Monday, May 26, 2014

Bahan Pencuci Punca Anak Sakit

Tahukan Anda ?

8 Fakta penting untuk ibubapa yang prihatin akan kesihatan anak-anak :

1) 218,316 kes keracunan disebabkan oleh pelbagai bahan pencuci dirumah. (2005)

2) Lebih 81,000 Bahan kimia telah didaftarkan ke EPA (Enviromental Protection Agency) sejak 30 tahun lepas dan hanya kurang daripada 20% di uji tahap ‘toxicity’ nya!

3) Pencuci pinggan mangkuk mengandungi Formaldehyde dan Ammonia yang merbahaya yang boleh menyebabkan keracunan. [Lebih dari 2.1 juta keracunan dilaporkan dikalangan kanak-kanak dibawah usia 6 tahun]

4) 150 Bahan kimia yang ada di rumah berkait rapat dengan alahan, kecacatan bayi dalam kandungan, kanser dan masalah psikologi terutamanya di kalangan kanak-kanak. [Statistik Consumer Protection Agency, CPA]

5) Kajian tentang bahan-bahan ‘Personal care ‘ dan ‘Bahan-Bahan pencuci’ yang sering kita gunakan di rumah menunjukkan: 884 bertoksik 146 menyebabkan kanser 218 menyebabkan kemandulan dan keguguran. 778 menyebabkan ‘Acute toxicity’ 314 menyebabkan mutasi biologi 376 menyebabkan iritasi kulit dan alahan (allergic)

6) 50% masalah kesihatan disebabkan oleh kualiti udara yang rendah akibat pelbagai bahan kimia berbau di dalam persekitaran rumah [1989 State of Massachusetss Study]

7) Bahan pencuci di rumah terutamanya yang berbau meningkatkan risiko kanak-kanak mengidapi Asthma mahupun masalah kulit seperti ekzema.

8) 3 golongan yang sering menjadi mangsa toksik dirumah akibat sistem pertahanan diri yang rendah adalah : - Orang tua
- Bayi dan kanak-kanak
- Pesakit kronik

Bahan-bahan toksik ini masuk ke dalam badan melalui 3 cara:
- Mulut (Termakan )
- Pernafasan (Hidu)
- Kulit (Penyerapan)




Perhatikan setiap apa yang ada di rumah kita - Pastikan ia tindak mengandungi 'nama-nama kimia alient' seperti : 

Naphthalene Kerosene
Formaldehyde Phenol
Cresol Lye Hydrochloric
Acid Sulfuric
Acid Petroleum
Distillates Benzene
Ammonia Paradichlorobenzene
Sodium Hydroxide Butyl Cellosolve
Phosphoric Acid.

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT

Salam Sayang

Sunday, May 25, 2014

Menang Kalah Adat Permainan

Biar putih tulang Jangan putih mata. Yang penting kita telah berusaha sehabis baik dan bertawakal kepadaNya Hanya Dia yang Maha Tahu yang terbaik buat kita. Tekanan darah naik hari ni sebab stress malam tadi tak habis lagi?? Hihi..

Set ni sesuai untuk anda cuba, in shaa Allah.



PM 017 700 1749

Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang

10 Langkah Si Manja Ceria (0 ~ 12 bulan)

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

Sesibuk manapun anda dengan tugasan mencari sesuap nasi, luangkan lebih banyak masa bersama bayi anda terutama ketika usianya empat hingga tujuh bulan. Menurut kajian, ketika peringkat usia tersebut, bayi sudah mengetahui namanya dan memahami kamu sedang bercakap dengannya.

Interaksi secara lembut bagi membina hubungan dengan si kecil anda. Di sini, saya sertakan panduan mudah bagi meningkatkan kemesraan antara anda dan bayi;




1. Bercakap dan Ketawa Bersama - Bercakaplah dengan bayi disulami dengan ketawa. Bayi merasa seronok bila melihat wajah ceria ibu bapanya.

2. Panggilan Manja - Panggil si kecil anda dengan panggilan manja seperti “sayang anak mama”. Lakukan sambil memegang tangan dan menatap wajahnya. Ulangi beberapa kali supaya si kecil tahu anda menyayanginya.


3. Berikan barang permainan - Pilih warna yang terang dan menarik. Ini akan menceriakan si kecil.


4. Bergurau - Geletek badannya. Sentuhan ibu membuatkan si kecil gembira.

5. Mimik Muka Lucu - Lakukan mimik lucu seperti bulatkan mata, mulut. Ini akan menarik perhatiannya.

6. Pujian - Senyum dan puji bayi sambil dekatkan wajah kepadanya sehingga tangan anda menyentuh wajahnya.

7. Menggoyangkan Kepala - Goyang kepala ke kiri dan kanan dengan perlahan sambil menyentuh kaki dan tangan. Pasti si manja anda akan merasa tenang dengan sentuhan anda.

