Pagi ini susah betul nak kejutkan anak-anak
Tapi saya dan suami tetap berusaha mengejutkan mereka dengan pelbagai cara
Pada mulanya hati rasa nak marah
Mulut dan tangan sudah mula ringan untuk berkeras
Syaitan dah mula mencucuk jarum
Nasib baik saya cepat beristighfar
Sambil mempersiapkan mereka saya ketawa
Saya mengejutkan mereka sambil-sambil menyediakan sarapan
Sambil-sambil menunggu sarapan di kuali masak, saya memandikan mereka
Menyiapkan mereka dengan pakaian seragam sekolah
Tangisan akhirnya reda dan digantikan dengan senyuman
Kerana sudah nampak sarapan
Sudah nampak makanan
Duhai anak..
Pelbagai ragam
Alhamdulillah
Wednesday, August 20, 2014
Thursday, August 14, 2014
Kuasa Brokoli
8 Manfaat Kesihatan Brokoli :
1- Pencegahan kanser dalam penyelidikan tertentu
mencadangkan brokoli yang boleh menjadi sangat bermanfaat dalam mengurangkan
kanser prostat.
2- Menyihatkan sistem saraf, mengurangkan risiko kerosakan
sel dan pembangunan penyakit.
3- Antioksidan membantu untuk mencegah tercetusnya penyakit.
4- Kaya Vitamin C.
5- Mengurangkan alahan dan radang.
6- Membantu mengawal tekanan darah.
7- Menjadikan tubuh dalam keadaan beralkali - membantu untuk
mengekalkan keseimbangan pH yang sihat seterusnya memudahkan proses penurunan
berat badan ke tahap ideal.
8- Baik untuk kesihatan tulang dan boleh membantu mencegah
permulaan osteoporosis.
Wednesday, August 13, 2014
Makan Untuk Dua?
Masa mengandung adalah masa paling menyeronokkan untuk
wanita yang suka makan! Namun begitu, adakah anda mengikuti pemakanan yang
betul dan lengkap? Diet yang sesuai harus diamalkan selalu supaya badan ibu
berupaya membekalkan nutrien yang penting kepada fetus.
Lengkapkan badan anda dengan nutrien seperti kalsium,
protein, karbohidrat, vitamin dan mineral sebaik mungkin. Kekurangan zat boleh
menyebabkan tumbesaran kandungan anda terjejas.
1) Protein
Badan yang hamil memerlukan kandungan protein yang banyak.
Sumber protein termasuk ikan, daging, kerang, kekacang, ayam, makanan, dan
minuman tenusu dan makanan berasaskan kacang soya.
2) Asid Folik
Tahukah anda yang asid folik adalah sejenis Vitamin B? Asid
Folik adalah teramat penting untuk perkembangan sistem saraf bayi pada trimester
pertama (0 hingga 3 bulan). Dalam kata lain, perkembangan janin akan terjejas
atau menjadi cacat sekiranya badan anda kekurangan asik folik, terutamanya
dalam tiga bulan pertama semasa mengandung.
3) Kalsium
Selain protein, badan wanita hamil juga memerlukan 2 kali
ganda lebih kalsium. Ini kerana tubuh anda akan menyerap kalsium sebanyak 50%
ganda lebih pada enam bulan pertama kehamilan. Rajinlah meminum susu, atau
memperoleh kalsium daripada sumber lain seperti keju, produk tenusu, dadih atau
vitamins dan supplements.
4) Serat untuk
Keselesaan Ibu
Setiap wanita hamil pasti menghadapi masalah sembelit
disebabkan oleh hormon-hormon kehamilan. Cara paling senang dan efektif untuk
merawat masalah ini adalah dengan menambahkan kandungan serat dalam diet harian
anda.
Selain daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, anda juga
boleh mendapatkan serat daripada kekacang, roti dan nasi.
5) Vitamin C
Vitamin C berperanan untuk membantu dalam pembentukan
plasenta yang kuat. Vitamin ini juga membantu dalam penyerapan zat besi dan
melindungi badan ibu dan bayi daripada jangkitan.
Pengambilan Vitamin C yang secukupnya setiap hari boleh
memastikan anda mengharungi tempoh penghamilan yang selesa tanpa sebarang
jangkitan.
