Wednesday, August 27, 2014

Bahaya Antibiotik


Teks : Nor Razfizah Abd Razak



Tahukah anda?

Tidak semua keadaan memerlukan kita untuk mengambil antibiotik.. 

Antibiotik langsung tidak memberi manfaat apabila anda mengalami sakit tekak, selesema mahupun cirit birit.

Pengambilan antibiotik pada keadaan yang tidak diperlukan atau pada keadaan yang salah, anda sebenarnya telah meningkatkan rintangan tubuh terhadap antibiotik itu sendiri.

Apa Itu Antibiotik?

Antibiotik hanya membunuh atau merencatkan pertumbuhan kuman bakteria. Ia tidak membunuh kuman lain seperti virus dan kulat.


Mengapa Antibiotik Diperlukan?

Antibiotik hanya berkesan terhadap jangkitan bakteria. Antibiotik yang berbeza diperlukan untuk merawat jangkitan bakteria yang berlainan. Doktor akan menentukan jenis Antibiotik yang sesuai untuk anda.


Bagaimana Mengurangkan Kerintangan Antibiotik?
  • Ambil Antibiotik mengikut arahan
  • Jangan guna semula antibiotik untuk penyakit di kemudian hari.
  • Berjumpa dengan doktor jika anda demam dan sakit  lebih daripada 2 hari.
  • Elakkan meminta antibiotik dari Doktor. Doktor akan menentukan jika anda memerlukannya.









Salam Sayang
Cegah Sebelum Singgah

017 700 1749 (Izzah Razak)












Sunday, August 24, 2014

BMI

Kira Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Tubuh

Bila kali terakhir anda check BMI anda? Mari kita sekarang, takut tak perasan pula nanti, tahu-tahu ter'obes pula. 

Senang sahaja:-

Berat (kg) / Tinggi(m) kuasa 2

Kurang Berat Badan = <18.5
Berat Normal = 18.5–24.9
Berlebihan Berat Badan = 25.0 - 29.9
Obes = BMI of 30 dan ke atas






Selamat Tinggal Obesiti








Wednesday, August 20, 2014

Mati Tidak Memberi Salam

Bismillah

Setiap kehidupan akan merasai mati
Mati tidak pernah beri salam..
Mati tidak pernah ketuk pintu...

Mati itu mengejar kita setiap masa
Mati itu mugnkin esok hari
Mati itu mungkin satu jam selepas ini

Pergunakan setiap masa yg kita ada dengan sebaiknya

Janin pasti mati
Bayi pasti mati
Kanak-kanak pasti mati
Remaja pasti mati
Dewasa pasti mati

Ini panggilan dari Allah
Untuk kita sama-sama berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa-mangsa peristiwa mh17

Esok jenazah mh17 akan dibawa pulang ke Malaysia
Semoga dipermudahkan segala urusan
Pagi ini susah betul nak kejutkan anak-anak
Tapi saya dan suami tetap berusaha mengejutkan mereka dengan pelbagai cara 

Pada mulanya hati rasa nak marah
Mulut dan tangan sudah mula ringan untuk berkeras
Syaitan dah mula mencucuk jarum

Nasib baik saya cepat beristighfar 
Sambil mempersiapkan mereka saya ketawa 

Saya mengejutkan mereka sambil-sambil menyediakan sarapan
Sambil-sambil menunggu sarapan di kuali masak, saya memandikan mereka
Menyiapkan mereka dengan pakaian seragam sekolah
Tangisan akhirnya reda dan digantikan dengan senyuman
Kerana sudah nampak sarapan
Sudah nampak makanan 

Duhai anak..
Pelbagai ragam

Alhamdulillah

Thursday, August 14, 2014

Kuasa Brokoli

8 Manfaat Kesihatan Brokoli :





1- Pencegahan kanser dalam penyelidikan tertentu mencadangkan brokoli yang boleh menjadi sangat bermanfaat dalam mengurangkan kanser prostat.

