Saturday, March 7, 2015

Makan 15 Cawan Sehari? Boleh ke Boleh ?

"Yen Ching - Mata "

Alhamdulillah..Sejak abang Syaha bersekolah di tadika cina ni, ibu pun masuk tadika sama, bezanya ibu tak payah bayar yuran, 2 in 1. Belajar dari rumah..dalam keadaan yang santai sahaja.

Diam tak diam banyak juga vocab yang ibu dan Abang Syaha belajar bersama. Sambil-sambil je..tak boleh dipaksa, nanti stress hihi...terus hilang minat nak belajar.

Bila nak suruh mandi.." Abang Syaha...chong liang..khuai tien"
Terdengar Abang Syaha sahut " Mandi ye ibu..nanti ye..."

Bila nak suruh menulis pula" Syaha, kkhuai tien sieh "
"Cepat tulis kan ibu" pantas Syaha men"translate"

Alhamdulilah.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Walaupun bermula lambat sebulan disebabkan pembedahan apendiks di awal tahun tempoh hari, "pick up" Syaha pantas.

Sekilas pandang, cepat Syaha tangkap. Sejak lancar membaca, Syaha menunjukkan minat yang sangat tinggi terhadap apa-apa sahaja yang boleh dieja.

Hatta dalam kereta sekalipun, Syaha suka membaca no plat kenderaan. Kebetulan Syaha memang sangat minat kereta. Sambil menyelam, sambil minum air. Aku dan En Hasben suruh Syaha -membaca no plat kenderaan di hadapan. Kadang-kadang di depan kereta kami, kadang-kala pada kereta yang agak jauh. Kami juga berlumba membaca no plat tersebut, "chalange" siapa yang lebih pantas.

Dari situ boleh melihat dari pelbagai sudut.
- Ketajaman pengelihatan.
- Kepantasan bertutur
- Daya ingatan

Di samping bermain, dapat belajar dalam suasana yang seronok sambil bergelak ketawa sambil menghilangkan ngantuk jika berjalan jauh. Kalau dulu, masa Syaha umur 4 tahun, Syaha suka menyebut pelbagai kenderaan yang dilihatnya di sepanjang perjalanan.

"Bajak, cekadak, kereta, keretapi, motor, kapal terbang, kren" ..hihi...macam-macam. Syaha  tidak pelat dari kecil kerana aku dan En Hasben tidak pernah bercakap pelat dengannya. Lama kelamaan, Syaha sendiri bertutur yang sama.

Kami juga tidak membeli makanan dan minuman ringan kepadanya. Melainkan ia memperolehi dari sekolah semasa majlis hari jadi kawan-kawannya. Kalau kami sendiri, kalau ke kedai memang Syaha dan Syarif tengok dan belek-belek je mainan kat kedai. "Ibu, ni jajan kan? Tak elok makan kan ibu? Ibu nak ni la..(sambil tunjuk roti atau biskut) " Ibu angguk je. Kalau mainan atau buku-buku kami "tapis" sikit. Ye la..semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak mereka kan?

Umur 0 - 6 tahun , umur yang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. Daya ingatan diorang sangat kuat. Menyerap apa sahaja, macam span. Baik buruk, hitam putih..semua sedut macam vacum. Kita sebagai ibu bapa yang kena tegas. Tapi bukan garang, keras atau bengis,. Sebut memang senang, melakukannya belum tentu mudah.

Tetapi, ini proses pembelajaran untuk kita. Menajamkan skil kita dalam mendidik anak-anak di samping belajar untuk faham dan memahamkan mereka apa yang betul dan sebaliknya.

Kalau rancangan kartun atau animasi, kami cuma beri dan belikan cd Upin Ipin. Syaha , Syarif minat sangat Upin Ipin. Rasanya, tidak ada kanak-kanak yang tak minat dengan ikon besar ni. Kalau tengok kartun sambil makan, jawabnya sejuk la makanan terbiar hihi..

