Kini budaya hidup dan cara hidup kita telah banyak berubah. Kita mesti menyedari akan perubahan tersebut jika tidak mahu dianggap kolot. Jika selama ini, anak-anak diumpamakan sehelai kain putih.. ibu bapalah yang bakal mencorakkannya. Kini, sekiranya ibu bapa adalah kain yang bercorak, anak-anaklah pula yang seharusnya memutihkannya kembali.
Yang penting pada hari ini, bukan siapa yang mengajar siapa atau siapa yang belajar dari siapa, tetapi sikap kita dalam menghormati ilmu dan siapa yang pandai dalam bidangnya.
Tuesday, October 14, 2014
Monday, October 13, 2014
41 Topeng Gula
Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Masih terngiang-ngiang pembentangan bajet 2014 "Harga gula naik 34sen kepada RM2.84 bermula 26 Oktober 2013" .Pelbagai perasaan bercampur-baur tentang pemansuhan subsidi gula.
Ada yang risau, ada yang marah tak kurang juga yang cool. Mungkin kerana di rumah Cuma mengambil minuman segera “3 in 1”. Minuman segera ini mengandungi lebih banyak kalori berbanding minuman yang dibancuh secara manual dengan menambah sendiri gula.
Minuman ekspress menggunakan gula yang dan krimer yang banyak yang ia boleh memudaratkan kesihatan. Sekali-sekala atau kita pergi bercuti kita boleh membawa bekalan makanan dan minuman segera.
Atau jika kita ingin mengambil minuman ekspress, kita boleh menambah air yang banyak bagi menambah kecairannya bagi mengurangkan rasa manis.
Kali ni nak kongsikan pula nama-nama lain bagi gula yang diguna pakai samada dalam industri pemprosesan makanan atau minuman.
Perlu diingat dalam pada kita nak kurangkan penggunaan gula atas faktor menjaga kesihatan dan kecantikan, jangan pula lupa makanan atau minuman diproses juga "mungkin" mempunyai kandungan gula tersembunyi yang tinggi.
Gula yang boleh kita elakkan adalah yang kita nampak dengan mata kasar seperti gula pasir, gula castor, gula perang, gula merah , gula-gula dan sebagainya.
Akan tetapi, industri pemprosesan makanan dan minuman tidak boleh lari dari penggunaan gula dalam produk mereka. Ini disebabkan gula berperanan sebagai pengawet bagi memastikan produk mereka tahan lama di pasaran.
Antara nama lain yang mungkin diguna pakai bagi produk menggantikan gula atau sebagai agen pemanis dalam minuman/ makanan yang dicetak pada bungkusan produk tertentu ialah:
1) Agave nectar
2) Barley malt
3) Brown rice syrup
4) Brown sugar
5) Beet sugar
6) Black strap molasses
7) Coconut palm sugar
8) Corn sweetener
9) Cane sugar
10) Caramel
11) Carob syrup
12) Corn syrup
13) Corn-syrup solids
14) Crystalline fructose
15) Dehydrated cane juice
16) Dextrin
17) Date sugar
18) Dextrose
19) Dried oat syrup
20) Evaporated can juice crystals
21) Evaportated cane juice
22) Fruit juice concentrate
23) Glucose
24) Golden syrup
25) Gum syrup
26) High-fructose corn syrup
27) Honey
28) Inverted sugar
29) Muscavado
30) Malt syrup
31) Maltodextrin
32) Maltose
33) Maple syrup
34) Refiner’s syrup
35) Palm sugar
36) Sucanat
37) Sucrose
38) Simple syrup
39) Sorghum syrup
40) Treacle
41) Turbinado
Jadi, sebagai pengguna bijak kita mesti sentiasa meneliti label setiap produk untuk mengetahui berapa kuantiti gula atau agen pemanis lainnya yang diguna pakai dalam sesuatu produk tersebut.
Tarikh luput juga perlu dilihat bagi mengetahui kadar gula atau agen pemanis yang ditambah ke dalam produk tersebut. Kebisaannya, lebih lama tarih luput tersebut, kadar gula atau agen pemanis yanh ditambah juga lebih banyak.
Nak sihat bukan sekadar kita kurangkan bilangan sudu gula yang digunakan dalam makanan/ minuman tapi juga kita perlu prihatin kuantiti gula dan kaum kerabatnya dalam setiap produk siap proses lainnya yang kita ambil.
Sunday, October 12, 2014
Hari Baru Orang Baru
Timba ilmu baru setiap hari untuk menjadi 'orang baru' setiap hari
Jadilah seorang yang suka berkongsi ilmu
Ilmu bak air sungai
Jika tidak dikongsi akan terus bertakung dan membusuk
Jadilah seperti air sungai mengalir..di kiri dan kanan akan mendapat manfaat.
Sunday, September 28, 2014
6 Tips Tingkatkan Keyakinan Diri Kanak-Kanak
1- Beri Tindak Balas
Sekiranya anak anda berbicara dengan anda, beri tindak balas dengan mendengar apa sahaja yang ingin diucapkannya. Pinjamkan telinga anda, biarkan anak anda meluahkan apa yang mereka rasa dan ingin berkongsi dengan anda, ibu bapanya.
2- Hormati Hak Kanak-Kanak
Memang benar karenah kanak-kank acap kali membuatkan anda hilang sabar dengan kenakalannya. Akan tetapi dengan cara layanan umpama tidak menghargai kehadirannya membuatkan mereka berasa rendah diri.
3- Beri Perhatian Dengan Penuh Kasih Sayang
Ini berkaitan dengan emosi kanak-kanak. Mereka yang merasa diri mereka dikasihi oleh ibu-bapanya akan menanam tahap keyakinan yang tinggi dalam diri mereka.
4- Jangan Tabur Janji Manis
Tunaikan apa yang anda pernah ucapkan kepada anak anda. Sekiranya janji tersebut diabaikan, mereka akan berasa diri mereka tidak dihargai dan dihormati. Kanak-kanak seorang yang berpegang pada janji.
5- Cintai Diri Sendiri
Galakkan anak anda supaya mengasihi diri mereka sendiri. Jangan sesekali membiarkan anak anda memandang rendah kepada diri sendiri.
6- Memberi Pujian Kepada Kanak-Kanak
Setelah anak-anak anda melakukan sesuatu kerja dengan sempurna walaupun agak perlahan, anda tetap memberikan pujian kepada mereka.

