Thursday, July 24, 2014

20 Tips Kurus - Mudah & Mujarab


1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.


2. Ambil hidangan sup lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda berasa cepat kenyang.

3. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan.

4. Menambah satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran di dalam menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari.

5. Membawa bekal ke pejabat. Ini dapat membantu mengelakkan anda daripada makan tengahari secara berlebihan.

6. Cuba untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Rasanya aagak luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. Gula juga merupakan makanan sel kanser. Jangan cuba-cuba untuk "kejutkan" dia ye :)

7. Jangan sesekali menggunakan pinggan yang bersaiz besar untuk setiap hidangan. Sebaliknya, guna piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam.

8. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masa untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres TANPA melibatkan makanan.

9. Berusaha untuk mengambil menu RENDAH KALORI sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada menu makanan utama, perut anda sudah tentu penuh untuk menerima menu tinggi kalori

10. Ambil sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.

11. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.

12. Ubah jadual makan malam anda. Jika kebiasaan anda suka mengunyah, cuba kurangkan sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam.

13. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajak keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda

14. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti ais

15. Amalam menggosok gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.

16. Bersenam dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.

17. Makan ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, melayari internet atau menonton televisyen .

18. Sebelum anda membeli belah, berjalan sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

19. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut. Perut bukan kuali. Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

20. Menjamah sedikit makanan sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambil telur rebus, epal dan minuman teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu nanti.


Selamat mengamalkan tips yang diberi.

Salam Sayang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...