Wednesday, August 13, 2014

Makan Untuk Dua?

Masa mengandung adalah masa paling menyeronokkan untuk wanita yang suka makan! Namun begitu, adakah anda mengikuti pemakanan yang betul dan lengkap? Diet yang sesuai harus diamalkan selalu supaya badan ibu berupaya membekalkan nutrien yang penting kepada fetus.

Lengkapkan badan anda dengan nutrien seperti kalsium, protein, karbohidrat, vitamin dan mineral  sebaik mungkin. Kekurangan zat boleh menyebabkan tumbesaran kandungan anda terjejas.

1) Protein
Badan yang hamil memerlukan kandungan protein yang banyak. Sumber protein termasuk ikan, daging, kerang, kekacang, ayam, makanan, dan minuman tenusu dan makanan berasaskan kacang soya.

2) Asid Folik
Tahukah anda yang asid folik adalah sejenis Vitamin B? Asid Folik adalah teramat penting untuk perkembangan sistem saraf bayi pada trimester pertama (0 hingga 3 bulan). Dalam kata lain, perkembangan janin akan terjejas atau menjadi cacat sekiranya badan anda kekurangan asik folik, terutamanya dalam tiga bulan pertama semasa mengandung.

3) Kalsium
Selain protein, badan wanita hamil juga memerlukan 2 kali ganda lebih kalsium. Ini kerana tubuh anda akan menyerap kalsium sebanyak 50% ganda lebih pada enam bulan pertama kehamilan. Rajinlah meminum susu, atau memperoleh kalsium daripada sumber lain seperti keju, produk tenusu, dadih atau vitamins dan supplements.

4) Serat untuk Keselesaan Ibu
Setiap wanita hamil pasti menghadapi masalah sembelit disebabkan oleh hormon-hormon kehamilan. Cara paling senang dan efektif untuk merawat masalah ini adalah dengan menambahkan kandungan serat dalam diet harian anda.
Selain daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, anda juga boleh mendapatkan serat daripada kekacang, roti dan nasi.
5) Vitamin C
Vitamin C berperanan untuk membantu dalam pembentukan plasenta yang kuat. Vitamin ini juga membantu dalam penyerapan zat besi dan melindungi badan ibu dan bayi daripada jangkitan.
Pengambilan Vitamin C yang secukupnya setiap hari boleh memastikan anda mengharungi tempoh penghamilan yang selesa tanpa sebarang jangkitan.


6) Mudah Pitam? Ambillah Zat Besi
Zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah. Secara amnya, wanita hamil memerlukan sebanyak 2 kali ganda zat besi berbanding keperluan biasa. Ini kerana wanita hamil mudah pitam akibat tidak mempunyai zat besi yang secukupnya. Sertakanlah makanan seperti kekacang bijirin, tempe, dan sayur-sayuran dalam diet seharian beserta pengambilan vitamin zat besi.


Saranan saya untuk anda yang berbadan dua, tekankanlah makanan yang sihat dan pengambilan vitamin atau supplements yang betul agar anda sentiasa sihat dan aktif dalam melayari hari2 yang bahagia ini.
Jika anda memerlukan keterangan lanjut berkenaan ubat-ubatan, vitamin dan supplement, amatlah dialu-alukan untuk berhubung atau sms saya di talian  017 700 1749 (Pn Izzah Razak)






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...