Kartun lain yang kami beri tengok; Big Hero 6, Finding Nemo, Seafood, Ratatauille, Shrek, Ice Age.. but no Ultraman, Batman, lebih-lebih lagi kartun-kartun yang ganas, bertumbuk, menjolok mata..No No No..pu yao..pu yao..pu yao. Kalau tengok cerita yang ada aksi berlawan, tembak-tembak diorang akan kata " Ni cerita ayah. Tak boleh tengok cerita ni" Hahaha..

Kami juga bantu dari segi suplemen. Saya beri multivitamin. Satu hari makan satu. Jadikan rutin ..Alhamdulillah ..sudah menjadi kebiasaan. Bila tak ingat makan waktu pagi, petang nanti mesti ingat. "macam aaaadaa yang tak kena" kalau tak makan.




Vita Lea for kids..memang sedap dikunyah. Rasa anggur. Tapi saya tak bagi gigit..kunyah je :)



Boleh ke kita beri anak kita makan semua ni dalam sehari utnuk memenuhi keperluan vitamin mereka seharian? Tak mungkin kan.. Muntah hijau nak makan semua ni dalam sehari huhu...


3 gelas susu, 10 sudu besar peanut butter , 180ml jus oren mungkin boleh ...
Tapi mungkinkah ....15 cawan bayam, 4 cawan brokoli, 65 cawan tauge, 15 cawan cantaloupe? ..rasanya susah juga. Mau terduduk nak telan semua tu..

Apapun, saya start dengan kesihatan mata terlebih dahulu...kata orang, dari mata turun ke hati gitewww..hehehww..

In Sya Allah saya akan kongsikan di entri yang lain pula nanti ya.

Semoga perkongsian kecil dari saya hari ini membantu ibu bapa di luar sana dalam menjayakan pendidikan anak-anak kita. Sama-sama kita berkongsi ilmu yang kita ada. Ilmu di dada sekadar pinjaman. Sementara ada umur, dan ianya mendatangkan manfaat pada semua why not kita sama-sama berkongsi. 

Kecil pada kita, mungkin memberi impak besar dan membuka mata untuk melihat ruang dan peluang untuk anak-anak diluar sana untuk berjaya.


Semoga Membantu



















Thursday, March 5, 2015

Hati-Hati Dengan Alfalfa & Vita E Shaklee

Berhati-hati dengan Alfalfa dan Vitamin E Shaklee, Merbahaya Kepada Hubungan Suami Isteri
==============================================================

Menggemparkan!!

Hanya berpunca dari Alfalfa Complex dan Vitamin E yang juga heboh dengan pelbagai gelaran yang HOT seperti vitamin cinta, vitamin intimasi, vitamin suami isteri, vitamin hangat, vitamin honeymoon dan macam2 lagi.

Keluhan seorang isteri " hubungan kami suami isteri sudah berubah" Luah si isteri lagi, kami sudah lama mendirikan rumah tangga,  tetapi sekarang suami saya dah berubah.. suami semakin miang..saya  perempuan, sejauh mana saya mampu kawal"

Sambung isteri lagi.. "Tetapi saya rasa sangat gembira dan teruja . Perubahan ini memberi nafas baru dalam perhubungan kami suami isteri; kami lebih erat, kuasa grip memang berbeza dari sebelum ini. Suami memang miang tetapi miang dengan saya, hihi ;) "

Amaran keras !! 

Berhati-hati dengan 2 vitamin ini iaitu Alfalfa dan Vitamin E lebih-lebih lagi jika anda suami isteri ingin mencubanya, terutamanya jika suami isteri bekerja.

Kenapa?


Anda harus berhati2 kerana penangan Alfalfa dan Vitamin E  bahaya. Bahaya kenapa ye??

1. Dikhuatiri isteri takut utk meneruskan pengambilan Alfalfa kerana terlalu grip.
2. Dikhuatiri juga suami isteri asyik berkepit seperti belangkas sampai tak dapat nak buat kerja lain. Semuanya tergendala J
3. Dikhuatiri sewaktu bekerja si suami asyik teringatkan (angau)  si isteri  dan isteri asyik teringatkan suami. Kerja pun tidak tenang. Silap-silap kena amik cuti separuh hari pula.
4. Dikhuatiri pasangan suami isteri jarak jauh tidak dapat menunggu sehingga hujung minggu untuk berjumpa. Kalau boleh ingin jumpa hari-hari


Jom tengok macam mana rupa Alfalfa tu..macam rumput ke? tauge ke? hihi...






