1- Beri Tindak Balas
Sekiranya anak anda berbicara dengan anda, beri tindak balas dengan mendengar apa sahaja yang ingin diucapkannya. Pinjamkan telinga anda, biarkan anak anda meluahkan apa yang mereka rasa dan ingin berkongsi dengan anda, ibu bapanya.
2- Hormati Hak Kanak-Kanak
Memang benar karenah kanak-kank acap kali membuatkan anda hilang sabar dengan kenakalannya. Akan tetapi dengan cara layanan umpama tidak menghargai kehadirannya membuatkan mereka berasa rendah diri.
3- Beri Perhatian Dengan Penuh Kasih Sayang
Ini berkaitan dengan emosi kanak-kanak. Mereka yang merasa diri mereka dikasihi oleh ibu-bapanya akan menanam tahap keyakinan yang tinggi dalam diri mereka.
4- Jangan Tabur Janji Manis
Tunaikan apa yang anda pernah ucapkan kepada anak anda. Sekiranya janji tersebut diabaikan, mereka akan berasa diri mereka tidak dihargai dan dihormati. Kanak-kanak seorang yang berpegang pada janji.
5- Cintai Diri Sendiri
Galakkan anak anda supaya mengasihi diri mereka sendiri. Jangan sesekali membiarkan anak anda memandang rendah kepada diri sendiri.
6- Memberi Pujian Kepada Kanak-Kanak
Setelah anak-anak anda melakukan sesuatu kerja dengan sempurna walaupun agak perlahan, anda tetap memberikan pujian kepada mereka.
Sunday, September 28, 2014
Saturday, September 27, 2014
Tips Pemakanan Sihat
Teks: Nor Razfizah Abd Razak
1- Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan dahulu mengambil makanan lain.
2- Memakan makanan yang Halal dan suci
3- Jangan makan berlebihan (Surah Al A'raf: Ayat 31) . Berhenti sebelum kenyang
4- Perhatikan makanan yg kita ambil ( Surah Abasa : Ayat 24)

Perkongsian Pagi
Hari ini genap 28 hari hari saya berpantang di kediaman sendiri
Pagi ni tinggal saya dan baby Syaraf je berdua. Berbedung.
Pagi ni hari permulaan persekolahan untuk minggu ini di Johor.
Abag Syaha bersiap ke sekolah. Awal pagi.
Adik Syarif pun nak ke sekolah juga, walaupun kesihatannya tidak berapa mengizinkan, batuk-batuk, tercungap-cungap jika batuknya berpanjangan.
Akan tetapi hatinya cekal
Semangatnya kuat
Duhai anak-anak
Sumber kekuatan ibu ayah
Bangkitlah ibu ayah
Pastikan anak-anak hidup dalam keadaan yang serba sempurna
Malah lebih sempurna dari kehidupan ibu ayah di masa sekarang
5 tahun akan datang
10 tahun akan datang
Semoga kalian menjadi muslimin yang kaya lagi dermawan
Bebas dari kekufuran & kefakiran
Amin.
Permudahkanlah urusan kami Ya Allah.

Pakej Kudapan Sunnah
1) Kurma Maryami (1kg) - RM40
2) Kismis Hitam (1kg) - RM25
3) Kismis Basah (1kg) - RM30
4) Badam /Almond (200g) - RM20
5) Piscacio (250g) - RM30
Jumlah : RM145 + RM20 (kos penghantaran)
RM165 (termasuk kos penghantaran ke semenanjung)
RM225 (ke Sabah & Sarawak)
Nasi Mandy Kambing & Ayam
Set Nasi Mandy Kambing dan Ayam (RM15 sekotak)
2 kotak Nasi Mandy Kambing
2 kotak Nasi Mandy Ayam
RM60 + RM10 (kos penghantaran)
RM70 (harga termasuk kos penghantaran)
Boleh hubungi 017 700 1749 (Whatsapp/ SMS) jika berminat untuk mencuba.
Friday, September 26, 2014
Nasi Arab & Raya Haji
Hari Raya Qurban tak lama lagi. Bahangnya makin terasa.
Jemput order untuk dinikmati pada raya haji nanti .
Review Pampers Pet Pet
Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Saya ingin tentang lampin pakai buang yang saya gunakan untuk Baby Syaraf. Sebelum bersalin saya dah beli 2 jenis pampers jenama Pet Pet (saiz new born) & Drypers Wee Wee Dry (saiz s).
Memandangkan berat baby Syaraf cuma 3.07 kg semasa lahir, saiz new born lebih sesuai untuknya, sebab new born sesuai dari 3kg - 7kg. Masa baby, 64 keping habis diguna dalam masa 19 hari je. Jadi, lepas tu saya terus sambng guna Drypers Saiz S. Besar sikit tapi takpe . Guna yang mana ada dulu. Nak keluar beli, tak boleh sebab masih berpantang.
Dari pengamatan saya, jenama Pet Pet lebih menyerap dari Drypers. Masa saya bangun menyusukan Baby Syaraf waktu malam, bahagian belakangnya selalunya basah dengan air kencing hingga meresap ke kain batik yang saya buat alas tilam.
Masa saya gunakan Pet Pet tak pula jadi macam ni. Itu sebabnya saya katakan penyerapan pampers Pet Pet lebih bagus dari segi penyerapan.

Subscribe to:
Posts (Atom)