2- Menyihatkan sistem saraf, mengurangkan risiko kerosakan sel dan pembangunan penyakit.

3- Antioksidan membantu untuk mencegah tercetusnya penyakit.

4- Kaya Vitamin C.

5- Mengurangkan alahan dan radang.

6- Membantu mengawal tekanan darah.

7- Menjadikan tubuh dalam keadaan beralkali - membantu untuk mengekalkan keseimbangan pH yang sihat seterusnya memudahkan proses penurunan berat badan ke tahap ideal.


8- Baik untuk kesihatan tulang dan boleh membantu mencegah permulaan osteoporosis.

Wednesday, August 13, 2014

Makan Untuk Dua?

Masa mengandung adalah masa paling menyeronokkan untuk wanita yang suka makan! Namun begitu, adakah anda mengikuti pemakanan yang betul dan lengkap? Diet yang sesuai harus diamalkan selalu supaya badan ibu berupaya membekalkan nutrien yang penting kepada fetus.

Lengkapkan badan anda dengan nutrien seperti kalsium, protein, karbohidrat, vitamin dan mineral  sebaik mungkin. Kekurangan zat boleh menyebabkan tumbesaran kandungan anda terjejas.

1) Protein
Badan yang hamil memerlukan kandungan protein yang banyak. Sumber protein termasuk ikan, daging, kerang, kekacang, ayam, makanan, dan minuman tenusu dan makanan berasaskan kacang soya.

2) Asid Folik
Tahukah anda yang asid folik adalah sejenis Vitamin B? Asid Folik adalah teramat penting untuk perkembangan sistem saraf bayi pada trimester pertama (0 hingga 3 bulan). Dalam kata lain, perkembangan janin akan terjejas atau menjadi cacat sekiranya badan anda kekurangan asik folik, terutamanya dalam tiga bulan pertama semasa mengandung.

3) Kalsium
Selain protein, badan wanita hamil juga memerlukan 2 kali ganda lebih kalsium. Ini kerana tubuh anda akan menyerap kalsium sebanyak 50% ganda lebih pada enam bulan pertama kehamilan. Rajinlah meminum susu, atau memperoleh kalsium daripada sumber lain seperti keju, produk tenusu, dadih atau vitamins dan supplements.

4) Serat untuk Keselesaan Ibu
Setiap wanita hamil pasti menghadapi masalah sembelit disebabkan oleh hormon-hormon kehamilan. Cara paling senang dan efektif untuk merawat masalah ini adalah dengan menambahkan kandungan serat dalam diet harian anda.
Selain daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, anda juga boleh mendapatkan serat daripada kekacang, roti dan nasi.
5) Vitamin C
Vitamin C berperanan untuk membantu dalam pembentukan plasenta yang kuat. Vitamin ini juga membantu dalam penyerapan zat besi dan melindungi badan ibu dan bayi daripada jangkitan.
Pengambilan Vitamin C yang secukupnya setiap hari boleh memastikan anda mengharungi tempoh penghamilan yang selesa tanpa sebarang jangkitan.


6) Mudah Pitam? Ambillah Zat Besi
Zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah. Secara amnya, wanita hamil memerlukan sebanyak 2 kali ganda zat besi berbanding keperluan biasa. Ini kerana wanita hamil mudah pitam akibat tidak mempunyai zat besi yang secukupnya. Sertakanlah makanan seperti kekacang bijirin, tempe, dan sayur-sayuran dalam diet seharian beserta pengambilan vitamin zat besi.


Saranan saya untuk anda yang berbadan dua, tekankanlah makanan yang sihat dan pengambilan vitamin atau supplements yang betul agar anda sentiasa sihat dan aktif dalam melayari hari2 yang bahagia ini.
Jika anda memerlukan keterangan lanjut berkenaan ubat-ubatan, vitamin dan supplement, amatlah dialu-alukan untuk berhubung atau sms saya di talian  017 700 1749 (Pn Izzah Razak)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...