8. Ciuman Manja - Cium pada seluruh anggota badan sambil mengangkat badannya ke atas. Cium di bahagian perutnya. Pasti dia akan merasa teruja.

9. Menari Bersama - Pasangkan muzik yang agak rancak. Dukung bayi , pegang tangannya dan mula menari. Pergerakan yang anda lakukan bersamanya pasti membuat si manja anda tertawa.

10. Ba Ba Cak! - Si kecil memang sukakan permainan sebegini. Tambahan pula apabila dilakukan oleh orang yang dikenalinya.

Saturday, May 24, 2014

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Pagi ni kemas-kemas beg anak ada keratan kertas. Ada acara kat Perpustakaan Sultan Ismail, Kg Melayu. Acara mula jam 9.30 pagi. Sampai sana dlm pukul 10.15 pagi.

Tengok-tengok orang dah beransur balik. Rupanya acara mula jam 8.30 pagi. Kesian abang dan adik. Jadi, program bertukar menjadi acara membaca buku di perpustakaan. Pertama kali bawa anak-anak membaca di perpustakaan. Dapat juga baca 3 buah buku seorang.





Friday, May 16, 2014

Energy Soy Protein (ESP)

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

Apa keistimewaan ESP Shaklee sehinggakan ramai pelanggan sangat mendambakannya?

Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan paling tepat yang anda cari-cari selama ini. Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HIGH ON DEMAND / BEST SELLER / POPULAR PRODUCT/ HOT SELLING dalam pelbagai produk Shaklee!

Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Semuanya akan terjawab apabila anda membaca artikel ini sepenuhnya dengan penuh teliti dan tekun.








1. Apa itu Energizing Soy Protein (ESP) ? 

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti horlick, milo, horlick, buah atau susu yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?

Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang SEDIKIT berbanding ESP. Sekiranya anda mempunyai bajet tertentu, harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP.

Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam berujuan supaya payudara dapat dikosongkan.

3. Berapa lama ketahanan untuk satu canister ESP? 

Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

4. Siapa yang sesuai mengambil ESP? Sesuai untuk semua lapisan: 

a. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

b. Wanita yang mementingkan penjagaan wajah: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka mulus, gebu dan berseri untuk tatapan suami tercinta.

c. Ibu-ibu yang menyusukan anak: Membantu memperbanyak, memekat dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

d. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik (GI)yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

e. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas. Bagi lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda dan dan sesiapa sahaja yang ingin kekal sihat dan tampak muda. Insha-Allah!

5. Apa rasa ESP? 

ESP Shaklee berperisa mild soya. Ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba jika anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya:




Cuma RM150 untuk satu canister seberat 850g

PM saya untuk harga istimewa di 017 700 1749

Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang

Thursday, May 15, 2014

7 Checklist Soya Berkualiti

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

ANDA PENGGEMAR SUSU SOYA?

Di bawah ini merupakan tips-tips untuk mengetahui kualiti soya yang kita ambil.

7 SENARAI PERLU SEMAK UNTUK MENGETAHUI KUALITI PRODUK SOYA.

1) ADAKAH KACANG SOYA DITANAM SECARA ORGANIK?

Kajian menunjukkan kadar zat menurun dan kadar nitrat meningkat pada hasil tanaman yang diberikan baja kimia, berbanding dengan tanaman organik. Kehadiran nitrat dalam badan mempunyai kaitan dengan kanser.
Maka, adalah penting untuk kita mengetahui racun serangga dan racun rumpai tidak digunakan langsung sepanjang proses penanaman. Memadangkan kacang soya adalah tumbuhan yang kuat, maka jenis racun rumpai yang biasa digunakan ialah racun berbahaya yang boleh membunuh yang dikenali sebagai Round Up.

Sebagai langkah keselamatan, anda perlu tahu produk soya yang dimakan, ditanaman secara organik.

2) ADAKAH TEPUNG SOYA ANDA MENGANDUNGI KESEMUA 9 ASID AMINO PERLU?

Satu daripada nilai paling berharga pada kacang soya ialah ia adalah sumber protein lengkap dan membekalkan kesemua 9 asid amino perlu. Badan manusia memerlukan asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi dan enzim.

Namun begitu, tidak semua kacang soya dihasilkan sama. Kualiti dan kandungan asid amino akan berbeza mengikut keadaan tanah, dan persekitaran tumbesaran serta penuaian. Jika satu sahaja asid amino perlu ini tiada, sistem imun badan manusia boleh menurun sehingga 30%, dan banyak fungsi utama badan boleh menjadi lambat atau berhenti berfungsi.

