Tuesday, July 8, 2014

Risiko Hb Rendah Ketika Hamil

RISIKO HB RENDAH:

a) Kesan kepada ibu: 
- Mengalami Kegagalan jantung
- Pitam atau mudah pitam/ pengsan
- Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
- Risiko alami penyakit berjangkit

b) Mengalami keguguran Kesan kepada bayi dalam kandungan :
- Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
- Bayi lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
- Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
- Anak lemas semasa lahir (Asphyxia)
- Mati ketika dilahirkan (Stillbirth)

KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL DAN KESAN PADA BAYI JIKA HB RENDAH:

Kandungan Kurang Dari 5 Bulan :
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur.

Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 Bulan ke 7 Bulan :
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan.

Kandungan 7 Bulan Ke Atas :
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Iron Tablet Untuk ibu Mengandung

Kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada;
1- Diet yang tidak cukup zat besi
2- Penyerapan rendah oleh badan
3- Kesan sampingan ubat tertentu
4- Keadaan genetik
5- Kehilangan darah yang teruk
6- Kehamilan

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, ibu mesti meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu. 

Kebanyakannya, doktor akan mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

Antara TIPS pemilihan pil zat Besi adalah seperti berikut;

1- Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh tubuh kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

2- Ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama-sama makanan bagi mengurangkan kesan rencatan untuk meningkatkan keberkesanan terapi zat besi.




3- Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana dapat meningkatkan penyerapan zat besi. Teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi.



4- Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.




5- Ibu perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama 6 (enam) bulan selepas melahirkan anak.

"Cegah Sbelum Singgah"

Sayangi Diri & Si Manja Anda

31w Check up

Alhamdulillah Hari ni kandungan saya dah masuk minggu ke-31.

Adik baby asik menendang-nendang, mengeliat dalam perut...kadang-kadang rasa sakit, kadang-kadang geli. Kelakar tengok perut membonjol sana sini. Hari ni sempat berkenalan dengan beberapa rakan baru sementara menunggu giliran masuk ke bilik untuk pemeriksaan.

Saya sempat berkongsi tentang kebaikan produk Shaklee yg saya amalkan. Ada 2 orang tadi rakan baik agaknya. Mereka mengeluh Hb rendah, nurse membebel. Sorang 9.8 , sorang lagi 9.3. Saya dengan rasa rendah diri dan ingin membantu menyarankan supaya mereka mengambil pil besi (Ferum) yang diberikan oleh jururawat, makan 2 biji.

Malangnya, mereka menyakatan kalau makan pil tu, mereka mengalami sembelit. Sukar membuang air besar. Jadi saya pun kongsi supplement yg saya amalkan iaitu Shaklee, Vita Lea.




Vita Lea Shaklee diperkaya dengan Zat Besi bagi meningkatkan kepekatan darah. Biasanya kita akan dinasihatkan untuk memakan organ dalaman seperti hati, limpa, sayuran berdaun hijau seperti bayam serta makanan laut bercengkerang seperti kerang dan kepah.

Tapi, tekak ibu mengandung ni tak sama. Selalunya akan mengalami alahan di awal minggu kehamilan mengakibatkan mereka kekurangan zat makanan (KZM). Jadi langkah yang paling mudah ialah dengan mengamalkan pengambilan vitamin. Sebaiknya, vitamin yang dipilih mesti selamat dan terbukti berkesan.

Sebab itulah saya amat berpuas hati memilih rangkaian produk Shaklee. Set di bawah saya amalkan semasa sebelum saya disahkan mengandung sehingga sekarang.




Sesiapa yang ingin mencuba set ini, boleh menghubungi saya di talian 017 700 1749 (Izzah Razak)

Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang

Sunday, July 6, 2014

Fitosterol- Sahabat Baik Jantung

Mari berkenalan dengan cik Fitosterol :) 

Fitosterol merupakan sterol yang hanya terdapat pada tumbuh-tumbuhan. Secara semulajadi, fitosterol ditemui dalam gandum, sayur-sayuran, kekacang dan buah buahan. Kandungan fitosterol dalam Phytocol-ST Shaklee diperoleh dari sumber semulajadi Minyak Tall.

Tubuh seorang dewasa memerlukan 2000mg sehari fitosterol bagi menghalang penyerapan kolestrol ke dalam salur darah.


Bagaimana Mendapatkan Fitosterol?

Mampukah anda makan? Jika anda mampu makan seperti dalam carta di atas, anda mampu mendapatkan keperluan sehari fitosterol anda. Semua ini dapat dilakukan dengan mudah dengan pengambilan Phytocol-ST 2 biji 2 kali sehari, semasa atau sebelum makan mampu menyediakan fitosterol yg mencukupi untuk badan anda. Mudahkan? :)

Bagaimana Tindakan Fitosterol?

Struktur molekul fitosterol adalah hampir sama dengan struktur molekul kolesterol. Oleh yang demikian, fitosterol adalah sterol terbaik untuk berfungsi seperti kolesterol. Ia mampu menembusi dinding salur darah walaupun saiznya agak besar sedikit berbanding molekul kolestrol.

Perbezaan saiz molekul ini yang menyebabkan ia menjadi penghalang kepada penyerapan kolesterol terus ke dalam salur darah. Sila rujuk gambar di bawah;

Sebelum mengambil fitosterol, kolestrol merentasi dinding salur darah dengan mudah. Sementara selepas pengambilan fitosterol yang terdapat dalam kapsul Phytosterol-ST, diambil sebelum atau bersama-sama makanan, fitosterol bertindak menghalang kolesterol dari terus menembus dinding salur darah.

