Friday, December 12, 2014

My Turning Point

Assalamualaikum wbt

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang amat bahagia di samping suami tersayang dan 3 orang cahaya mata lelaki yang sihat dan cerdik yang menjadi pengikat tali kasih antara kami suami isteri. Memiliki segulung ijazah dalam bidang perindustrian dan berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Kawalan Mutu & Peralatan merupakan kejayaan saya yang membanggakan keluarga saya. Pernah bekerja di beberapa buah syarikat perindustrian di selatan tanah air dan menjawat jawatan sebagai seorang jurutera. Sekarang saya seorang suri sepenuh masa yang menjalankan perniagaan hanya dari rumah. Syukur di atas segala limpah kurnia Allah SWT.

Akan tetapi, kehidupan saya sebelum ini tidak sama. Keadaan keluarga saya mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Ibu saya yang cuma seorang suri rumah menghidapi penyakit sendi, Rheumatoid Arthritis seawal usia 30an. Bayangkan, dalam usia yang begitu muda beliau tidak dapat menjalani kehidupan yang sihat seperti wanita lain yang seusia dengannya. Rutin hidupnya penuh dengan kesakitan. Beliau perlu menelan sejumlah ubat-ubatan saban hari. Ke mana sahaja beliau pergi ubat-ubatan itu menjadi teman setia. Ruti harian menjadi sukar walaupun untuk menguruskan diri sendiri seperti mandi, memakai baju, memotong kuku, berjalan, menyuap makanan ...apalagi untuk membereskan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menyidai pakaian. 

Setiap pagi ayah akan bangun untuk menyediakan sarapan ringkas seperti roti dan segelas air untuk disuapkan ke mulut mak yang terbaring kaku di atas katil. Selepas menyuap sarapan, ayah akan memberikan ubat pula baru ayah akan ke ke kebun untuk menoreh. Beberapa jam selepas itu, baru ibu boleh bergerak untuk menguruskan diri dan kerja-kerja rumah yang lain. Mandi, menyikat rambut hatta menyuap makanan adalah sukar baginya. Setiap saat dirasakan sakit sehingga tak terucap. 

Kadangkala mak cuba bangun dan sarapan sendiri. Jika sarapan biskut di dalam telap, memang sukar untuk dibuka. Mak akan memanggil sesiapa di dalam rumah untuk membukanya. Nak menyuapkan ke mulut pun sukar. Biskut yang dicicah jatuh sebelum sampai ke dalam mulut.

Jika saya ada, mak akan menyuruh saya memicit kaki dan tangannya yang sakit perlahan-lahan. Pernah mak berkata, "Tak tahu nak letak mana lagi tangan dan kaki ni, asik lenguh je. Letak atas salah, letak bawah salah. Rasa nak cabut nak letak atas almari" Kedengaran lucu, tapi itulah hakikatnya. Saya yang memicit kaki mak masa tu rasa nak menitik air mata, tapi saya tahan kerana saya tahu, sebagai anak sulung, saya kena kuat. Saya kena naikkan semangat mak. Walaupun saya akan melepaskan rasa sebak saya di belakang mak. Kulit mak banyak bintik hitam, akibat kesan ubat yang ditelan bertahun-tahun. Raut wajahnya jauh kelihatan tua meninggalkan usianya yang masih muda. Mata mak juga kering, pedih dan sukar untuk melihat dalam waktu yang lama, mak lebih suka memejamkan mata. 

Jika ke kenduri kendara, orang yang tidak kenal mak, akan kata "mengada-ngada" . Apa tidaknya, mak tak boleh duduk di bawah kerana sukar untuk bangun. Terpaksa mengesot dan berpaut pada mana-mana tiang atau dinding atau bahu orang untuk bangun. Bangun pun dalam keadaan merintih sakit. Makan pun cuma lauk yang dekat je, yang jauh sukar untuk dicapai.

Keadaan bertambah parah jika mak demam. Selimut toto lima enam helai pun masih tidak dapat meredakannya. Mak menggigil kesejukan seperti dimandikan ais. Pernah satu ketika, demam mak amat teruk, ayah bawa mak ke hospital. Dipapah ke kereta pun sakit, kata mak, "Air menitik di atas kulit pun sakit, inikan pula tangan yang pegang". Sampai di perkarangan hosital, mak tak boleh bangun dari tepat duduk kereta. Doktor terpaksa keluar untuk memberi suntikan.

Teringat saya di hari lebaran, baju kurung paling mak sukar untuk sarungkan. Saya selalu membelikan kain yang sedondon kerana kami sahaja wanita dalam rumah tu. Walaupun baju kurung mak menjadi pakaian harian mak sejak muda. tetapi kesukaran untuk menyarungkannya membataskan minat. Mak cuma pakai baju kurung di hari raya pertama sahaja. Mak lebih suka mengenakan baju blaus yang berbutang di hadapan.

Jika berjalan jauh, mak mesti membawa bekalan ubatnya, seperti gula-gula. Tekak mak sudah kembang untuk menelannya. Pernah suatu ketika mak tidak memakan ubat, hasilnya dapur tak berasap satu hari. Mak pun sukar untuk bangun dan bergerak jika masa makan ubat tidak ditepati.