Testimoni-testimoni:
















Jika berminat bolehlah membuat tempahan di 017 700 1749 (sms/ Whatsapp) juga boleh PM saya di fb Izzah Razak.


Semoga Membantu



Monday, February 23, 2015

Rutin Setelah Bercuti Raya Cina

Setelah 6 hari bercuti , hari ni kembali kepada rutin biasa.

Ayah ke bengkel
Syarif ke tadika PASTI
Syaha ke tadika Bukit Kempas.

Ibu?...Berdua dengan Syaraf. Buah cinta bongsu setakat ni. Alhamdulillah.

Bangun pagi, solat sunat 2 rakaat sebelum subuh, selepas tu solat subuh pula. Masuk ofis kedua, dapur..tengok apa yang sesuai untuk Syaha bawa ke sekolah. Baru tersedar, 6 hari ni dok makan apa yang ada dalam rumah, peti ais hampir kosong. Rak jelas kelihatan, menandakan bekalan sudah kosong. Perlu restock.

Jadi, zupp zassss ....ambil kunci kereta dan terus ke kedai beli roti seawal 6.30 pagi hihi...nasib baik kedai 24 jam. Tepat 6.50 pagi Syaha dah ke sekolah. Sekali lagi masuk opis, sediakan sarapan untuk ayah & Syarif pula. Selak periuk nasi, baki nasi putih masih ada sikit. So, prepare nasi goreng ikan bilis je.

Hiris bawang sebesar bola ping pong sebiji, bawang putih 2 ulas, ikan bilis 10 ekor hihi...)agak-agak je, sempat pula nak kira? ) Kelentung, kelentang...5 minit siap. Syarif order milo susu . Siap!

Waaaa...Suara sbaby iapa pula menangis ...hihi...Syaraf dah bangun..."te te te..huhuhu.."  Rasa-rasa dah basah. Zusssss....Siapkan air mandi, mandikan, susukan...kenyang..Syaraf dah senyum. Boleh la letak atas toto biar Syaraf main dengan mainannya.

Ibu pula yang haus. Kena restock.

Ibu makan nasi goreng dlm 10 sudu, lepas tu dalam pukul 10.30 buat shake ESP + Nestum + koko + 2 ketul ais...mmg sedap dan mengenyangkan. Update blog kejap...scroll fb... :) Keluarkan lauk..sekejap lagi nak pergi ambil abang Syaha dari sekolah.



Wednesday, February 18, 2015

Rutin Hari Sekolah Yang Padat

Ya Allah memang minggu ni minggu yang sangat. Minggu ni 2 hari lepas hero-hero dah mula cuti hampir seminggu. Syaha dan Syaraf memang seronok bermain kalau berjumpa. Setakat ni, Syaha dan Syarif tadika berlainan.

Syaha, 6 tahun tadika di Bukit Kempas. Syarif pula, masih di tadika Pasti. Jadi setiap hari persekolahan memang takkan jumpa. Syaha bangun dan ke sekolah lebih awal. Manakala Syarif bertolak dari rumah dalam pukul 7.30 pagi.

Lepas tu, aku siapakan kerja-kerja rumah, membasuh, menyapu, memasak yang simple untuk aku dan Syaha je. Makan vitamin-vitamin.. Omega Guard , ESP, Alfalfa, Vita Lea, Vitamin C.... plus Vivix. Wahhhaaa...banyaknya nak kena telan ye. Nampak banyak, tapi dah jadi rutin, dah biasa. Tak boleh tak makan. Rutin harian memang memenatkan. Lagi pula menyusukan ..memang badan nak kena cukup vitamin dan tenaga. Kalau tak, susu kurang , badan letih, muka pucat.



