Monday, July 21, 2014

6 Tips Mengelak/ Merawat Jaundis

1- Anda perlu mengelakkan pengambila ubat-ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Anda mungkin perlu memberhentikan pengambilannya atau mendapatkan ubat alternatif yang mngkin boleh memburukkan lagi keadaan.

2- Bayi anda perlu disusukan sejurus selepas dilahirkan, sekerap mungkin. Harus diingat, kolustrum bertindak sebagai laksatif. Kekerapan pembuangan najis akan mengurangkan paras bilirubin. Pembungan air kencing dan najis bayi juga perlu diberi perhatian.

3- Dedahkan bayi kepada sinaran matahari. Ini dapat membantu memecahkan bilirub ini bawah kulit bayi anda. Dengan hanya memakai lampin, Dedahkan bayi anda di kawasan terlindung, tetapi banyak cahaya matahari seperti di anjung rumah.

4- Elakkan pemberian air kepada bayi and anda. Hanya 2% bilirubin dibuang melalui air kencing. Selebihnya akan dibuang melalui najis. Sekiranya bayi diberi minum air, ia cuma akan memenuhkan perut bayi seterusnya menyebabkan bayi kurang menyusu ibu.

5- Jaundis menyebabkan bayi anda mudah mengantuk lebih-lebih lagi jika menjalani rawatan terapi foto. Adalah penting untuk menyusukan bayi dalam keadaan berjaga setiap 2 jam.

6- Anda perlu mengepam payu dara setiap kali selepas selesai sesi penyusuan. Seterusnya bayi anda perlu diberi bubu perahan menggunakan sudu, cawan atau picagari. Ini perlu dilakukan jika bayi anda kerap terlena ketika menyusu terus dari payu dara dan membuang najis kurang dari 3 kali dalam sehari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...