Banyak jenis ubat mak makan, dari hospital kerajaan hingga ke hospital swasta. Sampai satu peringkat, mak muntah-muntah walaupun hanya minum air kosong. Rupanya apabila dibuat pemeriksaan rapi, perut mak mengalami luka yang teruk dan banyak. Banyak pemeriksaan dilakukan ke atas ibu sehingga pada suatu hari, ibu mengalami hypo dan pengsan. Saya mendapat panggilan daripada keluarga bergegas pulang ke kampung seorang diri. Ibu ditahan di wad. Saya menjaga ibu selama 5 hari yang pertama. Saya mengambil tugas jururawat, membersih dan menjaga ibu. 3 hari yang pertama ibu tidak sedarkan diri. Hari keempat, ibu sudah sedar, tetapi tidak mengenali saya. Ramai kawan ibu yang datang melawat, bersedekah bacaan yasin. Hari kelima ibu sudah mengenali saya, syukur. Hari keenam, ibu sudah boleh menyuap makanan sendiri walaupun banyak makanan yang jatuh sebelum sempat sampai ke mulut. Petang itu ibu minta untuk dimandikan di bilik air. Saya rasa sungguh gembira, ibu sudah semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Tidak disangka-sangka, itulah hari terakhir saya melihat dan menjaga ibu saya. Malam itu, saya kembali semula ke Johor kerana cuti sudah tamat. 
Tiga hari selepas itu,  18 Mac 2014 saya mendapat panggilan sekali lagi dari ayah menyatakan yang ibu sudah tiada. Sungguh pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat yang harus diterima oleh kami sekeluarga. kali ini, saya pulang sekeluarga. Saya sempat memandikan arwah sehingga dikuburkan di liang lahad. Tidak dapat digambarkan perasaan terkilan saya pada masa itu, cuma tiga hari selepas saya pulang, arwah meninggalkan kami. Subhanallah..tapi saya bersyukur dapat menjaganya 5 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Masih kekal di ingatan saya senyuman arwah pada malam terakhir sebelum saya pulang ke Johor. Senyuman yang pasti untuk menyenangkan hati saya sahaja. 
Arwah meninggalkan kami pada usia 53 tahun (saya pula berusia 35 tahun) Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Beliaulah yang menjadi kekuatan pada diri saya untuk berkongsi dengan anda di luar sana.

Saya bermastautin di selatan. Saya berkahwin dan bekerja selama lebih kurang 10 tahun. Menjawat jawatan sebagai seorang jurutera membuatkan saya sibuk. Setiap hari dikelilingi dengan pelbagai masalah tekanan kerja. Bekerja lima setengah hari seminggu membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan masa bersama keluarga tersayang. Masa cuti di hujung minggu cuma dipenuhi untuk membereskan kerja-kerja rumah dan berbelanja barang dapur. Tiada masa untuk membawa anak-anak bercuti. Jika ada kelapngan, kami cuma boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan berhampiran. Itu sahaja tempat rekreasi yang tidak memerlukan modal. 

Selepas berkahwin, saya dikurniakan 3 orang cahaya mata. Anak kedua saya, Muhammad Syarif mengalami masalah pernafasan. Hampir terkena asma yang teruk. Merata klinik dan hospital saya dan suami ikhtiar. Akhirnya Allah menghantar seorang hamba Allah kepada saya. Melihat keadaan anak saya, dia mencadangkan agar saya mencuba 2 produk Shaklee; iaitu Nutriferon dan Chewable Vitamin C. Hampir habis sekotak Nutriferon, kesihatan anak semakin baik. Jadi saya mendaftar keahlian cuma serendah RM65 sahaja.

Saya mula menghadiri kelas-kelas bisnes yang mengajar tentang kebaikan dan keberkesanan produk. Ilmu dari kelas itu, saya kongsikan di fanpage saya, Sunnah Superstore . Harapan saya, saya ingin kongsikan kebaikan produk-produk Shaklee kepada insan-insan di sekeliling saya.

Pengalaman melihat penderitaan yang ditanggung oleh arwah ibu membuatkan saya terpanggil untuk berbuat sesuatu untuk mencegah. Saya sering tertanya-tanya, perlulah saya mengambil ubat darah tinggi sebagai pencegahan? Ayah saya sendiri mengalami beberapa penyakit kronik seperti jantung tersumbat 50%, Hepatitis B, darah tinggi dan kencing manis. Saya tidak mahu ahli keluarga yang lain juga turut mengalami nasib yang sama. Keluarga di kedua-dua belah ibu dan ayah saya mempunyai kesemua risiko penyakit, darah tinggi, penyakit jantung, strok, kanser ..dan banyak lagi. 20% - 30% penyakit ini boleh diwarisi dari keturunan. Perlukah kita cuma berserah dan menunggu perkara tersebut berlaku? 

Saya tidak mahu melihat lebih ramai insan di luar sana menjadi "mangsa" kepada pelbagai masalah kesihatan yang berpunca dari tiada ilmu atau informasi sebenar tentang bagaimana untuk menjadi sihat dalam erti kata yang sebenar.

Saya ingin membantu sesiap sahaja yang serius ingin memperbaiki tahap kesihatan mereka, ingin langsing secara sihat, ingin kembali menjadi "muda", bertenaga dan ingin membina lebih banyak kejayaan di dalam hidup. Saya ingin mencari 10 orang yang mahukan perundingan 100% Percuma dari saya.

Hubungi 017 700 1749

atau Like FB saya www.facebook.com/SunnahSuperstore 

Sekian perkongsian dari saya. Semoga ianya dapat membuka minda kita semua untuk membuat pilihan yang tepat. Tidak perlu modal yang tinggi, cuma kegigihan, semangat dan daya usaha yang tidak mengenal jemu. Mohon petunjuk dari Allah.  Rajin bersedekah walaupun sedikit cuma, In shaa Allah perniagaan kita diberkati olehNya.

Salam Sayang.
Cegah Sebelum Singgah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...