6) Mudah Pitam?
Ambillah Zat Besi
Zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah. Secara
amnya, wanita hamil memerlukan sebanyak 2 kali ganda zat besi berbanding keperluan
biasa. Ini kerana wanita hamil mudah pitam akibat tidak mempunyai zat besi yang
secukupnya. Sertakanlah makanan seperti kekacang bijirin, tempe, dan
sayur-sayuran dalam diet seharian beserta pengambilan vitamin zat besi.
Saranan saya untuk anda yang berbadan dua, tekankanlah
makanan yang sihat dan pengambilan vitamin atau supplements yang betul agar
anda sentiasa sihat dan aktif dalam melayari hari2 yang bahagia ini.
Jika anda memerlukan keterangan lanjut berkenaan
ubat-ubatan, vitamin dan supplement, amatlah dialu-alukan untuk berhubung atau
sms saya di talian 017 700 1749 (Pn
Izzah Razak)
Tuesday, August 12, 2014
11 Fakta - Kerap Kencing Tanda Penyakit
TAHUKAH anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut
menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Keinginan atau gesaan membuang
air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan
besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive
Bladder (OAB).
1- Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila
menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat.
Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah
kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.
2- Majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini
lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat,
keluarga mahupun pakar kesihatan. Mereka memberi alasan malu atau menganggap ia
sebahagian daripada kesan dari peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing
(incontinent) atau inkontinens turut menjejaskan kehidupan seharian.
3- Anggapan masalah ini cuma dihadapi mereka di peringkat
usia lanjut sama sekali tidak tepat kerana gadis remaja juga tidak terkecuali.
Kajian yang dilakukan ke atas wanita di 11 negara di Asia mendapati 53.1%
individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah itu.
4- Apakah puncanya OAB ? Ia disebabkan keadaan pundi kencing
yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas. Rasa
terdesak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua
kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk kencing adalah antara tanda
paling penting OAB.
5- Bagaimanapun, OAB juga wujud pada individu yang mempunyai
sistem saraf yang normal. Sebagai contoh batu karang, jangkitan saluran kencing
atau ketumbuhan pundi kencing boleh menyebabkan aktiviti melampau pada otot
‘detrusor’ yang membawa gejala OAB.
6- Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas
berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang
air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan
sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini,
kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB.
7- Keadaan ini bukan saja merimaskan malah menyusahkan
pesakit. Bayangkan mereka terpaksa ke tandas sebegitu kerap. Malah rasa gelisah
sering melanda apabila mereka terpaksa melakukan tugasan penting seperti
bermesyuarat sedangkan mereka asyik ke tandas.
8- Selain itu, tidur dan rehat pesakit dan pasangannya juga
boleh terganggu kerana sering terbangun malam untuk buang air kecil. Masalah
itu menyebabkan penghidap OAB terpaksa remeh memikirkan lokasi tandas
berhampiran tempat dituju. Akibatnya, mereka berasa tertekan, menyisihkan diri
dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup
terjejas.
9- Ramai penghidap OAB keberatan untuk mendapatkan rawatan
walaupun sekian lama terganggu akibat desakan untuk ke tandas. Ada yang malu
untuk membincangkan secara terbuka manakala ramai yang menyangka ia adalah
sebahagian daripada proses penuaan dan tidak perlukan perhatian dari segi
perubatan.
10- OAB adalah penyakit yang boleh dirawat dengan bantuan
perubatan. Malah amalan senaman yang betul seperti senaman Kegel untuk melatih
otot pelvik, otot vagina; stimulasi elektrikal lantai pelvik selain
terapi untuk melatih tabiat buang air kecil yang lebih sistematik boleh
membantu.
11- Jenis ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah
kesihatan ini ialah Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan terbaru
dalam kumpulannya ialah Solifenacin atau Vesicare.
9 Faktor Risiko
OAB
# Usia yang lanjut (20% populasi berusia 70 ke atas mungkin
akan melaporkan tanda OAB)
# Kecederaan saraf tunjang
# Penyakit Parkinson
# Diabetes
# Pembesaran prostat
# Hamil kembar
# Dementia
# Pembedahan prostat
# Strok
9 Tips Tangani OAB:
# Jauhi minuman kafein.
# Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu
pengambilannya.
# Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke
tandas apabila terasa ingin kencing.
# Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau
ambillah makanan tambahan yang berserat.
# Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari.
Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke
tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
# Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot
berkenaan dan saluran kencing anda.
# Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
# Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk
mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit
selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi
memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
# Kekalkan berat badan yang ideal.
Monday, August 11, 2014
Manfaat GLA Complex
Teks: Nor Razfizah Abd Razak
1- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
2- Meningkatkan kesuburan.
3- Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
4- Membantu menangani menopause.
5- Menguatkan kuku & rambut.
6- Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
7- Membantu menangani ekzema.
8- Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis (Radang Sendi).
9- Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
10- Menguatkan immuniti (daya tahan tubuh melawan penyakit) badan.
11- Mempelahankn process penuaan.
12- Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
13- Mengawal kencing manis
14- Mengawal kolesterol.
Banyaknya manfaat dalam satu botol
Kandungan aktif sebiji 'soft gel' GLA
Antara testimoni-testimoni yang berpuas hati & mendapat manfaat dengan GLA :
Salam Sayang
Cegah Sebelum Singgah
Izzah Razak
017 700 1749
Manfaat Daun Kari Kepada Kesihatan
Adakah anda seorang peminat masakan India atau Pakistan? Kari
mungkin menjadi kunci kepada kesihatan yang lebih baik maka ia mungkin masa
untuk mencuba beberapa masakan timur!
Rambut |
Daun kari dimasak hingga hancur daun kari dalam minyak kelapa. Gunakan minyak ini untuk mengurut kulit kepala
dan disapu kepada helaian rambut bagi mengekalkan kesihatan dan merangsang
pertumbuhan rambut. Pengambilan daun kari dipercayai juga mencegah uban
pramatang.
Penghadaman | Pengambilan
daun kari dengan kerap akan membantu dengan fungsi perut sihat dan juga boleh
digunakan untuk merawat cirit-birit.
Masalah Kulit | Kerengsaan
kulit, lebam dan luka terbakar boleh dirawat dengan menggunakan daun kari yang
dihancurkan.
Berat Badan |
Mengunyah atau makan kari daun dipercayai membantu anda mengurangkan
berat badan.
Kesihatan Wanita | Wanita di India mengamalkan serbuk kari
selepas selepas melahirkan anak untuk meningkatkan kesihatan mereka.
Diabetes | Dipercayai bahawa memakan kira-kira 10 kari
daun sehari boleh membantu untuk mengurangkan kencing manis. Ciri-ciri berat
badan daun kari lagi mengurangkan peluang mendapat kencing manis akibat
daripada obesiti.
Kesihatan Buah Pinggang
| Walaupun tidak daun, kari jus akar tumbuhan diambil secara lisan dipercayai dapat
melegakan kesakitan yang berkaitan dengan masalah buah pinggang.
Kesihatan Mata |
Kandungan yang terdapat dalam daun kari membantu mengekalkan penglihatan
yang baik dan dipercayai mencegah katarak.
Thursday, August 7, 2014
10 Tips Pengurusan Ekzema
1- Elakkan mandi terlalu lama.
2- Pastikan kuku anak sentiasa pendek agar dia tidak boleh
menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi ekzema.
3- Menyapukan pelembap di seluruh badan selepas mandi.
4- Gunakan sabun yang bersifat lembut, mempunyai kelembapan
tinggi tanpa bahan kimia yang
mengeringkan kulit.
5- Memakai baju longgar, nipis dan diperbuat daripada kapas.
6- Elakkan mandi menggaunakan air panas atau agak suam.
7- Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur kerana
panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan lagi keadaan gatal dan
rengsa.
8- Elakkan makanan yang menjadi alahan kepada bayi seperti
susu lembu, telur dan kekacang.
9- Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada
habuk dan kotoran.
10- Elakkan sentuhan dengan sabun, minyak wangi, serbuk
pencuci, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekzema.
Salam Sayang
Anak Kita Amanah Kita
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)











