Tuesday, July 8, 2014

Risiko Hb Rendah Ketika Hamil

RISIKO HB RENDAH:

a) Kesan kepada ibu: 
- Mengalami Kegagalan jantung
- Pitam atau mudah pitam/ pengsan
- Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
- Risiko alami penyakit berjangkit

b) Mengalami keguguran Kesan kepada bayi dalam kandungan :
- Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
- Bayi lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
- Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
- Anak lemas semasa lahir (Asphyxia)
- Mati ketika dilahirkan (Stillbirth)

KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL DAN KESAN PADA BAYI JIKA HB RENDAH:

Kandungan Kurang Dari 5 Bulan :
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur.

Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 Bulan ke 7 Bulan :
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan.

Kandungan 7 Bulan Ke Atas :
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Iron Tablet Untuk ibu Mengandung

Kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada;
1- Diet yang tidak cukup zat besi
2- Penyerapan rendah oleh badan
3- Kesan sampingan ubat tertentu
4- Keadaan genetik
5- Kehilangan darah yang teruk
6- Kehamilan

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, ibu mesti meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu. 

Kebanyakannya, doktor akan mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

Antara TIPS pemilihan pil zat Besi adalah seperti berikut;

1- Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh tubuh kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

2- Ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama-sama makanan bagi mengurangkan kesan rencatan untuk meningkatkan keberkesanan terapi zat besi.




3- Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana dapat meningkatkan penyerapan zat besi. Teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi.



4- Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.




5- Ibu perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama 6 (enam) bulan selepas melahirkan anak.

"Cegah Sbelum Singgah"

Sayangi Diri & Si Manja Anda

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...