Thursday, May 28, 2015

Hadiah Hadi Lahir Undang Pahala

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Alhamdulillah Syukur.

Terima kasih Ya Allah kerana kurniaan rezeki dan nikmat untuk bersama dengan anak-anak dalam masa yang lebih lama. Dari menyediakan sarapan, menyiapkan untuk ke sekolah sehinggalah menyediakan makan malam dan tidur bersama mereka.

Maha suci Allah yang mengatur segala yang terbaik untuk hambaNya.

Hari ni, bersamaan 29 May 2015 bersamaan hari Jumaat cuti sekolah sudah bermula. Dua hari lepas, saya pergi menjemput anak dari sekolah seperti biasa. Hari itu ada sambutan hari lahir sahabatnya di sekolah. Semua murid diberi "goodie bag" dan makan kek coklat bersama-sama. Bekalan nasi berlaukkan telur yang dibawa tidak habis kerana semua murid-murid makan kek dan makanan ringan sempena hari jadi kawannya.

Yang saya seronok ialah "goodie bag" yang diberikan pada semua kanak-kanak termasuk anak saya. Di dalamnya cuma ada sekotak air Milo, pensel 2B sebatang, pemadam, sebuah buku nota kecil dan kertas jadual waktu. Hadiah sebegini memang patut diteladani. Ini merupakan hadiah yang sangat bermakna. Jadi kanak-kanak tidak disogokkan dengan makanan ringan dan makanan manis seperti gula-gula, lolipop, jajan yang sememangnya tidak bagus untuk kesihatan mereka. Peralatan alat tulis tadi boleh menambah koleksi mereka dan boleh terus digunakan. Si pemberi tadi pula akan mendapat ganjaran pahala berterusan selagi pemberian mereka tadi digunakan.

Saya tak sempat nak ambil gambar...hihi...Syaha dah buka "goodie bag" tersebut di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke rumah. Alat tulis tadi pun sudah disimpan di dalam bekal pensel. Ibu bapa pun boleh berjimat. Alhamdulillah.


Coretan Ibu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...