ESP- Energy Soy Protein


Vivix- powerful antioxtidant


Manfaat Resveratrol. Kandungan utama dalam Vivix.




WAHM (Work At Home Mom) nampak macam goyang kaki je..tapi nak potong kuku pun takde masa tau. Ada beli cd baru..dekat sebulan pun belum tentu dapat tengok. Tau-tau je hubby tanya "Ni cerita apa? Best tak? Beli kat mana"? Satu pun tak dapat jawab...hihi.. Yang boleh tengok, cd kartun je, tu pun tengok sama , sambil-sambil je masa santai dengan anak. hehee

Lepas tu, nak siapkan Syaraf, baby bongsu setakat ni hihih..:) . Kalau syaraf bangun je, aku dah tak boleh buat aktiviti lain. Kena mengadap channel tu je. Mandi, susukan..main-main jap...Kejap je dah 10 lebih. Duduk kejap...goyang-goyang, sip up sikit-sikit, po co po co sikit dan kul 11 pagi. Kalau ada barang nak kena delivery, awal sikit kena keluar sebab nak ke pejabat pos.

Jam 11.30 dah kena ambil Syaha dari sekolah. Balik, mandi, makan. Lepas tu nak tengok kerja sekolahnya pula. Bila tak faham, nak kena selak kamus pula.. :) sama-sama belajar. Mak pun sama masuk tadika ngan anak. Bezanya, mak tak yah bayar yuran, 2 in 1 , boleh gitu hehhewww...

Tu kalau Syaraf "line clear". Kalau tak "clear", nak menyusukan, bobok bagi tidur dulu dalam bilik sebab menyusukan sambil baring supaya Syaraf mudah lena. Kalau lambat sikit, Syaha kat luar dah lena juga. Nak kejutkan kesian. Bagi can la syaha tidur sampai dalam pukul 4. Lepas tu kejut, dan bantu Syaha buat homework. Kadang tu 2 in 1, mengajar syaha sambil menyusu Syaraf sambil duduk. Tengok keadaan. Depends.

Setakat ni homework tak berapa susah sangat. Alhamdulillah Syaha seorang yang cepat "pick up". Bahasa Arab yang dipelajarinya tahun lepas masih segar dalam ingatannya. Nurul Quran pun sudah lancar hingga buku 2. Keseluruhan buku ada 4, so almost 50% hadam. Selebihnya, ibu yang kena bantu.

Bahasa Inggeris boleh tahan. Minggu pertama ikut je apa yang aku baca, sambil baca, sambil tunjuk. Masuk minggu kedua, dah boleh baca sikit-sikit. "Is" , "a", "I", "Play" , "Water" . Syaha dapat 3 story book; 2 Bahasa Inggeris, 1 Bahasa Cina. Buku cerita Bahasa Inggeris pun dalam 50 muka surat, separuh dah lancar. Alhamdulillah. Sejuk perut ibu hihi..

Petang dalam pukul 4, masa untuk main dan tonton televisyen. Main kat luar, tonton cd, lari-lari..itulah masanya...bagi can relaks sikit. Kalau Syaraf bagi can, ibu sit up sikit..main ba..ba..cak.. Kalau tak, kena picit suis kat ketiaknya .. melompat , terkekek-kekek ketawa :) . Dalam 5  lebih mandikan Syaraf yang dah puas ketawa tu..susukan..lepas tu, biarkan main sendiri kat atas toto kat ruang tamu. Syaraf dan pandai tengok televisyen. Kadang-kadang leka.. ibu buat kerja ibu jap.

Ibu balas pm , whatsapp , mesej-mesej kat smart phone je la...

Pukul 7 malam, suruh Syaha mandi, mengaji. Syaha mengaji dekat sebelah toto Syaraf. Syaraf selalunya boleh diam je dengar. Ye la, ayat Al Quran memang menenangkan jiwa. Sambil tu, syaraf boleh hafal sekali. Baby memang tak boleh sebut. Otaknya macam span. Boleh dengar dan serap je dulu. Nanti bila dah pandai bercakap, In shaa Allah boleh lancar bacaan surah-surah yang didengarnya. Hatta masa dalam kandungan lagi baby dah boleh mendengar dan menghafal. Cuma tak boleh berkata-kata. Pengambilan minyak ikan aka Omega Guard in shaa Allah banyak membantu.







