Tuesday, July 22, 2014

10 Kisah Kalsium

1- Kalsium penting dalam proses pembekuan darah, pembekalan tenaga untuk jantung dan kontraksi otot.

2- Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi akan mengundang kekurangan pemendapan mineral pada bahagian tulang. Ini boleh mengakibatkan kekurangan jisim tulang. Lebih-lebih lagi pada golongan yang berusia 30an dan ke atas.

3- Pengambilan kalsium tidak boleh diambil bersama produk tinggi lemak seperti coklat. Ini kerana asid oxalic yang terkandung di dalamnya akan bertindak balas dengan kalsium dan mengakibatkan pembentukan batu karang.

4- Bagi mengekalkan penyerapan kalsium secara maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama dengan Vitamin D.

5- Antara sumber makanan kaya kalsium selain susu adalah seperti keju, tauhu, yogurt, roti gandum penuh, brokoli dan susu soya.

6- Segelas susu membekalkan anak anda kira 250mg hingga 500mg kalsium. Adalah penting bagi anda untuk memastikan pengambilan sebanyak 2 gelas susu sehari bagi anak anda bagi memastikan kalsium yang cukup setiap hari.

7- Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting antuk pembinaan asas tulang yang kuat dan sihat. Seterusnya mengurangkan risiko osteoporosis (kerapuhan tulang)

8- Kalsium merupakan mineral terpenting dalam tubuh. Hampir semua kalsium (99%) terdapat pada bahagian tulang. Bahagian lain yang turut mengandungi kalsium termasuk gigi, plasma darah, cecair selular dan tisulembut.

9- Bagi kanak-kanak yang kerang gemar meminum susu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting mencari alternatif lain agar dapat membekalkan kalsium yang cukup pada anak.

10- Pengambilan kalsium terbaik adalah dalam bentuk cecair seperti susu kerana ia mudah diserap oleh tubuh.






Cegah sebelum Singgah
017 700 1749 (Izzah Razak)

Salam Sayang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...