat. Nasib baik aku mempunyai insuran. Jadi semua urusan siap dalam masa setengan jam sebelum aku dimasukkan ke wad. Inilah pengalaman pertamaku dimasukkan ke wad selain dari masa bersalin.



Keesokan paginya aku diberitahu keputusan ujian darah yang aku disahkn menghidap demam denggi. Paras platlet dalam darah jatuh kepada 77 sahaja (paras normal 150 ke atas). 

3 hari ditahan di wad, aku dikehendari merekodkan kuantiti air yang diminum, dibuang melalui air kencing dan najis. Rekod ini dipantau oleh jururawat dan doktor untuk mengetahui samada air yang diminum mencukupi.

Memang kerjaku di wad tu minum ..minum...minum.. Dalam sejam aku akan ke tandas sebanyak 3 hingga 4 kali. Cuma waktu malam aku kurang minum sebab tidur. Aku ada juga minum minuman isotonik 100 Plus. Selain itu aku minum air masak, dan kuah-kuah masakan seperti sayuran dan bubur. Aku juga mengambil Shaklee Sustained Release Vitamin C dan Performance Drink.

Kedua-dua suplement ni memang membantu. Ini kerana aku kerap membuang air menyebabkan tubuh kekurangan air. Vitamin C juga terbuang kerana Vitamin C sejenis Vitamin yang larut air. Aku ambil 4 biji Vitamin C setiap hari

Alhamdulillah. Bacaan platlet meningkat naik dalam sehari setengah , dari 77 naik ke 110. Aku dibenarkan pulang setelah 4 hari "berkampung" di hospital.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...