Maghrib masuk dapur ..kelentang ..kelentung.. dalam 45 minit siap 2 lauk...termasuk sayur. Sayur memang masak untuk sekali makan je. Kalau masak tengahri tadi, malam memang tak selera nak makan. Tengok pun layu je heheww... Masak sayur pun enteng..cincang bawang putih, bawang merah, ikan bilis (blender kering) ..tumis, masukkan air. Masukkan sayur bila air mendidih. Campurkan sos tiram sikit, garam. Kacau sikit Siap. 5 minit siap kalau semua bahan dah siap siang.

Maghrib, dengar Syaha mengaji. Lps tu makan malam. Tengok berita kat televisyen, lepas tutup. Tengok-tengok buku Syaha, guide Syaha baca ..pukul 10 malam tidur.

Kalau Syarif balik sebelum pukul 10 malam, dapatlah diorang main sekejap. Itulah masa bertentang mata, bertepuk tampar. Kalau sempat, abang Syaha ajar syarif sekejap..ada la dalam 10 minit Syarif pay attention, lps tu abang Syaha syok sendiri. Syarif dah bawa keluar buku lain, Upin Ipin, Car ..heheeewww...sabar je la. Tak lama lepas tu, abang syaha pn join sekaki kiki... Tapi abang kerja nak mengeja  je. adik jadi tukang soal;

Bang, eja ayam macam mana? A-a, Y.A.M-yam. AYAM.
Abang, eja rumah macam mana? R-U , ru, M.A.H-mah. RUMAH.
Abang pula tanya si adik, "Adik, cuba eja ATUK. " Adik diam. Lepas tu tukar topik. :)

10 malam..perintah berkurung pun keluar. Tidur.

Ibu? Tak boleh lelap mata lagi. Tengok fb, hapdet blog dulu. Dah macam diari. Tulis macam-macam.




Wednesday, February 11, 2015

Omega-3 Bantu Turun Berat

DHA merupakan asid lemak yang membentuk struktur utama dalam sistem saraf tunjang dan retina manusia. Sebab itu, ia amat penting untuk pertumbuhan otak.

Wanita hamil dan menyusu amat disarankan mengambil Omega 3 yang mengandungi DHA setiap hari bagi memenuhi keperluan bayi dalam kandungan atau bayi yang sedang disusui.

Kajian menunjukkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil suplemen Omega 3 mempunyai daya pemikiran (IQ) yang lebih tinggi, perkembangan daya kognitif dan fizikal yang lebih baik dan daya penglihatan yang lebih baik.




Memandangkan DHA merupakan 40% binaan otak manusia, pengambilan Omega-3 membantu mengatasi masalah pelupa dan menjauhi risiko penyakit Alzheimer.




Mesti ramai yang sukakan fakta ni. Memang terbukti Minyak Ikan Omega-3 membantu dalam proses penurunan berat badan. Tapi dengan syarat mesti disertakan dengan aktiviti senaman :)


Jika berminat boleh dapatkan dari saya. Cuma perlu PM Izzah Razak atau di nombor 017 700 1749 (Whatsapp/ telegram)

Salam Sayang
Cegah Sebelum Singgah




Tuesday, February 10, 2015

Penutup 2014 di Hospital

Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Koleksi Peribadi

Demam 3 hari tak mhu kebah. Jalanku terhuyung hayang. Kadangkala seakan berjalan di atas angin..terawang-awang..terhuyung-hayang. Namun aku gagah juga memasak untuk anak-anakku yang masih bercuti sekolah. Suasana hingar di rumah membuatkanku semakin pening.