Saturday, September 27, 2014
Tips Pemakanan Sihat
Teks: Nor Razfizah Abd Razak
1- Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan dahulu mengambil makanan lain.
2- Memakan makanan yang Halal dan suci
3- Jangan makan berlebihan (Surah Al A'raf: Ayat 31) . Berhenti sebelum kenyang
4- Perhatikan makanan yg kita ambil ( Surah Abasa : Ayat 24)

Perkongsian Pagi
Hari ini genap 28 hari hari saya berpantang di kediaman sendiri
Pagi ni tinggal saya dan baby Syaraf je berdua. Berbedung.
Pagi ni hari permulaan persekolahan untuk minggu ini di Johor.
Abag Syaha bersiap ke sekolah. Awal pagi.
Adik Syarif pun nak ke sekolah juga, walaupun kesihatannya tidak berapa mengizinkan, batuk-batuk, tercungap-cungap jika batuknya berpanjangan.
Akan tetapi hatinya cekal
Semangatnya kuat
Duhai anak-anak
Sumber kekuatan ibu ayah
Bangkitlah ibu ayah
Pastikan anak-anak hidup dalam keadaan yang serba sempurna
Malah lebih sempurna dari kehidupan ibu ayah di masa sekarang
5 tahun akan datang
10 tahun akan datang
Semoga kalian menjadi muslimin yang kaya lagi dermawan
Bebas dari kekufuran & kefakiran
Amin.
Permudahkanlah urusan kami Ya Allah.

Pakej Kudapan Sunnah
1) Kurma Maryami (1kg) - RM40
2) Kismis Hitam (1kg) - RM25
3) Kismis Basah (1kg) - RM30
4) Badam /Almond (200g) - RM20
5) Piscacio (250g) - RM30
Jumlah : RM145 + RM20 (kos penghantaran)
RM165 (termasuk kos penghantaran ke semenanjung)
RM225 (ke Sabah & Sarawak)
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)