Wednesday, July 16, 2014

Kaitan Vitamin D & Diabetis

Adakah anda merasa sukar mengawal kadar gula darah anda?

Mungkin ini disebabkan kekurangan pengambilan Vitamin D. Kajian menunjukkan bahawa hampir seluruh penghidap diabetis Jenis- 2 mengalami kekurangan Vitamin D. Kekurangan vitamin D terjadi akibat kurangnya pendedahan terhadap sinar matahari dan kurangnya pengambilan Vitamin D daripada pemakanan atau supplemen.

Tanda seseorang mengalami kekurangan vitamin D adalah apabila kadar serum vitamin D dalam darah kurang dari 31 nanogram per desiliter. Mereka yang mengalami kekurangan Vitamin D dalam darah cenderung memiliki kadar hemoglobin A1c yang tinggi.

Kadar hemoglobin A1c merupakan salah satu indicator (penunjuk) risiko diabetes. Kadar hemoglobin A1c dalam darah menunjukkan kawalan gula . Pemakanan tambahan Vitamin D membantu memperbaiki metabolisme glukosa dan menstabilkan aktiviti insulin.

Selain itu, suplement Vitamin D dapat mencegah penyakit autoimun seperti diabetes Jenis-1, terutamanya pada bayi dan kanak-kanak.

Pengambilan Vitamin D lebih efektif jika diambil bersama kalsium. Ini disebabkan Vitamin D dan kalsium bekerja bersama dalam penjanaan dalam memperbaiki metabolisme glukosa. Vitamin D dapat membantu anda menstabilkan kadar gula dalam darah.

Oleh itu, penuhilah pengambilan Vitamin D anda. Berjalan kaki di pagi hari merupakan aktiviti yang sihat. Sinar matahari dapat membantu meningkatkan sistesis vitamin D dalam tubuh. Tidak lupa juga pengambilan susu yang kaya dengan kalsium dan Vitamin D bagi membantu memenuhi keperluan Vitamin D harian anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...