Tuesday, December 9, 2014

Jalan-Jalan Jumaat

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.
Gambar : Koleksi Peribadi.

Alhamdulillah. Sejak memilih untuk menjadi suri sepenuh masa, saya bersyukur amat. Banyak masa diluangkan bersama anak-anak & suami. Lebih-lebih lagi saya dikurniakan dengan cahayamata ketiga. Pelbagai isu tentang kecuaian pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak mengundang pelbagai kejadian yang tak diingini. Betul malang tidak berbau. Akan tetapi, jika kita membesarkan anak-anak kita dengan tangan kita sendiri di rumah, kita boleh memberikan penjagaan yang lebih baik. Bonus, kita boleh berjalan-jalan pada hari orang lain bekerja. Suami saya juga bekerja sendiri, Jumaat merupakan hari cutinya.

Kami bercadang untuk pergi ke Komtar yang terletak bersebelahan City Square (CS) di tengah bandar Johor Bahru. Sebelum ini, Komtar ditutup agak lama untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Komtar sekarang ada beberapa tingkat. Tempat parkir kereta juga bertingkat-tingkat. Tinggi menjunam.

Kami cuma bawa anak berjalan-jalan sambil "survey" kawasan dan harga barang. Banyak lagi lot-lot kedai yang masih kosong. Terdapat patung replika dan pelekat Angry Bird di setiap tingkat. Kanak-kanak termasuk anak saya memang teruja.

Taman permainan bertemakan Angry Bird ada di tingkat paling atas. Tak berapa ramai kanak-kanak yang masuk. Mungkin sebab harga tiketnya yang agak mahal. Kanak-kanak RM60. 2 orang askar saya sahaja sudah RM120. Takkan nak biar mereka bermain tanpa diawasi? Sekurang-kurangnya salah seorang dari ibu bapa mesti masuk juga. Tiket dewasa tak pasti harganya, yang pasti lebih mahal dari kanak-kanak.








Itulah gelagat hero saya yang dua orang tu. Si adik lebih suka "posing". Si abang yang perasan "dewasa" susah untuk diajak bergambar. Lebih suka berjalan sendiri. Risau juga kami. Nasib baik tempat tu tak berapa ramai orang kerana kami berjalan-jalan di hari bekerja. Jadi, kurang sesak dan lebih santai.

Selepas tu, kami masuk ke kedai yang menjual makanan dari timur tengah. Mamang rambang mata. Semua yang dilihat, rasa ingin dibawa pulang ke rumah. Geram. Harganya juga tidak berapa mahal. Salah satu barangan yang dijual ialah Jus Delima Gulsan. Cuma RM15 untuk 340g, sama seperti yang saya beli di Mersing, di dalam pasar yang tiada pendingin hawa. Ada macam-macam makanan kering seperti buah tin, zaitun, zafran, kurma, kismis dan kiwi. Terdapat juga pelbagai kekacang seperti badam, gajus, kuaci pelbagai jenis. Pendek kata, pelbagai jenis makanan sunnah ada dijual di sini dan harganya berpatutan.

Akhirnya setelah melihat, kami membuat keputusan untuk membeli jeruk buah zaitun dan campuran pelbagai jenis kekacang.



Jeruk buah zaitun Mr Olive 370g , cuma RM7.00



Campuran pelbagai kekacang, kuaci dan kismis, 800g cuma RM27.00


Alhamdulillah. Syukur dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Berniaga sendiri membuatkan impian ini menjadi nyata. Cuma bermodalkan serendah RM65 atau RM75 (RM10 untuk kos penghantaran kit permulaan) . Tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Cukup dengan membuat perkongsian tentang kebaikan dan keberkesanan produk kepada orang ramai.

Kepada sesiapa yang berminat boleh PM saya atau menghubungi saya melalui Whatsapp/ SMS/ Telegram.


Cegah Sebelum Singgah
Izzah Razak
017 700 1749 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...