Penyekatan yang dibuat dianggarkan 80% dari penyerapan biasa. Selain menghalang penyerapan kolestrol, fitosterol juga membantu untuk keseimbangan tindakbalas imun bagi mengurangkan jangkitan viral dan bakteria serta mengurangkan simptom alahan, keradangan dan penyakit auto imun seperti rheumatoid arthritis (radang sendi).

Sangat sesuai untuk persediaan di Hari Lebaran yang bakal menjelang tiba. Bermacam-macam juadah tersedia dan aneka kuih-muih terhidang. Mungkin kita tidak dapat tidak kena menjamah hidangan tersebut,. Jadi, pengambilan Phytocol-ST ini dapat membantu kolestrol jahat dari menembusi salur darah kita yang seterusnya mengakibatkan pengenapan plak.   


Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang 


Saturday, July 5, 2014

Si Musuh Kolestrol Jahat

Fitosterol adalah kolesterol rantai pendek yang berfungsi sebagai penghadang kolesterol jahat. Biasanya dikenali dengan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) atau kolesterol baik. Sama seperti kolesterol jahat (kolesterol LDL), ia juga merupakan turunan dari ‘keluarga’ lemak.


Mengapa ia disebut sebagai kolesterol baik? 

Ini karena ia berfungsi mengikis dan membuang kolesterol jahat yang menyumbat salur darah, dan mengembalikannya ke hati untuk diproses dan dilenyapkan. Ia juga berfungsi sebagai penghadang di salur darah bagi mencegah kolesterol jahat mengenap, serta melindunginya dari aterosklerosis (plak terbentuk pada dinding salur darah).

Pembentukan plak pada dinding salur darah akan mengakibatkan penyempitan . Ini dipengaruhi pelbagai faktor dalaman dan luaran seperti;

1- Glico-lipo toxicity (kebanyakkan gula dan lemak)
2- Physical lazzyness (malas bergerak, terlalu banyak duduk dan malas olahraga)
3- Radikal bebas (rokok, pencemaran udara, sinar x-ray, radiasi telepon bimbit, pengawet makanan, dan sebagainya).


Fitosterol, Sahabat Jantung. 

Penyakit jantung berkait rapat dengan kolesterol. Ini kerana apabila jumlah kolesterol terlalu tinggi dalam darah maka akan terbentuk endapan pada dinding salur darah yang mengakibatkan terjadinya penyempitan pada pembuluh darah jantung. Ini menyebabkan aktiviti jantung tidak teratur sehingga mengakibatkan penyakit jantung (koronari).

Beberapa kajian membuktikan bahawa kandungan fitosterol dapat menurunkan risiko hipertensi seterusnya menurunkan risiko penyakit jantung. Mengapa demikian? Ternyata fitosterol dapat memberikan kesan penurunan kolesterol dengan cara menghalang penyerapan kolesterol dari usus.

Selain itu, fitosterol juga dapat memperbaiki kitaran kolesterol darah pada paras normal. Salah satu fitosterol iaitu sitoastanol sudah terbukti secara klinikal dapat menurunkan kadar kolesterol plasma dan LDL-kolesterol sehingga 10-14%n. Food and Drug Administration (FDA) telah mengakui peranan fitosterol untuk menurunkan paras kolesterol.

Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang

Tuesday, July 1, 2014

Belanja Ketika Lengang

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Selesai sesi memborong barang dapur Alhamdulillah hari ni dapat berbelanja masa orang ramai sedang bekerja.

Pasaraya lengang
Jalan raya pun lengang.

Berbelanja ikan sayur untuk ibu saya sekali. Beliau sudah tua, sukar untuk bergerak jauh jika tiada kenderaan yg membawanya. Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya bila ikan, sayur & buah bertukar tangan. Dalam perjalanan pulang, semua lampu isyarat yang saya lalu tak perlu tunggu. Semuanya hijau. Jimat minyak, jimat masa.

Alhamdulillah.

Resepi ESP

Jemu dengan rasa ESP yang sedia ada?

ESP boleh dipelbagaikan untuk anda menikmati rasanya yang lazat lagi menyelerakan. Diperbuat daripada protein berasaskan tumbuhan iaitu soya. Ia bersifat organik. Ia dapat memberi rasa kenyang yang lama untuk kita bertahan dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Cubalah ia hari ini :)








Ia juga dapat membantu rasa pedih ulu hati, gastrik yang mengganggu perut. Kini anda tidak perlu risau lagi. Tiada lagi pengambilan air kapur atau MMT. Hanya rasa soya yang lazat lagi berkhasiat.

Berikut antara testimoni yang berpuas hati dengan ESP:














6 Makanan Nyah Lemak


1. Teh
Minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.



2. Anggur 
Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh seseorang.



3. Minyak Zaitun 
Penggunaan minyak zaitun dalam masakan amat digalakkan kerana ia mempunyai campuran antioksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik. Ia lebih sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat kimia.



4. Oat 
Oat mengandungi serat larut yang mampu melawan kolestrol jahat dalam darah. Ia juga dapat menurunkan jumlah penyerapan kolestrol dalam sistem pencernaan anda. Iklan di televisyen kerap menyarankan kebaikan oat untuk kesihatan jantung.



5. Ikan 
Ikan kaya dengan asid lemak tidak tepu atau Omega 3. Asid lemak ini mencegah pengumpulan darah yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Mengikut saranan pakar, amalan memakan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Kaedah panggang, kukus atau bakar lebih menyihatkan.



6. Epal 
Epal kaya dengan bahan antioksida dan serat. Ia turut mengandungi vitamin C yang baik untuk kesihatan. Epal harus dimakan dengan kulitnya sekali bagi mendapatkan khasiat pektin iaitu sejenis serat larut yang berguna untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah.


Cegah Sebelum Singgah

Salam Sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...