Wednesday, October 15, 2014

Syarif & Suplemen

Syarif minum Mealshakes sejak umurnya 2 tahun hingga sekarang umurnya 4 tahun lebih masih minum susu + Mealshakes. Masa kecil minum Mealshakes campur dalam susu botol. Sekarang dah sekolah botol dah buang hihi..bye bye botol.. Syarif minum Mealshakes + koko setiap hari.

Kesannya, Syarif yang dahulunya hampir terkena asma sekaranag hampir sembuh sepenuhnya. Tiada lagi nafas berbunyi yang merisaukan saya. Saya juga beri Nutriferon untuk meningkatkan daya imun (daya tahan tubuh melawan penyakit)

Syarif yang dulu selalu menangis setiap kali buang air besar di tandas, najisnya keras dan terpaksa berdiri kerana terlalu lama di dalam tandas, sekarang tidak lagi. Kalau dulu, setiap kali nak buang air besar Syarif akan cuba tahan, sampai dah dah tahan sangat baru masuk tandas. Dah masuk tandas, lambat pula keluar. Buang air dalam keadaan berdiri menangis-nangis. Saya yang tengok ni pun menangis sama. Nak marah tak jadi marah. Dah buang air besar jalan terkengkang-kengkang sebab sakit pada lubang dubur akibat najis yang keras. Tapi tu dulu, sekarang dah ok.  

Syarif dulu ada masalah kulit berkudis. Sebab kanak-kanak yang ada asma, lazimnya akan ada masalah ekzema iaitu penyakit kulit. Setiap hari akan ada kudis baru yang timbul. Kudisnya besar dan bernanah.  Selalu menggaru sehangga sukar tidur nyenyak dan terganggu dalam sesi pembelajaran di sekolah. Saya bagi Chewable Vita C & Nutriferon. Setiap hari 1 biji, pagi dan malam selepas makan. Yang Nutriferon pula 1 sachet , dua hari sekali. Sekarang kudisnya semua tiada lagi, tinggal kenangan. Yang tinggal cuma bekas kudis. Tidak lagi menggaru, malah semakin ceria dan petah di dalam kelas kerana bebas dari masalah kulit dan tidur yang cukup (kadang-kadang sampai terlebih-lebih hihi )

Selera makannya juga bertambah. Dahulu Syarif seorang yang “picky eater” . Asik memilih makanan untuk dimakan lebih-lebih lagi sayur. Sayur yang dimakan Cuma kentang. Itupun sekali sekala. Sekarang, semua sayur boleh makan, walaupun sayur berdaun hijau & batang sawi hehe..

Pendek kata, syarif anak saya yang paling banyak saya bagi makan suplemen. Sebagai ibu saya tidak sanggup melihat anak saya menghidapi apa penyakit sekalipun walaupun sekadar selsema. Dari kecil anak kita tatang, seekor nyamuk pun kita tak bagi hinggap. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Selagi mampu kita akan berusaha sedaya upaya. 

Kesan makan suplemen bukannya sehari dua…seperti anak membesar, tidak membesar sekelip mata. Kesan selepas konsisten makan makanan tambahan dapat dilihat selepas 3-4 bulan atau 1-2 tahun. Cuba lihat apa yang berubah pada diri kita sendiri atau insan-insan kesayangan kita yang memakan suplemen.

Rahsia dalam pengambilan makanan tambahan ni ialah kita kena disiplin, konsisten, istiqamah dan sabar. Sesungguhnya yang baik itu dating dari Allah SWT. Kita Cuma perlu berusaha dan berdoa. Jangan putus harap.

 Fakta yang anda perlu tahu:

- Mealshakes kaya dgn protien yang membentuk dan memulih sel-sel kulit
- Mealshakes mengandungi vitamin penting seperti A, C, E, Selenium, Zinc
- Mealshakes lengkap dengan Vitamn B, zat besi, Copper utk membina sel darah merah yg sihat seterusnya menjadikan kulit glowing
- Mealshakes tinggi kandungan serat untuk kesihatan usus seterusnya memudahkan penyerapan  nutrient-nutrien penting


Sekian sharing untuk hari ini. Semoga bermanfaat & membantu.



     


Syarif masa kena asma. Saya siap beli mesin gas (nebulizer) yang portable supaya mudah digunakan di mana-mana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...