Monday, June 29, 2015

My Kurus Langsing Journey

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Alhamdulillah Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi
Ramadhan ke-12. Ramadhan bulan yang ditunggu-tunggu. Bulan penuh rahmat. Bulan pengampunan. bulan penuh keberkatan. Semoga Ramadhan ini dapat mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan program LDL 10:60, Revolusi Pelangsingan Dari Rumah. Melalui program ini , bermulalah misi saya untuk menukar bentuk badan saya, gaya pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat.

Saya bermula dengan 69kg pada pertengahan Mei 2015. Saya bahagia di samping keluarga tercinta. Dikurniakan 3 hero yang aktif dan comel menjadikan saya berazam untuk berkongsi masa saya lebih lama dengan mereka. Saya ingin menjadi teman baik mereka sepanjang masa.

Dari situ bermulalah misi saya untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan sihat. Saya mula mengamalkan pemakanan sihat iaitu kukus, panggang dan bakar. Saya ambil lebih protein dalam setiap menu saya kerana protein membantu pembakaran lemak. Saya mengamalkan sayuran-sayuran yang banyak , pelbagai warna. Saya minum lebih 8 gelas air kosong sehari, tidak termasuk kuah lauk dan jus.

Saya juga mengamalkan teh hijau. Saya memilih Cinch Tea sebagai minuman saya pada "tea break" setiap pagi dan sebelah petang. Cinch tea bukan sahaja tiada kalori, malah meningkatkan metabolisma dalam badan untuk pembakaran lemak. Saya juga tidak mengantuk dan "melepek" walaupun kurang makan.

Tetapi pemilihan pemakanan sihat sahaja tidak mencukupi. Saya perlu bersenam untuk memastikan misi saya untuk mendapatkan tubuh yang kurus dan sihat menjadi kenyataan. Saya mula bersenam di waktu pagi atau petang mengikut kelapangan. Paling tidak saya akan bersenam ringkas di dalam rumah, santai, di hadapan televisyen. Pada waktu pagi, saya akan berskipping sebanyak 50 kali di halaman rumah.

Pada hari ini, 29 Jun 2015, berat saya sudah mencecah 64.3kg. Sebelum tu, saya terdetik untuk mencuba pakaian-pakaian lama saya yang tersimpan dalam kotak. Alangkah terperatnya saya, yang kebanyakan seluar sedah boleh dikancing, mini jubah yang sendat di bahagian perut dan punggung dapat saya sarungkan longgar. Paling seronok dan tersentuh, saya dapat menyarung kembali baju kurung moden arwah ibu yang amat saya suka.

In shaa Allah, saya akan cuba capai misi untuk mendapatkan berat 60kg di penghujung Ramadhan tahun ini. Seterusnya mencapai berat 55kg secepat mungkn.

Niat saya untuk kurus bukanlah untuk cantik semata-mata. Tetapi lebih pada menjaga kesihatan dan mengurangkan risiko terkena penyakit-penyakit berbahaya seperti obesiti, penyakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis. jika pada zaman ibu bapa kita dahulu, penyakit-penyakit ini cuma kita dengar terkena pada orang dewasa berumur 30an dan ke atas. Tetapi, pada masa kini, pelajar sekolah rendah sekalipun menghidapai penyakit kronik.

Ramai orang di luar sana pada hari ini yang taksub dengan pelbagai ubat kurus, krim, losyen, rendaman yang menjanjikan boleh kurus tanpa mengamalkan gaya hidup sihat. Sedangkan pada logik akal, kita boleh berfikir, jika seseorang terus mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, boleh makan apa sahaja, pada bila-bila masa, tanpa perlu bersenam, misi untuk mendapatkan berat badan ideal adalah tidak mungkin tercapai. Makanan yang masuk ke dalam tubuh kita akan terus tersimpan dan tersimpan hari demi hari...lama kelamaan makanan ini jika tidak digunakan, ia akan tersimpan sebagai lemak yang membebankan organ dalam tubuh kita. Apabila sampai masa, ia akan menyebabkan RADANG seperti "bom jangka" yang akan "meletup" pada bila-bila masa. Apabila "bom jangka sudah meletup" tubuh kita akan mudah mendapat pelbagai penyakit kronik yang sukar diubati kerana masa itu sudahpun terlambat untuk mengubati. Kita boleh mengamalkan perubatan, tetapi pelbagai komplikasi akan berlaku dan kita terpaksa menghadapi kesakitan dan terpaksa pula membayar bil perubatan yang tinggi.

Bayangkan jika terkena penyakit kencing manis. Luka akan sukar untuk sembuh sebagai contoh di jari kaki. Lama kelamaan luka akan membusuk dan berjangkit pada jari di sebelah. Jika lambat diubati, ia akan menjangkiti jari-jari kaki tadi dan mengakibatkan jari tadi dipotong. Tidak mustahil ia menular pada keseluruhan kaki sehingga mengakibatkan kaki terpaksa dipotong pada paras bawah lutut. Pada waktu ini, kita bukan sahaja tidak dapat bergerak bebas, kita juga akan menyusahkan insan-insan yang kita sayang yang terpaksa menjaga kita.

Kalau boleh, saya tidak mahu hingga ke tahap itu. Kalau boleh, kita ingin menjaga setiap amanah Allah pada diri kita sebaik mungkin sepertimana yang dipinjamjan. Biarlah tubuh kita sempurna sehingga kita dijemput kembali kepadaNya. In shaa Allah.

Jika ada sahabat-sahabat lain yang ingin mencuba program diet sihat seperti saya, boleh menghubungi saya di 017 700 1749 (sms / Whatsapp) Mari kita sama-sama menjalani hidup sihat dan membantu ramai insan di luar sana untuk bebas dari penyakit OBESITI.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...