Bila malam tubuhku menjadi seram sejuk. Menggigil kesejukan. Walaupun sudah menarik toto, kesejukan masih terasa. Aku masih menyusukan anakku yang berusia 4 bulan. jadi, aku tidak berani pengambil pil penahan sakit banyak. Aku cuma mengambilnya sekali di waktu pagi. Selebihnya aku cuma mengambil multivitamin. Ternyata kuman yang menyebabkan aku menjadi demam amat kuat. Suhu badanku tidak berkurang, malah semakin meningkat.

Akhirnya, masuk hari ketiga, aku menjadi semakin lemah. Kerja-kerja rumah terbengkalai. Aku cuma terbaring di dalam bilik. Lantas aku mengambil keputusan untuk ke hospital yang berdekatan. Setibanya di bahagian kecemasan, jururawat terus memeriksa dan mengambil darah untuk diuji.

Belakang tanganku dimasukkan "drip" untuk dimasukkan air dan ubat. Nasib baik aku mempunyai insuran. Jadi semua urusan siap dalam masa setengan jam sebelum aku dimasukkan ke wad. Inilah pengalaman pertamaku dimasukkan ke wad selain dari masa bersalin.



Keesokan paginya aku diberitahu keputusan ujian darah yang aku disahkn menghidap demam denggi. Paras platlet dalam darah jatuh kepada 77 sahaja (paras normal 150 ke atas). 

3 hari ditahan di wad, aku dikehendari merekodkan kuantiti air yang diminum, dibuang melalui air kencing dan najis. Rekod ini dipantau oleh jururawat dan doktor untuk mengetahui samada air yang diminum mencukupi.

Memang kerjaku di wad tu minum ..minum...minum.. Dalam sejam aku akan ke tandas sebanyak 3 hingga 4 kali. Cuma waktu malam aku kurang minum sebab tidur. Aku ada juga minum minuman isotonik 100 Plus. Selain itu aku minum air masak, dan kuah-kuah masakan seperti sayuran dan bubur. Aku juga mengambil Shaklee Sustained Release Vitamin C dan Performance Drink.

Kedua-dua suplement ni memang membantu. Ini kerana aku kerap membuang air menyebabkan tubuh kekurangan air. Vitamin C juga terbuang kerana Vitamin C sejenis Vitamin yang larut air. Aku ambil 4 biji Vitamin C setiap hari

Alhamdulillah. Bacaan platlet meningkat naik dalam sehari setengah , dari 77 naik ke 110. Aku dibenarkan pulang setelah 4 hari "berkampung" di hospital.





Monday, February 9, 2015

9 Risiko Kekurangan Kalsium



Cukupkah kalsium anda setiap hari?

Kalsium adalah satu mineral yang sangat penting dalam kehidupan. Sangat Penting.
Dari sekolah rendah lagi kita di ajar bahawa ia penting untuk tulang dan gigi yang sihat.
Tetapi tahukan anda ia juga penting menstabilkan tekanan darah, fungsi jantung, otot dan saraf?

Jom lihat 9 Risiko Kekurangan Kalsium.
1. Penyakit Rickets (Penyakit kecacatan tulang di kalangan kanak-kanak yang menyebabkan tulang terbantut)
2. Penyakit Osteomalacia (Tulang lembut)
3. Penyakit Osteoporosis ( Tulang rapuh dan mudah patah)
4. Gigi mudah mereput dan tanggal.
5. Tekanan darah rendah.
6. Kemurungan
7. Denyutan jantung yang tidak stabil – menggangu fungsi jantung dan boleh menyebabkan kematian.
8. Ketidakstabilan otot dan saraf – Kekejangan otot, muscle twitching (otot bergerak-gerak dengan sendiri)
9. Kekurangan kalsium dan Vitamin D berkait rapat dengan risiko kanser terutamanya colon, rectal, breast, gastric, endometrial, renal and ovarian cancer. (Peterlik et al. Calcium, vitamin D and cancer. Anticancer Res. 2009 Sep;29(9):3687-98).

Fakta menunjukkan Kekurangan Kalsium berkait rapat dengan risiko kanser?. 

PM atau Whatsapp di no 017 700 1749 untuk sebarang pertanyaan dan penghantaran produk





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...