Maka, adalah penting untuk setiap kelompok kacang soya yang dituai, diuji untuk kandungan asid amino sekiranya kita ingin mendapatkan bekalan soya yang terjamin kandungan sembilan asid amino perlunya.

3) ADAKAH KACANG SOYA DIUBAH SECARA GENETIK?

Soya yang telah diubah secara genetik adalah lebih murah dan kebanyakan syarikat pengeluar produk soya mencari jalan untuk menjimatkan perbelanjaan.

4) ADAKAH UNSUR ANTI-TIROID DAN ANTI-PERTUMBUHAN DI DALAM SOYA MENTAH DIBUANG?

Orang asia yang banyak mengambil soya sejak dahulu, mengetahui tentang kehadiran unsur anti-pertumbuhan, anti-tyrosine dalam soya mentah. Kekurangan tyrosine boleh mengakibatkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah dan sindrom kaki resah.

Oleh sebab itu, rakyat asia selalu memasak makanan berasaskan soya dalam tempoh yang singkat untuk menyahaktifkan unsur anti-tyrosine/anti-pertumbuhan. Shaklee telah mereka satu proses pengekstrakkan yang membuang unsur ini, tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan tahap mentah soya bagi menjamin kadar kandungan tertinggi untuk asid amino dan isoflavones yang sangat sensitif kepada haba.

5) ADAKAH KACANG SOYA ANDA MASIH MENTAH ATAU TELAH DIPANASKAN? Asid amino sangat sensitif kepada haba. Dalam beberapa kajian, tindakan memasak protein menunjukkan kandungan asid amino musnah sehingga 50%. Jika seseorang individu mengamalkan diet berterusan yang kurang mengandungi asid amino,boleh mengakibatkan perkembangan yang tidak mencukupi bagi otak, hormon dan tisu badan yang lain.

6) ADAKAH EMPINGAN SOYA DIBASUH DENGAN ALKOHOL ATAU AIR?

Membasuh menggunakan alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavones sehingga 88%. Isoflavones adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser payudara, prostat, paru-paru dan usus. Isoflavones juga bermanfaat meningkatkan jisim tulang dan menyeimbangkan hormon.

7) ADAKAH KALSIUM DI TAMBAH KEPADA TEPUNG SOYA ANDA?

Terdapat sesetengah laporan yang menyatakan bahawa tepung soya bersifat sangat berasid dan boleh mengakibatkan kehilangan tulang kerana ia menyebabkan kalsium dikeluarkan daripada tulang. Kacang soya mentah adalah makanan neutral yang bukan bersifat asid atau alkali.

Walaubagaimanapun, tindakan mengeluarkan minyak kacang soya menyebabkan tepung soya menjadi berasid. Maka, kalsium yang mencukupi (kalsium bersifat alkali) mesti ditambah kepada tepung soya agar ia menjadi neutral atau ia akan mengakibatkan masalah yang dinyatakan di atas.

Terdapat banyak pengeluar tepung protein tida menambah kalsium dalam kadar yang mencukupi. Kemaskini protein soya – Dr Richard Brouse Banyak kajian berkenaan protein soya sepanjang empat dekad telah membuat kesimpulan tentang kebaikan tahap kesihatan bagi keadaan seperti menopaus, kolesterol tinggi, mengurangkan risiko kanser, vaginitis dan osteoporosis.




Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang.



Wednesday, May 14, 2014

9 Makanan Kaya Protein

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

Kepentingan Protein

Protein mengandungi nitrogen, yang merupakan komponen penting asid amino.

Protein diperlukan untuk untuk menstabil dan memperbaiki keupayaan organ dalam tubuh badan untuk berfungsi seperti kitaran hormon dan paling penting ia merupakan sumber tenaga.

Protein juga diperlukan untuk membantu memulih dan memelihara kecederaan. Ia membantu pertumbuhan dan memperbaiki otot, kulit, tulang, rambut dan sebagainya.

Berapa banyak protein yang kita perlukan setiap hari? Ia bergantung kepada beberapa faktor:

- Berat badan
- Ketinggian
- Senaman

Walau bagaimanapun, dalam kaedah selaras pakar nutrisi adalah mendarabkan :

- Berat tubuh anda ( dalam paun) x 0.37 - Berat tubuh anda ( dalam kg) x 0.8 


9 Makanan Kaya Protein:

1- Kekacang
2- Daging
3- Bijirin
4- Yogurt
5- Susu
6- Keju
7- Mentega Kacang
8- Roti/ Roti Gandum Penuh
9- Telur




Salam Sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...