Sunday, May 31, 2015

Tips Suri: Sedia bubur Pantas, Lazat, Berkhasiat

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

 Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya saya menjadi suri sepenuh masa. Saya juga dikurniakan ilham dan idea untuk menjalankan tugas di rumah dengan lebih pantas dan sempurna. Ya la..suri rumah sepenuh masa bukannya hanya duduk goyang kaki. Malah kerja-kerja rumah tidak pernah habis dari terjaga di waktu pagi hingga ke malam.

Tempat yang paling lama dan kerap suri berada ialah di dapur. Tambah lagi sepanjang cuti persekolahan. Anak-anak berkumpul di rumah. Singki tak pernah kosong. Pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garfu memang ada sahaja yang perlu dibasuh.

Tambahan bagi suri yang mempunyai bayi kecil terutama yang berusia di bawah satu tahun seperti saya, kita mesti menyediakan bubur nasi. Bubur nasi elok dikisar bersama sejenis sayuran dan sejenis protein bagi melengkapkan pemakanan mereka seterusnya membantu tumbesaran mereka. Dengan ini mereka akan lebih kenyang dan suri rumah lebih mudah menumpukan perhatian dalam melakukan kerja rumah.

Tips yang ingin saya kongsikan di sini ialah cara penyediaan bubur nasi untuk bayi bawah satu tahun dengan cepat, lazat lagi berkhasiat.

Bahan-Bah
annya:
============
2 ketul isi ayam (bahagian dada)
2 batang lobak merah  atau 2 genggam bayam yang telah siap disiang
Garam secukupnya
3 mangkuk air
Nasi yang baru dimasak
Air masak secukupnya

Caranya:
======

Bahagian isi ayam dan sayur yang telah dihiris direbus pada api yang kecil.
Perasakan dengan garam.
Tutup api apabila sudah masak.

Sediakan blender.
Masukkan separuh isi ayam dan sayur yang telas direbus tadi di dalam pengisar bersama separuh air rebusan. Tambahkan air masak secawan.
Masukkan nasi yang baru dimasak sebanyak 3 senduk
Kisar.
Tambah air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang dikehendaki.
Sediakan bekas-bekas kecil.
Tuangkan bubur yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk-mangkuk kecil.
Simpan ke dalam peti sejuk di bahagian beku (frozen)

Perhatian:
Kisar ikut kekasaran mengikut umur anak Seperti anak saya yang sudah berumur 8 bulan, buburnya ada tekstur sedikit (berbiji nasi dan ayam, tidak terlalu halus)
Jika bayi berumur 6 bulan, teksturnya lebih halus kerana baru diperkenalkan dengan makanan pejal.

Untuk Penyediaan, 
Gunakan bekas yang standard supaya memudahkan penyimpanan dan lebih kemas. Bekas yang sama memudahkan dan susunan yang lebih kemas dan teratur. jadi lebih banyak bekas dapat dimuatkan.
1 bekas kecil untuk satu hidangan. Jika ingin menyediakan untuk 6 hari, jadi jumlah bekas yang diperlukan ialah 2 x 6 = 12 bekas kecil.

Penyediaan Mengukus.
Keluarkan satu bekas dari dalam peti sejuk beku sebaik sahaja bangun dari tidur di waktu pagi. Tujuannya untuk menyahbeku, mempercepatkan proses mengukus dan menjimatkan gas. Jadi sambil kita menyediakan sarapan pagi, bubur tadi sempat dinyahbeku. Pindahkan bubur yang telah dinyahbeku tadi ke dalam bekas kaca yang tahan panas. Kukus lebih kurang 3 hingga 4 minit. Bubur sudah siap untuk disuapkan. Jika terlebih pekat, boleh ditambah sedikit air untuk mencairkannya.

Selamat mencuba


Coretan Suri Di Dapur


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...